Sunday, October 23, 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date

Perfect first date. Tak baik dating2 ni (ayat poyo gila LOL)

Bagi aku..perfect first date adalah bila masing2 dapat mengselesakan diri dengan masing2. Sebab it’s your first date, and of cos la malu2 dan awkward moment harus dipecahkan supaya ia tak menjadi boring first date.

Idea untuk temu janji pertama yang sempurna adalah pergi makan2 makanan yang sedap. Ya, aku suka makan, lagi2 benda yang belum pernah dimakan. Masing2 boleh enjoy the food and masa makan2 tu la boleh berborak2 dan berkenal2an dan bergurau2an. Eh I mean macam teasing each other. And it’s cute. Tak perlu makan dekat restoran 5 bintang, warung tepi jalan pun kalau ada makanan yang sedap pun boleh. Lagi seronok tak perlu cover makan pakai sudu dan garfu


Kalau masa first date itu adalah dapat berborak dan berbual dan bercakap non-stop, ada sahaja topic nak dibualkan, yeh for sure ada second date.

#rindunakborak2lagidengandiaokbai
#datelepaskahwinlebihbermakna

p/s : Aku adalah jenis yang hanya berbual dan berborak apabila diinducekan dengan topik2 yang menarik. Jika orang tu banyak cakap, for sure aku banyak cakap. Tapi bila orang tu pendiam, aku lagi la diam seribu bahasa


Wednesday, October 19, 2011

Majlis Perkahwinan Berkonsep Taman dan Merah Jambu

Setiap minggu saya pergi ke majlis perkahwinan. Ye macam setiap minggu. Dan minggu ini pun ada lagi majlis perkahwinan yang harus dihadiri. Seperti sudah bosan pulak menghadiri majlis perkahwinan -_-


Minggu lepas adalah majlis menyambut menantu di rumah sepupu saya, Al-Izzaz di Jalan P1 Taman Melawati. Tema majls perkahwinan kali adalah pink dan garden wedding. Best boleh buat garden wedding sebab depan rumah pengantin ada taman permainan kanak-kanak yang luas. Tempat terbaik untuk mengadakan perkahwinan dalam taman. Pink + garden wedding = cantiknya!


Seperti biasa, tugas saya adalam memberi goodies kepada tetamu. Orang dewasa sama ada dapat kacang tumbuk dalam botol atau marshmallow atau telur. Dan kanak2 dapat gula-gula kapas atau popcorn. Yehh…idea yang sangat menarik dan salah satu idea saya nanti.. hewhew. Untuk mereka yang ingin menempah gula-gula kapas untuk dijadikan doorgift atau goodies untuk tetamu di majlis anda, boleh klik dan order di sini 

MC untuk majlis tersebut pula adalah Diva nombor 1 Malaysia iaitu Azwan Ali. Vogue da vazz of kozzz


Enjoy semua perkara dalam majlis itu. Dan especially makanan di majlis tersebut dan antaranya kambing bakar..sedap! makan masa mula2 sampai dan masa majlis nak habis. Kemudian sambung dengan sup kambing dicicah bersama roti. Sampai habis melecur lidah.ouch!

Selamat Pengantin Baru Al-Izzaz dan Suehainny ! Semoga berbahagia dunia akhirat dan dapat anak cepat2. Boleh la saya dapat anak sepupu lagi yehh..!

Err..saudara mara makin kuat bertanya, bilakah giliranku…

*nakweddingcolorpinkjugakpleasepleaseplease*


Sunday, October 09, 2011

Happy Birthday Mummy!


It’s mummy 52th birthday. Just a small celebration dengan adik2. Bapak saya dan adik yang belajar di Terengganu belum pulang lagi so tak boleh nak buat besar2. Tunggu one happy family at home baru celeberate dengan best.

Bulan oktober ni, ada 2 orang punya birthday dalam family saya iaitu mak dan adik saya yang belajar di Terengganu tu, Hadhinah. Tak sabar nak tunggu dia pulang sebab boleh suruh dia kemas rumah sebab dia pandai mengemas rumah haha

Happy birthday Mummy, semoga murah rezeki dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Kami anak2 mak sayang mak walaupun selalu tak ikut cakap mak. Anak mana tak sayang mak. Adik beradik semua mahu emak sentiasa happy. Sume duk pikir macamana nak celebrate birthday mak. At least when mummy put smile on her face, kami dah dapat pahala yehh

Once again, happy birthday mummy!
From your naughty daughter

*koya panggil mummy,padahal sebenarnya panggil mak. Bila rasa nak manja2, kita panggil mummy hihi*

p/s : Oh Papa John Pizza and Nandos dah buka kat S.Alam Mall, Jom pergi serangg..penuh da orang setiap malam



Sunday, October 02, 2011

Segmen Terbaru di AunieZ : Tweets terbaik dari ladang

Terfikir nak buat segmen baru dalam blog ini. Tapi sejak bila sebelum ni ada segmen2 dalam blog ni. LOL.

Segmen baru itu dinamakan… ‘Tweets terbaik dari ladang’. Ke ada nama yang lagi best untuk segmen ini? Tidak boleh berfikir lagi buat waktu ini

Tweet2 ni adalah berdasarkan perkara2 yang trending dalam Twitter terutama sekali hashtag yang berbahasa Melayu dan bercirikan Malaysia

Siapa tak de lagi twitter, pegi buka akaun twitter. Tapi mesti korang tak paham kegunaan twitter pun kan. Mula2 noob memang la tak kan paham. Tapi twitter lah tempat kau boleh merepek tanpa ssiapa rasa nak annoying. Kalau rasa annoying boleh unfollow.

Why Everyone Should Have A Twitter?

Hashtag pada minggu ini adalah
#KalauSayaAdaAnak

Yang ramai tweetnya adalah orang2 yang takde anak lagi haha of course. Kalau yang ada anak mesti akan tweet #AnakSaya….

rasheedarocky nik ateerah rasheeda 
#KalauSayaAdaAnak dia w.a.j.i.b pakai kasut bila main luar rumah

ErfanAzyze Erfan Azyze . 
That awkward moment when your mom tweets #kalausayaadaanak

hazmiftw Muhammad Hazmi 
#kalauSayaAdaAnak saya kene follow dorang punya twitter.

Semua berangan nak ada anak da

Tapi bila dah ada anak sendiri, senang ke kita nak didik? Adakah semudah itu mempunyai anak. Part yang paling susah bila ada anak adalah mendidik anak menjadi seorang yang berguna, beragama, berilmu, hormat ibu bapa dan orang tua

Tapi bukan senang mendidik anak zaman sekarang. Tak payah cakap jauh2. Just tengok diri saya sendiri. Bila fikir2 balik, saya bukanlah anak yang taat kepada ibu bapa, ada melawan cakap, ada tak puas hati dengan mak bapak dan sewaktu dengannya. Bila dah besar, baru tersedar kesalahan2 yang pernah buat masa kecil.

Masa remaja2 dulu, tak dapat perkara yang diinginkan, melenting, marah, ikut emosi, tak dapat berfikiran dengan matang.

Terfikir macam mana ada anak nanti, macam mana nak deal dengan konfrontasi anak, macam mana nak didik anak menjadi soleh dan solehah, perlukah menjadi garang atau berlemah lembut.

Sekarang, ramai nak jadi anak punya best friend tapi zaman atok nenek kita, dorang semua garang2, tak perlu pun jadi best friend anak mereka tapi mak bapak kita tetap menjadi seorang yangberjaya.

Lain zaman lain cara mendidiknya. Tapi didiklah dengan cara Islam, insyallah akan berjaya.

Tapi selalunya anak sulung adalah anak yang ditatang dengan minyak yang penuh. Bila tengok kawan2 yang baru dapat first child, sayangnya mereka pada anak pertama itu. Tiba2 rasa terharu dan sebak menjadi anak sulung *thanks mummy and daddy*

Tapi paling suka tengok anak Chika, Medina dengan telatahnya. Geram sangat dan terhibur *picit pipi dia*. Medina dah ada bubba Idris, paling best tengok video Medina peluk bubba Idris. Sweet potato






Google