Monday, April 25, 2011

Maharaja Lawak : benci Amir, kritikan Jozan


Antara program yang top sekarang kat TV, tentunya Maharaja Lawak. Setiap ayat lawak yang dorang buat, dah jadi fan page kat facebook. Aku pon apatah lagi, akan menglike kebanyakan ayat2 fan page tu untuk dijadikan modal mengomen di facebook.

At first, peserta kegemaran aku adalah Jozan = Johan + Zizan. Memang feveret penonton yang lain jugak.
Semua orang tak sabar2 nak tengok persembahan dorang. 1st week agak mengecewakan jugak. Tak best sangat, mungkin nak warm up. 2nd week, tiru gaya Datuk Yusuf Haslam dan Shamsul. 3rd week musical comedy dan last week pasal curi duit tabung kat surau

Lawak Jozan actually bagi aku not bad..Cuma……………………………………aku kurang berkenan bila dorang buat lawak kait dengan islam. Mungkin ramai yang tak perasan or mungkin ramai yang tak cara or mungkin bagi mereka ia sekadar lawak. Tapi bagi aku rasa macam mempermainkan ajaran dan hukum islam ?

1st week : macam main2 bila berselawat
2nd week : “bapak hantar kau pergi al-azhar tapi balik, alkolol jugak yang kau minum”
Seperti agak menghina lulusan al-azhar?
3rd week : masa angkat takbir, tapi boleh main2 tunjuk kat tabung

Wallahualam, aku pun bukan la bijak agama sangat tapi kalau boleh hukum2 dan ajaran Islam jangan la dibawa main, takut2 jatuh hukum lain mungkin boleh dikatakan mempermainkan Islam

gambar dari Limauais
Amir Maharaja Lawak. Ramai gila tak suka dia, ramai gila harap dia keluar cepat dari Maharaja Lawak tapi tak keluar2 jugak. Masa mula2 tengok si Amir ni memang tak lawak pon dia ni, tapi aku rasa ada group lain yang tak lawak langsung kot

Penonton2 yang tak suka amir, siap buat fanpage jugak minta Amir dikeluarkan dari Maharaja Lawak. Kalau aku jadi Amir agaknya, memang aku dah menangis tak berlagu da bila tengok bukan satu tapi banyak gila fanpage dibuat membenci Amir. 

Even last week , Amir da perform agak baik pon orang duk kutuk lagi. Mamat Khalid otai lawak pun bagi pujian, orang still kutuk lagi. Tak paham orang yang suka kutuk2 orang ni. Ceh..aku pun kutuk orang jugak tapi tengok keadaan, tempat, masa jugak. Yang pengutuk2 tu macam reti buat lawak kot

Aku rasa, kalau Amir boleh tarik diri, lama da dia tarik diri. Tapi tak kan nak menyerah sebelum kalah kot. Itu untuk orang2 pengecut boleh la. Siap ada kata “ kalau ada undi keluar dah lama aku undi Amir”. Kalau ada boh…masalahnya takde wakakakakka

Lagipun bukam Amir punya kuasa nak tentukan dia still dalam Maharaja Lawak atau tak. Undian pengundi kot. Kau nak marah, marah la supporter dia. Dan kau patut marah jugak supporter group lain , apasal tak undi banyak2 supaya Amir dapat undian terendah. Amir bukan pemimpin Negara yang kalau buat salah, boleh mengundurkan diri. Tapi pemimpin negara ni buat salah pun tak undur2 diri, pastu menyalahkan orang lain ada la

Dan yang paling aku panas pasal statement2 dorang ni sebab kononnya Amir orang Kelantan jadi semua orang Kelantan pakat undi dia. Kalau betul pun apa salahnya. Dan kalau korang nak taw, dalam banyak2 negeri, negeri yang orang2nya sangat bersatu padu adalah orang Kelantan, sebab tu la kau takut kan? Then apasal kau tak suruh orang negeri kau duk pakat undi peserta feveret korang?

Walaupun Maharaja Lawak tak disiarkan di Astro Prima, at least dapat jugak kami tengok kat youtube. Suke suke suke . Thanks to GuaTv, salah seorang pengupload video Maharaja Lawak di Youtube

My feveret dalam maharaja lawak : Jozan, Jambu, Sepah,Nabil, Balas



10 comments:

Faris Adli said...

"1st week : macam main2 bila berselawat
2nd week : “bapak hantar kau pergi al-azhar tapi balik, alkolol jugak yang kau minum”
Seperti agak menghina lulusan al-azhar?
3rd week : masa angkat takbir, tapi boleh main2 tunjuk kat tabung"

1st week aku tak tengok jozan..jadi aku no komen..

2nd weeek bagi aku tak menghina agama..just nak bagitahu something like buat penat je ayah hantar kau ke azhar, tapi kau tak tahu hukum agama..sama juga macam kita cakap kau ni harap je belajar sampai u tapi tak pandai2..adakah bermaksud nak menghina pelajar u?

3rd week..kan masa takbir tu kalau tak silap aku zizan bagitahu yang dia tengah fikir mana 1 arah kiblat masa tengah takbir..biasa kalau kita tengah cari arah mesti tangan kita bergerak kan?

itu pendapat akulah..aku tak cakap aku betul kau salah

haziQah said...

faris : emm mngkin..rmai je msuk skola agama tp x apply..
tp kalu btul dia nk cri arah qiblat npe x sblom tu..n npe dia x stop dulu..dlm solat x bleh buat pbuatan lain..n solat bukan bleh buat main2

Faris Adli said...

err..yang tu aku sokonglah.. dan berdasarkan pengalaman aku, kat malaysia ni bukan susah sangat nak tahu arah kiblat dalam surau, masjid atau tempat solat..

kat masjid yang paling senang..cari mimbar..mimbar mesti kat depan masjid..

Ummi said...

susah nak baca fikiran manusia ni dik ..

♠QlaterianKhalifa♠™ said...

tgk pon jrg2...tu pon kt youtube...leh pilih y lawak je...haha

HonEyBuNNy said...

erm..

ila lak no komen la...hehe..

sana sini cakap pasal ne kan....

sbb ila pun kadang2 ja layan raja lawak..hehe

MisS NadRAH said...

aiii..
sy peminat MRL jugak..

i like SEPAH... n jambu...

NighBerkz Ent said...

Ade yang best ade yang x.. Jambu bleh tahan jugak dorag nye lawak..

ASRUL ANWAR said...

penyokong jozan gak.. ^^

and amir minggu first, second memang sangat-sangat x lawak...geram nye pasal, abes menngate sedasat dasatnye smbil mengharapkan dye terbuang..haha

tp minggu ke-4 nmpk ok...minggu ke-5 x tgok lak..huhu

haziQah said...

faris : haa da tntu la gtu

ummi : aah btul tu kak, rmbut sma hitam..tp hti lain2

QlaterianKhalifa♠™ : hehe kat youtube sume ada..pilih2 heheh

HonEyBuNNy : aah sbb sume org duk tgk program ni hehe

MisS NadRAH : sama, sama..give me 5 ;)

NighBerkz Ent : jambu mmg jambu..hehe dorg x pyg ckp bnyk pn da lawak

asrul : haha amir msa mula2 mmg x lawak la..ksian..tp every week he's improving ;)

Google