Monday, April 25, 2011

Maharaja Lawak : benci Amir, kritikan Jozan


Antara program yang top sekarang kat TV, tentunya Maharaja Lawak. Setiap ayat lawak yang dorang buat, dah jadi fan page kat facebook. Aku pon apatah lagi, akan menglike kebanyakan ayat2 fan page tu untuk dijadikan modal mengomen di facebook.

At first, peserta kegemaran aku adalah Jozan = Johan + Zizan. Memang feveret penonton yang lain jugak.
Semua orang tak sabar2 nak tengok persembahan dorang. 1st week agak mengecewakan jugak. Tak best sangat, mungkin nak warm up. 2nd week, tiru gaya Datuk Yusuf Haslam dan Shamsul. 3rd week musical comedy dan last week pasal curi duit tabung kat surau

Lawak Jozan actually bagi aku not bad..Cuma……………………………………aku kurang berkenan bila dorang buat lawak kait dengan islam. Mungkin ramai yang tak perasan or mungkin ramai yang tak cara or mungkin bagi mereka ia sekadar lawak. Tapi bagi aku rasa macam mempermainkan ajaran dan hukum islam ?

1st week : macam main2 bila berselawat
2nd week : “bapak hantar kau pergi al-azhar tapi balik, alkolol jugak yang kau minum”
Seperti agak menghina lulusan al-azhar?
3rd week : masa angkat takbir, tapi boleh main2 tunjuk kat tabung

Wallahualam, aku pun bukan la bijak agama sangat tapi kalau boleh hukum2 dan ajaran Islam jangan la dibawa main, takut2 jatuh hukum lain mungkin boleh dikatakan mempermainkan Islam

gambar dari Limauais
Amir Maharaja Lawak. Ramai gila tak suka dia, ramai gila harap dia keluar cepat dari Maharaja Lawak tapi tak keluar2 jugak. Masa mula2 tengok si Amir ni memang tak lawak pon dia ni, tapi aku rasa ada group lain yang tak lawak langsung kot

Penonton2 yang tak suka amir, siap buat fanpage jugak minta Amir dikeluarkan dari Maharaja Lawak. Kalau aku jadi Amir agaknya, memang aku dah menangis tak berlagu da bila tengok bukan satu tapi banyak gila fanpage dibuat membenci Amir. 

Even last week , Amir da perform agak baik pon orang duk kutuk lagi. Mamat Khalid otai lawak pun bagi pujian, orang still kutuk lagi. Tak paham orang yang suka kutuk2 orang ni. Ceh..aku pun kutuk orang jugak tapi tengok keadaan, tempat, masa jugak. Yang pengutuk2 tu macam reti buat lawak kot

Aku rasa, kalau Amir boleh tarik diri, lama da dia tarik diri. Tapi tak kan nak menyerah sebelum kalah kot. Itu untuk orang2 pengecut boleh la. Siap ada kata “ kalau ada undi keluar dah lama aku undi Amir”. Kalau ada boh…masalahnya takde wakakakakka

Lagipun bukam Amir punya kuasa nak tentukan dia still dalam Maharaja Lawak atau tak. Undian pengundi kot. Kau nak marah, marah la supporter dia. Dan kau patut marah jugak supporter group lain , apasal tak undi banyak2 supaya Amir dapat undian terendah. Amir bukan pemimpin Negara yang kalau buat salah, boleh mengundurkan diri. Tapi pemimpin negara ni buat salah pun tak undur2 diri, pastu menyalahkan orang lain ada la

Dan yang paling aku panas pasal statement2 dorang ni sebab kononnya Amir orang Kelantan jadi semua orang Kelantan pakat undi dia. Kalau betul pun apa salahnya. Dan kalau korang nak taw, dalam banyak2 negeri, negeri yang orang2nya sangat bersatu padu adalah orang Kelantan, sebab tu la kau takut kan? Then apasal kau tak suruh orang negeri kau duk pakat undi peserta feveret korang?

Walaupun Maharaja Lawak tak disiarkan di Astro Prima, at least dapat jugak kami tengok kat youtube. Suke suke suke . Thanks to GuaTv, salah seorang pengupload video Maharaja Lawak di Youtube

My feveret dalam maharaja lawak : Jozan, Jambu, Sepah,Nabil, Balas



Thursday, April 21, 2011

Career Fair Mid Valley Megamall


First time pergi career fair. Cari experience dan tengok company yang best2. Rasa teruja nak kerja hoho. Pergi ke sana hanya membawa sebuah pendrive yang mempunyai resume yang tak tahu la cukup bagus ke tak. 

#1 – ada company yang layan dengan baik dan ramah. Tapi ada juga yang layan nak tak nak je.

#2 dapat jumpa kawan2 lama yang tak tersangka akan jumpa. Dengan selambanya aku menahan kawan form 6 ku, dinesh dan malini di tengah jalan.The sweetest thing, they still together. Sweet 

#3 ada booth university n my uni also ada. Dan gambar saya pon terpampang taw di booth itu. Tapi tak sempat nak berborak dengan pegawai kat situ because they are busy talking to visitors. Malas nak kecoh gambar I terpampang kan.wawawa.. nak tengok gambar mana? Klik sini

#4 dapat mengejutkan izzah Ibrahim yang syok menelefon sampai terjerit. Budak bijak, saya sangat kagum dengan dia


#5 first time makan makanan korea. Rasa yang menarik. Teruja nak makan lagi. Anda boleh cuba di food court midvally, level atas sekali. My lunch is Dol Sot Bi Bim Bap : nasi, beef, mushroom, sayur2, kimchi

#6 jalan2 dan melepak bersama 2 kakak cantik manis


Oh my first time too wearing satin shawl from calaqisya.com 


Wednesday, April 13, 2011

Poligami : siapa yang sanggup?


Aku suka masuk kedai buku. Selalunya masuk kedai buku , aku cari majalah dulu. best baca majalah free. Tak yah beli. Gila kejam ke kedekut?  Sebab tak beli adalah kadang2 macam sikit je benda yang best dan bermanfaat dalam majalah tu so akan rasa membazir. Kalau majalah macam solusi, memang aku rekemen ko beli sebab banyak artikel2 yang menarik, tapi aku tak beli juga , tumpang adik aku atau kawan aku punya. Dasar kedekut T__T

Masa belek2 majalah Nur bulan April,cadangnya  nak tengok fesyen2 bertudung yang menarik, cuci mata kejap tiba2 aku terbaca satu kisah benar tentang poligami. Seorang ustaz yang mempunyai 3 orang isteri dan umurnya baru 28 tahun! Terkejut ana baca. Huhu.

Yang menarik tentang kisah poligami mereka ialah isterinya tolong mencari isteri baru untuk suaminya. Isteri2 dia semua nampak solehah dan cantik. Sungguh nur ada di wajah mereka. Isteri2 mereka semua baik antara satu sama lain macam adik beradik. Dan yang paling penting semua menolong suami mereka di jalan dakwah.

Bila cinta kerana Allah, semuanya akan menjadi mudah bukan. Cinta yang diredhai kerana Allah dan bukan sekadar nafsu.

Padangan aku pasal poligami : emm aku boleh terima poligami asalkan aku isteri pertama. Boleh tak? :p memang bukan senang nak poligami tapi nantikan dapat payung emas kat akhirat (^_^) But the truth is walaupun manisnya madu tapi pasti tetap ada pahitnya hempedu. Perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih? Bila tahu suami ada perempuan lain, mahu tak meruntun hati. Tapi dari dia duk buat maksiat, baik kita suh dia kahwin, lagi halal.

Kenapa aku nak jadi isteri pertama? Sebab aku tak payah nak jaga hati isteri kedua, dia yang kena respek aku kan lalalala.

Err..tapi..aku takde la sampai nak suruh laki aku nanti cari isteri kedua.

Konon je aku cakap berkobarkan. Mungkinkah aku akan diuji nanti kerana kebiasaannya prinsip kita akan diuji oleh yang maha Esa. Konon cakap senang la tapi pasti akan berendam dengan air mata dan makan hati lagi T_T


Thursday, April 07, 2011

Vierra - Takut



ku tahu kamu bosan, ku tahu kamu jenuh
ku tahu kamu tak tahan lagi
ini semua salahku, ini semua sebabku
ku tahu kamu tak tahan lagi
(jangan sedih, jangan sedih
aku pasti setia)

aku takut kamu pergi
kamu hilang, kamu sakit

aku ingin kau di sini
di sampingku selamanya
(jangan takut, jangan sedih
aku pasti setia)
aku ingin kau di sini
di sampingku selamanya
aku takut (jangan takut) kamu pergi (takkan pergi)
kamu hilang (wooo), kamu sakit
aku ingin (aku juga) kau di sini (bersamamu)
di sampingku (di sampingmu) selamanya

Hoho first time kawe letak lagu daley blog. Tiba2 kawe sero nok kecek kelate jah. Bakpo la..rindu kat ore pata timur kot

Benarnya, tak dop  cerita nok royak. Tapi nok royak jugok la. Lagu ni memey sesuai dengan jiwo kawe lo ni. Memey kait benar la dengan diri kawe lo ni. 

p/s : haha rosak tak loghat kelate? enjoy the song :)


Saturday, April 02, 2011

Kedai Kopi 2 Shah Alam : Port berseorangan menikmati makanan sedap sambil tengok pemandangan cantik


Kedai kopi 2 shah alam adalah port saya untuk berseorangan menikmati pemandangan yang cantik dan memakan makanan yang boleh tahan sedap walaupun agak mahal. Bukan berlagak orang kaya tapi hanya untuk memujuk hati yang lara. Standard macam secret recipe dowh harga dia. Sedap? Er..boleh tahan la , secret recipe pon sedap sangat ke? :p


Walaupun sorang2 nampak macam loser je, orang akan kata “kesian kau takde kawan atau kekasih, kena datang kedai kopi sorang2”, emangnya aku pedulik

Kenapa saya suka kedai kopi 2 Shah alam adalah kerana pemandangan dia yang boleh tahan la cantik. Suka tengok kura2 berebut nak makan roti. Makan sambil lihat pemandangan. Kalau pergi secret recipe, boleh ke tengok pemandangan macam ni…

Dulu2 selalu datang dengan kawan2, lepak sini. Dorang pun tahu kedai kopi 2 is haziqah’s favourite place

Tapi tak boleh datang sini selalu, kopak la kulit aku hujung bulan kerana ketiadaan duit. Bila lepak sini teringat hi-tea Riyaz Heritage yang makanannya lagi banyak, harga berbaloi dan pemandangan cantik juga


Ini peach halba. Kerana terlalu mengidam banana split dolu2, maka telah order ni. Hari tu makan banana split di secret recipe tapi macam kureng je, jadi telah mengorder ini. Makan ni sorang2 pasti la tak habis. Tapi ini betul2 sedap.



Air masak tak de jual kat sini? Wat the…kat secret recipe pon ada jual taw..

Ini spaghetti meatballs. Rasanya kureng sikit. Saya masak lagi sedap kot haha.


Tapi masakan emak paling heaven. Balik rumah, buka tudung saji, Nampak ikan keli goreng, sambal ikan cencaru dan sotong masak kicap [ tiada dalam gambar ]. Niat untuk diet nasi malam itu dibatalkan sebab rugi sangat kalau tak menikmati makanan paling sedap di dunia itu. Alhamdulillah 


Google