Monday, February 09, 2009

bila manusia makin sibuk

entri ini sangat panjang sila tarik nafas dan fokus :p

seperti yang anda semua boleh baca di blog2 teman seperjuangan aku kat UDM ni, sememangnya minggu ini dan minggu depan adalah minggu yang sangat sibuk. kalau orang lain hanya sibuk dengan assignment dan test sahaja, aku disibukkan lagi dengan tanggungjawab yang diamanahkan untuk aku

hemm..minggu depan..ada empat test = OOP, OOD, SRE, Fiqh Islami..hoho..sudah habis baca ke semuanya..nasib baik la SRE n Fiqh Islami hanya soklan objektif kalau da nazak sangat , bulat2 je la mana yang rasa berkenan di hati hehe. OOP confirm2 kena buat tulis program JAVA, OOD hanya perlu baca slide yang banyak cuma tak tahu je bentuk soalan dia bagaimana

cite pasal assignment plak, rasanya setiap subjek ada assignment yang harus disubmitkan ( apa barang ni perkataan english bercampur melayu). article HCI kena hantar khamis minggu depan, emm kebanyakan mereka copy paste saje..kalau hanya copy n paste memang senang tapi bukan mudah pula nak menggoreng ayat dalam english kan . tapi yang pasti nanti aku mesti iri hati dengan artikel yang ditulis oleh Ong sebab dia memang hebat menggoreng ayat sampai garing huhu. walaupun subjek lain lambat lagi kena hantar tapi pening gak nak siapkan. HCI ada website interactive, kumpulan aku dan kakak2 nak buat website memanah UDM, tak tahu la rupa macam mana tapi harap2 interactive la kan.

sekarang ni aku ada dua tanggungjawab besar yang diamanahkan. kalau tak buat betul2 apa yang diamanahkan tak pasal2 kena jawab di akhirat nanti. alhamdulillah aku diberi kepercayaan yang besar untuk menjadi orang yang agak penting dalam organisasi KKU n FITs. memang aku berharap untuk membuat yang terbaik dalam kedua2 organisasi tersebut. tapi kalau ada apa2 yang salah, tegur la aku..aku tak kesah kalau kena marah tapi asalkan jangan la sampai menghina macam tak de maruah..siapa tak malu kalau gitu kan.aku pon tak dibayar sesen pon malah setengah sen tak mungkin akan dapat pon untuk jalankan tugas2 yang diamanahkan.ikut la apa orang nak cakap..diorang ada mulut n tangan sendiri yang bebas mengeluarkan pendapat bijak masing2. kutuk la.kritik la..asalkan yang dikutuk atau dikritik itu benar.tak kesah dituduh sekali pon sebab selalunye aku akan tergelak n senyum sinis saje sebab diorang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya pada diri aku.

hari khamis pagi minggu lepas, aku, shah n ejah pergi la berjumpa dengan timbalan dekan FIT, En Suhailan untuk berbincang tentang program yang dirancang dan mengkhabarkan kepada beliau tentang perlantikan MT n exco FITs. En Suhailan memang best . kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan Majlis Anugerah Dekan FIT yang insyaAllah akan berlangsung pada 12 Mac ni. alhamdulillah kami diberi kepercayaan oleh fakulti untuk menguruskan aktiviti2 fakulti. aku suka jika pelajar sendiri diberi tugas untuk menguruskan acara. kerana dari situ la pelajar2 dapat belajar kemahiran insaniah ,bak kata En suhailan. memang aku nak syorkan kepada En suhailan supaya pelajar sendiri yang menguruskan sesuatu acara tapi rupanya En Suhailan sudah jauh berfikiran ke hadapan n berfikiran terbuka.masa bincang2 dengan En Suhailan program apa nak buat, ada program yang kami usulkan tu En Suhailan kata patutnya tu program fakulti tu.. hoho kitorang bercita2 besar rupanya tapi bagus apa boleh sama2 buat program tu. En Suhailan juga ada mengusulkan satu program yang agak besar dan melibatkan orang luar yang dirancang utk semester hadapan. sebelum balik beliau menasihatkan jangan terlalu asyik bepersatuan sampai pelajaran pun tertinggal. beliau kata lagi cukup la kalau da ada 1-2 program pon da cukup, takot2 kalau banyak sangat program bila masa pulak kita nak study kan

khamis petang pula,sekali lagi kami bermesyuarat bersama En Suhailan dan bersama 18 orang exco FITs. memang penat pagi petang ada mesyuarat tapi nak buat macam mana da tugas kan..apa kami bincang di masa mesyuarat tu? tungu jela M.A.D nanti ye..aku memang suka sangat uruskan majlis. dan rasa seronok lagi sebab da ada pengalaman uruskan majlis sebelum ini walaupon orang bawah sahaja, kali ni boleh tambah lagi pengalaman dan mempraktikkan apa yang telah aku belajar daripada majlis2 aku yang uruskan sebelum ni

sebuk..sampai penat otak ,bukan penat badan..sampai bear pon hantar mesej lepas aku habis meeting " bz sangat kn..". taw2 je aku baru habis meeting huhu. dulu dia yang sebuk skang ni da terbalik he tapi dia pon sebuk jugak dengan assignment yang melambak tapi sebuk2 dia sempat lagi keluar melepak jalan2, tengok tv la, masak2 la..aku? harapan la dapat buat semua tu..pastu kata "auni da jarang sms kn..". mana ada jarang macam biasa jugak taw he tapi dia la bagi aku semangat bila aku rasa tak larat da nak buat keja, paham aku yang sudah semakin sibuk sekarang sebab dia pon pernah sibuk jugak dulu, nasihat aku pandai2 bahagi masa study n bepersatuan. thanks my dear , u know who u are ;)




banyak program yang diadakan di sekitar UDM sekarang ni aku tak dapat sertai.bukan tak nak join tapi ada benda yang lebih penting harus aku buat. contohnya program yang MPP buat baru ni..program aman palestin..teringin sangat nak pergi tapi kerana komitmen lain yang lebih penting terpaksa aku korbankan.teringin nak dengar idea2 yang bernas daripada pemimpin2 pelajar tentang nasib saudara kita di palestin, teringin nak berarak membantah kekejaman israel sambil melaungkan takbir.memang sudah merancang nak join program2 palestin tu.hati ini da berbunga2 kerana dapat merasakan seronoknya dapat join prgram tu selain dapat berasa insaf dan menunjukkan rasa simpati kepada kesengsaraan palestin.

walaupun aku tak join tak bermakna aku tak sensitif, tak cakna dengan hal sekeliling..aku harus mengutamakan apa yang lebih afdhal. lagi2 nak menjelang 4 test yang aku akan hadapi minggu hadapan. itu pun satu jihad bukan. ala mungkin korang nak kata pandai2 la bahagi masa tapi maaf la kapasiti tenaga aku tak sebanyak kapasiti tenaga korang , aku tak mampu nak study sampai pukul 3-4 pagi . kalau aku buat jugak program tah ke mana pelajaran tah ke mana kesihatan tah ke mana. kesihatan..? memang sangat tak mengizinkan..kepenatan itu kadang2 sampai buat aku menangis..kalau aku tak mengutamakan kesihatan juga, bak kata abah " tak guna satu sen pon "


tapi aku nak ucapkan syabas kepada MPP UDM , PMKI n Bac islamic finance yang sama2 berganding bahu mengadakan program membantah kekejaman israel dan mengumpulkan dana kepada saudara kita di palestin, semoga sumbangan yang dikumpul disalurkan kepada pihak yang betul iaitu Hamas. walaupon sedikit sahaja sumbangan yang disalurkan tapi insyaAllah jika keikhlasan dan keredhaan Allah yang dicari, tinggi martabatnya di sisi Allah. aku di sini hanya mampu berdoa hari2 supaya kemenangan berpihak kepada Islam.

teruskan boikot barangan Israel. elakkan penggunaan barang2 yang menyumbangkan kekuatan kepada Israel. hancurkan Israel ! tapi nak hancurkan Israel yang sedikit sahaja jumlah nya berbanding umat Islam yang ramai, umat Islam kena kuat dulu.mantapkan iman,tak guna kalau solat tak cukup 5 waktu , berani ke nak pergi berperang, benarkah semangat jihad dan tak takut mati ada dalam diri kita bila bab mempertahankan Islam.ini la masa untuk umat Islam bersatu menetang kekejaman Israel. tak semestinya gi berperang di Palestin,kita boleh sentiasa mendoakan kesejahteraan umat Islam palestin , memboikot barangan Israel juga satu jihad. ye la..dulu makan mcD , skang ni jihad la melawan nafsu makan mcD tu, makan je la kat Dr Fried Chicken hehe contohilah semangat umat Islam Palestin yang semangatnya kuat, yang berani mempertahankan yang hak walaupun diancam dibunuh dengan kejam tapi yang penting mereka mati dengan mulia

bercerita pasal hak ni, kembalikan hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. apa ada pada pemimpin kalau tiada rakyat. bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan bagai rakyat dan pemimpin, tidak boleh dipisahkan.kalau rakyat da marah tak de maknanya menjadi pemimpin. teringat masa belajar sejarah masa sekolah dulu2, tamadun China ada mengatakan , 'raja akan hilang mandat jika tuhan marah kerana bertindak zalim dan akibatnya dinasti tu akan jatuhh' ( kalau tak salah aku la ). kalau da zalim mesti la zalim kat rakyat kan..jangan nak main rampas je.ingat rakyat suka ke? lagi benci ada la..cuba buat pilhanraya kalau betul awak tu berani dan adil. ke takut kalah sebenarnya sebab tu tak berani buat. ye la takot kena belasah 5 - 0 lagi kan..aku menyampah tengok orang gila kuasa, tamak, main rasuah, ugut sana sini. tak de maknanya wahai pemimpin yang perasan bijak..rakyat lagi bijak la walaupun tak belajar tinggi, rakyat lagi pandai buat penilaian sekarang.maklumat alternatif hanya di hujung jari. tak payah keluar rumah pon cari maklumat lagi. boleh nilai mana berita yang fakta n yang mana yang auta.tapi marah, marah jugak tapi tak de la sampai nak menyaman sultan , atau panggil sultan dengan panggilan tak elok atau menghalang hukum hudud. Daulat Tuanku !
(p/s : meminjam kata2 tulang besi [ MalaysianWaves ]
"Raja Adil Raja DiSembah, Raja Zalim Raja DiSanggah.
Taat Setia hanya pada Allah dan Rasul
Allah la RAJA sekalian alam!"


di kesempatan in saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat blog saya Chika atau nama sebenarnya Nurul Haizum yang baru sahaja dinikahkan pada 7 Februari yang lalu.sangat bahagia membace entri nya yang bahagia tentang majlis perkahwinan nya.tulisannya yang penuh dengan humor memang membuat pembaca blog nya tak sabar2 dengan perkahwinannya. tahniah Puan Haizum (ooowhh..da jadi puan ye dalam umur 23 tahun ..seronoknya hehe) ..sekarang memang teringin benar nak tengok muka suami yang dicintainya.mesti bagai pinang dibelah dua, macam merpati dua sejoli ;) semoga menjadi isteri solehah. tapi paling teruja, bagaimanakah agaknya entrinye bila da ada anak..hoho..tak sabar..! (kwn2 blogChika yang gi majlis kahwin dia cepat2 la update blog saya mahu lihat gambar chika..weeeee)


4 comments:

zyra said...

salam haziqah..
mai i ask u something??
mcm mana access ke blog saya?
n then, mcm mana tau saya team member utk ke indon??
tq

haziQah said...

wsalam
saya access dr blog nisa'
taw sebab awk kata nak buat paspot n book flight kan he
orang kuat yang buat proposal ke indon tu kwn sy so sy taw la cket2 pkmbangan lawatan korang ke indon ;)

zyra said...

ohh. tq

[Fadilah Diyana] said...

haziqah,bz nyer life...jgn lupa study tau sebab tu matlamat awk ke UDM...dont get me wrong ye, berpersatuan tu xsalah tp kena utamakan pelajaran gak+kwn2...ehhe...kawan awk tu manis jer...nanti kita nak baca la blog dia...menarik2...good luck tuk majlis ad tu...

Google