Thursday, March 12, 2009

tiada kekuatan melankan kekuatan Allah

"lahaulawalaquwataillabillah"

kekuatan
aku perlukan kekuatan
dan ketabahan
untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan dan ujian
bukan sahaja ujian di dunia
malah ujian di akhirat kelak

tapi kadang2 aku masih tidak kuat
menerima ujian dan dugaan daripadaNya
walaupun sudah bermacam2 ujian yang telah datang kepadaku

tapi hanya kepadaNya tempat aku mengadu
kerana Dia sahaja yang pasti mendengar rintihanku

kadang2 aku malu denganNya
merintih dan mengadu padaNya
hanya ketika aku mempunyai masalah
padahal ketika aku sedang bergembira di dunia ini
aku lupa dengan segala nikmat yang diberikan kepadaku



ya Allah
ampunkan lah aku
berikanlah aku kekuatan
untuk menempuh segala dugaan Mu
aku tahu dan aku pasti
Engkau mendugaku
hanya lah semata2 Engkau sayang padaku

dan berilah kekuatan kepadanya juga
agar dalam kesibukan kami terhadap duniawi
kami tidak lupakan Mu
dan lindungilah dan jagalah dia
supaya sentiasa bahagia dunia dan akhirat

*rindu kemesraan dahulu*


No comments:

Google