Wednesday, January 28, 2009

anugerah blogger kiut

terima kasih keada saudara Izzudin yang sudi menganugerahkan saya dengan award ini.1st time dapat award..sungguh terharu..hoho..blog yang cute ke tuan punya blog yang kiut? aggagagaga

kepada yang tersenarai seterusnya menerima award dari saya..sila la terima... tak nak buat tag pon tak pe



PERATURAN TAG INI.. 1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda. 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. 3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnye (anda di-tag). 4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan menyatakan nama mereka di blog anda. 5. Jangan lupe melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

TAG

10 fakta bukan auta

1. aku suka makan ayam..ayam goreng..sup ayam..nasi ayam..apa2 je la ayam aku suka..

2. hari2 mesti buka laptop , baca nota pon dalam laptop

3. boleh hidup tanpa TV tapi susah nak hidup tanpa internet

4. ketagih dengan blog, terutamanya baca blog orang yang tulis dengan idea sendiri n cite tu tak didapati di blog lain

5. sangat sibuk sekarang ni tapi suka dengan kesibukan tu sebab bagi kita sentiasa ada keja nak buat tapi kadang2 tensen dengan kesibukan itu sebab sedih semakin kurang masa untuk akhirat tapi lebih banyak masa untuk dunia
6. suka tulis blog pasal hal berlaku sekeliling terutamanya pasal MPP . bukan sebab benci tapi pada MPP tapi sebab sayang kat MPP la selalu komen pasal mereka. kalau bukan saya yang komen siapa lagi nak komen? bukan semua orang ada kat UDM ni ada blog sendiri n boleh tulis pendapat. sekurang2nya mereka tahu suara mahasiswa. blog saya ni pon da jadi blog kesukaan MPP kan :p

7. semakin kurang suka dengan politik. sebab nya politik semakin kotor padahal politik itu bersih..politik negara pon sudah kotor apatah lagi politik kampus. n tak suka ada pilhanraya umum ke dun ke parlimen ke yang menyebabkan U terlibat. kerahan mahasiswa/i ke program2 politik amat menjengkelkan

8. suka masak tapi sekarang ni jarang masak sebab duk kat asrama kan..cuti pon kejap je..da lama tak tunjuk bakat memasak hoho

9. dulu tak suka lai ci kang tapi sekarang da suka, dulu tak suka kerang tapi sekarang da suka jugak..banyak dulu tak suka tapi skang da gemar..cuma sushi n durian saje tak gemar2 lagi

10. jarang tengok movie yang dipasang di laptop sendiri kecuali bila dah bosan tahap supernova, jarang jugak main game sebab rasa tu tak de faedah

penerima award seterusnya :
1. Evi LoLyTa
2. Putera An-nur
3. Shaiham
4. Ainul Qalb
5. Syuzana


tak tahu la student2 UDM da perasan ke belum tapi nak cerita jugak..website UDM n portal pelajar UDM sudah berwajah baru..suka tengok ..sudah setanding dengan U lain punye website..semakin bangga menjadi warga UDM walaupun tak de konvo..ooOpss...!


Sunday, January 25, 2009

KARNIAWAN’08 #002

cerita pasal KARNIAWAN yang lepas masih tertangguh.jadi ini entri yang tertunda pasal KARNIAWAN 2009.kalu nak cerita dengan terperinci memang sangat la panjang. jadi amik isi penting sahaja yang menarik sepanjang KARNIAWAN 2009 di UUM, Sintok, Kedah


/#/ hari pertama ketika sedang mengemas gerai, ternampak satu couple yang lain daripada yang biasa kita selalu nampak. si jejaka yang putih dan kacak n si gadis yang jelita memakai purdah serba hitam. mereka berpimpinan tangan dan sungguh romantik.awww...ingatkan budak UUM tapi rupa2nya studnt UNIKL. n baru teringat yang aku mengenali si gadis itu. kenala semasa perhimpunan pemimpin usahawan dan KARNIAWAN tahun lepas..Fasha kalau aku tak silap nama nye..memang dia sangat chantek n dia baru je berkahwin.tahniah kepada nye walaupon beliau tak kenal pon aku..semoga menjadi isteri yang solehah ;)


/#/produk yang UDM bawa : keropok sira dan pelbagai jenis keropok lagi..tudung2 - tudung manjalara, batu lipan, mawi, air mata, kerawang labuci..kain batik..sos..mutiara dari Sabah, kerongsang dan gelang kristal


/#/ pertandingan gerai terbaik jatuh kepada :
1. UM - produk mereka memang lain daripada yang lain. tudung lilit yang coraknya dibuat tangan ( handmade), sila masuk blog ini untuk melihatnya - lovedashawl, air minuman cilo = cincau + milo dan krim selulit.ingat nak beli krim selulit tu tapi mahal sangat tak mampu hoho
2. UTeM - mereka menjual t-shirt dengan design kata2 yang sangat kelakar " Emak ( bakal mak mertua saya ) Awak Suka Saya"," Diperlukan Seorang Awek".dan promosi mereka memang mantap
3. UKM - walaupun mereka menjual produk yang biasa2 sahaja, patung lembu, coklat, jubah moden tapi mereka turun keluar untuk mencari pelanggan. satu yang lain daripada lain, mereka menawarkan IQ GAME iaitu ada 3 bongkah kayu yang mempunyai bentuk berlainan n harus dipasang semula dalam masa yang ditetapkan.ramai datang mencuba.kalau berjaya dapat bawa pulang cenderahati UKM

/#/ semasa malam perasmian , tinggal 3 orang je jaga gerai - Sarah , Wani n USop..kesian kat diorang sebab tak de makanan yang disediakan..n terpaksa membeli nasi goreng ikan masin sendiri sedangkan kami di majlis perasmian makan dengan enak sekali

/#/ malam perasmian Naib canselor UUM , Tan Sri Nordin Kadri datang..aku n asma' agak gila nak berjumpa dengan dia kerana kami memang adore dia tapi tak dapat he


/#/ ramai yang tertarik dengan kura2 yang kami bawa n hias di gerai kami, kura2 pink n coklat. tapi maaf ye bukan untuk dijual..


/#/ jiran kami UMT membolot johan bagi pertandingan Rancangan Pernaiagaan ( RP ) n Anugerah Projek Usahawan Terbaik. kira2 RM 4000 mereka bawa pulang malam tu n mereka balik sejurus tamat acara makan malam..tahniah kat UMT . suka sangat tengok diorang gembira dengan kejayaan mereka.kami tumpang gembira!


/#/ baju malam perasmian dan penutup yang dipakai oleh gadis2 kontijen UDM dipuji oleh ramai pihak kerana kami memakai baju yang disponsor berwarna sama, warna maroon dan chantek hehe..terima kasih HEPA UDM kerana sudi mengsponsor baju kami ;)


/#/ dua universiti dari Indonesia dijemput khas untuk sama2 memeriahkan KARNIAWAN 2009 di UUM iaitu Universitas of Padjadjaran n Universitas Syiah Kuala , Acheh

/#/ ramai juga peseta KARNIAWAN 2009 adalah peserta yang pernah join KARNIAWAN yang lepas, yang paling ramai rasa nya muka yang da pernah tengok USM , UNIKL , UiTM


/#/ malam pembentangan RP, makanan yang disediakan untuk peserta sudah habis . oleh kerana itu, pihak sekretariat menjemput kami makan di tempat VVIP hoho..chantek tempat tu..ini la nama nye rezeki !


/#/ semasa sesi soal jawab pembentangan RP UDM yang membawa tajuk 'specialist roti canai' , kami mendapat sokongan kuat dari UMT sebab kalau la betul kedairoti canai akan dibuka di hadapan UDM seperti yang tertulis dalam RP tu , budak2 UMT pon confirm2 akan pegi makan n lepak kat kedai roti canai tu hehe


/#/ dapat jumpa balik kak ima dari UUM.kenal dia masa KARNIAWAN 2007 .seronok sangat dapat jumpa dia. itu pon terserempak dengan dia di surau masa hari terakhir di UUM. dia ada kedai gambar buka bersama abang zam . n berita paling gembira, mereka akan melangsungkan perkahwinan bulan 6 ni insyaAllah. tak sabar kamai merancang nak pegi. teringat pulak tahun sebelum ni abang zam bersungguh2 menjaga n amik hati kak ima masa KARNIAWAN 2007 hehe


/#/ hari terakhir di gerai, semua U mempromosi all out. bukan promosi barang U sendiri sahaja malah bekerjasama promosi barang2 dari jiran2 U lain..sangat seronok ketika itu. UDM pon masa petang terakhir tu berjaya menghabiskan keropok dan kerepek dengan menjualnya di sekeliling UUM

/#/ bila singgah ke gerai UDM n tahu U kami dari Terengganu, soalan pertama yang ditanya, " keropok lekor tak de ke?" he..bukan tak nak bawa tapi kami tahu pulak boleh masak2 n keropok lekor takut tak tahan lama kalau bawa

/#/ ramai jugak pelajar2 ex UDM yang singgah ke grai UDM, tapi singah2 tu bukan sahaja nak meninjau2 n membeli produk kami, tapi tanya soalan cepumas " bile konvo?" ehe..maaf la kami pon tak taw bile konvo n masih menjadi teka teki lagi. dulu kata bulan 10, pastu kata pas raya haji, then kata bulan 1, pastu kata bulan 2..pasni bulan 3 ke 4 ke 5 ? huhu tak taw la..tunggu je la ek

/#/ hari nak balik n check out, tak disediakan pon sarapan pagi..sedih..sebab sebelum tu orang besar UUM kata dia tak suka tetamu dia pulang dengan perut kosong..

/#/ sebelum bergerak pulang ke Terengganu, kami singgah di padang besar, Perlis. boleh kata UDM yang sampai dulu. pastu menyusul pulak UKM, UIA, UTeM..ahha..rombongan ke Padang Besar pulak


/#/ shopping di Padang Besar memang seronok kalau bajet banyak..gile n rambang mata dibuatnya..ramai beli teddy bear yang besar2....aku...? tak minat sangat..tunggu orang bagi je..tapi sapa nak bagi? hoho

/#/ ingatkan g KARNIAWAN ni boleh la berjimat tak keluar duit makan. tapi yang berlaku sebaliknya. Elaun yang diberi pihak U adalah sebanyak RM 75 utk 5 hari. tapi jumlah keseluruhan aku berbelanja di sana adalah RM 200++ . huhu gilew melampau

yeh..memang banyak cerita di gerai sahaja sebab aku jaga gerai..so apa yang berlaku di pusat konvensyen aku tak tahu sangat..


*feveret pix of KARNIAWAN 2009 :P *


Friday, January 23, 2009

bersemangat nak g mengundi tiba2..

mood aku masa pagi hari pilhanraya fakulti hancur sebab ejah lambat wuwu . mula2 da janji nak gi sebelom kul 9 pagi. then mesej la dia

" da siap?"

"ejah bangun lambat. k.iqa gi la dulu"

aduh terus menyirap darah pagi2 ni..terus jadi moody. iye la orang da siap2 bersemangat nak g mengundi tiba2 dia tak siap lagi..aku memang pantang dengan orang yang tak tepati masa..so untuk mengurangkan kemarahan yang menaik mendadak hiburkan diri sekejap dengan online. nasib baik internet da ok pagi2 ni..sabar haziqah sabar..wakil rakyat tak leh marah2 huhu

tiba2 dapat pulak mesej lagi..ingatkan ejah mesej dia da siap..

"bear da g tapak undi ni.senyap sunyi je kat cni"

eh dia da sampai dulu..da habis kelas rupe nye..aku yang nak g dulu dia plak leh smpai dulu huhu

then ejah mis kol plak kata dia da turun..aku gerak ke tapak mengundi di DKU dengan ejah n maj.sampai sana ternampak ja ,kawan bear dari jauh..mata meliar mencari bear ..owh dia kat tempat jual2 buku ..biar la dia..gi ngundi dulu..


syu , izah, alang n angah jadi sekretariat mpp untuk PR fakulti ni..semangat diorang jaga..tepat pilhan aku pilih dorang jadi sekretariat sebab aku tahu dorg memang minat buat keje gini. hehe tahniah kat korang ..sayang korang rajin buat keje..heee

sekali lagi mood aku dirosakkan..bear la plak..orang mesej tak balas..mesej 2-3 kali baru nak balas..da la masa tu orang tengah bad mood dia plak buat orang lagi moody..wuwu sangat mencabar pagi ni..mungkin disebabkan hormon tak seimbang..tah la..mak selalu kata " jangan ikut mood sangat.." memang da cuba tapi kadang2 tak berjaya..harus belajar lagi bersabar..


sebelum ke kelas ganti OOP pukul 10 am lepak2 kejap tepi DKU tengok orang datang mengundi.ramai nye yang datang mengundi adalah budak2 law..sume pakai baju hitam putih..bagus2 budak law..ksedaran mengundi sangat tinggi

petang tu dalam kul 2.30pm kami pon datang la ke bilik MPP untuk sesi pengiraan undi..tapi lambat betul start..sabar lagi menunggu..apa yang berlaku semasa pengiraan undi?

# FIT menjadi fakulti pertama undi dikira

# sebab nye ada calon2 dari FIT je yang datang hehe

# aku, ejah, shah, faris adalah calon2 FIT yang datang semasa proses pengiraan undi

# undi dikira dengan membaca nama calon yang dipangkah dan ditunjuk kepada calon

# tapi yang kurang puas hati,calon tak dibenarkan melihat berapa jumlah undi terkini untuk setiap calon

# pasangan2 calon yang femes :
acap - sharudin
syazwani - husna

# pasangan undian aku yang kelakar
haziqah - aizat :p

ingatkan masa proses kira undi tu da tak de peluang nak dapat dalam 11 kerusi tu..habis kira undi , kami tak dibenarkan melihat keputusan tak rasmi tu..dia kata kena tunggu pengumuman nanti pukul 5pm..

pelik ..memang pelik..kalau pilhanraya yang sebenar seperti plihanraya umum..calon2 n pemerhati boleh mengetahui keputusan tak rasmi semasa..makna nya jumlah undian bleh diketahui sepanjang masa..dalam erti kata lain.boleh tahu siapa undi yang banyak..yang sikit..yang leading skang ni..tapi PR fakulti UDM yang MPP jaga ni..agak pelik sebab tak boleh tengok nilai undian semasa..kalau MPP dulu, mereka siap tulis n kira lagi di whiteboard. tapi MPP kali ni mereka mengira undi dan mencatatnya di kertas saje..

bile ditanya
" MPP dulu bagi tengok jumah undian terkini.."
jawapan yang diterima
" itu dulu.."


assalamualalikum....adakah cara MPP lama buat proses kira undi itu tak relevan buat masa sekarang.. kalau macam tu..cara pilhanraya umum buat proses kira undi yang memaparkan jumlah undian terkini pon da tak betul la ye.. ke korang buat sistem baru ni..


adek2 MPP yang dihormati sekalian..mungkin adek2 kurang cakna atau tak pernah melihat proses pengiraan undi yang sebenar..tapi tak pe la..kesalahan kali ni jangan diulang lagi semasa PR kolej kediaman pula..nasihat kakak2 n abang2 yang lebih makan garam ni amik la sebgai pengajaraan..

bukan saya je yang kurang puas hati..mantan2 MPP pon kadang2 malas nak amik kesah pasal MPP baru yang kadang2 pelik sangat buat keje..sangat kelakar satu insiden yang diceritakan kepada aku oleh seorang mantan MT MPP yang lepas.masa tu dia pi tengok tempat mengundi. kat situ yang kelakar nye dia diikuti pok guard yang berpakaian preman..hoho..macam la mantan tu nak buat kecoh kat sana..takut sangat ke dengan dia hehe..insiden sama pernah berlaku terhadap mantan tersebut semasa penamaan calon pilhanraya kampus tahun lepas.ahha..asyik bercerita pasal mantan je..tu la..da berkawan dengan mantan nak buat camne hehe

setelah menunggu agak lama untuk keputusan rasmi pilihanraya fakulti 2009 diumumkan..ini la nama2 wakil rakyat yang baru untuk FITs
12) Khadijah - 8 undi
11) Hafieza Ismail - 8 undi
10 ) Sharudin - 11 undi
9) Najmi - 11 undi
8) Fadlisah - 12 undi
7) Aizat - 14 undi
6) Haziqah - 14 undi
5) Fauzi - 18 undi
4) Zukarnain - 20 undi
3) Syazwani - 33 undi
2) Husna - 34 undi
1) Acap - 40 undi
tahniah kepada yang terpilih..n alhamdulillah im one of them..a big thanks to allah, mummy n daddy , lil bro n sistas, frens , n orang2 yang mengundi saya n lecturers hoho :p


pelik kan..fakulti informatik tiba2 dapat 12 kerusi..sebab nye tempat ke 11 n 12 , jumlah undian adalah sama..maka setelah presiden MPP berbincang dengan exco hal pertubuhan kelab, FIT diberi kelonggaran untuk 12 kerusi yang dipilih

untuk 2 fakulti lain saya kurang arif keputusan nye cume saya tahu undian terbanyak FKI jatuh kepada Khairul Azwad n FUHA jatuh kepada saudara Burhan.tahniah diucapkan kepada mereka yang dipilih


peratus keluar mengundi dan undi dirosak tidak diumumkan..kenapa ye?
tapi aku tahu la jugak cket2..peratus keluar mengundi untuk :
FKI - 20%
FITS - 60 ++ %
FUHA - 85 %

agak2 siapa boleh bagitahu apakah sebab peratus keluar mengundi FKI telalu sedikit padahal FKI adalah fakulti yang paling ramai ahli nye..adakah disebakan kurang promosi? atau student2 FKI memboikot pilihanraya fakulti disebabkan masa yang terlalu suntuk untuk mengambil borang penamaan calon? atau sememangnya mereka tak tahu yang mereka harus wajib mengundi untuk memilih pemimpin mereka yang meraka rasa boleh memimpin mereka?

sebenarnya sebelum hari membuang undi berlangsung aku nak mencadangkan suapaya MPP buat pengumuman untuk mengajak mahasiswa mahasiswi keluar mengundi..tetapi kerana kekangan tertentu maka tak sempat la nak kabo kat diorang he. n sgt kasihan kepada hampir semua pelajar paling senior biotech .mereka x mengundi sbb dorang ckp dorang x tau langsung and then ade klas smpai la waktu mengundi abis........- Sumber : Zulhilmi boitech

tapi kalau macam ni la jumlah peratus keluar mengundi ..alamat kalau buat pilhanraya kampus pon belum tentu ramai yang keluar mengundi..rupa2nya mahasiswa mahasiswi UDM masih tak rasa pentingnya pilhanraya itu

last but not least, tahniah kpada pro M yang dapat menguasai kerusi PRK di UM,UIA, n UTM


Monday, January 19, 2009

pilhanraya fakulti UDM

sedih..internet kat UDM sangat la 'bagus smpai' smpai sungguh seronok mnggunakannya n sbab tu la tak dapat2 nak update blog.lagi pon minggu lepas sangat sebuk dengan kuiz n AGM KKU. cite pasal KARNIAWAN akan disambung selepas iklan ini haha

insyaAllah hari rabu ni akan diadakan pilhanraya fakulti dan aku pon masuk bertanding.hehe poster pun telah ditampal merata2 tempat... malu2 ..mencapup je..tapi itu la baru nya nama kempen..kalu tak tak de la rasa suasana pilhanraya..

mula2 MPP menetapkan 18 kerusi akan dipertandingkan untuk setiap fakulti. tapi masa taklimat untuk kempen pada malam 18 Januari, kerusi untuk setiap fakulti dikurangkan daripada 18 kepada 11 kerusi setiap fakulti.alasan dia aku tak ingat sangat tapi aku merumuskan sebab ada fakulti yang calonnya tak sampai 18 kerusi pon so tak cukup calon tak de la pilihanraya . tak de pilhanraya mesti la menang tanpa bertanding lagi. jadi untuk mengelakkan kebanyakan fakulti yang menang tanpa bertanding MPP menetapkan hanya 11 kerusi yang dipertandingkan. kalau buat 18 kerusi jugak, hanya Fakulti Informatik@ FIT (fakluti aku la...) n Fakulti Undang2 @ FUHA je yang ade pertandingan sebab masing2 hantar 21 n 19 calon. fakulti lain tak cukup hantar calon hatta fakulti terbesar pon .. FKI n FPPP. so dengan mengurangkan kerusi ada la pertandingan untuk fakulti2 lain. tapi fakulti yang da menang tanpa bertnading Fakulti pengurusan ( FPPP), Fakulti Bahasa (FBK) n Fakulti Rekabentuk (FRIT) . so masa hari buang undi rabu ni, fakulti yang ada pertandingan , FIT, FUHA, FKI n Fakulti Biotek.



ramai jugak yang tak puas ati sebab jumlah kerusi yang dipetandingkan berkurangan tapi diorang mungkin tak paham situasi..kalu memang ramai yang masuk bertanding untuk semua fakulti tak pe jugak..ni tak sama rata..so tpaksa la kurangkan ..tapi buat pe banyak2 sangat kerusi..pening kepala orang nak vote cam fakulti aku la..tapi at least sorang boleh vote 2 calon..jadi undi lah HAZIQAH AUNI n SITI KHADIJAH dari FIT ! :D

apa manifesto aku ye? insyaAllah aku akan tingkatkan lagi imej fakulti informatik biar setanding dengan fakulti sains dan teknologi di universiti2 lain . nak menjadikan mahasiswa mahasiswi fakulti informatik yang cakna dalam hal isu semasa supaya bila nak apply keje senang n ade soft skil bukat setakat skil computer saja. menambahkan ilmu2 berkaitan computer kepada mahasiswa mahasiswi yang masih blur dengan apa yang mereka belajar skang..termask la aku..insyaAllah jika anda memberi sokongan kepada aku :)

11 kerusi yang dipertandingkan tu untuk 6 orang MT n 5 orang exco yang wajib:
1. exco sukan
2. exco akademik
3. exco helwanis
4. exco kebajikan
5. exco modal insan

kepada semua calon2 yang bertanding, selamat bertanding n kalu menang buat la yang terbaik.orang da vote kite n bagi kepercayaan kat kita so jangan la menghampakan amanah orang..berat tu pegang amanah..kalau tak jaga betul2 akan dipersoalkan di akhirat kelak..wallahualam


Tuesday, January 13, 2009

Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA Peringkat Nasional 2008 (KARNIAWAN’08) #001

konon2 semua yang nak g ke UUM dikehendaki berkumpul di DABS kul 9 malam..aku seperti biasa seorang yang menepati waktu ( eceh perasan..) dtg la 10 minit awal..berkobar2 nak gi ni. tapi tak de sorang pon sampai lagi.tak berapa lama kemudian , din pon datang bawa keta sarah yang penoh barang2 utk dijual di booth KARNIAWAN nanti.

tunggu punye tunggu..pukul 10 malam baru la bertolak..hampeh betul..lain kali aku nak datang lambat2 jugak la..tak nak rush2 buat penat je..tido dalam bas UDM malam2 memang sejuk gile..aku tak leh tido pon sebnarnya.tak tahan kesejukan walaupon da pakai sweater n blazer..lupe nak bawa pashmina hoho..

sampai kat UUM dalam pukul 9 lebih la. perempuan duk kat hostel kat bukit kachi, laki plak duk kat university inn dalam kampus.kitorg duk luar kampus.. jauh gile , 4 km tu.. laki punye hostel tak macam hostel pon..boleh kata macam hotel je.ada astro, heater n kopi, aircond pon ade..tak aci!


pagi tu dorang bagi roti n air kotak milo, tghari tak sediakan pon makanan so kena beli sndiri kat cafe dia. petang tu plak kitorang g kemas2 gerai n buat persiapan utk esok. cantikkan gerai n buat apa yang patot..kitorang boleh kata universiti yang paling awal mengemas gerai


gerai kitorg terletak antara UMP n UMT , depan UTeM , then ade UMK n UKM. kawasan gerai kat ctu mmg hapening la lagi2 bdak UKM n UTeM . boleh kata kat ctu sume universiti pantai timur la..so yang sape2 yg asal ganu n kelate cukup suka masuk booth kitorg , dorang kata macam rasa berada di kmpong hoho

malam tu ade ice breaking..masa untuk semua peserta berkenal2an dengan aktiviti yang dianjurkan mereka.kali ni lagu tema dia pon "gemuruh"faizal tahir. ice breaking dia best jugak dpt knal2 ramai peserta dari sume U kat malaysian ada kejutan ada U dari indonesia jugak.mula2 dia suruh beratur siapa paling cepat n alhamdulillah UDM antara terawal beratur dengan baik. ada aktiviti cari kumpulan yang pakai baju saiz sama, cari kawan yang berlainan identiti n bentuk satu kumpulan. yang masa dalam kumpulan semua kena buka sebelah kasut n bina satu bangunan syarikat. hoho menarek jugak tengok bangunan yang dibina oleh setiap kumpulan. yang paling aku tertarik tengok satu kumpulan tu dia bina bangunan syarikat dia rata n bentuk bulatan.mula2 tengok cam tah pape je bangunan dia tapi bile dia terangkan yang tengah2 tu tempat perumahan staf dia bagus jugak idea mereka lain daripada yang lain yang kebanyakan bina bangunan kasut yang tinggi2

sambung esok plak ..ari ni cite yg best2 sok kite dgr cite yang tak best plak..daaaaaaaaaaaaa


Monday, January 12, 2009

cukup sudah berfoya2 di utara


seperti entri yang lepas aku sudah khabarkan aku ke UUM utk program KARNIAWAN. tapi buat masa ni rasa masih kurang rajin nak updet hehe ini hanya intro sebelum cite yg keseluruhanya akan diposkan ari2 dalam blog ni. beila menggoogle JARNIAWAN jumpe jugak la rmai yang da updet cite psl karniawan kat blog masing2 . laju betul diorang updet

seperti KARNIAWAN yang lepas ,KARNIAWAN kali ni jugak bagi kesan dan kenangan yang bermakna dan manis dalam hidup aku.macam2 benda baru aku belajar n ramai kawan baru aku kenal..best sgt..walaupon aku ni tak de la peramah sangat tapi at least dapat kenal orang baru kan n dapat tengok gelagat n ragam manusia lain2 dari semua universiti kat malaysia ni. ade 2 universiti yang bukan malaysia pon ade jugak. kalu nak tahu universiti mana tunggu next updet

dalam masa aku pergi 'bercuti2' kat utara malaysia ni banyak la pulak event kat UDM ni..tapi alhamdulillah tak de kat UDM sebab tak de la best mana event nya hoho

balik2 je UDM ada dua kuiz menanti aku, kuiz HCI ( human computer interaction ) n SRE(software requirement engineering).alhamdulillahkuiz HCI da buat pagi tadi n boleh jawab sume kot. sipa bawa nota yang aku buat sebelum g UUM

ok la tunggu next updet kalu nak tahu cite yang lebih menarik ;)


Tuesday, January 06, 2009

selamat perah otak kembali

Minggu ni dah start kuliah tapi tak semua kelas aku pergi lagi sebab ada yang lecturer tak de. jadual kelas aku sem ni sangat la pelik lagi aneh. contohnya hari isnin, ada dua kelas sahaja iaitu pada pukul 8 hingga 9 pagi dan pukul 5.30pm hingga 7pm..jadi apa nak buat antara waktu tu? Da la sangat jauh gap nye adoi..n yang paling best hari2 kelas sampai pukul 7pm.hari khamis plak tak de kelas.sabar je la..

Owh banyak kelas sampai lewat petang sebab kami import lecturer luar , mungkin UDM masih kekurangan tenaga pengajar sebab ramai lecturer sambung belajar skang ni so kena la guna pemain import hehe subjek yang paling tak sabar nak belajar adalah subjek asas pembudayaan keusahawan..haha boleh kongsi ilmu aku yang da ada sebelum ni tapi mesti banyak lagi yang tak tahu he n lecturer dia pon best jugak ;)

Tak sampai seminggu belajar aku ditugaskan ke luar daerah eceh macam dah bekerja plak. Ada Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA Peringkat Nasional 2008 (KARNIAWAN’08) di UUM,Sintok Kedah . ala program yang aku cakap masa cuti hari tu.ingat dia buat masa cuti rupa2nya dia buat masa kuliah..melepas kelas koko golf aku dan kelas SRE. Sedih2 kena tinggalkan kelas pertama. Tapi harus berkorban demi UDM tercinta hoho cite pasal KARNIAWAN 2008 tu aku cite pas balik sini je la eh

tak banyak program lagi yang dianjurkan oleh kelab n persatuan , or MPP..latest pon hari tu solat hajat dan bacaan yaasin di masjid kusza UDM smpena tahun baru.masa tu aku tak pergi sebab masalah2 tertentu he .lagi pon sume kelab n persatuan sebuk nak buat pemilihan untuk organisasi baru.tapi organisasi MPP UDM masih tak keluar2 lagi..he aku da taw da si MPP tu pegang apa..si MPP ni pegang apa..tapi tak sabar nak dia umum secara rasmi

tup2..tup..buka je sem baru orang yg sepatotnye menjadi TYDP MPP UDM dapat tawaran di SPA .jadi jawatan utk TYDP MPP sudah kosong.bak Putera Annur kata "Bisa tempat aku" hehe

er..kalu parlimen Kuala Terengganu yang kosong sekarang ni akan diadakan pilhanraya kecil akan berlangsung 17 Januari ni..macam mana plak kerusi kosong utk TYDP MPP ni..tak nak isi ke..nak buat pilhanraya kecil jugak ke 17 Januari ni hehe..kaluau tak nak pon tak pe tapi isi la kerusi TYDP tu. penting sgt utk mengisi kekosongan dia..kadang2 kalau YDP ada hal tak dapat nak buat kerja at least ada TYDP yg dapat membantu.bukan saya nak mengatakan yang TYDP 2 tak berkelayakan atau tak mampu nak jaga kebajikan pelajar cuma TYDP lelaki mempunyai power yang lebih daripada perempuan. lelaki juga la yang sebenarnya n paling layak untuk menjadi pemimpin berbanding perempuan kan.

cam tengok MPP yang lepas..kalu saudara Sabir tak de at least ada saudara Aizat Anwar yang dapat mebantu n meredakan keadaan jika apa2 berlaku..kalau tengok MPP dulu la..orang jarang refer kat TYDP 2, saudari Laele. macam hal2 yang melibatkan lelaki, cam agak pelik la kalau perempuan yang turun padang n dia sorang je perempuan at least dia kena bawa teman.kalau lelaki senang sket dia boleh pegi kat lelaki n dia boleh pergi kat perempuan jika ada apa2 masalah berlaku.lagi pun bakal YDP kan duk kat kampus kota .sanggup ke dia nak turun setiap kali ada msalah berlaku secara tiba2..bukan dekat KUSZA n KOTA


logo MPP baru..cantik tak..saya kata cantik jugak..tapi kawan saya yang si...ala korang kenal sangat sape..kata tak cantik dia tak suka bunga..haha bukan saya yang cakap..kawan saya yang cakap..


Saturday, January 03, 2009

Buka buku baru

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru Islam dan tahun baru 2009..tahun baru selalunya mesti berkaitan dengan azam baru..semua orang sibuk buat azam baru padahal dia tak sedar azam lama masih tak tercapai..sama la macam aku he aku pon tak ingat apa azam aku tahun lepas..hehe

Tahun 2008 memberi aku banyak pengalaman berharga tak kira la suka atau duka. Tahun 2008 juga adalah tahun aku banyak bergiat aktif dalam aktiviti2 yang dianjurkan dalam universiti. aku suka nak menyibuk jadi sekretariat untuk mana2 program yang dianjurkan sebab aku suka nak cari pengalaman dan juga mesti la nak menyumbang kepada universiti tercinta..tak rugi sertai program2 ni walaupon penat bila da selesai memang ada satu kepuasan yang dapat dicapai.itu yang pentingnya.pastu boleh jumpe n kenal orang baru jadi kawan2 kita pon makin ramai kan seronok tu

2008 pon aku rasa seronok sangat dapat jumpa n bekenalan dengan pemimpin2 mahasiswa, dapat belajar dan berkongsi pendapat dengan mereka , bergaduh mulut pon ada jugak..satu yang amat menarik.sampai orang atasan UDM pon baca blog aku siap print lagi..tak ke seronok haha

Selalu aku tengok atau tanya azam baru kebanyakan nya sangat umum..kalu umum sangat takot tak tercapai plak akalmu hoho ok sebuk pasal azam aku tahun ni apa?

Keyword aku tahun ini adalah RAJIN ! rajin ni unsur paling penting dalam hidup aku tahun ni..tanpa RAJIN semua keja tak boleh jalan..bila ada RAJIN pasti aku akan berjaya di tahun 2009 ni biiznillah..

Macam orang lain jugak semua nak meningkat mana ada nak menurun..oops ada kot benda yang harus turun lagi..minyak..haha..minyak tak de kena mengena dalam hidup aku sebab bukan aku yang tentukan harga minyak ..tapi aku je yang beli minyak..eh ada la kena mengena dalam hidup aku sebagai pengguna minyak he sudah2 jangan nak merepek lagi..balik kepada azam ..nak tingkatkan pelajaran , tingkatkan pointer tingkatkan amal ibadah , tingkat kan sedekah jariah, tingkat usaha, tingkat… mangkuk tingkat sume la yang bertingkat2 hoho

Tingkatkan pelajaran caranya adalah : sesibuk mana pon aku, pada malam hari atau esok hari nya awal pagi2aku MESTI mengulangkaji apa yang lecturer ajar kan sebelum itu.ingat… MESTI atau WAJIB ! Takde sebarang kompromi hoho

Amal ibadah pulak hendaklah rajin turun surau dan solat berjemaah di surau sekurang2nya waktu maghrib dan isyak..baca quran setiapselepas waktu solat dan cuba menghafal surah2 baru..biar sedikit tapi istiqamah insyaAllah..

Ok bukan semua harus meningkat di tahun baru ni..ada jugak yang perlu turun..contohnya berat badan he jadi untuk menurunkan berat badan hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang tidak penting dan juga harus bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu..jom jogging petang2 dan juga..kurangkan tidur ye kawan2

Mulut jahat dan laser ni juga harus dijaga sebaik2nya supaya tak terlepas lagi kata2 yang boleh menusuk kalbu orang..ala tapi korang ni kadang2 jangan la amik hati cepat sangat..he tapi mungkn gurauan aku korang tak paham kot so tak leh la nak salahkan..tapi mulut harus jaga betul2 tahun ni..cakap benda baik2 dan perlu sahaja..puji n bodek saje..haha

Yang kat atas sume untuk diri sendiri..tak boleh cam ni tak leh pentingkan diri je..

Untuk keluarga dan ibu bapa tersayang..anak mu ini akan belajar bersungguh supaya satu ari nanti leh balas jasa mak abah dan bagi je duit bile mak abah minta hoho..n RAJIN buat keje umah bile balik cuti hehe dan kepada adek2 ku yang nakal tapi tetap aku sayang.. kakak mu ni akan jadi baik tak garang da n tak marah2 sangat lagi tapikalu kena suruh minta map la ye ..he macam selama ni aku garang adek aku takot

Untuk kawan2 yang dikasihi saya akan jadi kawan yang baik jugak..kalau ada apa2 yang saya eh tolong insyaAllah saya akan tolong

Untuk lecturer2 yang dihormati ..saya akan cuba tak tidor dalam kelas, beri sepenh tumpuan semasa pembelajaran n buat assignment sebaik mungkin..hoho..macam mana ye tak nak bagi tidur dalam kelas..sapa boleh tolong..tak taw la tapi sem lepas cepat btul syahid lagi2 kelas petang adoii..

Dan untuk…………bos saya merangkap teman tapi mesra…..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haha..tak nak bagitahu..tak de pape pon..syuhh…………… :p

ni pulak kad yg diberi kawan2 blogger

from zahirah


daripada Muhd Faa'iz Bin Safei@Suhaimi Al-Khattat Al-Azhari

mari la sama2 berdoa kemenangan untuk saudara kita di palestin yang berjihad menentang israel laknatullah.berdoa sahaja la yang kite mampu buat sedangkan saudara kita diserang dengan zalim oleh musuh2 Islam. semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara2 kita di PAlestin


dan qunut nazilah memohon kemenangan kpada mujahidin, kesabaran kepada umat ISlam dan kehancuran Israel serta golongan munafiqin dan murtadin yang bersama mereka


Google