Tuesday, December 15, 2020

Bercuti di Legoland Malaysia

Review Legoland Hotel Malaysia.

Alhamdulillah rezeki nak bawa anak2 datang ke Legoland Malaysia. First time datang sini, masa tu Nuh dalam kandungan.

6 tahun kemudian baru dapat ke sini lagi dengan anak 3 orang. Trip ke Legoland Malaysia ni boleh kata hadiah birthday Nuh ke 6. Memang pernah ada cita-cita nak bawa anak jalan-jalan ke Legoland Johor BAhru. Alhamdulillah dapat juga hasil bisnes kecil-kecilan. Terima kasih yang membeli 😬.


So nak cerita pengalaman menginap di Legoland hotel. Dapat a very good deals lepas PKP. Promo still ada. Boleh check out website legoland. Buy 1 free 1 night. I dapat 3 days 2 night dalam RM600++ tak include breakfast. Kalau normal price dalam RM600 gak sehari. So memang murah sangat la kami dapat. Tu tak lepas peluang.




Breakfast boleh add on dalam RM30 adult, kids 6y RM20. Tapi bukan buffet, dia hantar je kat meja kita. So kami dpt choice air mango, fresh milk, susu coklat, teh tarik/kopi, nasi lemak ayam rendang, american breakfast, buah, roti2.


Review bilik best besar sejuk gila aircond. Bilik n toilet kids friendly. Lepas tu dapat lego toys utk kids kat treasure box. Yang drink for kids pon dapat air Vico dalam bilik. Ada bathrobe for kids juga.



Parking banyak, check in masa PKP pon ok walaupun kena beratur tapi takde la lama mana. SOP pun ok.


Swimming pool kena beratur gak. Satu family boleh mandi setengah jam je. Maks 15 orang or 3 family. Kitorang beratur dlm 5 lebih, pukul 630pm baru dapat masuk pool setengah jam. Ada life jacket, so yang tak reti swim ok la boleh terapung. Pelampung sendiri tak boleh bawa masuk.



Legoland Themepark Review
.


Everything is awesome!



Lagu tema legoland dan dalam lif hotel legoland. Hehe.

Kids enjoy so much. Themepark buka pukul 10am tapi by 930am kitorang da turun dari hotel. Duduk kat hotel memang walking distance je nak pergi themepark.



Beli tiket thempark dekat shopee sale 8.8 hari tu. Dapat half price juga. Kids RM75, Adult RM95. Tiket still ada jual kat shopee. Boleh tengok dekat Me> Deals and topup > Event Tickets. Ni open ticket so boleh pergi bila2 sampai expired date Tapi pagi ni tengok ticket da sold out utk adult. Kat website Legoland pun ada Buy Adult, Free kids. Tapi date kitorang nak takde , so tak dapat la beli situ.

Kitorang beli themepark je sebab budak2 ni tak berapa minat sangat dgn Sealife. Waterpark pun macam tak sempat nak masuk lama2.



Plannya nak stay sampai 2-3pm tapi rupanya tak boleh keluar masuk. So kena makan gak la dalam Legoland sebab plan asal nak lunch kat Mall luar tu.


Dapat try semua ride untuk kids, kids dapat buat lego car sendiri, dapat tengok show ninjago. Tengok show tu last sekali pukul 330pm. Pukul 2pm camtu actually da habis main semua. Jenuh gak la tunggu pukul 330pm tu tapi worth it tunggu. Sementara tunggu kids repeat naik ride n ayah shopping kat kedai souvenir. Thank you ayah. Lepas habis show, hujan pulak. So nak tunggu reda, tengok farewell show. Tapi still lebat lagi, so redah je sampai hotel.

Mencabar juga bawa kids yang masih tantrum. Hud ada nangis2 marah2 lepas naik bot sebab dia tak dapat drive. Mama yang drive sebab bot tu susah nak kawal 😂. Muhammad pulak kesian kat dia sebab ride semua dia tak dapat main sangat lagi n dia boring. Tapi lepas lunch dia tidur gak la dekat stroller tu.

Preparation bawa air, bawa biskut choc untuk tenaga n tenangkan dorang 😂.












No comments:

Google