Tuesday, February 24, 2009

tak semua benda jadi

ketika entri ini dipublishkan , aku sudah dalam perjalanan ke KL kerana mengikuti lawatan sambil belajar ke MDEC dan ke Inkubator di UPM. owh sungguh sangat seronok (dah guna sungguh, guna sangat pulak, merosakkan bahasa melayu betul ! )kerana sudah lama tak naik bas ramai2 ke KL bersama sahabat2.

owh banyak sangat rancangan yang kami rancang akhirnya menjadi lain

tempat :
sepatutnya mengikut perancangan awal kami akan ke MIMOS jua tapi dek kerana MIMOS sudah tak menerima mana2 kunjungan daripada pelajar, jadi lecturer SRE kami mencadangkan kami ke Inkubator di UPM

hari bertolak :
hari rabu malam tapi akhirnya bertolak selasa malam.awal sehari

tempat penginapan :
mula2 merancang nak duk apartmen kat UKM. tengok2 penuh, pastu nak duk kat UPM pon penuh hanya muat utk 20 orang sahaja. jalan terakhir, kami akan tinggal di hotel di chow kit..awwww..last choice terpaksa la itu je yang ada. nak duk situ pon sebab minggu lepas student FIT ke expo IT di PWTC, mereka stay di hotel situ huhu

kesian teman sebilik saya ditinggalkan keseorangan di malam hari jadinya hehe . selamat hari jadi teman sebilik kesayangan pada 26 Februari 09 ! saiyidah balqis binti sulaiman nama teman sebilik saya.sedapkan nama dia , secantik orangnya juga.tengoklah dagunya yang berlekuk, mahal taw kalah siti nurhaliza wawa


sedikit info tentang kakak teman sebilik saya
nama penuh : saiyidah balqis binti sulaiman
nama manja : qish
gelaran : permaisuri ? ahha
asal : batu pahat , johor
umur : 24 tahun
status : masih single lagi available. sape nak berkenalan sila isi borang dahulu huhu
anak ke : anak bongsu
characteristic : suka senyum, sangat cumel, bila bercerita akan mengeluarkan sound effect,sangat seronok didampingi, baik dengan sesiapa sahaja, suka tegur orang yang sudah kenal, ramai adek?? :p
persamaan dengan aku : takut lipas, tak tahan sejuk ( ada satu masa yang sejuk itu, sebulan kami tak buka kipas ), suka bercerita tentang makanan2 johor sambil meleleh air liur
yang tak sama : citarasa kami tentang lelaki sangat berbeza haha
kebolehan : membuat air sangat sedap, memasak kek coklat dan brownies lagi sedap
kesukaan : suka tengok cerita korea, cina etc, suka baca novel dan cerpen
kenangan manis bersama : gi jalan beramai2 selepas maghrib iaitu selepas berpuasa di dinarmas dan berbuka puasa bersama2 di bulan Ramadhan


"selamat hari jadi kakak kesayangan yang cumel lagi kiut. semoga berjaya dunia dan akhirat. nanti iqa balik kita celebrate ye . jangan nakal2.dan minta maaf sebab tak dapat berada di sisi kakak semasa malam hari jadi,balas dendam hoho.nanti iqa bagi hadiah lagi dari KL ya heeee"


Monday, February 23, 2009

what goes around comes around

hidup ini sangat seronok bukan? sebab apa? sebab dalam hidup ada yang pahit, manis, tawar dan itulah yang menjadikan hidup kita yang Allah telah tetapkan dalam Qada' dan Qadar sesuatu yang lain daripada yang lain dari orang lain dan setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza cuma masa dan tempat sahaja mungkin berbeza

minggu lepas banyak perkara yang tak diduga telah berlaku dalam hidupku dan walaupun kadang-kadang ia amat menyakitkan tapi bila dilihat di sudut yang positif kita akan melihat ia sebenarnya suatu hikmah dan pengajaran dalam hidup kita.aku suka mencari hikmah bila sesuatu yang dirancang tak menjadi atau tidak mengikut apa yang aku harapkan dan yang pasti semuanya dari Allah S.W.T dan aku tahu Dia amat menyayangiku dan sebab itu Dia mengujiku supaya menjadi lebih kuat dan tabah dalam menempuhi hidup yang penuh ranjau dan berduri walaupun kadang-kadang kita dapat merasai betapa manisnya hidup bila di samping orang yang kita sayangi dan nikmat iman dan islam dalam hidup ini

"Dan kami pasti menguji kamu dengan sedkit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Surah al-Baqarah ayat 155"

aku suka nyatakan di sini aku tidak suka bermusuhan dengan sesiapa pun. biarlah orang membenci diri aku tetapi aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan orang yang membenci diri aku sebab aku percaya dengan balasan baik dibalas baik yang jahat dibalas jahat. what goes around comes around. what goes up must come down! itulah nasihat seorang ustazah yang aku pegang sejak darjah 4 lagi semasa bersekolah di sekolah agama rakyat Seksyen 18,Shah Alam. beliau menasihati jika kita tidak suka sesuatu perkara itu, maka janganlah kita membuatnya kepada orang lain.sebab kalau kita buat jugak , kita akan terkena juga suatu hari nanti. bila ada orang tidak suka kepada diri aku, maka untunglah orang itu sebab dia akan sentiasa dalam ingatan doa ku ;)


minggu lepas dua program KKU telah selamat dijalankan iaitu catur bistari dan malam usahawan siswa. ramai yang salah anggap catur bistari tu seperti catur biasa sahaja. memang salah sangat sebab catur bistari tu sebenarnya satu permainan (board game) yang berkonsepkan seperti monopoli cuma bezanya kad2 yang terdapat dalam catur bistari itu dan masalah dalam perniagaan sebenar dalam catur bistari itu. maklumat lanjut sila klik sini


di malam usahawan siswa pula, en Wan Shahrin, penasihat KKU tidak dapat hadir kerana masalah2 tertentu. jadi En Fauzan telah menjadi VIP malam itu. terima kasih banyak En Fauzan yang sudi hadir dan sangat kelakar hehe di malam usahawan siswa itu KKU telah menghebahkan suatu berita baik kepada ahli2 KKU iaitu tentang pembukaan satu kiosk yang akan dikendalikan oleh ahli2 KKU di cafe baru dan saham seunit akan dijual dengan harga RM 20 . kiosk ini berkonsepkan seperti 7Eleven dan koperasi dan menyediakan perkhidmatan seprti printing dan fotokopi juga. ramai ahli berminat untuk menyertai kiosk ini


pada jumaat malam pula, MPP UDM telah menjemput kesemua MajlisTertinggi 66 kelab dan persatuan di UDM untuk sama2 berdiskusi dan berbincang masalah2 kebajikan di UDM. perjumpaan ini suatu yang amat menarik kerana ia suatu platform pemimpin2 pelajar dapat bertukar2 fikiran dalam memartabatkan UDM dan menjadikan UDM suatu institusi pendidikan tinggi yang terbaik dalam semua bidang. diharapkan MPP UDM akan bekerja keras lagi dalam memperjuangkan masalah2 kebajikan pelajar UDM.syabas diucapkan kepada MPP UDM kerana telah berjaya menganjurkan suatu perjumpaan yang berjaya. aku ada nak bagi sedikit cadangan pada malam itu tapi seperti biasa masa memang jeles sangat kat aku.maklumat lanjut tentang apa yang berlaku pada malam itu sila masuk sini MPP UDM

p/s: ok memang entri ini sangat bosan dan aku tak de idea nak menulis tapi nak update jugak punya pasal. sekian semoga bahagia !


Wednesday, February 18, 2009

wujudnya demokrasi di UDM



alhamdulillah pilhanraya kolej kediaman yang berlangsung pada 15 Februari 2009 berjalan dengan lancar.pilhanraya kali ni paling seronok rasanya sebab aku turut join berkempen untuk sahabat seperjuangan ku 'Aizat. n alhamdulillah penat lelah kami berkempen selama 3 hari ,berbaloi dengan kemenangan 'Aizat

kisah bermula di pagi hari.aku sangkakan masa mengundi bermula 9 pagi seperti yang terpampang di notis pilihanraya kolej kediaman. tapi bila terserempak dengan 'Aizat dan Sabir pada pukul 10.30am , rupanya di KK C pengundian masih belum dijalankan. aku keluar awal dari bilik hari tu sebab ada kerja2 yang harus diselesaikan. jadi hanya sempat pergi mengundi untuk KK B selepas jam 1pm iaitu selepas kelas Fiqh Islami dan selepas makan tengahari di Jentayu hehe


selepas mengundi , aku, ejah dan ong ke KK C pula untuk melihat suasana mengundi di sana sekaligus menemani Ong turun mengundi. ramai juga yang pergi mengundi di sana mungkin juga sebab masa tu masa makan tengahari jadi ramai la jugak nampak yang turun mengundi.di sana Izzudin, Sabir , Duan masih lagi berkempen dan mengajak orang ramai turun mengundi.diorang siap bawa poster merata2 dan promot calon.


yang bestnya calon YDP n TYDP , 3 orang daripadanya adalah student sains sosial, satu kelas lagi. memang gamat la tapi itu la baru best ..kalau pilihanraya fakulti dulu pun tak de la macam tu..he..sape je nak tolong aku kempen kan ..

cuma aku sedikit terkilan sebab ada tak ada masa pengiraan undi disebabkan aku menemani sahabatku , yaya keluar ke bandar. dalam pukul 6.30pm gitu dapat sms yang berbunyi begini " Aizat menang beb 175, mawi 90" alhamdulillah seronok sangat masa tu..ye la calon pilhan kami menang sape yang tak seronokkan.masa tu selepas yaya habis berurusan aku terus pecut pulang ke UDM n yang bestnya jalan pon lenggang jadi boleh la pecut ke tahap maksima. nasib tak de apa2 yang buruk berlaku hehe

sampai2 UDM terus ke pejabat asrama baru..sebenarnya nak ucapkan tahniah kat 'Aizat tapi dia pulak sebuk berbicara dengan orang2 di situ.nak masuk ke tempat pengiraan undi pon segan jugak jadi tunggu di luar saja la.masuk maghrib 'aizat masih lagi sebuk , jadi mengambil keputusan untuk balik dulu bersama....jeng jeng jeng hehe

cerita sebelum , semasa, selepas pilhanraya KK berlangsung

#poster 'Aizat paing banyak digantung merata2 . best gilew perang poster !

#tiap2 malam kami turun berkempen terutamanya aku, izzudin n duan . calon YDP semstinya turun padang n jumpa rakyat. baru la dikatakan mesra rakyat kan..

#disebabkan aku semangat sangat kempen untuk 'Aizat termasuk la dalam blog, macam2 andaian telah dibuat.antaranya..'aku ada apa2 k e dengan aizat? ' ahha..sebelum aku pos entry untuk kempen 'Aizat aku da gak da benda2 ni akan terjadi. he..sekali lagi aku membuat pengakuan yang aku tiada apa2 hubungan istimewa dengan 'Aizat n kami hanya lah teman seperjuangan.'Aizat pun tahu aku ada hati dengan siapa sebenarnya..agagaga n satu sen pun tak dapat dari 'Aizat semasa berkempen sebab aku memang niat hanya utk menolong sahabat. mulut n pikiran orang mana kita boleh tutup atau halang kan

# aku dan beberapa kawan buat la survey konon2 untuk melihat kebarangkalian sapa yang mungkin menang untuk jawatan YDP KK C. ramai student yang berkata asmawi mempunyai pengaruh yang lebih besar berbanding 'Aizat di UDM termasuk la pengaruh daripada pengurusan pejabat asrama. tapi suara mahasiswa/i pada hari pilhanraya yang menentukan semuanya

# perasan tak yang masuk bertanding untuk calon YDP KK C adalah 'artis'? MAWI n AIZAT 'hanya kau yang mampu'? ahhaha

#orang bertanya kenapa aku tak memberi sokongan moral kepada calon kolej kediaman B iaitu kolej kediaman aku? masalahnya saya tak kenal pon mereka dan macam mana pula nak kenal kalau mereka tak datang berkempen kat saya.owh mungkin jugak diorang dah turun berkempen di cafe pok din tapi saya tak lepak kat ctu so tak dapat la jumpa mereka. ok mari bersangka baik!

#sedikit kecelaruan informasi tentang poster2 calon. informasi yang diberitahu,poster hanya boleh digantung n tak boleh ditampal. di KK C kebanyakan calon mengikut peraturan yang ditetapkan. tapi di KK B, calon tampal je di dinding2 dan papan kenyatan.aik peraturan tidak sama kah?

#di hari pengundian, 'Aizat meminta untuk tukang2 kempen memakai baju hitam atau gelap untuk menunjukkan kami bergerak bersama2..tapi hanya 'Aizat, Sabir n aku je pakai baju hitam. Duan pakai pink lagi la terkeluar tema huhu

#banyak undi rosak di KK C sebab kalau tanda pangkah itu keluar daripada kotak pun dikira undi rosak ..tegas ( strict ) sungguh..


#malam pengumuman rasmi keputusan , tak ramai yang datang mungkin sebab masa tu da agak lewat.jadi tak ramai pon dengar n tak semeriah masa kempen
keputusan
TYDP KK B : saudara Anuar 207 vs saudari Ain 201( maaf tak tahu nama penuh )
YDP KK C : saudara 'Aizat Anwar Apandi 175 vs Asmawi 90
TYDP KK C : saudari Ain 78, saudara Farizal 64, saudara Fathullah Al- Haq 39, saudari Sakinah 86
Bendahari KK C :saudara syukri 75, saudari Sabrina 189
peratus keluar mengundi
- KK B 54.8%
- KK C 20% ++



#hari keesokan selepas kemenangan 'Aizat, beliau menjamu kami dengan sedikit makan2 sempena meraikan kemenangan beliau sekaligus menghargai pengorbanan kami haha..aku bukannya tolong apa sangat pon ehe tapi terima kasih kerana menjemput dan minta maaf sebab tak larat nak makan sebab baru lepas makan nasi . tapi air teh dia sedap !


# malam makan2 sangat seronok sebab dapat bertukar2 pikiran dengan pemimpin2 mahasiswa. bukan senang nak duk semeja dengan diorang taw.apa yang kami bincangkan malam tu? ahha..hanya kami yang tahu..biarlah rahsia..he kalau ada yang tahu takut ada yang berkecil hati.ye la memang kaw2 punya ayat la berdebat, lagi2 dengan si Izzudin pengdebat, si Duan pemidato, si Shaiham pentazkirah, si Sabir yang berpengalaman, si Rashid yang bijaksana ;P

#tapi sampai sekarang ni keputusan rasmi tak ditampal pon.kat mana ye agaknya ada tampal ? ye la takut2 kalau terbagi keputusan yang salah kan nanti jadi isu plak he

di kesempatan ini dan mungkin masih belum terlambat, aku nak ucapkan tahniah kepada saudara 'Aizat atas kemenangannya walaupun berkali2 beliau mengatakan bahawa beliau hanyalah calon 'underdog'.lepas ni buat lah kerja bersungguh2 kerana itu adalah amanah 175 orang yang memangkah anda.berat tu tugas yang hendak dipikul.insyaAllah walaupun berlainan kolej kediaman kalau ada apa2 yang boleh ditolong boleh je tolong lagi sebab aku memang suka buat kerja2 amal ni hehe.

tahniah juga n terima kasih kepada Izzudin n Duan sebab memberi peluang dan memberi sedikit pengalaman kepada saya untuk bekerjasama semasa berlangsungnya pilihanraya kolej kediaman 2009.akan ku simpan dalam kotak kenangan huhu

dan sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada sekalian yang turun mengundi telah menunaikan kewajipan anda dan berjaya dalam mewujudkan suasana demokrasi di UDM n ini suatu permulaan yang amat baik! kepada penghuni2 kolej kediaman di UDM ,berilah sokongan dan kerjasama anda kepada pemimpin2 anda supaya kebajikan kita terjaga. tanpa rakyat siapa lah pemimpin!


Friday, February 13, 2009

calon YDP Kolej Kediaman C : Muhammad'Aizat b Anwar Apandi



kenapa anda harus mengundi Muhammad 'Aizat Anwar Apandi sebagai YDP Kolej Kediaman C( blok A, B, C, D, E, F , G, H , I )?

1. pengalamannya sebagai pemimpin yang memimpin pelbagai kelab dan persatuan melayakkan dirinya menjawat jawatan YDP Kolej Kediaman C
- TYDP 1 MPP UDM 07/08
- Presiden GPMS UDM 06 - 08
- Presiden Kelab Bahsa dan Intelektual Pelajar ( KBIP ) 07/08
- Timbalan Presiden Kelab Astronomi ( KASTRO ) UDM 08/09

2.mesra rakyat dan boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja

3. kebolehannya berdebat pelbagai isu dengan tenang dan berfikiran rasional dan tidak mengikut emosi apabila dicucuk

4. seorang yang peramah tidak kira dengan orang atas dan bawah

5. seorang yang berfikiran matang dan terbuka dan boleh menerima idea2 baru untuk diketengahkan

6. percaya dengan konsep demokrasi dan tidak takut atau gentar berhadapan dengan orang yang bermain politik kotor dan murahan

7 .kesungguhannya dalam berkempen menunujukkan beliau memang seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti

8. mempunyai banyak jaringan (networking) dengan pelbagai pihak menyerlahkan kempimpinannya

kenapa saya merayu anda mengundi beliau walaupun saya tidak layak untuk mengundi beliau kerana berlainan kolej kediaman?

#saya percaya beliau akan berkhidmat dengan cemerlang kepada masyarakat kolej kediaman C
#saya percaya dengan kemampuan dan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang matang dan berjiwa rakyat
#saya percaya beliau akan membawa suara mahasiswa dan merpertahankan hak2 mahasiswa
#saya dapat melihat kesungguhannya berkempen walaupun tanpa dibantu atau disponsor oleh mana2 pihak

saya tidak mendapat sesen pon semasa berkempen untuk 'Aizat kerana beliau bertanding atas kapasiti mahasiswa dan saya membantunya dari segi sokongan moral daripada mahasiswa untuk mahasiswa


MANIFESTO
1. bersama membawa suara mahasiswa KK C ke tahap pengurusan tertinggi
2. perjuangkan untuk kebajikan KK C seperti mesin basuh di setiap blok, bilik tv, bilik study, tempat parking berbumbung
3. akan menjadi wakil suara mahasiswa KK C dalam isu kebajikan

undi lah Muhammad 'AIZAT ANWAR APANDI sebagai YDP Kolej Kediaman C demi menaikkan nama mahasiswa UDM yang gemilang cemerlang dan
terbilang !

suara mahasiwa suara bersama !
daripada mahasiswa kepada mahasiswa untuk mahasiswa !
Kebajikan Mahasiswa Matlamat bersama
We can change what we need !


Monday, February 09, 2009

bila manusia makin sibuk

entri ini sangat panjang sila tarik nafas dan fokus :p

seperti yang anda semua boleh baca di blog2 teman seperjuangan aku kat UDM ni, sememangnya minggu ini dan minggu depan adalah minggu yang sangat sibuk. kalau orang lain hanya sibuk dengan assignment dan test sahaja, aku disibukkan lagi dengan tanggungjawab yang diamanahkan untuk aku

hemm..minggu depan..ada empat test = OOP, OOD, SRE, Fiqh Islami..hoho..sudah habis baca ke semuanya..nasib baik la SRE n Fiqh Islami hanya soklan objektif kalau da nazak sangat , bulat2 je la mana yang rasa berkenan di hati hehe. OOP confirm2 kena buat tulis program JAVA, OOD hanya perlu baca slide yang banyak cuma tak tahu je bentuk soalan dia bagaimana

cite pasal assignment plak, rasanya setiap subjek ada assignment yang harus disubmitkan ( apa barang ni perkataan english bercampur melayu). article HCI kena hantar khamis minggu depan, emm kebanyakan mereka copy paste saje..kalau hanya copy n paste memang senang tapi bukan mudah pula nak menggoreng ayat dalam english kan . tapi yang pasti nanti aku mesti iri hati dengan artikel yang ditulis oleh Ong sebab dia memang hebat menggoreng ayat sampai garing huhu. walaupun subjek lain lambat lagi kena hantar tapi pening gak nak siapkan. HCI ada website interactive, kumpulan aku dan kakak2 nak buat website memanah UDM, tak tahu la rupa macam mana tapi harap2 interactive la kan.

sekarang ni aku ada dua tanggungjawab besar yang diamanahkan. kalau tak buat betul2 apa yang diamanahkan tak pasal2 kena jawab di akhirat nanti. alhamdulillah aku diberi kepercayaan yang besar untuk menjadi orang yang agak penting dalam organisasi KKU n FITs. memang aku berharap untuk membuat yang terbaik dalam kedua2 organisasi tersebut. tapi kalau ada apa2 yang salah, tegur la aku..aku tak kesah kalau kena marah tapi asalkan jangan la sampai menghina macam tak de maruah..siapa tak malu kalau gitu kan.aku pon tak dibayar sesen pon malah setengah sen tak mungkin akan dapat pon untuk jalankan tugas2 yang diamanahkan.ikut la apa orang nak cakap..diorang ada mulut n tangan sendiri yang bebas mengeluarkan pendapat bijak masing2. kutuk la.kritik la..asalkan yang dikutuk atau dikritik itu benar.tak kesah dituduh sekali pon sebab selalunye aku akan tergelak n senyum sinis saje sebab diorang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya pada diri aku.

hari khamis pagi minggu lepas, aku, shah n ejah pergi la berjumpa dengan timbalan dekan FIT, En Suhailan untuk berbincang tentang program yang dirancang dan mengkhabarkan kepada beliau tentang perlantikan MT n exco FITs. En Suhailan memang best . kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan Majlis Anugerah Dekan FIT yang insyaAllah akan berlangsung pada 12 Mac ni. alhamdulillah kami diberi kepercayaan oleh fakulti untuk menguruskan aktiviti2 fakulti. aku suka jika pelajar sendiri diberi tugas untuk menguruskan acara. kerana dari situ la pelajar2 dapat belajar kemahiran insaniah ,bak kata En suhailan. memang aku nak syorkan kepada En suhailan supaya pelajar sendiri yang menguruskan sesuatu acara tapi rupanya En Suhailan sudah jauh berfikiran ke hadapan n berfikiran terbuka.masa bincang2 dengan En Suhailan program apa nak buat, ada program yang kami usulkan tu En Suhailan kata patutnya tu program fakulti tu.. hoho kitorang bercita2 besar rupanya tapi bagus apa boleh sama2 buat program tu. En Suhailan juga ada mengusulkan satu program yang agak besar dan melibatkan orang luar yang dirancang utk semester hadapan. sebelum balik beliau menasihatkan jangan terlalu asyik bepersatuan sampai pelajaran pun tertinggal. beliau kata lagi cukup la kalau da ada 1-2 program pon da cukup, takot2 kalau banyak sangat program bila masa pulak kita nak study kan

khamis petang pula,sekali lagi kami bermesyuarat bersama En Suhailan dan bersama 18 orang exco FITs. memang penat pagi petang ada mesyuarat tapi nak buat macam mana da tugas kan..apa kami bincang di masa mesyuarat tu? tungu jela M.A.D nanti ye..aku memang suka sangat uruskan majlis. dan rasa seronok lagi sebab da ada pengalaman uruskan majlis sebelum ini walaupon orang bawah sahaja, kali ni boleh tambah lagi pengalaman dan mempraktikkan apa yang telah aku belajar daripada majlis2 aku yang uruskan sebelum ni

sebuk..sampai penat otak ,bukan penat badan..sampai bear pon hantar mesej lepas aku habis meeting " bz sangat kn..". taw2 je aku baru habis meeting huhu. dulu dia yang sebuk skang ni da terbalik he tapi dia pon sebuk jugak dengan assignment yang melambak tapi sebuk2 dia sempat lagi keluar melepak jalan2, tengok tv la, masak2 la..aku? harapan la dapat buat semua tu..pastu kata "auni da jarang sms kn..". mana ada jarang macam biasa jugak taw he tapi dia la bagi aku semangat bila aku rasa tak larat da nak buat keja, paham aku yang sudah semakin sibuk sekarang sebab dia pon pernah sibuk jugak dulu, nasihat aku pandai2 bahagi masa study n bepersatuan. thanks my dear , u know who u are ;)




banyak program yang diadakan di sekitar UDM sekarang ni aku tak dapat sertai.bukan tak nak join tapi ada benda yang lebih penting harus aku buat. contohnya program yang MPP buat baru ni..program aman palestin..teringin sangat nak pergi tapi kerana komitmen lain yang lebih penting terpaksa aku korbankan.teringin nak dengar idea2 yang bernas daripada pemimpin2 pelajar tentang nasib saudara kita di palestin, teringin nak berarak membantah kekejaman israel sambil melaungkan takbir.memang sudah merancang nak join program2 palestin tu.hati ini da berbunga2 kerana dapat merasakan seronoknya dapat join prgram tu selain dapat berasa insaf dan menunjukkan rasa simpati kepada kesengsaraan palestin.

walaupun aku tak join tak bermakna aku tak sensitif, tak cakna dengan hal sekeliling..aku harus mengutamakan apa yang lebih afdhal. lagi2 nak menjelang 4 test yang aku akan hadapi minggu hadapan. itu pun satu jihad bukan. ala mungkin korang nak kata pandai2 la bahagi masa tapi maaf la kapasiti tenaga aku tak sebanyak kapasiti tenaga korang , aku tak mampu nak study sampai pukul 3-4 pagi . kalau aku buat jugak program tah ke mana pelajaran tah ke mana kesihatan tah ke mana. kesihatan..? memang sangat tak mengizinkan..kepenatan itu kadang2 sampai buat aku menangis..kalau aku tak mengutamakan kesihatan juga, bak kata abah " tak guna satu sen pon "


tapi aku nak ucapkan syabas kepada MPP UDM , PMKI n Bac islamic finance yang sama2 berganding bahu mengadakan program membantah kekejaman israel dan mengumpulkan dana kepada saudara kita di palestin, semoga sumbangan yang dikumpul disalurkan kepada pihak yang betul iaitu Hamas. walaupon sedikit sahaja sumbangan yang disalurkan tapi insyaAllah jika keikhlasan dan keredhaan Allah yang dicari, tinggi martabatnya di sisi Allah. aku di sini hanya mampu berdoa hari2 supaya kemenangan berpihak kepada Islam.

teruskan boikot barangan Israel. elakkan penggunaan barang2 yang menyumbangkan kekuatan kepada Israel. hancurkan Israel ! tapi nak hancurkan Israel yang sedikit sahaja jumlah nya berbanding umat Islam yang ramai, umat Islam kena kuat dulu.mantapkan iman,tak guna kalau solat tak cukup 5 waktu , berani ke nak pergi berperang, benarkah semangat jihad dan tak takut mati ada dalam diri kita bila bab mempertahankan Islam.ini la masa untuk umat Islam bersatu menetang kekejaman Israel. tak semestinya gi berperang di Palestin,kita boleh sentiasa mendoakan kesejahteraan umat Islam palestin , memboikot barangan Israel juga satu jihad. ye la..dulu makan mcD , skang ni jihad la melawan nafsu makan mcD tu, makan je la kat Dr Fried Chicken hehe contohilah semangat umat Islam Palestin yang semangatnya kuat, yang berani mempertahankan yang hak walaupun diancam dibunuh dengan kejam tapi yang penting mereka mati dengan mulia

bercerita pasal hak ni, kembalikan hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. apa ada pada pemimpin kalau tiada rakyat. bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan bagai rakyat dan pemimpin, tidak boleh dipisahkan.kalau rakyat da marah tak de maknanya menjadi pemimpin. teringat masa belajar sejarah masa sekolah dulu2, tamadun China ada mengatakan , 'raja akan hilang mandat jika tuhan marah kerana bertindak zalim dan akibatnya dinasti tu akan jatuhh' ( kalau tak salah aku la ). kalau da zalim mesti la zalim kat rakyat kan..jangan nak main rampas je.ingat rakyat suka ke? lagi benci ada la..cuba buat pilhanraya kalau betul awak tu berani dan adil. ke takut kalah sebenarnya sebab tu tak berani buat. ye la takot kena belasah 5 - 0 lagi kan..aku menyampah tengok orang gila kuasa, tamak, main rasuah, ugut sana sini. tak de maknanya wahai pemimpin yang perasan bijak..rakyat lagi bijak la walaupun tak belajar tinggi, rakyat lagi pandai buat penilaian sekarang.maklumat alternatif hanya di hujung jari. tak payah keluar rumah pon cari maklumat lagi. boleh nilai mana berita yang fakta n yang mana yang auta.tapi marah, marah jugak tapi tak de la sampai nak menyaman sultan , atau panggil sultan dengan panggilan tak elok atau menghalang hukum hudud. Daulat Tuanku !
(p/s : meminjam kata2 tulang besi [ MalaysianWaves ]
"Raja Adil Raja DiSembah, Raja Zalim Raja DiSanggah.
Taat Setia hanya pada Allah dan Rasul
Allah la RAJA sekalian alam!"


di kesempatan in saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat blog saya Chika atau nama sebenarnya Nurul Haizum yang baru sahaja dinikahkan pada 7 Februari yang lalu.sangat bahagia membace entri nya yang bahagia tentang majlis perkahwinan nya.tulisannya yang penuh dengan humor memang membuat pembaca blog nya tak sabar2 dengan perkahwinannya. tahniah Puan Haizum (ooowhh..da jadi puan ye dalam umur 23 tahun ..seronoknya hehe) ..sekarang memang teringin benar nak tengok muka suami yang dicintainya.mesti bagai pinang dibelah dua, macam merpati dua sejoli ;) semoga menjadi isteri solehah. tapi paling teruja, bagaimanakah agaknya entrinye bila da ada anak..hoho..tak sabar..! (kwn2 blogChika yang gi majlis kahwin dia cepat2 la update blog saya mahu lihat gambar chika..weeeee)


Tuesday, February 03, 2009

mari la kita beli

bila duit tak cukup di tangan
sebab belanja boros sakan tak ingat dunia
mula nak cari pendapatan sampingan
bila duit mak bapak tak bagi makin berkurang di bank
mana nak dapat duit lebih ni
nak mintak mak bapak sudah pasti tak kan di bagi
idea pon tiba2 muncul
buat la perniagaan kecil2an
kan aku ahli kelab usahawan
tapi perniagaan apakah itu
memang saya ahli kelab usahawan
tapi bukan nya rajin nak pegi jalan2 jaja barang
naik blok turun blok jual nasi lemak
bukan ada dapur yang boleh masak makanan yang enak2
rakan ajak buat MLM
dapat untung banyak dan cepat
tapi saya tak suka
bisnes begitu takde kepuasan
tak nampak barang yang jual laku di tangan
tak rasa kepuasan yang amat bila orang suka dengan barang kita

rezeki mari jangan ditolak
ada pulak yang menawarkan menolong perniagaannya
siapa dia tak perlu tahu
tapi yang berkenaan tahu siapa saya di sisi dia hehe

sudah2 kembali kepada cerita
barang jualan sudah di tangan
pelekat berlambang UDM tak pernah dibuat orang lagi
jadi kami la orang pertama yang buat nya di UDM
ahha betul ke? tak kesah la..walaupon bukan anok 'kesoh' :p


pelekat cermin kereta yang panjang n kecik ada
dan tak lupa juga untuk motor2
buat hiasan dan aksesori
untuk mempromosikan UDM
dan supaya orang tak tertanya2 lagi UDM? apa tu..?
dan boleh tunjuk anda bangga menjadi warga UDM
tak mahal pon harganya..lebih murah harga pelekatnya dari U lain
mari la kita beli

satu hari masa pegi bejalan2 di komplek membeli belah
tak sengaja pulak pakai cologen banyak2
sampai ada orang yang boleh terbau
cologen yang dipakai murah saja tak setanding mark n spencer :p

cerita nya bermula begini
kakak tu tegur saya
dia kata sedap bau minyak wangi saya
saya tercengang ..bila masa pulak pakai minyak wangi

dia kata dia baru menghasilkan minyak wangi
tanpa alkohol n harum baunya
bila saya tersasul yang saya ahli kelab usahawan
dan juga membongkar rahsia yang konvo UDM akan diadakan tak lama lagi
padahal tak taw pon bila konvo sebenarnya hehe
(oopss..dengar citer terbaru konvo bulan 6..haha lama lagi la kena tunggu)
dia meminta saya mempromosikan minyak wanginya yang bernama D 'Edge Perfume
mari la beli dengan saya
ada 12 jenis haruman yang sememang harum
harga pon murah juga
mari la kita beli




disebabkan sudah banyak networking
bos saya pon mengajak saya menolong kawan dia pulak
dia kata saya tolong kawan dia, kawan dia tolong saya jual perfum
kawan dia jual t-shirt UDM dan t-shirt muslimah




design sangat chantek
pasti hati tertarik
pasti chantek bila memakai di badan
orang lain pon pasti memuji bila tengok kite pakai baju tu
jadi apa tunggu lagi?
mari la beli
(p/s: numb tepon di atas bukan numb aku tapi nombor bos baju udm siapa dia? jeng jeng jeng )

teringat masa kecik2 dulu
pertama kali meniaga kecil2an
nak tahu jual apa?
jual stiker juga
stiker kegilaan kanak2 semasa itu
stiker kartun la yang terkenal
balik sekolah singgah umah makcik tepi sekolah
beli stiker agak banyak
untuk dijual di sekolah agama
jual kepada kawan yang lain sekolah rendah
paham tak apa maksud saya
saya bersekolah di sekolah seksyen 18
pelanggan kami bersekolah di sekolah seksyen 19
kami jual stiker kepada dia dengan harga dua kali ganda
untung yang kami dapat kami pergi makan di KFC
bermula dari situ
minat untuk jadi usahawan kot muncul
sampai la sekarang

tapi tak tahu la 10 tahun akan datang
menjadi usahawan berjaya kah saya
atau makan gaji
atau duk di rumah jadi suri rumah sepenuh masa
hanya tuhan yang tahu
tapi doa2 la dapat suami suka meniaga juga
supaya sama2 dapat membina empayar perniagaan melayu muslim
macam zaman empayar melaka
melayu masyur kerana bijak meniaganya


Google