Wednesday, February 18, 2009

wujudnya demokrasi di UDM



alhamdulillah pilhanraya kolej kediaman yang berlangsung pada 15 Februari 2009 berjalan dengan lancar.pilhanraya kali ni paling seronok rasanya sebab aku turut join berkempen untuk sahabat seperjuangan ku 'Aizat. n alhamdulillah penat lelah kami berkempen selama 3 hari ,berbaloi dengan kemenangan 'Aizat

kisah bermula di pagi hari.aku sangkakan masa mengundi bermula 9 pagi seperti yang terpampang di notis pilihanraya kolej kediaman. tapi bila terserempak dengan 'Aizat dan Sabir pada pukul 10.30am , rupanya di KK C pengundian masih belum dijalankan. aku keluar awal dari bilik hari tu sebab ada kerja2 yang harus diselesaikan. jadi hanya sempat pergi mengundi untuk KK B selepas jam 1pm iaitu selepas kelas Fiqh Islami dan selepas makan tengahari di Jentayu hehe


selepas mengundi , aku, ejah dan ong ke KK C pula untuk melihat suasana mengundi di sana sekaligus menemani Ong turun mengundi. ramai juga yang pergi mengundi di sana mungkin juga sebab masa tu masa makan tengahari jadi ramai la jugak nampak yang turun mengundi.di sana Izzudin, Sabir , Duan masih lagi berkempen dan mengajak orang ramai turun mengundi.diorang siap bawa poster merata2 dan promot calon.


yang bestnya calon YDP n TYDP , 3 orang daripadanya adalah student sains sosial, satu kelas lagi. memang gamat la tapi itu la baru best ..kalau pilihanraya fakulti dulu pun tak de la macam tu..he..sape je nak tolong aku kempen kan ..

cuma aku sedikit terkilan sebab ada tak ada masa pengiraan undi disebabkan aku menemani sahabatku , yaya keluar ke bandar. dalam pukul 6.30pm gitu dapat sms yang berbunyi begini " Aizat menang beb 175, mawi 90" alhamdulillah seronok sangat masa tu..ye la calon pilhan kami menang sape yang tak seronokkan.masa tu selepas yaya habis berurusan aku terus pecut pulang ke UDM n yang bestnya jalan pon lenggang jadi boleh la pecut ke tahap maksima. nasib tak de apa2 yang buruk berlaku hehe

sampai2 UDM terus ke pejabat asrama baru..sebenarnya nak ucapkan tahniah kat 'Aizat tapi dia pulak sebuk berbicara dengan orang2 di situ.nak masuk ke tempat pengiraan undi pon segan jugak jadi tunggu di luar saja la.masuk maghrib 'aizat masih lagi sebuk , jadi mengambil keputusan untuk balik dulu bersama....jeng jeng jeng hehe

cerita sebelum , semasa, selepas pilhanraya KK berlangsung

#poster 'Aizat paing banyak digantung merata2 . best gilew perang poster !

#tiap2 malam kami turun berkempen terutamanya aku, izzudin n duan . calon YDP semstinya turun padang n jumpa rakyat. baru la dikatakan mesra rakyat kan..

#disebabkan aku semangat sangat kempen untuk 'Aizat termasuk la dalam blog, macam2 andaian telah dibuat.antaranya..'aku ada apa2 k e dengan aizat? ' ahha..sebelum aku pos entry untuk kempen 'Aizat aku da gak da benda2 ni akan terjadi. he..sekali lagi aku membuat pengakuan yang aku tiada apa2 hubungan istimewa dengan 'Aizat n kami hanya lah teman seperjuangan.'Aizat pun tahu aku ada hati dengan siapa sebenarnya..agagaga n satu sen pun tak dapat dari 'Aizat semasa berkempen sebab aku memang niat hanya utk menolong sahabat. mulut n pikiran orang mana kita boleh tutup atau halang kan

# aku dan beberapa kawan buat la survey konon2 untuk melihat kebarangkalian sapa yang mungkin menang untuk jawatan YDP KK C. ramai student yang berkata asmawi mempunyai pengaruh yang lebih besar berbanding 'Aizat di UDM termasuk la pengaruh daripada pengurusan pejabat asrama. tapi suara mahasiswa/i pada hari pilhanraya yang menentukan semuanya

# perasan tak yang masuk bertanding untuk calon YDP KK C adalah 'artis'? MAWI n AIZAT 'hanya kau yang mampu'? ahhaha

#orang bertanya kenapa aku tak memberi sokongan moral kepada calon kolej kediaman B iaitu kolej kediaman aku? masalahnya saya tak kenal pon mereka dan macam mana pula nak kenal kalau mereka tak datang berkempen kat saya.owh mungkin jugak diorang dah turun berkempen di cafe pok din tapi saya tak lepak kat ctu so tak dapat la jumpa mereka. ok mari bersangka baik!

#sedikit kecelaruan informasi tentang poster2 calon. informasi yang diberitahu,poster hanya boleh digantung n tak boleh ditampal. di KK C kebanyakan calon mengikut peraturan yang ditetapkan. tapi di KK B, calon tampal je di dinding2 dan papan kenyatan.aik peraturan tidak sama kah?

#di hari pengundian, 'Aizat meminta untuk tukang2 kempen memakai baju hitam atau gelap untuk menunjukkan kami bergerak bersama2..tapi hanya 'Aizat, Sabir n aku je pakai baju hitam. Duan pakai pink lagi la terkeluar tema huhu

#banyak undi rosak di KK C sebab kalau tanda pangkah itu keluar daripada kotak pun dikira undi rosak ..tegas ( strict ) sungguh..


#malam pengumuman rasmi keputusan , tak ramai yang datang mungkin sebab masa tu da agak lewat.jadi tak ramai pon dengar n tak semeriah masa kempen
keputusan
TYDP KK B : saudara Anuar 207 vs saudari Ain 201( maaf tak tahu nama penuh )
YDP KK C : saudara 'Aizat Anwar Apandi 175 vs Asmawi 90
TYDP KK C : saudari Ain 78, saudara Farizal 64, saudara Fathullah Al- Haq 39, saudari Sakinah 86
Bendahari KK C :saudara syukri 75, saudari Sabrina 189
peratus keluar mengundi
- KK B 54.8%
- KK C 20% ++



#hari keesokan selepas kemenangan 'Aizat, beliau menjamu kami dengan sedikit makan2 sempena meraikan kemenangan beliau sekaligus menghargai pengorbanan kami haha..aku bukannya tolong apa sangat pon ehe tapi terima kasih kerana menjemput dan minta maaf sebab tak larat nak makan sebab baru lepas makan nasi . tapi air teh dia sedap !


# malam makan2 sangat seronok sebab dapat bertukar2 pikiran dengan pemimpin2 mahasiswa. bukan senang nak duk semeja dengan diorang taw.apa yang kami bincangkan malam tu? ahha..hanya kami yang tahu..biarlah rahsia..he kalau ada yang tahu takut ada yang berkecil hati.ye la memang kaw2 punya ayat la berdebat, lagi2 dengan si Izzudin pengdebat, si Duan pemidato, si Shaiham pentazkirah, si Sabir yang berpengalaman, si Rashid yang bijaksana ;P

#tapi sampai sekarang ni keputusan rasmi tak ditampal pon.kat mana ye agaknya ada tampal ? ye la takut2 kalau terbagi keputusan yang salah kan nanti jadi isu plak he

di kesempatan ini dan mungkin masih belum terlambat, aku nak ucapkan tahniah kepada saudara 'Aizat atas kemenangannya walaupun berkali2 beliau mengatakan bahawa beliau hanyalah calon 'underdog'.lepas ni buat lah kerja bersungguh2 kerana itu adalah amanah 175 orang yang memangkah anda.berat tu tugas yang hendak dipikul.insyaAllah walaupun berlainan kolej kediaman kalau ada apa2 yang boleh ditolong boleh je tolong lagi sebab aku memang suka buat kerja2 amal ni hehe.

tahniah juga n terima kasih kepada Izzudin n Duan sebab memberi peluang dan memberi sedikit pengalaman kepada saya untuk bekerjasama semasa berlangsungnya pilihanraya kolej kediaman 2009.akan ku simpan dalam kotak kenangan huhu

dan sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada sekalian yang turun mengundi telah menunaikan kewajipan anda dan berjaya dalam mewujudkan suasana demokrasi di UDM n ini suatu permulaan yang amat baik! kepada penghuni2 kolej kediaman di UDM ,berilah sokongan dan kerjasama anda kepada pemimpin2 anda supaya kebajikan kita terjaga. tanpa rakyat siapa lah pemimpin!


2 comments:

Anonymous said...

ad hati ng sabir xnk ngaku... ^_-

aizat@kampus said...

jgn dilayan provokasi dan tribulasi tapi haruslah meningkatkan prestasi ye...chaiyok!!!

Google