Sunday, July 28, 2013

Ulangtahun ke 26

Maknanya sudah genap 26 tahun hidup di dunia ni. Umur semakin tua. Hamagad..Rasa tak percaya pun ada sebab sentiasa rasa muda. Ecewah

20 Julai 2013, genap umurku 26 tahun. Alhamdulillah, masih diberikan nafas dan nyawa untuk hidup dan beribadat di dunia ini. 26 tahun macam2 sudah berlaku. Yang manis, Yang pahit, yang tawar, yang masin rencah kehidupan.

Tiada sambutan yang sebenar untuk tahun ini sebab bulan puasa so nak makan banyak2 pun tak larat. Hari jadi ke 26 ini pun tiada kek untuk dimakan bersama keluarga. Tapi aku beli pavlova dan creampuff dari Norizbaked. Sedap sangat pavlovanya, dah la murah. boleh makan sorang2 tahu.


Malam selepas terawih, dikejutkan dengan pemberian hadiah daripada dia. Hadiah yang bagiku sangat romantik sebab bila aku buka dan tengok, rasa terharu dan menangis kerana tersentuh dengan tajuknya. Hadiah yang sangat bermakna. Terima kasih ♥

Ucapan2 lain dari rakan sekelas di Group Whatsapp, ramai2 wish.


Hanya sahabat yang baik dan rapat sahaja mengetahui tarikh kelahiranku :) Ucapan yang pastiku akan terima setiap tahun dari Fadilah Diyana


Ucapan dari adik tersayang yang panjang lebar di Instagram

Oh selain itu, hadiah hari lahir dibeli oleh Khadijah dan Aminah, sehelai jubah yang ku pilih semasa kami beriftar dan berterawih di Masjid Negeri. Terima kasih sahabat ♥



Dan yang terakhir sekali, akhirnya dapat juga kek hari jadi dari Majdah, kek coklat yang enak dan lazat. Terima kasih awak ♥


Google