Thursday, April 30, 2009

menjabu

menjabu? apakah itu....menjabu tu sama lah ertinya dengan yoya-yoya..yoya-yoya tu apa pulak..yoya-yoya tu maknanya pergi berseronok..haa..semua perkataan tu teman sebilik yang ajar so tak payahlah cari dalam kamus dewan ke..kamus oxford ke..memang tak kan jumpa..hanya boleh dijumpai di kamus blackchix.blogspot sahaja..harap maklum :p

menjabu @ NR Cafe,16 April 2009


kak qish, teman sebilik @ barbie, kak zaty @ mulan, haziqah @ dora


chicken chop with gravy sauce and cocunut shake @ NR cafe


pinky ladies..sejak bila pulak jadi lady ni.safwah


hah..duk gosip apa tu sampai gelak2 tak ajak orang

annual dinner FITs @ Byte Cafe,
Ri-Yaz Heritage Resort and Spa,
18 April 2009



sebelum bersiap


selepas bersiap..lama gila tunggu si majdah bersiap..malas aku :p


mencari kelainan. kami mengadakan dinner di tempat yang terbuka yang boleh menikmati udara yang segar.bukan lagi di dewan ya


ini desert sahaja


mereka berkata " dinner paling kenyang"


model muslimah..separuh daripada model di atas hanya meminjam baju..cuba teka mana baju dan tudung pinjam haha


aku tak sangka betul budak laki kelas aku ni gila bergambar


yang diraikan..senior diploma sem 6, si gadis bertudung hitam berbaju putih adalah princess pada malam itu ;)

misi kejutan hari jadi

tarikh : 19 April 2009
lokasi : rahsia tapi di sekitar kuala terengganu dan tak jauh dari UDM :p
masa : 9 malam - 10 malam
pre condition : kumpulan pertama dikehendaki berkumpul dahulu.kemudian datanglah mangsa kejutan dan diikuti hadiah untuk kejutan
keputusan : misi berjaya terlaksana dengan jayanya walaupun pada mulanya ada sedikit kecelaruan yang berlaku dan saya juga pun sedikit kesok hati dengan mangsa sebelum misi ;(
ucapan : tahniah dan terima kasih ! =D


Sunday, April 26, 2009

tribute to my beloved mak ngah



23 April 09 rabu petang..lepas tekanan dengan kertas obeject oriented programming..lepas mandi dan solat asar, aku terlelap sekejap petang2 tu.sedar2 je bilik yang cerah tadi da gelap sebab da nak maghrib da..terkejut aku..terus buka lampu dan menerangi bilik dengan lampu kalimantang yang cukup lah mampu menerangkan bilik yang kecik ni.tiba2 lagu "love story" kedengaran..handphone aku berdering..siapa pula yang call maghrib2 ni..tertera di skrin nama 'Mummy'

Mak : ada ahli keluarga yang telefon tak?
Aku : tak de pun .kenapa?
Mak : lepas dapat berita ni nangis la
Aku : hah apa? ( aku tak dengar sangat maybe mamai lagi baru bangun tidur kan
Mak : lepas dengar ni terus nangis..
Aku : hah anis? ( masalah pendengaran betul )
Mak : Mak ngah da takde
Aku : hah tipu!
Mak : hah abah pun bagitahu tadi .aku pun kata tipu.dia dah tak de petang tadi.
Aku : tipu..!!! takkan la..wuwu T_T


aku terus menangis kata nak balik..nak tengok mak ngah..tapi esoknya ada exam Fiqh Islami..pagi pulak tu macam mana nak balik..abah pun tengah cari tiket malam ni terus gerak dari Miri

aku sorang2 menangis kat bilik.teman sebilik tak de.dia keluar makan.terus telefon bear tapi dia tak angkat pulak ..belum balik jogging agaknya..sms ejah kata makcik da tak de

aku menangis lagi sebab masih tak percaya dengan berita tu..tak sangka sangat mak ngah pergi awal..tak lama lepas tu bear call..dia tenangkan aku..teman sebilik pun sudah pulang masa tu..dia pun tenangkan aku..aku memang sedih sangat

lepas solat maghrib..aku baca yasin untuk sedekahkan pada mak ngah

kenapa aku sedih sangat dan menangis teruk sangat? rapat sangat ke aku dengan mak ngah? masa atuk dan nenek meninggal pun aku tak nangis macam ni

mak ngah sakit kanser ovari..da lama da..sejak nenek masih ada lagi..3 tahun lepas..masa kanser dikesan tu nenek pun da di hujung nyawa..

mak ngah pernah jaga aku masa kecik2 dulu...mak ngah tak kahwin..dia jaga atuk,nenek dan moyang aku..sampai la sejak moyang aku meninggal tahun 2005, nenek pulak meninggal dan tak lama kemudian atuk pulak meninggal..jadi mak ngah macam dah tak de sape2..dah tak de tempat bermanja lagi walaupun duduk serumah dengan adik dia.mana sama kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik sendiri kan..

masa nenek sakit2 dulu..mak ngah baru disahkan menghidapi kanser..masa tu dah agak kritikal juga..da peringkat kanser tahap terakhir..tapi alhamdulillah..mak ngah sihat semula bila da pergi berubat..tapi nenek yang pergi dulu..

kanser ni bila dah elok tak tentu dia akan terus elok..dia mesti datang balik..macam tu jugak kanser kat mak ngah..mula2 da hilang da sel kanser tu..tengok2 dia datang balik

lepas raya hari tu..kanser mak ngah datang balik..kali terakhir aku jumpa dia masa cuti raya cina..tapi tu pun tak jumpa sangat..masa aku ada lawatan ke KL @ MDEC, aku teringin nak tengok dia..masa tu dia masuk hospital..aku minta makcik aku amikkan aku tapi da malam sangat masa tu..jadi dia pun tak larat nak amik aku..dia kata kalau ada rezeki aku , nanti cuti semester bolehlah jumpa mak ngah

masa balik cuti study week baru2 ni, aku dah niat nak jumpa mak ngah..ada satu hari tu abah dan mak nak pergi bayar duit hospital mak ngah..dalam hati..aku nak ikut..tapi aku tertidur..tak dapatlah ikut..

aku dah niat cuti semester ni aku nak jaga dia.nak buat dia gembira..ye la dia tak kahwin..tak de anak..siapa lagi nak gembirakan dia..selepas nenek dan atuk tak de pun dia da cukup sedih hidup keseorangan dan kesakitan kansernya tu..aku pun nak balas jasa dia yang pernah jaga aku masa kecik2 dulu..biasalah orang sakit memang banyak karenah..aku da niat nak layan je karenah dia supaya dia tahu masih ada orang yang care tentang dia

tapi Allah lagi sayangkan dia..lepas hidup 3 tahun tanpa atuk dan nenek..Allah sudah panggil menghadapNya..semua yang hidup pasti akan mati dan kembali kepadaNya..cuma cepat atau lambat kta tak tahu

aku terkilan sangat sebab tak dapat nak jumpa dia buat kali terakhir..tak sempat nak jaga dia..tak boleh nak balik sebab ada exam.ni bukan sekolah boleh skip exam pastu buat balik..aku nak tengok dia buat kali terkahir..nak kucup dia..nak cakap aku sayang kat dia..tapi semua tu dah terlambat..

tapi dia pergi dengan aman..sepupu aku kata dia tenang sangat..dia tersenyum ketika pergi..urusan pengebumiannya pun senag je..smooth je.mungkin di sana adalah tempat yang lebih baik untuknya.mesti dia seronok dapat jumpa dengan atuk dan nenek kat sana..aku pun bahagia dia pergi kerana aku tahu dia pun akan bahagia di sana..

mak ngah seorang yang baik..cakapnya lembut je..mak ngah juga pandai masak..sedap sangat masakan dia..selama dia hidup banyak pahalanya sebab jaga atuk dan nenek aku..lepas atuk dan nenek tak de..dia belajar quran dan rajin juga buat solat2 sunat..alhamdulillah dia sempat juga buat haji.mak ngah juga sentiasa berdoa supaya dia sihat semula daripada penyakit kansernya.rasanya cukuplah bekalan amalannya dan dapat pegi dengan cara yang baik

pengajaran : jangan tangguh2 menyatakan kita sayang kat orang yang kita sayang kerna bila dia sudah tiada kita akan terasa sangat kehilangannya

al-Fatehah..


Tuesday, April 14, 2009

makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan

misi balik rumah semasa cuti belajar selesai. balik rumah bukan kerana nak belajar walaupun itu adalah cuti untuk belajar.jangan haraplah kalau balik rumah boleh belajar haha tapi siapa yang balik rumah boleh belajar tu memang hebat la. wa caya sama lu


saya suka makan sarapan macam omputih sebab
sarapan melayu selalunya berat2

balik rumah hanyalah untuk menggemukkan badan sahaja hehe kan aku kata semua orang kata aku dah kurus eceh perasan padahal berat badan sama je kot.masih lagi 50 ++kg.kalau da turun ke 48kg ke baru la boleh dikatakan kurus.eceh memang pon da turun sikit 2 kg kot. ye la sekarang ni jarang sangat aku sarapan pagi. tengahari baru la makan.apa la sibuk sangat si haziqah ni isy2..jangan jadi macam aku taw.sarapan itu penting taw

balik rumah , hari pertama makan di kedai kopi seperti entri sebelum ini.esoknya pula mak masak makanan kegemaran aku, sambal ikan cencaru..pergh..sedap sehingga menjilat pinggan.aku pula buat popia chocolate banana..pinjam resipi ye asma'

hehe.esoknya pula makan ayam nandos kegemaran abah dan kek cuppucino cheese secret recipe.yummy! sempena birthday abah yang ke 52.walaupun da kenyang , tapi kek cheese siapa boleh tolak. esoknya pula makan buffet di Quality Hotel..burrpp..kenyang gila.alhamdulillah masih berpeluang makan sedap2 .teringat pula bagaimana nasib saudara seislam kita di Palestin.kita kat Malaysia ni masih mampu makan sedap2..boleh kata orang Malaysia ni makan mewah betul.nak makan beli je tak kira mahal ke tak.sampai kadang2 membazir.lagi2 kalau bulan puasa.kalau tiba2 negara ni jadi miskin..agak2 boleh tak orang2 Malaysia ni bertahan makan kais pagi makan pagi.

dah balik UDM ni..kembali kurus balik..kadang2 macam malas nak makan..tak de selera.lagi2 bila masalah melanda..tapi bila da mula makan tak reti pula nak berhenti.ni yang malas nak makan hehe

sudah bercerita pasal makan.kena mula belajar ye kawan2 jangan malas..jangan tengok movie star wars..cukup2 tengok..jangan YM. kalau belajar guna komputer , please switch off your wireless..padahal aku yang tak tutup haha

cepat2 siapkan lagi 2 assignment.bila la beban ni nak lepas..adeyh...


Thursday, April 09, 2009

cara mengatasi tekanan

bila korang tekanan korang buat apa..?

pertama2 aku akan nangis dulu puas2..
pastu tidur walaupun kejap..bila da bangun hati da lega sikit..
tapi jangan lupa mengadu kat Allah walaupun Dia yang menguji kita..

tak salahkan kalau begitu caranya aku hilangkan tekanan?



lepas tu cuba teka aku suka buat apa?

kalau kat universiti aku suka jalan2..tak kira la sorang2 ke..atau dengan kawan2..tapi kalau sorang2 lagi best sebab boleh muhasabah diri dengan apa yang berlaku..kalau dengan kawan2 boleh pecah perut sebab diorang buat kita suka hati



kemudian..aku suka pergi makan makanan best2, sedap2, mahal2..haha..tak de la mahal sangat sampai beratus2..setakat yang mampu je la..



semalam.. aku sedikit kakacauan jiwa..betul2 aku buat mengikut langkah di atas...oh ya tertinggal satu langkah..bercerita la kat kawan yang sudi mendengar..kalau tak de kawan macam aku kat rumah sekarang..cerita la dengan blog..hehe

petang tu..aku pergi berjalan2 di shah alam mall..macam biasa lah mall ni kalau tinggal seminggu je pun da banyak sangat perubahan apatah lagi kalau 2 bulan tak jejak hoho..

lepas da puas jalan2 ..padahal tak beli apa pun sebab muflis sekarang..eh aku jalan sorang2 ni..pergi singgah kedai kopi kat tasik shah alam..

aku makan :

1. chicken maryland


- boleh tahan la chicken chop yang diberi nama chicken maryland..tapi makanan ni lagi sesuai untuk bear sebab dia tak makan pedas hehe dan fries dia aku ingat dia letak tepi..tapi dia campur..da la aku mengidam makan fries mcD yang kena boikot tu huhu

2. ice blended cuppucino


-dari terengganu lagi da mengidam ice blended yang ada whipped cream..nyum2..tapi whipped cream dia sikit je..tak puassss...!

tapi baru makan separuh dah kenyang gila..ok puas hati untuk sesi terapi menenangkan jiwa yang kacau

oh..teringgal lagi..lagi satu cara hilangkan tekanan..aku suka memandu..tapi kereta auto la..kalau manual nanti lagi tekanan sebab kena pikir macam mana nak tukar gear dan tekan clush hahah


selepas menghilang

tak tahu nak mula macam mana.rasa da malas tulis blog pun ada jugak walaupun banyak benda nak cerita.kan best kalau bila kita terpikir je apa nak tulis dalam blog terus masuk dalam blog tak yah taip2..masa jalan pun boleh pikir dan terus masuk dalam blog haha

entri sebelum ni pasal hilang.ada jugak yang tahu saya hilang ke mana walaupun pada mulanya tak nak bagitahu saya hilang ke mana. tapi yang tahu tu...ssyyyhhh....! pergi hilangkan diri ramai yang bertanya hilang ke mana...tapi jangan risau semuanya selamat.ye saya masih sihat ..eh tak sihat sangat selepas menghilang ..tapi masa pergi hilang tu sangat best walaupun sakit2..satu pengalaman yang tak dapat lupakan kan..tapi yang saya tak puas hati dengan bos saya ni..maksud saya YDP KKU..saya tak nak bagitahu dia saya pergi mana tapi kenapa dia dapat kesan saya hilang ke mana..benci2 haha tapi sebenarnya saya takut nak bagitahu dia sebab takut dia marah..tapi nasib baik dia cool je tapi tak tahu la kalau dalam hati api membara wawawa


lepas menghilangkan diri... punya hebat tugasan minit terakhir yang dilaksanakan..semua projek hebat2 belaka tahap super saiya kena hantar, present minggu ni.software requirement engineering kena buat documentation requirement.mula2 pikir adooii..susah nya dan tak paham nak buat..tapi bila dapat rujuk buku dan internet alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..sampai lecturer pun puji kami ..itulah kepuasan yang nyata..lain pulak dengan object oriented design..ingat cam senang punye subjek..kena buat documentation jugak..tapi sakitnya memang teruk la..da tak paham..main buat je sampai tak tidur malam..sian yus, eda, an buat sampai tak tidur malam..aku tak sihat kepala da pusing bila separuh malam..terpaksa tinggalkan diorang buat kerja..bersalah ni..lepas ni masih ada 2 lagi projek kena hantar dan tak tahu nak buat huhu

final? mula 19 april 2009 tapi kami mula 21 april dan tiga paper berturut2 sabar je la..

19 april..19 april..19 april..
mantera 19 april..haha
kita tunggu apa berlaku 19 april..
siap la ....haha

saya da kat rumah

tapi..
tak de apa2 lah
bukan semua kita rancang kita dapatkan
lagi2 bila sesuatu yang kita rancang tu tak bermanfaat
lebih baik tak jadikan
Allah masih sayangkan saya
dan dia juga

tapi..saya nak semuanya sentiasa indah belaka kan

saya da kurus..tapi semua orang kata dia gemuk..tapi saya kata kat dia..tak..dia tetap hensem dan comel <3


Wednesday, April 01, 2009

hilang

kenapa tak percaya ke saya nak hilangkan diri?
otak saya serabut sangat dengan pelbagai perkara
jadi jangan cari saya hujung minggu ni sebab anda tak kan jumpa saya
bagi la saya peluang untuk menghilangkan diri

haha jangan la cuak
saya nak hilangkan diri kejap je
pleassssssssssseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
hilang diri dalam blog je wawa
nak pergi bercuti macam Chika jugak

ya ampun
kau tak tahu betapa sibuknya aku minggu lepas
eh bukan..minggu ni jugak

perkataan yang aku paling benci sekarang ni adalah sibuk!
busy..tak suka.tak suka..

kesian aku kan
terasa sangat kurangnya masa bersama sahabat
bergembira bersama sahabat
nak menggedik pun tak dapat lagi
sedih2..semua harus dikorbankan
insyaallah pengorbanan akan berbayar satu hari nanti

nah..aku malas nak bercerita..tengok je la gambar di bawah
apa yang aku buat sampai sibuk sangat
ini entri malas
update pun sebab terpaksa
haha
padahal rindu kat blog
sampai tak tahu nak rebus apa dalam blog ni he




duit pun makin kurang
saham sendiri pun tak sempat nak beli lagi lol
owh tapi seronok jual popia coklat banana
sedap gileeeeee
betul kan..????? ;)


Google