First time berteam building bersama team Database!
Team building
kali ni diadakan di
Teluk Kemang Port Dickson. Kat company ni, team building tu
bukan aktiviti yang serius sangat macam team building yang biasa buat tu, team
building kitorang biasanya aktiviti untuk merapatkan silaturahim antara
colleagues dan merehatkan minda selepas penat bekerja.
Dalam pukul 8am kami bergerak ke Port Dickson melalui
highway PLUS, kemudian exit Port Dickson dan ikut je signboard Port Dickson. Kemudian
kami belok ke kiri untuk ke Teluk Kemang dalam 2km selepas tol. Dalam pukul 9am
dah sampai di Teluk Kemang. Cari port, kami letak barang2 di satu pondok. Aktiviti
pertama adalah breakfast ! Breakfast kuey teow dan telur mata ditaja oleh kak
Siti. Terima kasih kak Siti! Pagi tu juga, aku rajin gila bangun pukul 5am nak
masak jemput2 udang. Sedap juga
rasanya sebab Kak Siti puji sedap :p tapi bagi aku, still tak jadi macam mak
punya L
Kemudian , aktiviti diteruskan dengan
sukaneka. First game ,
main
isi air dalam botol. Patutnya semua aktiviti buat tepi pantai, kat pasir. Tapi
disebabkan air pasang, pasir pun tinggal secoet je jadi kami buat kat dataran. Aktiviti
isi air dalam botol, team leader tunggu kat atas dataran, team member pergi
amik air dekat pantai. Second game :
guessing game atau ditukar nama ‘my face
your answer’. Game yang ketiga :
passing balloon ke belakang, game keempat :
seret tutup botol guna kaki dan game kelima : p
erang belon air! Haha yang
perang belon air tu, pasukan yang menang baling ke pasukan yang kalah.
Selalunya la kalau main sukaneka ni, team yang menang adalah
team yang banyak cheating. Team yang kalah main terlalu jujur. Yang bestnya ,
team yang menang dapat hamper sumbangan manager. Woot woot!
Lepas habis semua game, dah tak tahu nak buat apa..so ada yang
ajak main
banana boat. Yehh da lama mengidamkan untuk menaiki bot pisang ini. Apa
lagi, terus daku tak melepaskan peluang. Minimum orang boleh naik banana boat +
boat bawa jalan2 adalah 7 orang. Banana boat tu maksimum naik 7 orang. Nak naik
kena bayar RM20 sorang. Masa naik tu, aku tak tahu pun yang kitorang akan
diterbalikkan tapi semua dah pakai life jacket la. Masa first time
diterbalikkan, buat penumpang tu pusing 90 darjah dan slow dan kemudian
kitorang diterbalikkan.
Aku still
pegang banana boat tu tapi tetap terjatuh juga haha. Dan sebab tak sedia, tertelan air laut yang masin
tu.
Kali kedua, dah
aware da time dia nak terbalikkan. Tips naik banana boat : masa dia nak terbalikkan, jangan pegang banana boat
tu kalau tak kau akan tercampak paling hujung. Sebab kawan aku tercampak paling
hujung. Aku ingat aku yang paling jauh tercampak haha. Yang naik banana
boat tu, half of us tak reti berenang.
Kali ketiga dicampakkan pun dalam keadaan tak sedia. Kat tengah
laut! Aku ingat kan dia akan campak kat tepi2 laut, tempat yang kita boleh
jejak kaki. Ada sorang tu, dia tak sedia pun kena campak, dia cuak sangat kena
campak tengah laut. Kasihan dia. Dan jangan panic bila dalam air. Bila kau panic,
nanti lagi bahaya.
Makanan tengahari pula adalah KFC dan mihun goreng yang ditempah
oleh aku. Nasib baik semua orang
kata sedap. Dalam pukul 1pm kami pun pulang.