Monday, December 28, 2009

Berani untuk gagal


Eceh siapa berani untuk gagal? Siapa je nak gagal?tak de sape pon nak gagal kan. Tapi adat la bila manusia tu menemui kegagalan, akan berasa sedih, kecewa, marah, geram, putus asa, tak de semangat hidup. Tapi kegagalan its not the end of the world. Tapi ia adalah permulaan untuk kejayaan (quotes by pamiesz)

Gagal..tak semestinya dalam pelajaran..gagal dalam bercinta, gagal dalam perlumbaan, gagal dalam makan..eh ada ke gagal untuk makan..ada la wei..ada orang gagal untuk makan nasi..bila makan nasi je dia muntah, tu gagal juga namanya hehe

Tapi siapa yang tak pernah gagal? Kalau ada siapa2 yang tak pernah gagal, memang tak lengkap hidup dia. Sebab hidup ni kan macam roda, kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Kadang-kadang bila kita di atas, kita terlalu asyik sampai terlupa yang kita bukan sentiasa di atas. Jadi Allah akan memberi kita ujian untuk kita berfikir dan menilai kesalahan kita yang lalu. Itu juga tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Kita jatuh sebab Allah nak kita lagi berusaha , kalau tak kita tak akan sedar dan bersyukur dengan apa yg kita ada di sekeliling kita (quotes by angah)


Siri-siri kegagalan aku : masa sekolah dulu, aku boleh dikatakan antara pelajar yang bijak. Semua orang pun anggap aku bijak. Dari tadika, mesti dapat nombor satu, masuk sekolah rendah pun, aku akan dapat nombor satu hingga tiga, kira tiap-tiap tahun mesti naik pentas amik hadiah. Sekolah menengah pula, dah tak dapat nombor satu hingga tiga tapi still top 10 dalam kelas. Dan part yang paling best, tak pernah gagal subjek add math, fizik, kimia, biologi yang orang lain kebanyakannya gagal huhu Walaupun tak gagal, tapi tak de la power pun markahnya, atas pagar je.

Jadi pendek kata masa sekolah dulu, aku jarang menemui kegagalan. Gagal bercinta pun tak pernah sebab reject orang aku pernah la :p

Tapi lepas tamat je sekolah, habis je SPM , satu persatu kegagalan menemui aku. Dia kata “ hye, nama saya gagal, kita tak pernah jumpa kan? Saya nak berkenalan dengan awak boleh?”

Kegagalan pertama aku, ujian memandu, orang lain kalau gagal ujian memandu, gagal ujian jalan raya, tapi aku gagal ujian bukit. Frust betul sebab kawan aku dah lulus so kena amik ujian sekali. Sebab da gagal ujian bukit, bapa ku pun training aku drive kat bukit bukau dekat rumah aku dan selepas itu alhamdulillah berjaya dapat lesen kereta

Lepas tu sekali lagi diduga tak dapat melanjutkan pelajaran di matrikulasi, permohonan aku tak Berjaya. Sedih gila frust menonggeng betul sebab result aku ok la sangat dan patutnya memang layak masuk matrik tapi tak Berjaya. Sebab kawan2 aku yang resultnya lagi rendah dari aku pun dapat masuk matrik. Buat rayuan pun tak dapat wuwu GAGAL melanjutkan pelajaran di matrikulasi

Last2 aku masuk form 6 sebab aku tolak diploma sains di UiTM kota kinabalu. Masuk form 6 je, semangat belajar aku makin menurun. Kalau kat kelas tidur je. Result pun apa lagi..tidur juga la.

Bila STPM, result aku boleh tahan la tapi matematik aku gagal separuh hoho gagal jugak tu

Bajet dengan result tak seberapa tu, isi pulak kemasukan ke university yang terkenal macam UM, UKM, UiTM. U mana je nak terima result gitu. Tapi UDM, U yang aku tak pernah tahu pun kewujudannya sudi menerima aku belajar di sini walaupun dengan kos aku tak minta. Sekali lagi aku GAGAL mendapat kos pilihan tapi redha je sebab tak tahu pun nak belajar apa

Setelah 5 semester belajar di UDM ni pula, aku GAGAL satu subjek, design engineering and software testing. Memang sedih sangat apabila kawan2 lain lulus tapi kita gagal pula. Tapi aku bukan gagal sorang2 la. Gagal berjemaah huu tapi takut kena extend

Dalam percintaan pula..haa yang ni aku taw mesti korang bersemangat sikit nak dengar kan..bercinta? sekali kot pernah bercinta secara rasmi.yang lain..secara tak rasmi banyak la dan secara yang tak rasmi tu la yang selalunya gagal. So tutup kisah cinta di sini

So gagal itu adalah asam garam dalam kehidupan. Memang takut nak gagal lagi tapi itu la yang mengajar kita dan menguatkan kita. Dan yang paling penting kita akan terjaga dari tidur yang nyenyak lagi indah. Dan akan lebih berusaha dengan kuat dan tak main2 lagi

Segala yang berlaku ada hikmahnya dan setiap kegagalan aku tu memang aku terjumpa dengan hikmahnya walaupun aku tak de kawan bernana ‘Hikmah’.

Jadi masuk tahun baru ni, memang dengan semangat berkobar2 nak belajar bersunguh2 dan kuat. Harap2 istiqamah sampai habis belajar.


Wednesday, December 23, 2009

mendirikan masjid dapat baby comel



Wedding everywhere, kad kahwin melambak dapat ( ohh melambak satu pembohongan), kenyang makan nasi minyak je di hujung minggu, but yet I love wedding he kenapa? Sebab tak sabar nak kahwin? Kind of but tak de calon T_T

Last weekend, ada dua wedding yang saya datang. Satu, wedding second cousin saya kak diyana di taman botani, putrajaya. Theme color : blue turquoise and garden wedding. Saya paling suka baju pengantin dia sebab cantik sangat dan saya pernah berangan nak buat baju seperti itu satu ketika dulu. Macam baju2 artis pakai pergi awards tu. Second, wedding cousin saya punya jiran kat Ampang Indah. Pengantin tu bercinta dah 13 tahun sejak zaman sekolah rendah masa masing2 jadi pengawas hoho mantap. Anyway congrates kepada semua pengantin baru dan semoga bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat




abang2 buli adik

tolonggg sayaaa

Tapi the best part this weekend is dapat jumpa anak sepupu saya yang semakin comel dan nakal. I really2 love them. Telatah mereka sangat mencuit hati dan boleh hilang segala tekanan main dengan mereka. Qaisara aina dah la tembam sangat dan sedap betul gomol dia, adif yang semakin petah berbicara, adif yang sangat nakal dan selalu buli adik dia tapi comel je bila bergurau dengan mereka and last but not least sarah batrisya yang buat saya geram sokmo sebab banyak bunyi..grrr..geram betul!

Nak peluk,cium je mereka kuat2 tak nak lepas.Rasa mahu jadi babysitter diorang yang comel2 ni. tapi kasihan sungguh saya tengok cousin saya, kak ain and abang aznir sebab tak penat dan tak jemu layan anak mereka yang nakal tu, redha je . ummi iqa @ mak long iqa love you so much !


Pertama kali, makan di restoran arab, Al-rawsha yang terletak di jalan damai. Kat situ memang banyak kedai arab tapi kedai yang ni menjadi kegemaran family aunt saya. Nasi kambing dia sangat sedap dan memang patut dicuba tapi kena makan 4-5 orang baru boleh habis. Kebab ayam dia pun sedap daripada kebab kambing sebab kebab kambing dia macam terlebih minyak dan lemak. Air barbican adalah air yang wajb minum di sini, rasa ketagih doh lepas minum. Teringat kat majdah, ong, ejah sebab kami suka kongsi2 makan dan penggemar kambing. Rasa nak ajak diorang dating sini makan.

Dan saya jumpa tini 3R @ penyampai radio hot fm yang makan di situ juga bersama suaminya yang hot dan rakan2 mereka. Haha kantoi usha suami orang aduhhh :p tapi tini makin slim sekarang dan makin cantik. Bahagia je melihat dia bersama suami tersayang. Oh bilakah mahu hidup seperti itu jua

My prince charming, where are you? duhhhh


Sunday, December 20, 2009

Microsoft Office SharePoint Sever 2007

Yeah saya sudah memegang microsoft professional office sharepoint certificate (MCTS) setelah menjalani kursus ini selama 2 minggu. Macam2 dipelajari dalam kursus ni dan in adalah satu pengalaman yang sangat berharga.

Microsoft Sharepoint? Apakah itu? Ia adalah satu tools untuk sebuah company nak buat system dengan senang dan mudah sekali. Tak perlu coding2 yang memeningkan kepala dan ia amatlah mudah jika pandai guna. Sebab dalam tools ni macam2 function yang mudah boleh digunakan semudah klik sana, klik sini sahaja. Drag2 tak de ye he.


Apa kita boleh buat dengan Microsoft sharepoint ni? Kan kalau dalam satu company, dia ada portalnya sendiri. Portal tu macam potal pelajar kita la..yang ada macam2 dalam satu page, ataupun macam yahoo.com. kat situ ada email, YM, sports dan macam2 lagi kan. Sama juga dalam sharepoint, kita sebagai administrator boleh mencipta atau create blog, Wikipedia, email, announcement, link, share document dalam satu portal. Kita boleh buat site collection kita sendiri, boleh hantar email kat Microsoft Outlook dan subscribe RSS feed dalam blog, boleh search apa yang ada dalam portal company kita dan macam2 lagi sebenarnya. But actually tak nampak sangat lagi macam mana mahu digunakan..mungkin bila dah kerja nanti baru paham kot realiti sebenar dunia pekerjaan


Kami dibekalkan dengan dua buah buku Microsoft percuma, percumakah? Sebagai panduan untuk menggunakan Microsoft office SharePoint server 2007. Instructor kami, Mr Albert Jeremy Siahaan,seorang warganegara Indonesia tetapi tinggal di Singapore yang sangat warm and friendly. Kami semua suka pada cara beliau mengajar kami yang sangat brilliant. Kadang2 bila beliau tersasul menggunakan bahasa Indonesia sangat comel dan kami pun teruja hoho. Lepas habis berguru dengan beliau, rasa rindu pula

Exam untuk mendapatkan sijil professional itu? Oh semuanya lulus dengan cemerlang kecuali beberapa orang staf PTM huuuuu

Lepas habis kursus Microsoft, pihap 3P ada menganjurkan kursus softskill untuk kami. Kursus selama 2 hari itu sangat menyeronokkan walaupun ramai kawan2 kata sama je macam kursus softskill yang lain. Tapi pada saya, tak salah pun kita belajar benda yang sama yang sudah lama kita tinggalkan sebab kita boleh refreshkan apa kita belajar dulu plus boleh share dan mesti ada something new yang boleh dipelajari. Kursus softskill ini pula dikendalikan oleh puan Nora, seorang professional yang expert dalam bidang ini. Beliau juga seorang yang sangat penyabar(sebab boleh tahan dengan karenah si F****), baik hati dan friendly. Dan juga tak lokek ilmu.

Soft skill, macam biasa la kena introduce diri, buat team cheer, personality profile, buat resume dan cover letter, presentation, interview dan sewaktu dengannya. For the first time, kumpulan saya, ‘Happy’ telah menang point antara kumpulan2 lain. sebab kemenangan kami adalah team work, dating awal, masing2 memberi idea dan kami menang goodie bag! Thanks to Ong, Kak Sena, Kak Bee, Kak Ana, Nor sebab bagi kerjasama yang cukup baik !

Tapi yang paling penting,saya discover yang kebanyakan kami boleh berbahasa inggeris sebenarnya walaupun kadang2 sebab malu sahaja tapi semuanya cuba berbahasa inggeris dengan baik. Good job my friend!

Quick update. Oh quick la sangat. Menaip sebelum pergi kenduri tapi sempat lagi letak dua gambar

Oh dalam kursus soft skill tu, saya dapat highest mark untuk journal sebab buat journal macam tulis blog haha untung betul pengalaman menulis blog sebab boleh reka cerita panjang2 he walaupun sebnarnya dah lama tak menulis dalam English :D


Sunday, December 13, 2009

Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal

Banyak kali aku da cakap, tak rugi duduk UDM masa cuti ni. Di kala orang lain sedang bersuka ria di rumah, aku dan kawan2 ku juga bersuka ria di UDM. Main internet tanpa henti itu kan satu nikmat juga bukan? Hoho. Ramai juga kata kebosanan duduk di rumah sampai nak balik awal ke UDM. Aku royak doh. Tapi aku akan pulang juga ke ‘bandar’ halamanku sebab rindu nak main masak2 dan melepaskan nafsu bershopping dan berjalan2 di YES (Year End Sale). Hangat bukan?

Minggu ni kami ke Taman Tamadun Islam. Adooii..baru mahu pergikah setelah dibuka selama setahun? Ho la..aku kan sibuk je memanjang…sibuk main internet je. Kat situ juga terletak Masjid Kristal yang terkenal dan kontroversi itu. Ini kali kedua saya ke Masjid Kristal. Sedih bukan? Tinggal di Terengganu tapi baru ke Masjid Kristal. Tapi sampai sekarang masih tak puas hati dengan fungsi Masjid Kristal. Apa fungsi masjid sepatutmya? Tempat beribadah ke tempat perlancongan? Mana lebih utama? Kalau masjid cantik tapi Solat Jumaat tak dilaksanakan di situ, layakkah dipanggil masjid? Maaflah mungkin saya ni cetek ilmu tapi anda sendiri tahu apa la nak jadi akhir zaman ni


Tapi apa2 pun masjid Kristal ni memang cantik bergambar. Adoyai..sangat sadis ok. Kalau datang ke sini jangan lupa memenuhkan bateri kamera anda kerana jika tidak anda akan sungguh menyesal. Caj kamera dulu ok. Jangan bawa kamera tanpa bateri pula sebab memang banyak gambar dengan latar belakang pemandangan yang menarik di sini

Lupa nak kabo, Masjid Kristal terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Cara nak datang ke sini ialah mengikut jalan nak ke Kampung Losong. Eh betulkah?


Selain ada masjid Kristal yang Kristal nya hanya terletak di atas tiang empat masjid tu, anda boleh mencuba menaiki TTI River Cruise. Menyusuri Sungai Terengganu yang cantik dan lagi best kalau dapat terjun sungai. Perjalanan menaiki TTI River Cruise ni mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga sejam bergantung pada keadaan cuaca dan sungai.

Bermula di TTI dan berakhir di TTI juga. Tapi nanti akan pusing melalui China Town, Waterfront, Pulau Duyong yang berlangsungnya Monsoon Cup, Riyaz Heritage dan pulau2 sekitarnya. TTI River Cruise ini adalah sebuah perahu atau bot tradisional yang diubahsuai menjadi cantik dan selesa yang memuatkan 12 orang untuk satu masa. Bayarannya adalah RM 10 untuk dewasa. Anda juga akan diberi penerangan oleh Tourist guide dengan menerangkan apa yang ada sepanjang perjalanan tersebut


Yang menarik perhatian aku sepanjang menyusuri sungai yang indah dengan pemandangan alam semulajadi : rumah cantik seorang Dato’ yang terletak berhampiran sungai dan aktiviti waktu petangnya adalah bermain jet ski ! Pulau Mayat sebab tak de orang duduk kat situ dan sebab selalunya mayat terdampat kat situ dan pulau yang ada sebuah keluarga je penghuninya. Sepanjang sungai juga terdapat pelbagai aktiviti membina kapal dan bot yang harganya mencecah berjuta juga

Boleh tak aku mengantuk semasa naik bot tu? Sebab kena angin bayu tu membuatku ingin tidur. Oh teruja juga pakai life jacket sebab da lama tak pakai. Jakun gila

Dan sekali lagi rasa geram sungguh kerana tidak dapat mengambil gambar yang cantik kerana kesemua kamera kehabisan bateri. Lain kali jangan sorang simpan kamera sorang simpan charger bateri ya. Guna kamera phone maj juga sudah kehabisan bateri . aduh akhirnya menggunakan kamera phone aku yang 1.3 megapixel je ditambah pula dengan banyaknya line dan grid di atas gambar tersebut.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Maqdis, Palestin

Kat Taman Tamadun Islam, anda akan dapat passport yang kira macam tiket la. Kat dalam anda boleh pilih nak naik kaki, I mean jalan kaki, naik basikal sewa RM 3 sejam, nak train tapi tak tahu berapa harganya. Tips datang ke TTI : bawa camera, lagi bagus DSLR; bawa payung sebab memang panas Terengganu ni, tapi letih la nak ambil gambar je kena campak payung, dan pakai shades sebab panas sangat untuk mengelakkan silau haha


Masjid Suleyman

Di TTI ada 21 buah replika masjid dari seluruh dunia seperti masjid Negara, masjidilharam, masjid nabawi, masjid Aqsa , Taj Mahal yang saiznya adalah satu perempat dari saiz sebenar. Sekelip mata boleh berada di 20 buah Negara seluruh dunia. Nak tengok pengalaman lain di TTI ni boleh la tengok blog pamiesz klik sini

Taj Mahal, India

Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia

Menara Kalyan, Uzbekistan

Masjid Xian,China

balik dengan rasa tak puas hati. Wajib ke sini sekali lagi. Bawa famili pun best juga, boleh masuk free sebab ada orang sponsor


Saturday, December 12, 2009

Bukan senang nak jaga hati kawan

Lagi susah daripada jaga hati kekasih. Kalau kekasih, bila pujuk sikit, da ok balik. Tapi kawan, kalau terasa memang susah nak pujuk

Pernah buat kawan terasa hati? Atau anda sendiri terasa hati dengan kawan? Dua2 situasi tu pun saya pernah hadapi. Memang sakit rasanya walaupun itu rencah dalam persahabatan. Kadang2 hanya sebab perkara kecil je seperti kawan tak ajak makan padahal dia expect kita tahu sebab memang itu time kita akan pergi makan

Semua manusia pun berbeza dan semua manusia pun mempunyai tahap terasa hati yang berbeza. Ada yang cepat pulih dan ada yang sampai putus persahabatan. Nauzubillah

Saya mengaku kadang2 saya tak reti jaga hati kawan sebab mengharap dia memahami saya. Atau pun kadang2 saya mementingkan diri saya sampai lupa hati kawan macam mana. Padahal sebenarnya saya seorang yang amat menyayangi sebuah persahabatan. Saya tak suka nak gaduh-gaduh. Saya akan menjadi orang yang sangat sedih bila satu persahabatn itu menjadi tegang akibat perbuatan saya sendiri. Dan saya seorang yang jenis cepat memaafkan kerana saya tak suka keadaan tegang yang lama


Pernah satu ketika, saya terlepas cakap dengan mengutuk secara gurauan seorang kawan. Dan saya tak sangka dia terasa hati yang amat sangat dengan apa yang saya kata. Dari sebuah persahabatan yang mesra dan penuh gurauan, dia ingin memutuskan persahabatan dengan saya dan berkata anggaplah saya dan dia tak pernah mengenali antara satu sama lain. Tak mungkin saya boleh menganggap tiada ikatan persahabatan pernah terjalin antara saya dan dia. Ye saya mengaku saya salah kerana terlepas cakap. Selepas berkali-kali saya cuba meminta maaf, dia masih tidak mahu memaafkan saya. Tapi saya hanya mampu berdoa supaya kami baik semula dan Alhamdulillah doa saya termakbul.

Betul lah quotes yang saya pernah dengar satu ketika dulu. Maaf tak ingat dari mana. Kalau kita buat salah dengan Allah, insyaAllah kita akan diampunkan dengan mudah sebab Allah Maha Pengampun, tapi bila kita buat salah dengan manusia, hanya jika manusia itu memaafkan kita baru lah dosa kita terampun

Kadang-kadang, dengan kawan rapat, kita lagi senang menyebabkan kawan rapat kita terasa hati sebab kita anggap dia mesti dah biasa dengan kita. Tak, itu salah sebenarnya. Kawan yang rapat dengan kita la yang kita lebih perlu menjaga hati mereka sebab dia amat menyayangi kita seperti menyayangi seorang kekasih. Bak kata Ahmad Farhan lagi “ Those have most power to hurt us, those that we love....". Kata orang pula, kekasih mudah ditukar ganti, tapi kawan sejati bagai permata yang sangat bernilai yang tak mampu dijualbeli

Sekali lagi, secara tak sengaja atau mungkin kerana mementingkan diri sendiri, saya telah membuat seorang sahabat terasa hati dengan saya. Saya amat amat sedih dengan kejadian ini. Bukan saya mahu semua ini terjadi. Taktala saya meminta maaf dengan dia di YM, air mata kesal saya mengalir deras kerana kesilapan saya sendiri. Kesilapan yang saya tak sedari yang menyebabkan hati seorang sahabat terluka. Ketika dia perlukan saya, mungkin saya tiada di sampingnya, saya pergi bergembira dengan yang lain. Beginikah perangai saya sekarang yang kononnya menjaga hati sahabat dan menyayangi sebuah persahabatan?

Patutnya seorang sahabat akan berada di samping ketika dia memerlukan barulah namanya sahabat bukan. Mungkin di kala dia amat2 memerlukan saya, saya seperti tidak menghiraukan dia. Maafkan ku sahabat ku. Bukan aku tak menghiraukan dirimu tapi kita sama2 menghadapai masalah yang amat berat. Kadang2 aku mahu bersendirian hanya untuk menangis sepuas hatiku kerana aku malu menangis di depan mu. Aku tak mahu membebanimu dengan masalah ku yang tak sudah2 dan tak selesai lagi sedangkan kau lebih menanggung kesakitan dengan masalahmu

Percayalah wahai sahabat, aku amat merinduimu. Aku rindu saat kita bersama, bergurau senda, makan bersama, meluahkan apa yang terbuku hati bersama, berkongsi segala rahsia yang hanya kita berdua sahaja yang tahu. Aku terlalu sayangkan semua itu. Tapi aku sedar, aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Aku sedar, aku telah membuatmu terasa banyak kali, bukan sekali, bukan dia kali tapi entah keberapa kali agaknya. Tegurlah aku jika aku jika aku salah kerna aku manusia yang mudah lupa, mudah lalai tapi aku mohon janganlah kau putuskan persahabatan kita. Aku ingin rapat dengan mu seperti dulu walaupun kau mengatakan tak mungkin kita akan sama seperti dulu

Aku hanya mampu berdoa supaya Allah melembutkan hatimu dan kau memaafkan ku dari kesilapan bodohku. Aku tak berani menjanjikan apa2 kerana aku amat takut sekali memungkiri janji tapi jika kau memerlukanku, just tell me kerna aku tak mampu membaca hati manusia. Maafkan ku sahabat. Moga ikatan persahabatan kita tidak berakhir di sini. Aku terlalu menyayangimu, percayalah

Air mata ku tumpah lagi. Ya Allah lembutkanlah hatinya…"Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship."

p/s: Ahmad Farhan adalah seorang kawan di facebook yang selalu post status quotes2 yang best. Izinkan ya :)


Wednesday, December 09, 2009

Contest Melaram Dengan Handbag

sejak boleh online 24 jam , aktiviti blogwalking adalah kegemaran saya. bila review blog2 mereka, sekarang ni adalah musim blogger mengadakan contest di blog masing2.baik hati dan murah hati betul blogger2 itu. sebab ada yang menawarkan hadiah yang mahal2 lagi best dalam blog tu macam pencuci muka yang beratus2 harganya, pendrive dan sewaktu dengannya

tiba2 hati ini pun terdetik nak masuk. haha saje nak try suka2.ade rezeki boleh menang kan :D

contest apa yang saya masuk ni?
Contest Melaram Dengan Handbag !

Terma-terma & Syarat-syarat

1. Add blog Fiza di bloglist@blogroll dan jadilah Follower
2. upload banner Contest Melaram Dengan Handbag di sidebar dengan link ke entri http://mrsfiza212.blogspot.com/2009/11/contest-melaram-dengan-handbag.html

Banner ni disable right click, jadi kalo nak senang masa pergi add gadget picture, just paste kan link http://img269.imageshack.us/img269/822/handbagl.jpg ke image from the web
3. Buat entry khas untuk contest ini
4. upload satu gmbr paling bergaya dengan handbag anda
* Handbag tak semestinya berjenama tau,w/p beli kt pasar malam, janji bergaya..hehe
5. Dalam entri itu pastikan anda mention & link ke Fiza
6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini, nanti senang Fiza nk view entry korang.
7. 3 Pemenang akn dipilih berdasarkn gaya yg menarik
8. Hadiah??? Tengah fikir..Tunggu ye :)
* Cntrl + C utk copy dan Cntrl + V utk paste*

contest ni macam sesuai je dengan saya sebab saya memang ada banyak koleksi handbag tapi semua murah2 je la..mahal2 tak mampu lor..student lagi kan.setiap semester mesti beli satu beg baru. saya belajr 8 sem, jadi 8 bag la bakal menjdai koleksi beg saya sepanjang bergelar mahasiswi ni

gambar dan beg yang terpilih untuk memasuki contest ni adalah...tadaaa..

gambar masa raya aidilfitri tahun ini. ramai saya kata macam mak datin dalam gambar ini. bajet hot la ni. tak kesah la sebab syarat2 untuk menang bergaya kan..bergayakah? :p

beg dibeli di Times Square dan murah je, RM 25 tapi disebabkan beg ni nampak macam mahal dan ekslusif, jadi saya pun membelinya..nampak je la kan..kenapa perempuan sinonim dengan handbag atau beg tangan? lagi2 yang bapak besar. sebab senang nak masuk keperluan diri dalam handbag, lagi2 yang handbag yang besar. lagi besar handbag , lagi banyak barang yang nak disumbatnya. kadang2 jadi berat macam beg sekolah budak sekolah rendah.aduh

terima kasih puan fiza yang baik hati, lagi cantik dan manis kerana mengadakan contest ini dan bagi saya peluang untuk join . saya sudi je menerima apa2 hadiah jika saya menang hehe

p/s :erkk..tiba2 ada sorang yang join contest ni gayanya macam saya. saya tak tiru sape2 T_T mungkin itu adalah suratan dan kebetulan. kan banyak kebetulan kat dunia ni kan. mungkin otak kami sama kot


Monday, December 07, 2009

Monsoon Cup yang nyaman


Bila 24 jam menghadap komputer, otak boleh jadi bergrak aktif. Eh salah ! bila boleh online 24 jam, hormone pun akan dihasilkan dengan lebih baik. Eh ini lagi kenyataan yang salah. Nampak sangat otak sudah menjadi tidak betul sejak menghadap computer dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan boleh online sepanjang masa sampai tak tahu apa yang nak dicari lagi dalam internet. Ini semua penangan kursus Microsoft Office Sharepoint.

Apa benda sharepoint ni?macam Microsoft Word kah? Atau macam Mirosoft Excel? Lebih kurang la sebab dia bawah produk Microsoft tapi kegunaan sebenar Microsoft Sharepoint ni adalah satu tools untuk syarikat2 mengurus sistem mereka dengan lebih baik dan tersusun dan boleh share document dan segala informasi dengan lebih baik..err..betulkah Mr Albert Jeremy? :)

Entri ini bukan mahu bercerita pasal kursus Sharepoint tapi nak cerita hujung minggu kami di Terengganu negeri di bawah angin monsoon. Siapa kata Terengganu tak de hiburan? Banyak je.. haha.

Kenapa Monsoon Cup ini diadakan di Terengganu, tak buat kat Kedah ke, Sarawak ke, Johor ke? Sebab angin Terengganu memang gagah dan boleh meniup layar kapal2 layar jejaka2 hot seperti Adam Minorpio

Monsoon Cup ini diadakan setiap tahun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Lebih spesifik lagi di Riyaz Heritage Resort and Spa. Ini dah masuk penganjuran yang kali ketiga. Dulu, pertandingan ini hanya boleh ditonton oleh orang-orang yang mempunyai pas sahaja. Orang yang tak de pas masuk, jangan harap la boleh masuk kecuali kau adalah duyung yang tersesat macam Maya Karin. Sumber pengetahuan : abang Haisan

Kami merancang datang ke sini hanya untuk mengisi masa lapang yang terlapang sangat. Kalau duduk kat bilik, confirmya akan buka laptop dan online,nota Sharepoint? Harapan la nak baca. Jadi lebih molek pergi menonton Monsoon Cup walaupun tak paham pun bagaimana mereka race.

Eh jap buat2 paham. Setiap race akan ada 2 pelayar untuk bertanding. Lepas tu….dah tak paham haha tak tahu macam mana nak terangkan. Entah apa tah term upwind, downwind,skipper ni. Kena mengorat seorang pelayar, belajar dari dia,baru paham kot

Owh selain ada pertandingan kapal layar, ada carnival Monsoon Cup. Seperti yang anda baca di blog Evi Lolyta, ada macam2 aktiviti dijalankan seprti sukan, jamuan rakyat yang dapat nasi minyak free, mini konsert yang jemput artis tak best sangat pun dan juga Mini Zoo! Yang ini menarik sikit la berbanding aktiviti yang lain.


Dalam Mini Zoo, ada zirafah, gajah , lembu, kambing, siput babi. Oh tipu.nama pun mini zoo apa kejadah letak binatang besar2. Sebenarnya kat sini ada banyak binatang yang pelik2 yang anda tak akan temui di hostel atau belakang rumah anda. Binatang yang agak pelik :

Kura-kura leher panjang

burung gagak albino (kesian pulak burung gagak yang putih ni),

racoon yang macam suka mengacau farm neighbour2 saya dalam Farmville

tarantula berbulu geli

dan yang lagi geli dan eeewwww….. ular ! nak sentuh pun geli, apatah lagi letak kat badan. Tapi tabik spring la kat Evi Lolyta sebab berani menyentuh dan memegang dan meletakkan di badannya. Confirm Izzah tobat tak nak masuk blog aku lagi sebab kegelian teramat sangat terhadap ular

Ini cerita pasal Monsoon cup kah pasal zoo dan binatang2?



Aktiviti yang tak akan dilupakan ialah mengambil gambar syok sendiri. Itu suatu kemestian. Selain boleh berasa gembira dengan gambar yang ditangkap, ia juga pengerat silaturahim. Tak percaya, cuba lah ambil gambar.

Cuma terkilan tak dapat bergambar dengan emcee hot pada hari tu, Azura sebab dia sibuk mengacara majlis

Wakil dari Malaysia seorang je, Hazwan Hazim. Dia menang sebelas game tolak sebelas game.sian dia tak menang lawan mat salleh yang hot2.tak pe..cuba lagi dik.kenapa dik? sebab dia baru umur 21 tahun. Psstt..muka dia macam junior aku, Al-amin haha bangga jap Amin :p


Wednesday, December 02, 2009

jangan korbankan segalanya


“Pengorbanan yang terbaik adalah pengorbanan meninggalkan kemungkaran sungguhpun kemungkaran itu sesuatu yang mengasyikkan”
Orang kata buat jahat senang sangat tapi nak buat baik kan susah. Contohnya macam nak suruh puasa sunat, punyalah liat. Tapi cuba suruh pergi berparti ke, sure tak sabar2 nak pergi

Dan bila kemungkaran itu dah sebati dengan jiwa, lagi la tak nampak benda itu satu kesalahan. Seronok je rasa buat kemungkaran tu. Rasa asyik sungguh.


Jadi bila nak tinggalkan kemungkaran itu, bukankah perlu pengorbanan dan azam yang sungguh kuat untuk meninggalkannya? Ditambah lagi dengan syaitan dan nafsu yang jahat yang sentiasa mengajak dan memujuk rayu melakukan kemungkaran itu kembali?
Syarat-syarat Taubat
-Hendaknya ia meninggalkan maksiat tersebut.
-Menyesali perbuatannya.
-Berniat teguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut selama-lamanya.


Hari raya Idiladha kali ni, kami sekeluarga plus adik beradik abah beraya di Sungai Gerisek , Muar , Johor. Saya suka bila keluarga besar berkumpul ramai2. Teringat arwah atok dulu suka kumpulkan anak dia ramai2. Jadi kami macam dah terbiasa dengan amalan arwah atok dulu berkumpul bersama keluarga.

Kumpul ramai2 pun bukan saje2. Pastinya dengan niat tulus dan suci iaitu merapatkan silaturrahim, buat tahlil dan menyedekahkan doa kepada ahli keluarga yang sudah menginggal dunia (إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُApabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya –HR Muslim), menunaikan solat berjemaah di rumah, dan pastinya sempena hari raya ini , menunaikan qurban seperti yang disunatkan.


Buat pengetahuan anda semua, lembu yang hendak diqurbankan mempunyai 7 bahagian. So anda boleh membeli satu bahagian yang harganya lebih kurang RM 300 – RM 400. Apa gunanya kite berqurban ni? Macam tak nampak pun untung selain dapat makan daging je. Kalau qurban pun, seorang peserta boleh dapat 3kg je daging. Berbaloi ke? Tapi sebenarnya binatang yang kite qurban itu akan menjadi tunggangan kita di akhirat kelak. Macamana pulak kalau seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian, tak kan 7 orang akan naik satu lembu kat akhirat nanti? Pasal ini, hanya Allah yang tahu. Kita sendiri tak tahu bagaimanakah keadaan kita di sana, apatah lagi boleh membayangkan perkara ghaib seperti ini


Bertolak ke kampung hari Rabu, awal gila semangat. Sampai di sana, sudah tertambat 2 ekor lembu di belakang rumah. Macam biasa, mula2 si pengecut binatang Haziqah ni mana nak datang dekat dengan lembu.abah yang pergi bagi makan dekat lembu tu diikuti adik2 ku yang memang suka binatang terutamanya aisyah dan Hanani.


Hari- hari seterusnya , semakin berani beramah mesra dengan si lembu. Semakin berani memberi makan kepada lembu dan menyentuh lembu. Badan lembu itu sungguh tegap dan best belai dia hoho.Dua2 pun lembu jantan. Tapi seekor tu jinak je dan suka makan, suap je pasti ngap dimasukkan terus ke dalam perutnya yang ada empat itu. Siapa tahu lembu ada 4 perut?

Nak tahu tak, bila lembu makan dia tak kunyah sebab dia tak de air liur amylase untuk mencernakan terus makanan yang dimakannya itu tapi makanan tersebut, rumput lah terus ditelan masuk ke dalam perut yang pertama. Kemudian lepas dia da penat nak makan, makanan yang da disimpan dalam perut tu, akan bawa balik kat mulut untuk dikunyah. haha jangan percaya sangat apa yang saya cerita ni. Lagi2 budak nak amik SPM Biologi. Jangan ikut ajaran sesat ni, kalau fail saya tak tahu huahua


Adik saya yang bongsu, Aisyah tiba2 membuat janji manis bersama si lembu kononya kerana sayangkan lembu setelah banyak kali memberi makan kepada lembu yang diberi nama mmboo..tapi saya bagi nama lembu tu busah sempena nama adik saya haha jahat tak kakak ini?janji apa yang dibuat si budak 9 tahun tu? Berjanji tak akan makan daging lembu itu setelah disembelih. Sudahnya, hari lembu itu diqurban itu, semua lauk pun berasaskan daging lembu dan adik saya enggan nak makan. Tapi terpaksa tipu dia kata itu adalah daging lembu kedua wawawa


sila takut dan pengsan tengok darah



Saya suka tengok sepupu ipar saya rajin menolong dan bergotong bersama-sama melapah daging lembu. Saya berharap bakal suami saya pun ringan tulang seperti itu tapi siapakah bakal suami itu. Boleh tolong cari kan tak?


Tuesday, November 24, 2009

keinginan yang tak terlampau sangat

masa pergi Kuantan hari tu, kitorang pergi ke East Coast Mall, saje nak berjalan2 cuci mata walaupun duit tarak. Aku singgah la ke kedai Padini kot tapi dalamnye ade sume brand bawah dia macam Vincci, P&co dan sewaktu dengannya. Tak berminat pun nak beli baju , seluar, kasut atau aksesori di situ. Tapi satu benda je yang tak kan fail grab my attention, SHADES ! sudah lama kepingin benarnya mahu membeli cermin mata besar yang baru tapi tak jumpa lagi yang menepati citarasa. Haziqah kan memang cerewet. Aku sayang je lagi shades purple ku itu tapi saje mahu mencari koleksi terbaru shades.


And these shades really take my heart away. Entah berapa kali aku mencubanya dan cuba teka mana tahu yang aku beli? Dua-dua pun aku tak beli..haha sebab : tak tahu nak pilih yang mana satu. Aviator or rayband , trend masa kini tapi sesuaikah dengan muka ku?; the square and big one sangat cool tapi macam sama warna dengan my skin color, nanti tak nampak perbezaannya lalalalala

So my lovely readers, which shades suits me the best.?Help me to choose it. Atau dua-dua pun buruk di muka guwe?Kalau ada rezeki dan jodoh, jumpa shades tersebut lagi, insyaAllah saya akan membelinya :D

selamat hari raya Qurban, aidiladha, haji ! saya raya kat kampung ramai2, qurban lembu juga..wah kumpul ramai2 bersama keluarga bukankah menyeronokkan??? anda pula bagaimana?


Saturday, November 21, 2009

Kuantan bukan Quanthan

Kuantan, aku tak pernah pun pergi dengan family aku. tiba2 aku dapat kawan yang berasal dari kuantan. Bila masuk UDM, tiba2 juga aku bersahabat baik dengan dia.siapa dia? Ejah la. Tiba2 juga dah merancang nak pergi berjalan2 di Kuantan sejak sem 1 lagi. Tiba2 juga rancangan yang dirancang, tak pernah pernah jadi.


Tapi impian selama 5 sem pun menjadi kenyataan. Akhirnya setelah pre-merdeka iaitu selepas habis paper software testing, pergi bersuka ria di Kuantan selama 3 hari 2 malam. Ingat macam dah habis exam terus sebab next paper iaitu etika, perancangan strategic dan komunikasi tak payah belajar pun tak pe. Bajet boleh menggunakan akal pikiran logic sahaja menjawapnya. Aminah Poh, Sila jeles kami ke Kuantan bersuka ria.sape suruh kau balik Johor awal sangat

Siapa yang terlibat dalam agenda ini : ong, pemandu yang sangat berhemah lagi baik hati, ejah; co-pilot, penunjuk arah di Kuantan merangkap tuan rumah, maj; yang banyak tidur dan tukang ambil gambar dan haziqah; yang asyik melayan emosi



Kau tahu, aku ni ada kena sumpah kot dengan pantai timur ni. Ada je benda yang tak kena dengan orang pantai timur dengan aku. Sebab masa kat Kuantan, aku terima berita sedih.eh actually berita gembira untuk orang lain.Tapi aku suka je orang pantai timur dan keadaan pantai timur tu. Dah aku malas mahu cerita yang tak baik, cerita yang baik sahaja. Tapi Siapa orang pantai timur Malaysia, sila ngorat aku sebab aku nak kahwin dengan orang pantai timur.lalala



Sampai di tempat kediaman peranginan(rumah ejah lol) di Kuantan disambut mesra oleh kanak2 riang yang sangat gembira dan mesra dengan kedatangan kami. Anak buah ejah yang sungguh ramai dan comel2 belaka. I like kids.cepatla ada anak, bakal suami pun x de T_T


Destinasi pertama, kembali ke zaman dinosaur setelah dipujuk2 oleh kanak2 comel untuk pergi ke sana. Aku tak suka binatang jadi tak teruja sangat lagi2 dengan binatang yang tak hidup. Kena bayar masuk RM 6 bertempat di Yayasan Pahang. Well boleh tahan la sebab dapat bergambar dengan dinosaur dan boleh melihat bagiamana robot dinosaur beroperasi. Dan ada satu mesin bergambar yang boleh tangkap gambar kita, kemudian send ke e-mail.terhasillah gambar gedik seperti di atas


Budak2 sila pulang ke rumah, sebab anak2 muda remaja mahu bercanda di Teluk Cempedak. Teluk Cempedak sangat cantik. Gila cun la macam pantai kat Port Dickson. Eh PD cantik kah? Tapi at least lagi cantik la dari Tok Jembal yang ombaknya menggila sekarang ni dan Teluk Ketapang yang penuh dengan pembinaan. Sakit mata taw tengok pembinaan ni. Di Teluk Cempedak adalah sesi penggambaran tertutup dan posing gedik sambil menikmati panaroma pantai yang indah.


Kat situ banyak monyet.awwww scary. I takut monkey or apa2 binatang hoho. On the way nak balik tu, ketika monyet2 senang berseronok bersama keluarga masing2, ada seekor anak monyek tersekat di jambatan kayu laluan monyet. Semua monyet2 pun bising la dan si bapak monyet pun cuba menjaga kawasan sekelilinhg supaya anak monyet diselamatkan. Tapi kami tiba2 tak paham sebab ada sorang pakcik ni tiba2 mahu menakutkan bapak monyet dan mahu menghalaunya. Kenapa pakcik itu berniat jahat? Pakcik tu tak kesian ke kepada mak monyet yang sedang cuba menyelamatkan anak monyet tu? Rupa2nya kami bersangka buruk, pakcik tu mahu menyelamatkan anak monyet yang tersekat. Kami berasa lega anak monyet berjaya diselamatkan. Tapi sekali lagi, kami berasa marah dengan pakcik tu sebab dia menculik anak monyet tu dari ibunya. Heypakcik, tak tahu ke perasaan macam mana kalau anak sendiri kena culik orang.sedih melihat kejadian tersebut


Malam pula makan di kedai ikan bakar yang terkenal di Kuantan. Sedap ikan bakarnya masak petai.walaupun petai tu busuk tapi sedap dimakan tapi aku tak makan pun petai, amik bau je.masa tu jugak ada budak2 sekolah teknik buat dinner. Dan kami juga dihiburkan dengan teletah kanak2 yang comel yang makan kat situ jugak dengan mak bapaknya.rupa2nya keluarga tersebut pun sedang bercuti Kuantan dan mereka berasal dari KL

Kemudian balik dan kembara mimpi bersama keluarga sambil tengok movie ghost rider di Astro

Esok pulak jalan2 shopping di Bandar Kuantan. Berjaya Megamall dan East Coast Mall. Kan seronok kalau Kuala Terengganu ada shopping mall macam ni. Bahagia hidup :D


Dan juga melepaskan gian makan kek di secret recipe setelah kempunan sejuta tahun :p


Dinner di Santai Restaurant. Cantik gila tempat ni. Kalau kau pernah pergi Bora Ombak atau Bora Asmara, lebih kurang macam ni lah restorannya. Tapi penuh gila, sampai kena mengunggu giliran untuk makan.padahal masa tu baru pukul 8pm lebih. Aku makan lamb chop sambil berdebat dengan Ong yang mengatakan lamb tu lembu. Lamb kan kambing ..apa la..

Esok pagi pulang ke pangkuan UDM tercinta. Tapi yang pasti, kena la singgah mesra mall untuk beli Big Apple Donut yang takkan jemu dimakan

p/s : aku menyampah kalau orang eja QuAnThaN macam ni. Gedik gila, bajet hot la


Google