Monday, December 07, 2009

Monsoon Cup yang nyaman


Bila 24 jam menghadap komputer, otak boleh jadi bergrak aktif. Eh salah ! bila boleh online 24 jam, hormone pun akan dihasilkan dengan lebih baik. Eh ini lagi kenyataan yang salah. Nampak sangat otak sudah menjadi tidak betul sejak menghadap computer dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan boleh online sepanjang masa sampai tak tahu apa yang nak dicari lagi dalam internet. Ini semua penangan kursus Microsoft Office Sharepoint.

Apa benda sharepoint ni?macam Microsoft Word kah? Atau macam Mirosoft Excel? Lebih kurang la sebab dia bawah produk Microsoft tapi kegunaan sebenar Microsoft Sharepoint ni adalah satu tools untuk syarikat2 mengurus sistem mereka dengan lebih baik dan tersusun dan boleh share document dan segala informasi dengan lebih baik..err..betulkah Mr Albert Jeremy? :)

Entri ini bukan mahu bercerita pasal kursus Sharepoint tapi nak cerita hujung minggu kami di Terengganu negeri di bawah angin monsoon. Siapa kata Terengganu tak de hiburan? Banyak je.. haha.

Kenapa Monsoon Cup ini diadakan di Terengganu, tak buat kat Kedah ke, Sarawak ke, Johor ke? Sebab angin Terengganu memang gagah dan boleh meniup layar kapal2 layar jejaka2 hot seperti Adam Minorpio

Monsoon Cup ini diadakan setiap tahun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Lebih spesifik lagi di Riyaz Heritage Resort and Spa. Ini dah masuk penganjuran yang kali ketiga. Dulu, pertandingan ini hanya boleh ditonton oleh orang-orang yang mempunyai pas sahaja. Orang yang tak de pas masuk, jangan harap la boleh masuk kecuali kau adalah duyung yang tersesat macam Maya Karin. Sumber pengetahuan : abang Haisan

Kami merancang datang ke sini hanya untuk mengisi masa lapang yang terlapang sangat. Kalau duduk kat bilik, confirmya akan buka laptop dan online,nota Sharepoint? Harapan la nak baca. Jadi lebih molek pergi menonton Monsoon Cup walaupun tak paham pun bagaimana mereka race.

Eh jap buat2 paham. Setiap race akan ada 2 pelayar untuk bertanding. Lepas tu….dah tak paham haha tak tahu macam mana nak terangkan. Entah apa tah term upwind, downwind,skipper ni. Kena mengorat seorang pelayar, belajar dari dia,baru paham kot

Owh selain ada pertandingan kapal layar, ada carnival Monsoon Cup. Seperti yang anda baca di blog Evi Lolyta, ada macam2 aktiviti dijalankan seprti sukan, jamuan rakyat yang dapat nasi minyak free, mini konsert yang jemput artis tak best sangat pun dan juga Mini Zoo! Yang ini menarik sikit la berbanding aktiviti yang lain.


Dalam Mini Zoo, ada zirafah, gajah , lembu, kambing, siput babi. Oh tipu.nama pun mini zoo apa kejadah letak binatang besar2. Sebenarnya kat sini ada banyak binatang yang pelik2 yang anda tak akan temui di hostel atau belakang rumah anda. Binatang yang agak pelik :

Kura-kura leher panjang

burung gagak albino (kesian pulak burung gagak yang putih ni),

racoon yang macam suka mengacau farm neighbour2 saya dalam Farmville

tarantula berbulu geli

dan yang lagi geli dan eeewwww….. ular ! nak sentuh pun geli, apatah lagi letak kat badan. Tapi tabik spring la kat Evi Lolyta sebab berani menyentuh dan memegang dan meletakkan di badannya. Confirm Izzah tobat tak nak masuk blog aku lagi sebab kegelian teramat sangat terhadap ular

Ini cerita pasal Monsoon cup kah pasal zoo dan binatang2?



Aktiviti yang tak akan dilupakan ialah mengambil gambar syok sendiri. Itu suatu kemestian. Selain boleh berasa gembira dengan gambar yang ditangkap, ia juga pengerat silaturahim. Tak percaya, cuba lah ambil gambar.

Cuma terkilan tak dapat bergambar dengan emcee hot pada hari tu, Azura sebab dia sibuk mengacara majlis

Wakil dari Malaysia seorang je, Hazwan Hazim. Dia menang sebelas game tolak sebelas game.sian dia tak menang lawan mat salleh yang hot2.tak pe..cuba lagi dik.kenapa dik? sebab dia baru umur 21 tahun. Psstt..muka dia macam junior aku, Al-amin haha bangga jap Amin :p


7 comments:

Evi LoLyta said...

heh pgang pluk cium la ular tu br syok

haziQah said...

he bela ular la kalu gtu :)

LORD ZARA 札拉 said...

huwaa~

tak pernah pergi~~

Nadia said...

besh gak ek pngalaman tgk kpal lyar 2...! huhuhu! tringin gak nk tgk ...! tp, xde pluang! juah sgt la! huhuhu!

haziQah said...

LORD ZARA - sebab x penah pergi jadi kena pergi next time ok hehe

NADIA - jauh ke..naik flight jd dkat he kn perak sblah je ganu :)

madi said...

aku xsmpat bgambar dgn ular kuning tu

madi said...

aku xsmpat bgambar dgn ular kuning tu

Google