Saturday, April 02, 2011

Kedai Kopi 2 Shah Alam : Port berseorangan menikmati makanan sedap sambil tengok pemandangan cantik


Kedai kopi 2 shah alam adalah port saya untuk berseorangan menikmati pemandangan yang cantik dan memakan makanan yang boleh tahan sedap walaupun agak mahal. Bukan berlagak orang kaya tapi hanya untuk memujuk hati yang lara. Standard macam secret recipe dowh harga dia. Sedap? Er..boleh tahan la , secret recipe pon sedap sangat ke? :p


Walaupun sorang2 nampak macam loser je, orang akan kata “kesian kau takde kawan atau kekasih, kena datang kedai kopi sorang2”, emangnya aku pedulik

Kenapa saya suka kedai kopi 2 Shah alam adalah kerana pemandangan dia yang boleh tahan la cantik. Suka tengok kura2 berebut nak makan roti. Makan sambil lihat pemandangan. Kalau pergi secret recipe, boleh ke tengok pemandangan macam ni…

Dulu2 selalu datang dengan kawan2, lepak sini. Dorang pun tahu kedai kopi 2 is haziqah’s favourite place

Tapi tak boleh datang sini selalu, kopak la kulit aku hujung bulan kerana ketiadaan duit. Bila lepak sini teringat hi-tea Riyaz Heritage yang makanannya lagi banyak, harga berbaloi dan pemandangan cantik juga


Ini peach halba. Kerana terlalu mengidam banana split dolu2, maka telah order ni. Hari tu makan banana split di secret recipe tapi macam kureng je, jadi telah mengorder ini. Makan ni sorang2 pasti la tak habis. Tapi ini betul2 sedap.



Air masak tak de jual kat sini? Wat the…kat secret recipe pon ada jual taw..

Ini spaghetti meatballs. Rasanya kureng sikit. Saya masak lagi sedap kot haha.


Tapi masakan emak paling heaven. Balik rumah, buka tudung saji, Nampak ikan keli goreng, sambal ikan cencaru dan sotong masak kicap [ tiada dalam gambar ]. Niat untuk diet nasi malam itu dibatalkan sebab rugi sangat kalau tak menikmati makanan paling sedap di dunia itu. Alhamdulillah 


6 comments:

Majz said...

wahh..best nye die...dpt mkn sedap2.. : )

haziQah said...

hehe awk pn bleh jgk..

fienaz said...

sedapnyer....view pun cantik...(^_^) terjah kat sini...

HAFIZUL ALI said...

sedap!

Ihsan Arifin said...

woahhh cam sedap !

haziQah said...

mmg sdpppp :)

Google