Tuesday, March 24, 2009

penjelasan tentang surat layang salah laku NC UDM oleh pengurusan tertinggi UDM

lepas aku derma darah..tiba2 dapat satu mesej dari ejah. ejah kata ada perjumpaan antara MT dan YDP kelab dan persatuan di UDM kat DKU malam ni.mulanya malas betul nak pergi sebab malam sebelum tu sudah menyibuk di 'Malam Tautan Kasih' fakulti lain hehe.tapi malam tu adalah malam perjumpaan bersama pengurusan tertinggi UDM

sebab utama perjumpaan itu adalah untuk memperjelaskan isu yang paling hangat diperkatakan di UDM sekarang ni iaitu tentang penyebaran surat layang tentang salah laku NC UDM di blog2.dan ada yang berani pula yang menampal kenyataan di blog dan surat khabar di asrama2.aku pun pada satu pagi tu terkejut ketika hendak ke kelas melihat ada orang menampal keratan surat khabar tentang perkara tersebut di dinding asrama aku

berikut adalah antara yang diperjelaskan EN ISMAIL B MUSA (TIMB PENDAFTAR BHGN PENGURUSAN AKADEMIK):

'i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.'
mengikut kenyataan penolong pendaftar, sesungguhnya kakitangan boleh mendapat pinjaman kenderaan mengikut gred gaji.dan seperti beliau boleh meminjam sehingga RM 60000, lebih daripada harga sebuah kereta VIVA.kenyataan yang cek pembayaran dibuat atas nama Dato NC adalah tipu belaka

'ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.
pelajar yang mendaftar itu sebenarnya mempunyai kelulusan daripada UM asasi jepun dan seorang pelajar yang terbaik

'v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender..
kenyataan juga disanggah iaitu beliau berkata tender2 tersebut dibuka di proses yang sepatutnya. dan juga ada penilai menilai sebut harga yang diberi berdasarkan spesifikasi seperti RAM, processor etc dan harga yang rendah

'vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain. '
beliau berkata bukan semua program dibuat di tempat yang sama.program2 bawah universiti dijalankan di pelbagai tempat dan tidak spesifik di suatu tempat sahaja

yang lain aku tak dengar sangat sebab tak paham huhu tapi kalau sesiapa nak dengar penjelasan yang lebih terperinci boleh ambil rakaman yang aku rekodkan sebab mereka sendiri meminta kami untuk menyebarkan apa yang diterangkan jadi tak salahkan kalau aku merakam penerangan beliau kan

dalam hal ni bukan aku tak cakna atau tak ambil kisah.kita sudah besar panjang, akal pun dah panjang. anda mahasiswa/i boleh menilai benar atau tidak, anda mahu percaya atau tidak.tapi bagi aku biarlah SPRM yang menyiasat perkara ni.

aku tertanya-tanya juga kalaulah pelajar2 yang lantang bersuara di blog MPP UDM suatu masa dahulu, beranikah mereka bertanya kebenaran surat layang itu ketika sesi soal jawab.ketika sesi soal jawab banyak pula soalan yang tidak berkaitan ditanya pada perbincangan malam tu huhu

malam itu juga semasa diskusi sedang berlangsung, ada seorang pelajar yang memegang jawatan agak besar di satu persatuan fakulti, biliknya digeledah oleh pak guard kononnya beliau terlibat dalam penyebaran dan penampalan poster dan keratan akhbar di asrama. peraturan manakah yang digunapakai ketika itu

seorang mahasiswa telah bertanya kepada En Nordin Jusoh, Dekan HEPA tentang apa tindakan yang boleh dikenakan kepada pelajar yang terlibat penyebaran dan penampalan poster yang berkaitan.jawapannya ialah:
1.amaran
2.denda
3.tidak boleh menggunakan kemudahan universiti seperti buang hostel
4.gantung pengajian
5. buang daripada universiti

sumber lain : BLOG MPP

tapi apa pun kita berpeganglah kepada peribahasa melayu seperti bak kata pepatah " berani kerana benar" dan "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga"

peace !


3 comments:

Anonymous said...

wan razali:

setuju bangat sama kamo...pihak pengurusan udah turun bg penjelasan, jadi, sekarang giliran tunggu hasil siasatan plak. penat dgar spekulasi buruk pasal UDM...malu kite..kalau benar, bagoslah. tapi jikalo tipo, kan berdosa kite mengumpat sini-sana.

dan aku juga pelik kenapa malam itu tiada pula persoalan mgenai "bilik digeledah", kesahihan, atau pertikaian berkenaan surat layang. sesi dialog laen plak jadinye, bukan atas kes dato VC...

patot curik la kesempatan yg ade, tanye abes2an....hmmmmmm

fezaL Mohd said...

anda UDM ker.?
wahhh

sangat2 besh

dulu dapat tawaran masuk UDM
tapi tolak
sayang betui
skrg wat stpm jerk..

Evi LoLyta said...

auwwww mmg hot kali nih..~ ahah... o0o0psss "berani krn benar kak"

Google