23 April 09 rabu petang..lepas tekanan dengan kertas obeject oriented programming..lepas mandi dan solat asar, aku terlelap sekejap petang2 tu.sedar2 je bilik yang cerah tadi da gelap sebab da nak maghrib da..terkejut aku..terus buka lampu dan menerangi bilik dengan lampu kalimantang yang cukup lah mampu menerangkan bilik yang kecik ni.tiba2 lagu "love story" kedengaran..handphone aku berdering..siapa pula yang call maghrib2 ni..tertera di skrin nama 'Mummy'
Mak : ada ahli keluarga yang telefon tak?
Aku : tak de pun .kenapa?
Mak : lepas dapat berita ni nangis la
Aku : hah apa? ( aku tak dengar sangat maybe mamai lagi baru bangun tidur kan
Mak : lepas dengar ni terus nangis..
Aku : hah anis? ( masalah pendengaran betul )
Mak : Mak ngah da takde
Aku : hah tipu!
Mak : hah abah pun bagitahu tadi .aku pun kata tipu.dia dah tak de petang tadi.
Aku : tipu..!!! takkan la..wuwu T_T
aku terus menangis kata nak balik..nak tengok mak ngah..tapi esoknya ada exam Fiqh Islami..pagi pulak tu macam mana nak balik..abah pun tengah cari tiket malam ni terus gerak dari Miri
aku sorang2 menangis kat bilik.teman sebilik tak de.dia keluar makan.terus telefon bear tapi dia tak angkat pulak ..belum balik jogging agaknya..sms ejah kata makcik da tak de
aku menangis lagi sebab masih tak percaya dengan berita tu..tak sangka sangat mak ngah pergi awal..tak lama lepas tu bear call..dia tenangkan aku..teman sebilik pun sudah pulang masa tu..dia pun tenangkan aku..aku memang sedih sangat
lepas solat maghrib..aku baca yasin untuk sedekahkan pada mak ngah
kenapa aku sedih sangat dan menangis teruk sangat? rapat sangat ke aku dengan mak ngah? masa atuk dan nenek meninggal pun aku tak nangis macam ni
mak ngah sakit kanser ovari..da lama da..sejak nenek masih ada lagi..3 tahun lepas..masa kanser dikesan tu nenek pun da di hujung nyawa..
mak ngah pernah jaga aku masa kecik2 dulu...mak ngah tak kahwin..dia jaga atuk,nenek dan moyang aku..sampai la sejak moyang aku meninggal tahun 2005, nenek pulak meninggal dan tak lama kemudian atuk pulak meninggal..jadi mak ngah macam dah tak de sape2..dah tak de tempat bermanja lagi walaupun duduk serumah dengan adik dia.mana sama kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik sendiri kan..
masa nenek sakit2 dulu..mak ngah baru disahkan menghidapi kanser..masa tu dah agak kritikal juga..da peringkat kanser tahap terakhir..tapi alhamdulillah..mak ngah sihat semula bila da pergi berubat..tapi nenek yang pergi dulu..
kanser ni bila dah elok tak tentu dia akan terus elok..dia mesti datang balik..macam tu jugak kanser kat mak ngah..mula2 da hilang da sel kanser tu..tengok2 dia datang balik
lepas raya hari tu..kanser mak ngah datang balik..kali terakhir aku jumpa dia masa cuti raya cina..tapi tu pun tak jumpa sangat..masa aku ada lawatan ke KL @ MDEC, aku teringin nak tengok dia..masa tu dia masuk hospital..aku minta makcik aku amikkan aku tapi da malam sangat masa tu..jadi dia pun tak larat nak amik aku..dia kata kalau ada rezeki aku , nanti cuti semester bolehlah jumpa mak ngah
masa balik cuti study week baru2 ni, aku dah niat nak jumpa mak ngah..ada satu hari tu abah dan mak nak pergi bayar duit hospital mak ngah..dalam hati..aku nak ikut..tapi aku tertidur..tak dapatlah ikut..
aku dah niat cuti semester ni aku nak jaga dia.nak buat dia gembira..ye la dia tak kahwin..tak de anak..siapa lagi nak gembirakan dia..selepas nenek dan atuk tak de pun dia da cukup sedih hidup keseorangan dan kesakitan kansernya tu..aku pun nak balas jasa dia yang pernah jaga aku masa kecik2 dulu..biasalah orang sakit memang banyak karenah..aku da niat nak layan je karenah dia supaya dia tahu masih ada orang yang care tentang dia
tapi Allah lagi sayangkan dia..lepas hidup 3 tahun tanpa atuk dan nenek..Allah sudah panggil menghadapNya..semua yang hidup pasti akan mati dan kembali kepadaNya..cuma cepat atau lambat kta tak tahu
aku terkilan sangat sebab tak dapat nak jumpa dia buat kali terakhir..tak sempat nak jaga dia..tak boleh nak balik sebab ada exam.ni bukan sekolah boleh skip exam pastu buat balik..aku nak tengok dia buat kali terkahir..nak kucup dia..nak cakap aku sayang kat dia..tapi semua tu dah terlambat..
tapi dia pergi dengan aman..sepupu aku kata dia tenang sangat..dia tersenyum ketika pergi..urusan pengebumiannya pun senag je..smooth je.mungkin di sana adalah tempat yang lebih baik untuknya.mesti dia seronok dapat jumpa dengan atuk dan nenek kat sana..aku pun bahagia dia pergi kerana aku tahu dia pun akan bahagia di sana..
mak ngah seorang yang baik..cakapnya lembut je..mak ngah juga pandai masak..sedap sangat masakan dia..selama dia hidup banyak pahalanya sebab jaga atuk dan nenek aku..lepas atuk dan nenek tak de..dia belajar quran dan rajin juga buat solat2 sunat..alhamdulillah dia sempat juga buat haji.mak ngah juga sentiasa berdoa supaya dia sihat semula daripada penyakit kansernya.rasanya cukuplah bekalan amalannya dan dapat pegi dengan cara yang baik
pengajaran : jangan tangguh2 menyatakan kita sayang kat orang yang kita sayang kerna bila dia sudah tiada kita akan terasa sangat kehilangannya
al-Fatehah..
13 comments:
ermmm tersentuh gak ble bce psal ni. awk byk2 sbr ey. sy pn dh alami bnda sma. sy tau, sy rasa. ble sy bce ni, sy pn msh trase dgn kenangan dlu. smoga bg pgajaran kt kita, ajal dtg ble2 je x kira usia muda @ tua.. kita sme2 doakn ye kak.
salam takziah dari saya...
rasanya arwah makngah mesti tau yang haziqah sayang dia.. :)
sama-sama kita berdoa untuk arwah semoga dia berbahagia kat SANA..
Takziah...yg pergi biarkn pergi, kita yg masih ada ni jgn lupa tnggjwb kita.. fokus kt exam ya.. sma2 doakan agar dia ditempatkn dalam golongan yg beriman..
salam takziah dari blok juwairiah,udm..
banyakkan bersabar dan berdoa k...
:)
ya allah...
Anis baca anis pulak rasa nak nangis..
innalillah...salam takziah buat haziqah..teruskan perjuangan..masih ade kita yg mendoakan dia..doa dari anak2 yg soleh..bekalan untuk ke akhirat...sama2,,kita sedekahkan alfatihah...
slm..mak ain pun penah ad barah ovari,tp alhamdulillah...skrg ni sihat wal afiat walau xcergas cm dulu, maklum la,nyawa sorang wanita tu dah dibuang separuh...
takziah buat kak iqa sekeluarga
k.iqa,,takziah yer.
harap k.iqa tabah n jgn pikir sgt..
takut hlg fokus utk final.
EVI LOLYTA - insyallah sama2 kita amik iktibar n pngajaran..n sma2 bnykkan bsabar .mmg ble teringat balik akan sedih tp hidup harus diteruskan
DIEYLA - thnks .ye smoga dia bbhagia di sana
AZRUL n NUYU- thnks.insyaallah yg hidup pasti akan kembali kepadaNya kerana kita sume miliknya kn
ANEES - nis jgnla nangis nnti kite pn nangis lg ;(
MUJAHID ANBU - insyaallah doa sntiasa mngiringinya di sana
FARAHAINA - owh alhamdulillah mak ain da sihat..jaga dia elok2 ye..thnks ain
FATEHAH - tq, pjuangan harus diteruskan kn
salam takziah...
al-fatihah
salam takziah eqa!
be strong ye.
all the best!
putera annur mengucapkan takziah atas kehilangan mak ngah tersayang~al-fatihah
Post a Comment