Friday, June 26, 2020

Impiana Hotel Senai

Bercuti di Senai. Actually bukan bercuti tapi menghantar rombongan adik lelaki bernikah di Senai. First time datang Senai walaupun selalu juga ke Johor. Kami datang awal dari keluarga sebab senang nak handle anak2 jadi tinggallah di Impiana Hotel Senai dulu.

Location hotel ni bukan betul2 dekat bandar Senai rasanya..jauh sikit ke dalam tapi ok je. Hotel ni hotel baru so memang cantik lagi. Tapi bilik dia agak kecik sempit tapi katil just nice untuk kami berlima tidur.


Masa sampai, kena greet dengan mesra lepas tu dapat welcome drink. Jarang2 ye dapat welcome drink ni.


Kitorang tak amik breakfast sebab price bilik nak dekat rm200++ juga so amik without breakfast. Lepas tu pagi tu pergi jalan2 cari breakfast dengan family. Ada swimming pool juga tapi tak besar mana juga la


Hotel ni sebelah KFC , senang lah kalau kelaparan boleh jalan kaki je beli KFC dulu dan juga  dekat dengan warung mee bandung pak abu yang famous itu tapi sedih kami tak dapat merasa sebab tutup ada kenduri kahwin kot.


Cons nya depan hotel ni ada jirat cina 😅😂 tapi okay je kot sebab tak de pun jumpa hantu cina :p
Tu kalau nampak dekat gambar bawah Signboard KFC tuuu



Friday, March 06, 2020

Cara dan tips berpantang sendiri

Pantang selepas bersalin. Perlukah di zaman moden ini? Relevan ke lagi nak berpantang lepas bersalin ni?

Bagi aku yang badan tak kuat mana, rasa pentingnya berpantang selepas bersalin.

Bagi aku pantang selepas bersalin ni untuk rehatkan badan ibu yang da penat mengandung anak 9 bulan, melahirkan anak sama ada normal atau czer, dua-dua tu menggunakan tenaga banyak dan sakitkan badan. Kita pergi bercuti pun balik rumah kadang-kadang melepek , apatah lagi lepas bersalin. Badan penat, sakit tetiba nak berfungsi seperti biasa memang tak la kan.

Untuk makanan pula, tengok badan masing-masing. Ada yang ok makanan itu, ada yang sakit-sakit lepas makanan ini. Dulu rasa macam apa relevannya bidan dulu-dulu tak bagi makan ikan itu, tak bagi makan sayur ini. Tapi sekarang baru faham kenapa sesetengah ikan, sayur mungkin bisa untuk badan sesetengah orang.

Lepas baca penjelasan di facebook Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Suriyakathun, makanan tersebut mungkin berbisa untuk sesetengah orang sebab tinggi kandungan histaminnya. So bila lepas bersalin, badan kita pun tengah dalam proses healing lagi, lepas tu mungkin stress dengan hormon dan menjaga anak, maka masa tu badan kita tengah tinggi histamin juga.

So bila badan tinggi histamin, kita pula makan makanan yang tinggi histamin, haa kat situ la bidan lama-lama kata bentan, rasa nak demam, sejuk, sakit badan.

Bagi aku, aku elakkan makanan yang dilarang ketika berpantang sebab badan tengah sakit, tak nak sakit lain pulak datang. Ada banyak lagi choice untuk makan makanan dalam pantang yang berkhasiat.

Ya  penting makan makanan yang sihat ketika dalam berpantang walaupun tak dinafikan ada yang hanya makan ikan bilis saje, air, buah dan sayur langsung tak boleh?? tu memang pantang extreme. Memang ada juga pantang macam tu. Tapi orang sekarang da pandai..  Masa pantang makan makanan macam eat clean, senang kurus pun ye.

Selain tu dalam pantang ni elok la duduk di rumah, baby tu kecik lagi wei. tak payah la nak bawa dia pusing mall ke, takde faedah nya sebab dia pun bukan nampak lagi, da la fragile terdedah dengan kuman penyakit kat luar sana yang macam2.

Ada yang kata, siapa yang dapat berpantang betul2 tu mewah. Ya dan tidak. Kalau mengurut tu, masa sebelum bersalin da boleh kumpul duit sikit2, dapat mengurut dalam 3 hari pun jadi la. Ye la , masa mengandung tu da la badan sakit2, tak dapat tidur malam, berat bawa baby, jadi apa salahnya mengurut dapat lembutkan urat2, otot2. Suami patut hadiahkan pakej berpantang untuk isteri setelah 9 bulan pregnant, sakit bersalin lagi, contraction .

Macam aku takde la panggil confinement lady datang jaga 44 hari, tak mampu la pulak haha. So siapa nak tolong masa pantang kalau suami kena pergi kerja. Seeloknya suami siap kan makanan sebelum pergi kerja, kalau suami tak pandai, maybe boleh sediakan bahan makanan, bawang2 da siap potong, ikan da siap siang, sayur da siap potong,  isteri just masukkan dalam pot , tekan on je. Lagipun makanan pantang ni sebenarnya senang je nak masak, tak yah lama2, rebus, panggang, bakar je. Kerja rumah yang lain, basuh baju, sidai baju , sapu, mop suami juga la kena buat ya. Kalau ada duit , boleh la panggil helper or part time maid. Yang penting, isteri jangan cerewet sangat. Pejam je la sebelah mata.

Tips pantang sendiri
1. Suami ambil cuti at least seminggu atau 2 minggu supaya isteri boleh sihat betul. Lepas 2 minggu biasanya da agak kuat sikit
2. Isteri boleh prep makanan pantang siap2, boleh buat pes masakan pantang. Suami boleh tolong prep bahan2 masakan seperti potong bawang, sayur, marinate ikan ayam. Lauk pantang senang je biasanya, rebus , kukus, panggang. Bahan utama, garlic, serai, bawang, halia. Haa boleh campak jadi macam2 jenis makanan
3. Beli airfryer untuk memudahkan proses panggang. Tinggal je pon boleh siap. Senang nak bakar2, panggang, panaskan..Ting!
4. Pasang water heater. Senang sangat nak mandi. Tak yah jerang air. Senang nak mandikan anak.
5. Dalam pantang , isteri layan baby je dan layan diri sendiri dan tidur je la haha. Mandi anak semua minta tolong suami siapkan pagi2 dan petang. Isteri kalau nak tolong buat kerja rumah juga, boleh lipat baju, suap anak makan. Yang duduk dan tak payah jalan banyak sangat.
6. Plan kan lauk untuk dimasak sebulan or 44 hari
7. Jika perlukan pertolongan, hubungi jiran atau saudara mara terdekat
8. Groceries boleh beli online juga macam Tesco online
Menu breakfast pantang - roti wholemeal + jem strawberry + air adlies cocoa mix masala

Minum petang pantang : Roti wholemeal + peanut better sihat + air susu kambing


Lauk pantang : ikan singgang, pegaga, buah oren, garlic crispy

Kari ikan, ulam, oren

ikan tenggiri bakar, sawi, oren


ikan bawal kukus, sawi, garlic, air herbanika NR

ayam goreng kunyit bakar, brokoli

Nasi ayam thai pun boleh jadi lauk pantang . Sedap!

Ikan asam, sayur sawi n pegaga

Sup ikan, sawi, buah anggur

Lempeng strawberry + madu

Roti wholemeal + peanut butter asli

Spaghetti aglio olio dan air adlies cocoa masala


Pantang kali ketiga ni rasa paling best dan tenang sekali. Alhamdulillah sebab baby pun tak banyak ragam, banyak tidur. So mak pun dapat tidur, lepas tu layan k-drama eh. Alhamdulillah doa dimakbulkan sebab masa pregnant doa banyak2, solat hajat minta Allah mudahkan dalam pantang, supaya pantang kali ni paling best. Rindu pantang masa ni sebab rasa heaven <3

Sebab aku kali ni nak pantang sendiri
1. Nuh da sekolah. Alhamdulillah adik aku kerja dekat cyberjaya juga. so lunch dia amik Nuh hantar balik rumah aku
2. Rasa lebih selesa di rumah sendiri, senang nak kawal anak2, anak2 pun pandai main dan layan diri
3. Rumah sendiri kecik je so tak penat nak berjalan jauh2 haha walaupun rumah atas langit tapi aku memang suka duduk rumah lagi2 dalam pantang memang malas keluar
4. Alhamdulillah demam kuning Muhammad pun cepat settle sebab aku keluar hospital lambat dan dia kena duduk bawah lampu, so kuning turun cepat
5. Suami pun selesa nak uruskan aku n anak2 kat rumah sendiri




Google