Thursday, March 26, 2009

gambar boleh menceritakan banyak perkara

Anis's


Okay, here's the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people


*The Age Next Birthday*

masih mengaku diri 21 sebenarnya..22 tu sem depan haha

*Place i do like to travel*

nak rasa ketenangan yang nyata

*Favourite place to be*

hotel avvilion kat port dickson !!! sangat best ok..aku nak honeymoon kat situ pun tak pe tak payah pergi luar negara.baik kan saya bakal suami? ahha..ada ke? :p

*Favourite food*

yeh..saya seperti upin & ipin..tak kisah pun kalau makan ayam goreng macam ni hari2.sape nak lawan habiskan ayam goreng sampai licin mesti kalah punye hoho

*Favourite thing*

laptop vaio saya..kalau dapat warna merah jambu pasti hati ini lebih berbunga2

*My nickname*

haha tak sangka ada acronym untuk ini juga

*Favorite color*

saya tak tahu suka warna apa sebenarnya. tapi kalau baju lebih tertarik warna merah jambu lagi.tapi warna lain pun saya suka jugak.warna hijau, biru, hitam, ungu so saya suka semua warna

*Hobby*

semestinya melayari internet sampai bosan

*Bad Habit*

datang kelas lambat.haha sem ni memang selamba la.tapi lecturer tak pernah marah sebab saya bukan lambat yang sungguh menjengkelkan :p

*My Luv*

tanpa mereka siapa lah saya eceh..

*Wish List*

camera DSLR.!!! kenapa lah masih tak buka kokorikulum fotografi lagi sob2


Ok so here's the thing, whoever who gets tagged will have to write down 10 things or more about the person who tags him/her.

1. kenal ANIS sebab kitorang satu sekolah rendah sama n kelas sama darjah 1 n 2 kot.darjah 3 dia da pindah.betul tak nis?
2. lepas tu lost contact sampai lah tiba2 satu hari yang bahagia ada orang tegur saya di myspace."ni haziqah auni skola rendah kat sec 18 ke?" wahaha..internet memang jejak kasih heee dia terjumpa saya di komen kawan kolej dia
3. kenangan dengan dia I : tengok gerhana matahari sama2.mama dia suh tengok dalam bekas air.tapi saya tak nampak pun..masa tu darjah 2 kot hehe
4. kenangan dengan dia II : masa sepupu saya datang umah kecik2 dulu dia pun join sekali main2 bersama
5. identiti ANIS ialah dia mesti pakai eyeliner dan saya cemburu melihat dia pakai eyeliner dengan cantik hihi
6. famili ANIS kecik je.tapi masa kecik2 dulu saya tak pernah jumpa abang dia.taw dia je ada abang je he
7. terkantoi dengan ANIS masa kat Nandos Subang Parade..haha ANIS syyhhhhh..! :)
8. ANIS comel
9. saya masih ada lagi gambar dengan dia masa main barbie kecik2 dulu
10. kami memang kawan baik dulu kan? ;)

Fadilah's

1. Do you think you're hot?
//haa..memang panas la lagi2 cuaca panas sekarang ni kat terengganu kan hoho

2. Upload your favourite picture of you.

//semasa sampai di hotel mayang sari ,dungun masa tournament golf KAGUM

3. Why do you like that picture?
//sebab..semua orang posing dengan sangat bergaya.

4. When was the last time you ate pizza?
//makan dengan ejah kat giant

5. The last song you listened to?
//imran ajmain - selamat ulang tahun sayang

6. What are you doing right now besides this?
//baca nota fiqh islami.boleh ke hoho

7. What name would you prefer besides this?
//nak nama ni jugak ;)

** 5 person huh?

1) eda @ Evi Lolyta
2) syuzana
3) mohd Annas
4) nuyu
5) biha

8. Who is no. 1?
//eda kawan menggedik saya lalalala

9. No. 3 is having relationship with?
//he..tak taw la x knal sgt baru kenal dlm golf hehe

10. Say sumthing about no. 5
//junior saya yang sangat baik

11. How about no. 4?
//student account n kenal juga dalam blog.tapi kalau terjumpa kat jalan senyum jugak kat dia tapi tak tahu la dia kenal saya ke tak hehe

12. Who is no. 2?
//mempunyai cara belajar yang sangat hebat iaitu dengan bermain game bila da tensen belajar :p


Tuesday, March 24, 2009

penjelasan tentang surat layang salah laku NC UDM oleh pengurusan tertinggi UDM

lepas aku derma darah..tiba2 dapat satu mesej dari ejah. ejah kata ada perjumpaan antara MT dan YDP kelab dan persatuan di UDM kat DKU malam ni.mulanya malas betul nak pergi sebab malam sebelum tu sudah menyibuk di 'Malam Tautan Kasih' fakulti lain hehe.tapi malam tu adalah malam perjumpaan bersama pengurusan tertinggi UDM

sebab utama perjumpaan itu adalah untuk memperjelaskan isu yang paling hangat diperkatakan di UDM sekarang ni iaitu tentang penyebaran surat layang tentang salah laku NC UDM di blog2.dan ada yang berani pula yang menampal kenyataan di blog dan surat khabar di asrama2.aku pun pada satu pagi tu terkejut ketika hendak ke kelas melihat ada orang menampal keratan surat khabar tentang perkara tersebut di dinding asrama aku

berikut adalah antara yang diperjelaskan EN ISMAIL B MUSA (TIMB PENDAFTAR BHGN PENGURUSAN AKADEMIK):

'i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.'
mengikut kenyataan penolong pendaftar, sesungguhnya kakitangan boleh mendapat pinjaman kenderaan mengikut gred gaji.dan seperti beliau boleh meminjam sehingga RM 60000, lebih daripada harga sebuah kereta VIVA.kenyataan yang cek pembayaran dibuat atas nama Dato NC adalah tipu belaka

'ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.
pelajar yang mendaftar itu sebenarnya mempunyai kelulusan daripada UM asasi jepun dan seorang pelajar yang terbaik

'v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender..
kenyataan juga disanggah iaitu beliau berkata tender2 tersebut dibuka di proses yang sepatutnya. dan juga ada penilai menilai sebut harga yang diberi berdasarkan spesifikasi seperti RAM, processor etc dan harga yang rendah

'vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain. '
beliau berkata bukan semua program dibuat di tempat yang sama.program2 bawah universiti dijalankan di pelbagai tempat dan tidak spesifik di suatu tempat sahaja

yang lain aku tak dengar sangat sebab tak paham huhu tapi kalau sesiapa nak dengar penjelasan yang lebih terperinci boleh ambil rakaman yang aku rekodkan sebab mereka sendiri meminta kami untuk menyebarkan apa yang diterangkan jadi tak salahkan kalau aku merakam penerangan beliau kan

dalam hal ni bukan aku tak cakna atau tak ambil kisah.kita sudah besar panjang, akal pun dah panjang. anda mahasiswa/i boleh menilai benar atau tidak, anda mahu percaya atau tidak.tapi bagi aku biarlah SPRM yang menyiasat perkara ni.

aku tertanya-tanya juga kalaulah pelajar2 yang lantang bersuara di blog MPP UDM suatu masa dahulu, beranikah mereka bertanya kebenaran surat layang itu ketika sesi soal jawab.ketika sesi soal jawab banyak pula soalan yang tidak berkaitan ditanya pada perbincangan malam tu huhu

malam itu juga semasa diskusi sedang berlangsung, ada seorang pelajar yang memegang jawatan agak besar di satu persatuan fakulti, biliknya digeledah oleh pak guard kononnya beliau terlibat dalam penyebaran dan penampalan poster dan keratan akhbar di asrama. peraturan manakah yang digunapakai ketika itu

seorang mahasiswa telah bertanya kepada En Nordin Jusoh, Dekan HEPA tentang apa tindakan yang boleh dikenakan kepada pelajar yang terlibat penyebaran dan penampalan poster yang berkaitan.jawapannya ialah:
1.amaran
2.denda
3.tidak boleh menggunakan kemudahan universiti seperti buang hostel
4.gantung pengajian
5. buang daripada universiti

sumber lain : BLOG MPP

tapi apa pun kita berpeganglah kepada peribahasa melayu seperti bak kata pepatah " berani kerana benar" dan "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga"

peace !


Monday, March 16, 2009

kesilapan yang mengajar

sesiapa yang pernah uruskan sesuatu majlis semestinya boleh merasakan betapa beratnya tanggungjawab mengendalikan majlis itu.tapi selepas bersudahnya majlis itu, kelegaan yang tak dapat diungkapkan sudah terlepas bagai satu beban yang amat berat sudah dilepaskan

hasil sesuatu majlis itu akan dinilai oleh orang yang menghadirinya.sama ada selepas majlis itu kita akan dihentam atau dipuji kerana kerja yang kita buat

kadang2 bukan semua yang kita rancang mengikut apa yang kita harapkan.bayangkan suatu majlis yang besar langsung tiba2 satu bahagian mengalami kecacatan yang amat teruk.bagaimanakah agaknya persepsi orang terhadap majlis itu.yang akan dikritik dan dikutuk pastinya penganjur majlis itu


seperti juga Majlis Anugerah Dekan FIT yang berlangsung pada 12 mac 2009. dari awal lagi , aku sudah nampak sedikit kecelaruan ketika membuat kerja.mungkin exco2 kami masih baru lagi dan belum mempunyai pengalaman mengendalikan majlis yang besar walaupun ada exco yang berpengalaman.post mortem juga sudah dibuat dan tak perlulah aku menceritakan apa yang buruk berlaku sepanjang majlis itu.cuma aku berharap yang buruk itu jadikan pengajaran dan sempadan.


yang tidak cantik di majlis itu kita jadikan pengajaran supaya kita membuat lebih baik pada masa hadapan.mungkin aku sudah terbiasa mengendalikan sesuatu majlis yang kebanyakannya nampak cukup sempurna. bila tiba2 satu yang tak dijangka dirancang berlaku , kita boleh belajar bagaiamana mengawal emosi dan keadaan supaya majlis itu tetap berlangsung dengan jayanya.


ketika itu ,sekali lagi aku tidak dapat mengawal emosi.rasa nak marah ..mungkin da marah dan tertinggi suara..rasa nak menangis..rasa nak melompat..ye..perangai aku masih keanak2an lagi..maafkan aku kepada sesiapa yang telah dimarahi secara tak sengaja atau sengaja oleh aku. satu pengalaman yang menarik yang boleh kita jadikan iktibar utk FITs pada masa hadapan.tiada siapa yang betul atau salah, tapi yang penting belajarlah dari kesilapan sahabat2ku

tapi alhamdulillah , hadirin tidak nampak sangat kekalutan yang berlaku di luar..alhamdulillah majlis masih berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kecelaruan..pensyarah2 pun tidak marah2 atau merungut dengan apa yang berlaku


biasalah cacat cela yang berlangsung dalam suatu majlis memang tak dapat dielakkan tapi boleh diminimakan

mari kita cerita yang seronok pulak.yang seronoknya minggu ni aku tak de kokorikulum sebab jurulatih golf kami bagi cuti..weeee..tapi minggu depan kokorikulumnya sampai 4 jam..waaaa...


gambar dari blog 'Aizat

dan satu lagi cerita yang best adalah Debat piala NC.sejak bila pulak aku minat dengan debat ni? ahha...dah la fakulti aku tak hantar wakil.malu je..bila datang masa saringan debat tu..ramai yang bertanya
"FIT tak hantar wakil ke?"
ehe..apo eden nak jawab ni..nak suruh aku masuk? berangan lah..kalau cakap mesti tak lancar..apatah lagi nak berdebat..dengan suara yang terketar2 walaupun tak berdebar..huhu
"kak iqa pandai tulis blog mesti boleh bercakap dan pandai berdebat"
hoho..kalau menulis blog ni boleh pikir ayat dulu..lepas tu buat draf..baru lah publish hehe

aku dah memang boleh menjangkakan yang akan ke final kumpulan Izzudin , 'Aizat dan Duan.dan aku semestinya menyokong diorang di samping....lalalala..
"yes my dear , auni tetap sokong walaupun masa menjarakkan kita"

lalala :p tahniah kepada 'Aizat, Din dan Duan kerana berjaya menjadi johan debat kali ni..
nak video korang debat please...! hehe
dan mintak maaf sangat2 sebab tak dapat tengok korang di final..sedih sangat..hati bercampur baur bila debat sedang berlangsung kerana komitmen lain tak dapat dielakkan


komitmen lain itu adalah..majlis penyerahan sijil dan makan2 bersama mantan KKU.aku yang menguruskan semua perjalanan majlis tersebut.kami buat kecik2 je di cafe baru.makan mee hoon singapura yang ditempah di cafe noriha..walaupun Din, YDP KKU da bagi kebenaran untuk menonton debat tapi hati tak sedap pulak nak tinggalkan majlis begitu sahaja.tak pe lah..berkorban apa sahaja..huhu..rindu kepada sahabat2 seperjuangan di KKU dahulu..kami memang rapat dan semoga ukhwah yang dibina berkekalan..kak iqa sayang korang sume !


selamat hari jadi kepada junior saya long @ syazwani ! tq kepada junior2 dan maaf kerana menjadi tetamu yang menyibuk di majlis hari jadi korang weeeeeeeeeeeee


Thursday, March 12, 2009

tiada kekuatan melankan kekuatan Allah

"lahaulawalaquwataillabillah"

kekuatan
aku perlukan kekuatan
dan ketabahan
untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan dan ujian
bukan sahaja ujian di dunia
malah ujian di akhirat kelak

tapi kadang2 aku masih tidak kuat
menerima ujian dan dugaan daripadaNya
walaupun sudah bermacam2 ujian yang telah datang kepadaku

tapi hanya kepadaNya tempat aku mengadu
kerana Dia sahaja yang pasti mendengar rintihanku

kadang2 aku malu denganNya
merintih dan mengadu padaNya
hanya ketika aku mempunyai masalah
padahal ketika aku sedang bergembira di dunia ini
aku lupa dengan segala nikmat yang diberikan kepadaku



ya Allah
ampunkan lah aku
berikanlah aku kekuatan
untuk menempuh segala dugaan Mu
aku tahu dan aku pasti
Engkau mendugaku
hanya lah semata2 Engkau sayang padaku

dan berilah kekuatan kepadanya juga
agar dalam kesibukan kami terhadap duniawi
kami tidak lupakan Mu
dan lindungilah dan jagalah dia
supaya sentiasa bahagia dunia dan akhirat

*rindu kemesraan dahulu*


Tuesday, March 10, 2009

KAGUM tak?

janji melayu..kalau kata pukul 9.30am pukul 10 am la paling awal akan bergerak atau berlangsungnya satu majlis tu .harapan la nak mula pukul 9.30am tepat jugak. kadang2 ..eh bukang kadang2..selalunya sakit hati betul kalau orang yang tak tepati waktu ni..tak taw ke masa itu emas?cuba la buat janji jepun..tapi jepun ni unik sikit..dia buat janji dengan satu waktu yang agak pelik bagi kita.contohnya satu mesyuarat akan berlangsung pada pukul 9.32 am. haha tak ke pelik dan kelakar bila kita tengok waktu yang dia bagi tu.tapi itu lah cara orang jepun menepati waktu tawu

sama lah macam cerita aku nak pergi ke dungun ni..janji pukul 9.30am pukul 10.30am baru gerak wuwu. kami dapat bas kecik je sebab minggu tu semua bas sudah digunakan untuk mengangkut pelajar2 ke program lain juga..syukur je la walaupun kecik..asalkan ada bas kan..


kami berhenti makan di Marang..tengok lauk sotong kat kedai makan tu terus aku teruja nak makan sebab da lama tak makan sotong..rindu sambal sotong mak aku..terbaik di dunia wa cakap sama lu..pergh..telan air liur je.makan jugak sup ayam peha..yummy!


sampai di Dungun kira2 pukul 12.30pm kot..check in di hotel Mayang Sari dan bincang2 pukul 1 lebih baru dapat masuk bilik.budak laki yang pasti kena pergi solat jumaat manakala yang perempuan pula cuba la teka buat apa? haaa..pandai pun membuat tahi mata je wawa


kami duk kat dorm je .sebilik duk 6 orang dan katil double decker.nak tahu pasal bilik?da la lampu romantik gila.aircond pulak tak sejuk.bilik air lubang dia tersumbat sampai bertakung air, geli taw.jamban dia pulak salur dia tercabut.tak boleh pam la jadinya.kena buat alternatif lain. nak berry pon susah agagaga.lepas tu yang paling best sekali.lepas balik makan malam.lampu bilik air pulak buat hal, da jadi lampu disko,kelip2.panggil orang betulkan , sampai tengah malam baru siap sebab lampu kalimantang tu tah apa yang rosak kemudian dia tukar jadi lampu mentol je..sabar2..menguji iman betul.bayaran semalam RM 140.berbaloi tak? sob2

tapi yang best pasal bilik aku ni.semua nya sporting dan happening.gelak2 sampai pecah perut.memang best la diorang, wani, maj, ida, alang n tikah, u guys rock ! tapi besok pagi nya siap lambat sebab da tidur lambat bangun pun lambat la..heehe


owh lupa pulak.nama kejohanan ini adalah 'Kejohanan Golf Jemputan UDM 2009' yang dianjurkan oleh Kelab Amatur Golf UDM (KAGUM) dengan kerjasama pusat KOKO UDM dan kami lah pelajar Kokorikulum Golf UDM hehe
sampai kat kelab golf pagi tu agak kelam kabut la.sebab urusetia pun datang lambat.ingat kitorang yang paling lambat. tapi alhamdulillah masa peserta datang semua da get ready so tak nampak sangat kekelamkabutan tu


lepas peserta makan2 baru la menuju ke tee box untuk memulakan tugas aku sebagai starter.debor dah ni.tapi sebelum tu mereka ambil gambar ramai2 sebagai kenang2an dan ambil gambar flight mereka.aku dan ika law kena jaga kat tee box satu.flight pertama terdiri daripada Dato' VC UDM, instructor kami dan sorang lagi tak kenal.hehe.flight pertama ni tak cukup orang ada 3 orang je.tapi dua2 flight kami jaga ni memang best sebab dua2 flight bagi tunjuk ajar dan tegur kami dengan baik dan sangat sporting.sangat seronok bila diorang mesra alam.so lepas da habis pukulan flight kedua kami pun pergi la santap nasi lemak dan telur separuh masak.lapar gila masa tu


cerita di teebox lain pulak, ada yang kata kena marah dan peserta dia tak friendly, ada yang satu flight da berlepas dulu sebelum starter bagi kebenaran nak berlepas haha lawak pula dengar cerita starter2 lain

kami pelajar koko golf ni tak main golf pun pada hari tu. cuma menguruskan acara je..eh silap2..sebenarnya kami pun beraksi di padang..tak caya? tengok gambar kat bawah ni..kan kami sedang beraksi di tengah padang wawa



dalam pukul satu baru lah habis semua permainan.keadaan cuaca hari itu agak mendung dan dua tiga kali juga hujan turun.kesian jugak kat pemain2 golf tu kena main hujan2 ni jugak.habis permainan diorang pulak makan tapi kami kena tahan lapar lagi ..biasalah penganjur memang kena makan lepas habis acara kan


hadiah2 dia pun boleh tahan best..ada satu hamper tu memang best..sebab ada coklat, super ring dan butter cookies..tapi tengok je la makanan2 yang sedap2 tu confirm tak dapat huhu. tapi sapa dapat hadiah bola golf saja macam tak best .sampai ada sorang peserta tu kata

" ala hari ni dapat bola..ingat kan dapat sekut"

hehe..ssian dia...oo te da..


pemenang untuk hari itu adalah encik johari johan. pemain muda jugak tu..tinggi pulak ..dato VC dapat number 4, instructor kami pulak numb 10.dan sorang pemain sukma, en Hanizul dapat numb 5 ehem2


satu pengalaman yang amat menarik bila dapat uruskan kejohanan golf ni.kalau tak masuk koko golf ni, dapat ke agak2nya rasa nak masuk padang golf ni dan tahu apa2 berkaitan golf.banyak jugak belajar tentang golf ni.walaupun permainan ni boleh kata untuk orang2 kaya saje...ye la nak main sekali kot kena bayar RM 200++, kalau nak jadi ahli kelab kena RM20000.fuh..memang macam membazir.tapi bila ditanya pemain2 apa yang bestnya main golf ni dia kata nak relax, dan salah satu cara berhibur dan lepas tension.da orang kaya kan.banyak etika ketika nak main golf sebenarnya.orang kaya mana ada gelak sampai tak ingat dunia kat padang tapi kami siap bantai gelak lagi haha itu lah penting nya kita mencuba sesuatu yang lain.ini lah peluang untuk dapat pengalaman baru bila amik kokorikulum ni.cuba kalau amik bola jaring ke bola sepak? tak ke bosan..benda yang kita da biasa main dan dah tahu main.so buat lagi benda yang sama.tak berkembang la pengetahuan kita.


kau tahu apa itu flight, tee box, starter, hazard, bunker, iron, termex, buggy, par,lubang 18, first and second nine, driving range? tak tahu kan..kalau nak tahu amik la kokorikulum golf semester hadapan.nanti mesti kau tahu haha


satu pengumuman yang menarik disampaikan oleh dato VC, insyaAllah pada 23 Mac 2009 ni tak salah aku dia akan menghadap YDP Agong, Sultan Mizan atau Permaisuri Zahirah.tak sure yang mana satu sebab telinga ni da ada masalah pendengaran sikit setelah berjangkit penyakit tak dengar dari abang long kelas kami :p oops kembali semula kepada cerita please...perjumpaan itu akan dibuat untuk menetapkan tarikh konvokesyen dan tarikh permasyuran Canselor hoho berita baik kepada ex2 kusza .mari tepuk tangan ! clap clap !

dan satu lagi kalau korang perasan kat gate belakang UDM kat belakang pondok pak guard tu ada macam buat bumbung tu..itu adalah driving range untuk pemain2 golf test pukul bola jauh2..dan dia nak buat cafe kat situ jugak untuk pemain golf.hee seronoknya nak main golf kat situ.eceh tapi sape nak jadi caddie kutip bola? tapi lepas ni tak tahu la nak main lagi ke tak golf ni sebab kalau masuk padang akan menghadapi cahaya matahari yang sangat terik yang bisa menggelapkan muka aku yang sudah macam hindustan ni haha

p/s : selawat banyak2 sempena Maulidur Rasul .jangan kedekut untuk selawat terhadap baginda.kalau kedekut kita yang akan rugi di akhirat sebab Rasulullah akan memberi syafaat kepada umatnya yang selawat terhadapnya


Thursday, March 05, 2009

golongan orang luas fikiran

"jaga kesihatan walau sesibuk mana pun kita sebab kalau tak jaga nanti da tak dapat buat apa2 lagi"

haha

pandailah aku nasihat orang tapi diri sendiri tak reti nak jaga huhu. sekarang ni tabiat makan aku semakin teruk. sarapan pagi sudah jarang2 makan, terus makan tengahari. malam pulak makan banyak. lantas perut pun semakin buncit. angin dalam badan pun semakin banyak sampai pening2 kepala, sendawa banyak kali dan kentut pun tak berbunyi :p

"auni pegi makan "

haa..kan da kena marah..tapi tak de masa la nak makan .lepas tu rasa tak de selera nak makan

*kena tinggal seminggu lagi..wuwu..*

jumaat ni aku akan meninggalkan UDM tercinta untuk ke Dungun..ada apa kat Dungun..emm..nak gi jumpa mak mertua aku..doakan aku direstui eh..

jeng..jeng..jeng..

haha


tak de maknanya semua tu...aku ke Dungun sebab ada tournament golf yang dianjurkan Ko-Ko Golf aku. dan pemain2 golf itu bukan sebarangan orang..semuanya orang2 besar di UDM di antaranya dan beberapa orang kenamaan di sekitar Terengganu. semua kerja2 yang jemput2 orang tu bukan kerja kami pun..jurulatih kami yang tolong jemput..hehe..bagus betul Encik Aliyah ni.best taw dia ni..sangat kelakar.dan comel juga bila dia berbahasa Inggeris tapi loghat Terengganu


contoh ayat :
"Last ball"
loghat Terengganu :
"lah boh"
:p

tournament golf tu akan diadakan pada 7 Mac 2009 di Desa Dungun Golf Club akan diuruskan oleh 30 orang pelajar ko-ko UDM.tapi kami gerak jumaat pagi.aku kena jadi starter..starter? starter pack ke? hehe..starter tu keje dia macam kena panggil la orang2 nak main golf tu..tapi aku macam takut sebab kena berurusan dengan orang2 besar ni kan sangat scary.kalau tersalah cakap tak pasal2 kena tengking ke tak pun terus gagal koko golf ni..huhu..takut2

tapi macam teruja jugak sebab bukan senang nak dapat peluang uruskan tournament golf ni.lepas habis sem ni bila lagi dapat peluang masuk padang golf.tunggu aku jadi datin kot alalalala

pssttt..dia bukan orang Dungun ;)


Monday, March 02, 2009

lawatan sambil belajar dan bershopping

pukul 2am kami sampai di UDM.kemudian bersiap2 untuk tidur.kemudian tidur..zzZzZzZ..



sekian...

eh apakah cerita ini.baik tak payah cerita.haha. kadang2 perlu intro yang menarik(padahal tak menarik pon) untuk menarik perhatian pembaca blog.berangan je ni, tak de sape pun baca blog ni. he tak kisah janji aku bahagia menulis blog sendiri

kawan sekelas, izzah sudah complain ( eh apa maksud seerti 'complain' dalam bahasa melayu. itu lah masalahnya bila orang sekarang sudah merojakkan bahasa termasuk la aku. rojak memang sedap.lagi2 rojak karim dekat rumah saya.ooohhh rindunya ) haha.mana cerita yang sebenar ni??

ok kembali tentang izzah. izzah kata lebih kurang begini lah " kak iqa penat la nak baca blog kak iqa panjang sangat " haha ..maaf la tak boleh nak tulis pendek2. bila bak tulis pendek mesti terbuat panjang juga

mari bercerita tentang lawatan sambil belajar.haha macam lawak pula namanya seperti berada di sekolah.betul2 lawatan kali ni macam sekolah wuwu ( menangis )

# bertolak pukul 10 malam dan aku duduk kat bahagian belakang. tak suka2 sebab pening la duk blakang n panasa.aircond tak sejuk..tu la sape suruh pergi dating kan da kena duduk belakang.oops ! :p


makan pagi di restoran mamak di putrajaya

#di MDeC ada tiga talk. talk pertama ok la. cerita2 pasal MDeC. sapa tahu apa iu MDeC? haha.kami pun tak tahu tapi bila sampai dan dapat pamplet baru tahu apa itu MDeC. Multimedia Development Corporation.lain kali sila buat homework dulu sebelum pergi melawat

#sebelum talk kedua, kami disajikan dengan video yang agak panjang tentang MDeC.suasana di auditorium yang gelap seperti menonton wayang dan sejuk mengaruhkan aku untuk tidur. hehe penat beb naik bas tak cukup tidur taw


# talk kedua sangat best, tentang soft skill atau kemahiran insaniah. penyampainya adalah puan sri Ampi.beliau sangat best. walaupun tak mahir bahasa melayu tapi beliau tak segan silu untuk bercakap bahasa Melayu pecah.maksud saya broken malay.tapi sangat comel taw .contohnya bila beliau menterjemahkan 'other people' menjadi 'lain orang'.sangat cumel kan huhu


#ok talk ketiga sangat bosan dan semua orang mengantuk.ok jangan kutuk orang. noktah


# seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini, kami tinggal di hotel chow kit kan..wah..sengsara melihat keadaan hotel itu.dan sangat scary.nama hotel itu hotel masria inn. eh betulkah?memang murah plak.RM 50 semalam.dan ramai orang melihat kami dengan pelik sebab agaknya tak pernah perempuan ramai2 duk kat hotel tu kot huhu

#yang hangatnya cerita pada hari tu, lecturer pengiring tak membenarkan kami keluar ke mana2 pada malam hari.duk kat bilik je.sadis betul.da la bilik tu sangat bosan.apa je boleh buat. tak de tv segala.kena tengok tv kat lobi sambil berdiri atau mencangkung sebab kerusi tak cukup.tapi tahu2 je la aku ni rebel kan...haha

#esoknya check out hotel pukul 11am.agenda hari ini adalah SHOPING dan BERJALAN2. kami diturunkan di SOGO dan pandai2lah mencari haluan masing.ada yang ke Low Yat, ada yang ke Times Square, ada yang ke Mid Valley.aku , ejah, eda, yus, alang, izah,yaya dan ong ke Mid Valley

#tujuan sebenar ke Mid Valley adalah untuk beli barang2 golf. bila sampai di Jusco, memang rambang mata melihat barang2 golf,nasib duit adalah terhad.aku beli topi golf dan tolong belikan glove untuk maj.alhamdulliah ada sale.kalau tak merana juga nak beli semua tu

#aku beli juga hadiah untuk teman sebilik.dan sangat seronok melihat dia suka hadiah yang aku bagi

#masa yang diperuntukkan untuk berjalan2 sangat sekejap, dari pukul 12pm - 4pm je.sedih taw.tak puas lagi berjalan2 di Mid Valley huhu

#bila sampai di UDM pukul 2am tu, bukan nak terus tidur tapi online sebentar.walaupun meninggalkan blog untuk 2 hari tapi rindu kepada blog lebih rindu daripda rindu kepada habibi.haha babye


Google