Monday, January 24, 2011

I-City, Shah Alam


I-city, bukan ICT yang ada kat pantai teluk ketapang atau ICT di cyberjaya tu. Ini bnadar intelligent yang banyak lampu. Orang shah alam ni baru nak pergi LOL. Orang Terengganu lama doh sapa sini.


Siapa yang masih tak taw lagi apakah I-city itu.? Itu adalah Bandar lampu. Banyak lampu cantik2 yang diletakkan pada pokok. Datang sini confirm2 la semata2 untuk bergambar dengan pokok2 yang cantik berlampu berwarna-warni. Tapi kau ada camera ke? Kalau takda, pinjam la camera kawan ke, camera handphone pon boleh jugak. Tapi jangan jeles bila tengok orang bergambar dengan camera DSLR. Shoot..! mana la mereka ni dapat duit banyak2 beli camera DSLR T__T




i-City ni terletak di seksyen 7 shah alam. Cara nak pergi i-City, google maps je la :p kalau dari KL ataupun dari rumah aku kat Seksyen 9 shah ALam, ko straight je sampai seksyen 7. Lepas tu, selepas traffic light UniSEL, teruskan sikit lagi perjalanan sampai Nampak lagi satu traffic light ke kanan. Belok kanan dan terus lagi sampai Nampak ada kedai2 bengkel kereta. Sebelum bengkel kereta tu ada simpang ke kiri, jadi sila belok ke kiri. Senang cerita, tengok je signboard. Ikut je signboard pun senang jugak sebab signboard tu confirm betul



Jangan terkejut, sekarang nak masuk I-City kena bayar RM 10 untuk sebuah kereta dan kalau kau tak naik kereta pun, sorang akan di charge RM 2. Ingat semua benda kat dunia ni free ke? Sape nak bayar bil letrik lampu2 tu. Sob2. Parking di I-City sangat menguji kesabaran dan keimanan. Susah nak dapat parking, entah berapa tingkat naik dan turun sebelum jumpa parking. Dah la bawa kereta manual



bila sampai ke destinasi, akan teruja dengan lampu2 yang cantik2. Tapi gambar tak secantik camera DSLR. Nak cari laki yang suka main dengan DSLR la.. LOL





Wednesday, January 12, 2011

Seoul Garden IOI Mall, New Year Celebration


Siapa tak gembira bila ada orang nak belanja makan? Makan free, terus laju je gembira. Hari jumaat hari rezeki yang sangat murah. Murah rezeki sebab lunch dan dinner, ada orang belanja makan. Weee….syukur Alhamdulillah.

Tengahari, Mrs. Kelly belanja makan KFC dan ayam panggang. Seronok je duk ofiz, tak payah turun beli makanan

Dinner pula, bos belanja makan kat Seoul Garden sempena tahun baru, new year, untuk bagi staf2 semangat baru. Azam pun kena baru juga !

Production Team, maj, Dian, Yana, Ejah, saya n Wina

Seoul Garden IOI Mall ada makanan yang berbentuk steamboat dan panggang. Saya sebenarnya tak reti nak makan makanan steamboat tapi hantam saja la, dah orang belanja kan. Jadi kita kena cuba, janji halal

Malam itu, kami jadi orang korea, makan guna chopstick lagi..arasooo..sampai2 semua dah kelaparan tapi kena menahan dulu sebab bos tak datang lagi T_T

Bila sampai time makan, blur kejap nak pilih makanan apa, sebab semua mentah jadi kena masak sendiri. Saya pilih daging macam2 daging, salah satunya Daging black pepper. Sedap juga. Seafood yang kena masak steamboat, saya tak reti makan, jadi kureng makan makanan2 sperti itu


introduce my new colleague,Pei Ling, Kensie, Lung, Wina n David. Dua orang kat blakang tu rakan terlama

Tapi yang penting malam itu enjoy dan dapat pergi tempat baru, dapat kenal tempat baru dan dapat kawan2 baru

Black background, skndal Zar n Lung :p , Production Team lagi + Intern Students :)

Tapi yang lawaknya cara kitorang makan, makan daging sahaja pastu sumbat semua dalam tempat memasak tu, pastu kekenyangan, pastu tengok meja satu lagi orang lain tak habis makan. Sebab cara makan yang betul adalah sayur dibalut dengan daging2 dan bahan2 yang telah dimasak dan sos2 segala. Tapi tak kisah la, asal perut kenyang

Dan untuk dessert ada aiskrim yang macam2 jenis dan makan dengan kacang. Salad dan desert yang macam cendol pun ada jugak ;)


Tapi hari itu saya sedang menahan sakit perempuan T_T
Sampai rumah terus collapse

Gambar dari wina dan majdah

p/s : Thank You boss for the dinner.. makin murah rezeki bos lagi sebab selalu belanja kitorang. yang bestnya nanti ada lagi event makan2 bersama colleague lagi sebelum Chinese New Year ^^,


Thursday, January 06, 2011

2011 a new start

Internship student at Nexus Interactive Sdn. Bhd. Puchong. Ada 5 orang intern students. saya, majdah, khadijah, Zar (Unisel), Dian (UUM but Indonesian..dapat lagi sorang Asian friends hehe)

Handphone da jadi benda yang tak penting dalam hidup . Off during office hour. Saya nak komitmen keja, kamu pergi komitmen study ok!

My work place : very nice, 1 Malaysia, semua friendly, bos pun best, selalu bagi motivation. I like !

Become very hardworking and workaholic. Dateline paling lama 3 hari. Satu hari pun ada. But Alhamdulillah semua kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Even weekend pun buat OT kat rumah T_T

Gambar ofiz tak sempat nak amik sebab penat nak naik ofiz tingkat 3 T_T naik ofiz je termengah2 setiap hari

Learn new things : CMS, SEO, e-Commerce Website, Core FTP, SMO, mockup for website, buat website untuk company2 lain secara real sampai debor teramat takut tersalah buat

Hope it is a good start till the end

Facebook tak diblock sebab kitorang memang kerja kena guna FB :)

cerita 1st day kerja kat blog Majdah


Google