Wednesday, April 13, 2011

Poligami : siapa yang sanggup?


Aku suka masuk kedai buku. Selalunya masuk kedai buku , aku cari majalah dulu. best baca majalah free. Tak yah beli. Gila kejam ke kedekut?  Sebab tak beli adalah kadang2 macam sikit je benda yang best dan bermanfaat dalam majalah tu so akan rasa membazir. Kalau majalah macam solusi, memang aku rekemen ko beli sebab banyak artikel2 yang menarik, tapi aku tak beli juga , tumpang adik aku atau kawan aku punya. Dasar kedekut T__T

Masa belek2 majalah Nur bulan April,cadangnya  nak tengok fesyen2 bertudung yang menarik, cuci mata kejap tiba2 aku terbaca satu kisah benar tentang poligami. Seorang ustaz yang mempunyai 3 orang isteri dan umurnya baru 28 tahun! Terkejut ana baca. Huhu.

Yang menarik tentang kisah poligami mereka ialah isterinya tolong mencari isteri baru untuk suaminya. Isteri2 dia semua nampak solehah dan cantik. Sungguh nur ada di wajah mereka. Isteri2 mereka semua baik antara satu sama lain macam adik beradik. Dan yang paling penting semua menolong suami mereka di jalan dakwah.

Bila cinta kerana Allah, semuanya akan menjadi mudah bukan. Cinta yang diredhai kerana Allah dan bukan sekadar nafsu.

Padangan aku pasal poligami : emm aku boleh terima poligami asalkan aku isteri pertama. Boleh tak? :p memang bukan senang nak poligami tapi nantikan dapat payung emas kat akhirat (^_^) But the truth is walaupun manisnya madu tapi pasti tetap ada pahitnya hempedu. Perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih? Bila tahu suami ada perempuan lain, mahu tak meruntun hati. Tapi dari dia duk buat maksiat, baik kita suh dia kahwin, lagi halal.

Kenapa aku nak jadi isteri pertama? Sebab aku tak payah nak jaga hati isteri kedua, dia yang kena respek aku kan lalalala.

Err..tapi..aku takde la sampai nak suruh laki aku nanti cari isteri kedua.

Konon je aku cakap berkobarkan. Mungkinkah aku akan diuji nanti kerana kebiasaannya prinsip kita akan diuji oleh yang maha Esa. Konon cakap senang la tapi pasti akan berendam dengan air mata dan makan hati lagi T_T


14 comments:

zhie said...

ape rasenyer yer... kene kawen dulu nih baru buley thu sanngup ke tak nih... hehehe.... Allah hanya beri ujian mengikut tahap kemampuan seseorg itu untuk memikulnya.. Allah tidak menguji seseorg itu di luar kemampuannya... kn kn kn .. :)

haziQah said...

hehe btul tu zhie xi..knpe sy kta sy snggup? sbb sy nk redy fizikal n mental dulu..kalu x, nt truk..sy mmg ske pkir blebihan T_T

Firdaus Kasim said...

poligami nie mmg perlu sgt2 sbb supaya nk elakkan zina berleluasa.. maklumlah, zaman skang kan perempuan lebih ramai?

Firdaus Kasim said...

nk tambah lg, pasal kemampuan tue, harta x penting, yg penting komitmen

Entri paling hot :
6 ciri blog yang bagus"

haziQah said...

hoho ye ke en firdaus kasim..x jgk..hrta pn pnting sbb rmai yg cerai pon sbb duit kot huhu

Faris Adli said...

bagi aku, aku sokong poligami sebab poligami Allah tak haramkan. So benda tu ada kebaikannya..Tapi bagi aku poligami khas untuk lelaki berkemampuan je..

khas untuk perempuan, jangan benci pada poligami hanya kerana lelaki tak bertanggungjawab selepas poligami. Ibarat marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya.

chekgu azam aziz said...

err..poligami...er...
lalalala...

Syok Sendiri said...

erm, saya sebagai lelaki ok je dgn poligami... sbb mmg dibolehkan oleh syarak... dengan syarat2 yg tertentu...

bg perempuan pula... biasanya tak ramai yang sanggup bermadu nie.. :-D

NighBerkz Ent said...

Menarik ye tentang topik ni..nice...

Applepinkcomeyy said...

tak sanggup berpoligamiiii T.T

tpi pahala besar, bnrkan suami kite berpoligami dgn niat yg betul..

Ihsan Arifin said...

kalau mampu ape salahnya poligami :)

haziQah said...

hoho sume laki mnyokng n perampuan x sngup..tp itu la hukum n lumrah manusia :)
phit bg permupan..manis bg llaki..

Syok Sendiri said...

hehe... masing2 ada pendapat sendiri... :-)

nak dilarang poligami tu mmg dibenarkan... bagi mereka yg berkemampuan...

tapi ada je yg salah guna poligami nie... tak patut... tak patut... buat malu lelaki jek...

Faris Adli said...

aku sokong bagi yang mampu je :-) aku tak faham, kenapa mesti halang orang yang berkemampuan nak berpoligami? siap minta cerai lagi..OMG!!!

Google