Setiap minggu saya pergi ke majlis perkahwinan. Ye macam setiap minggu. Dan minggu ini pun ada lagi majlis perkahwinan yang harus dihadiri. Seperti sudah bosan pulak menghadiri majlis perkahwinan -_-
Minggu lepas adalah majlis menyambut menantu di rumah sepupu saya, Al-Izzaz di Jalan P1 Taman Melawati. Tema
majls perkahwinan kali adalah
pink dan
garden wedding. Best boleh buat garden wedding sebab depan rumah pengantin ada taman permainan kanak-kanak yang luas. Tempat terbaik untuk mengadakan perkahwinan dalam taman. Pink + garden wedding = cantiknya!
Seperti biasa, tugas saya adalam memberi goodies kepada tetamu. Orang dewasa sama ada dapat kacang tumbuk dalam botol atau
marshmallow atau telur. Dan kanak2 dapat
gula-gula kapas atau popcorn. Yehh…idea yang sangat menarik dan salah satu idea saya nanti.. hewhew. Untuk mereka yang ingin
menempah gula-gula kapas untuk dijadikan
doorgift atau goodies untuk tetamu di majlis anda, boleh
klik dan order di sini
MC untuk majlis tersebut pula adalah Diva nombor 1 Malaysia iaitu
Azwan Ali. Vogue da vazz of kozzz
Enjoy semua perkara dalam majlis itu. Dan especially makanan di majlis tersebut dan antaranya
kambing bakar..sedap! makan masa mula2 sampai dan masa majlis nak habis. Kemudian sambung dengan sup kambing dicicah bersama roti. Sampai habis melecur lidah.ouch!
Selamat Pengantin Baru Al-Izzaz dan Suehainny ! Semoga berbahagia dunia akhirat dan dapat anak cepat2. Boleh la saya dapat anak sepupu lagi yehh..!
Err..saudara mara makin kuat bertanya, bilakah giliranku…
*nakweddingcolorpinkjugakpleasepleaseplease*
1 comment:
sgt menarik ok
pelamin dye.....!! sgt suke hehe
Post a Comment