Tuesday, February 03, 2009

mari la kita beli

bila duit tak cukup di tangan
sebab belanja boros sakan tak ingat dunia
mula nak cari pendapatan sampingan
bila duit mak bapak tak bagi makin berkurang di bank
mana nak dapat duit lebih ni
nak mintak mak bapak sudah pasti tak kan di bagi
idea pon tiba2 muncul
buat la perniagaan kecil2an
kan aku ahli kelab usahawan
tapi perniagaan apakah itu
memang saya ahli kelab usahawan
tapi bukan nya rajin nak pegi jalan2 jaja barang
naik blok turun blok jual nasi lemak
bukan ada dapur yang boleh masak makanan yang enak2
rakan ajak buat MLM
dapat untung banyak dan cepat
tapi saya tak suka
bisnes begitu takde kepuasan
tak nampak barang yang jual laku di tangan
tak rasa kepuasan yang amat bila orang suka dengan barang kita

rezeki mari jangan ditolak
ada pulak yang menawarkan menolong perniagaannya
siapa dia tak perlu tahu
tapi yang berkenaan tahu siapa saya di sisi dia hehe

sudah2 kembali kepada cerita
barang jualan sudah di tangan
pelekat berlambang UDM tak pernah dibuat orang lagi
jadi kami la orang pertama yang buat nya di UDM
ahha betul ke? tak kesah la..walaupon bukan anok 'kesoh' :p


pelekat cermin kereta yang panjang n kecik ada
dan tak lupa juga untuk motor2
buat hiasan dan aksesori
untuk mempromosikan UDM
dan supaya orang tak tertanya2 lagi UDM? apa tu..?
dan boleh tunjuk anda bangga menjadi warga UDM
tak mahal pon harganya..lebih murah harga pelekatnya dari U lain
mari la kita beli

satu hari masa pegi bejalan2 di komplek membeli belah
tak sengaja pulak pakai cologen banyak2
sampai ada orang yang boleh terbau
cologen yang dipakai murah saja tak setanding mark n spencer :p

cerita nya bermula begini
kakak tu tegur saya
dia kata sedap bau minyak wangi saya
saya tercengang ..bila masa pulak pakai minyak wangi

dia kata dia baru menghasilkan minyak wangi
tanpa alkohol n harum baunya
bila saya tersasul yang saya ahli kelab usahawan
dan juga membongkar rahsia yang konvo UDM akan diadakan tak lama lagi
padahal tak taw pon bila konvo sebenarnya hehe
(oopss..dengar citer terbaru konvo bulan 6..haha lama lagi la kena tunggu)
dia meminta saya mempromosikan minyak wanginya yang bernama D 'Edge Perfume
mari la beli dengan saya
ada 12 jenis haruman yang sememang harum
harga pon murah juga
mari la kita beli




disebabkan sudah banyak networking
bos saya pon mengajak saya menolong kawan dia pulak
dia kata saya tolong kawan dia, kawan dia tolong saya jual perfum
kawan dia jual t-shirt UDM dan t-shirt muslimah




design sangat chantek
pasti hati tertarik
pasti chantek bila memakai di badan
orang lain pon pasti memuji bila tengok kite pakai baju tu
jadi apa tunggu lagi?
mari la beli
(p/s: numb tepon di atas bukan numb aku tapi nombor bos baju udm siapa dia? jeng jeng jeng )

teringat masa kecik2 dulu
pertama kali meniaga kecil2an
nak tahu jual apa?
jual stiker juga
stiker kegilaan kanak2 semasa itu
stiker kartun la yang terkenal
balik sekolah singgah umah makcik tepi sekolah
beli stiker agak banyak
untuk dijual di sekolah agama
jual kepada kawan yang lain sekolah rendah
paham tak apa maksud saya
saya bersekolah di sekolah seksyen 18
pelanggan kami bersekolah di sekolah seksyen 19
kami jual stiker kepada dia dengan harga dua kali ganda
untung yang kami dapat kami pergi makan di KFC
bermula dari situ
minat untuk jadi usahawan kot muncul
sampai la sekarang

tapi tak tahu la 10 tahun akan datang
menjadi usahawan berjaya kah saya
atau makan gaji
atau duk di rumah jadi suri rumah sepenuh masa
hanya tuhan yang tahu
tapi doa2 la dapat suami suka meniaga juga
supaya sama2 dapat membina empayar perniagaan melayu muslim
macam zaman empayar melaka
melayu masyur kerana bijak meniaganya


6 comments:

Azrul said...

Ahli kelab keusahawanan..sem ni blaja keusahawanan plak..then btul2 jd usahawan hehe...bgus2..

Anonymous said...

ermm,,k.iqa sy nak tnye.kebykan ahli KKU nie jd ahli sbb diorg blaja usahawan ke??atau btl2 minat...?
sy tertanye2 lak..akakk tau jawapan nye??

Anonymous said...

k.iqa,,tau x sape2 yg jual sweater UDM?

aunieZ said...

AZRUL - tu la tak prasan plak kebetulan mnj usahawan spnoh nye hoho

TEHA - dorang msuk KKU sbb dorang harap KKU leh bagi input kat dorang as ahli , n dorang mmg minat usahawan sbb dorang pon da ada pniagaan kecil2an jugak so harap KKU leh jadi platform for them la.tp rasa nya yang amik subjek usahawan tak masuk sgt KKU
ada jual sweater kat blok juwiriyah ni

Anonymous said...

salam...
saye berminat nk beli pelekat udm tu... kat mane boleh dpt? ade djual d bilik ke?

aunieZ said...

ANONYMOUS - ada2 meh la bilik kat juwairiyah 302

Google