Sunday, December 13, 2009

Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal

Banyak kali aku da cakap, tak rugi duduk UDM masa cuti ni. Di kala orang lain sedang bersuka ria di rumah, aku dan kawan2 ku juga bersuka ria di UDM. Main internet tanpa henti itu kan satu nikmat juga bukan? Hoho. Ramai juga kata kebosanan duduk di rumah sampai nak balik awal ke UDM. Aku royak doh. Tapi aku akan pulang juga ke ‘bandar’ halamanku sebab rindu nak main masak2 dan melepaskan nafsu bershopping dan berjalan2 di YES (Year End Sale). Hangat bukan?

Minggu ni kami ke Taman Tamadun Islam. Adooii..baru mahu pergikah setelah dibuka selama setahun? Ho la..aku kan sibuk je memanjang…sibuk main internet je. Kat situ juga terletak Masjid Kristal yang terkenal dan kontroversi itu. Ini kali kedua saya ke Masjid Kristal. Sedih bukan? Tinggal di Terengganu tapi baru ke Masjid Kristal. Tapi sampai sekarang masih tak puas hati dengan fungsi Masjid Kristal. Apa fungsi masjid sepatutmya? Tempat beribadah ke tempat perlancongan? Mana lebih utama? Kalau masjid cantik tapi Solat Jumaat tak dilaksanakan di situ, layakkah dipanggil masjid? Maaflah mungkin saya ni cetek ilmu tapi anda sendiri tahu apa la nak jadi akhir zaman ni


Tapi apa2 pun masjid Kristal ni memang cantik bergambar. Adoyai..sangat sadis ok. Kalau datang ke sini jangan lupa memenuhkan bateri kamera anda kerana jika tidak anda akan sungguh menyesal. Caj kamera dulu ok. Jangan bawa kamera tanpa bateri pula sebab memang banyak gambar dengan latar belakang pemandangan yang menarik di sini

Lupa nak kabo, Masjid Kristal terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Cara nak datang ke sini ialah mengikut jalan nak ke Kampung Losong. Eh betulkah?


Selain ada masjid Kristal yang Kristal nya hanya terletak di atas tiang empat masjid tu, anda boleh mencuba menaiki TTI River Cruise. Menyusuri Sungai Terengganu yang cantik dan lagi best kalau dapat terjun sungai. Perjalanan menaiki TTI River Cruise ni mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga sejam bergantung pada keadaan cuaca dan sungai.

Bermula di TTI dan berakhir di TTI juga. Tapi nanti akan pusing melalui China Town, Waterfront, Pulau Duyong yang berlangsungnya Monsoon Cup, Riyaz Heritage dan pulau2 sekitarnya. TTI River Cruise ini adalah sebuah perahu atau bot tradisional yang diubahsuai menjadi cantik dan selesa yang memuatkan 12 orang untuk satu masa. Bayarannya adalah RM 10 untuk dewasa. Anda juga akan diberi penerangan oleh Tourist guide dengan menerangkan apa yang ada sepanjang perjalanan tersebut


Yang menarik perhatian aku sepanjang menyusuri sungai yang indah dengan pemandangan alam semulajadi : rumah cantik seorang Dato’ yang terletak berhampiran sungai dan aktiviti waktu petangnya adalah bermain jet ski ! Pulau Mayat sebab tak de orang duduk kat situ dan sebab selalunya mayat terdampat kat situ dan pulau yang ada sebuah keluarga je penghuninya. Sepanjang sungai juga terdapat pelbagai aktiviti membina kapal dan bot yang harganya mencecah berjuta juga

Boleh tak aku mengantuk semasa naik bot tu? Sebab kena angin bayu tu membuatku ingin tidur. Oh teruja juga pakai life jacket sebab da lama tak pakai. Jakun gila

Dan sekali lagi rasa geram sungguh kerana tidak dapat mengambil gambar yang cantik kerana kesemua kamera kehabisan bateri. Lain kali jangan sorang simpan kamera sorang simpan charger bateri ya. Guna kamera phone maj juga sudah kehabisan bateri . aduh akhirnya menggunakan kamera phone aku yang 1.3 megapixel je ditambah pula dengan banyaknya line dan grid di atas gambar tersebut.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Maqdis, Palestin

Kat Taman Tamadun Islam, anda akan dapat passport yang kira macam tiket la. Kat dalam anda boleh pilih nak naik kaki, I mean jalan kaki, naik basikal sewa RM 3 sejam, nak train tapi tak tahu berapa harganya. Tips datang ke TTI : bawa camera, lagi bagus DSLR; bawa payung sebab memang panas Terengganu ni, tapi letih la nak ambil gambar je kena campak payung, dan pakai shades sebab panas sangat untuk mengelakkan silau haha


Masjid Suleyman

Di TTI ada 21 buah replika masjid dari seluruh dunia seperti masjid Negara, masjidilharam, masjid nabawi, masjid Aqsa , Taj Mahal yang saiznya adalah satu perempat dari saiz sebenar. Sekelip mata boleh berada di 20 buah Negara seluruh dunia. Nak tengok pengalaman lain di TTI ni boleh la tengok blog pamiesz klik sini

Taj Mahal, India

Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia

Menara Kalyan, Uzbekistan

Masjid Xian,China

balik dengan rasa tak puas hati. Wajib ke sini sekali lagi. Bawa famili pun best juga, boleh masuk free sebab ada orang sponsor


8 comments:

Anonymous said...

bessttt =) tp pnat sgt..huhu

~Maj >.<

zella y said...

hi...
cantknya masjid tu...
xprnah lg gi t'ganu..
tringin gak nak gi sana...;)

aunieZ said...

MAJ - aah pnat tp masuk jgk jln2 amik gmbr huhu

ZELLA - meh la ke trganu..best..org luar mmg ske dtg ganu..heee tp x sma la mcm duk KL

Unknown said...

macam melancong dekat semua negara ajee :)

aunieZ said...

hoo yes2 sebab tu sgt best dtg cni :D

Anonymous said...

yg mana satu gmbr masjid al-aqsa?

nur shahrina said...

best x akak ke kat sana ???? hahaha
baru nak paln gi sana nak tengok jga cantik
x tengok kat blog akak macam cantik je and macam best je hemmm

aunieZ said...

anonymous : yg sy tulis Kubbah As-Sakhrah, Baitul Maqdis, Palestin

nur shahrina : vesttt..best bgmbr..hehe
tp pns so jgn lupa bwa pyung n air :)

Google