Monday, January 19, 2009

pilhanraya fakulti UDM

sedih..internet kat UDM sangat la 'bagus smpai' smpai sungguh seronok mnggunakannya n sbab tu la tak dapat2 nak update blog.lagi pon minggu lepas sangat sebuk dengan kuiz n AGM KKU. cite pasal KARNIAWAN akan disambung selepas iklan ini haha

insyaAllah hari rabu ni akan diadakan pilhanraya fakulti dan aku pon masuk bertanding.hehe poster pun telah ditampal merata2 tempat... malu2 ..mencapup je..tapi itu la baru nya nama kempen..kalu tak tak de la rasa suasana pilhanraya..

mula2 MPP menetapkan 18 kerusi akan dipertandingkan untuk setiap fakulti. tapi masa taklimat untuk kempen pada malam 18 Januari, kerusi untuk setiap fakulti dikurangkan daripada 18 kepada 11 kerusi setiap fakulti.alasan dia aku tak ingat sangat tapi aku merumuskan sebab ada fakulti yang calonnya tak sampai 18 kerusi pon so tak cukup calon tak de la pilihanraya . tak de pilhanraya mesti la menang tanpa bertanding lagi. jadi untuk mengelakkan kebanyakan fakulti yang menang tanpa bertanding MPP menetapkan hanya 11 kerusi yang dipertandingkan. kalau buat 18 kerusi jugak, hanya Fakulti Informatik@ FIT (fakluti aku la...) n Fakulti Undang2 @ FUHA je yang ade pertandingan sebab masing2 hantar 21 n 19 calon. fakulti lain tak cukup hantar calon hatta fakulti terbesar pon .. FKI n FPPP. so dengan mengurangkan kerusi ada la pertandingan untuk fakulti2 lain. tapi fakulti yang da menang tanpa bertnading Fakulti pengurusan ( FPPP), Fakulti Bahasa (FBK) n Fakulti Rekabentuk (FRIT) . so masa hari buang undi rabu ni, fakulti yang ada pertandingan , FIT, FUHA, FKI n Fakulti Biotek.



ramai jugak yang tak puas ati sebab jumlah kerusi yang dipetandingkan berkurangan tapi diorang mungkin tak paham situasi..kalu memang ramai yang masuk bertanding untuk semua fakulti tak pe jugak..ni tak sama rata..so tpaksa la kurangkan ..tapi buat pe banyak2 sangat kerusi..pening kepala orang nak vote cam fakulti aku la..tapi at least sorang boleh vote 2 calon..jadi undi lah HAZIQAH AUNI n SITI KHADIJAH dari FIT ! :D

apa manifesto aku ye? insyaAllah aku akan tingkatkan lagi imej fakulti informatik biar setanding dengan fakulti sains dan teknologi di universiti2 lain . nak menjadikan mahasiswa mahasiswi fakulti informatik yang cakna dalam hal isu semasa supaya bila nak apply keje senang n ade soft skil bukat setakat skil computer saja. menambahkan ilmu2 berkaitan computer kepada mahasiswa mahasiswi yang masih blur dengan apa yang mereka belajar skang..termask la aku..insyaAllah jika anda memberi sokongan kepada aku :)

11 kerusi yang dipertandingkan tu untuk 6 orang MT n 5 orang exco yang wajib:
1. exco sukan
2. exco akademik
3. exco helwanis
4. exco kebajikan
5. exco modal insan

kepada semua calon2 yang bertanding, selamat bertanding n kalu menang buat la yang terbaik.orang da vote kite n bagi kepercayaan kat kita so jangan la menghampakan amanah orang..berat tu pegang amanah..kalau tak jaga betul2 akan dipersoalkan di akhirat kelak..wallahualam


8 comments:

Syuzana said...

ramai sgt bertanding, x tau nk undi sapa...ble undi 2 calon kn...kena pk dulu ni..Semoga Berjaya

haziQah said...

aah mmg pon tapi bgs jugak tapi pening jugak hehe
time kasih .. ;)

cavendish said...

patotlah nmpk gmbr merata-rata.. tgh kempen rupanya... hehehe.. bagus2

Azrul said...

sure dah undi owner blog ni hehe...cyuk2

haziQah said...

CAVENDISH malu jugak muka merata2 tapi nak buat macam mana strategi dalam pilhanraya hehe

AZRUL he ye ke tq2

[Fadilah Diyana] said...

haziqah, kita dah agak...mesti suatu hari awk akan masuk bertanding...dah nampak ciri2 dr awal...tp kena selalu ingat,bila jd pemimpin kena kuatkan iman,jgn mudah goyah n jdlah pemimpin yg mampu dihormati...

aizat@kampus said...

Insya Allah undi ejat akan ada...ntah2 jd undi rosak..ha3-pengaruh p36

haziQah said...

FADILAH time kasih insyaallah kite akan buat yang terbaik n tegur la kite kalu kite lupa

AIZAT ahha..ye la tu nak undi..bukan fakulti sama :p

Google