Tuesday, March 10, 2009

KAGUM tak?

janji melayu..kalau kata pukul 9.30am pukul 10 am la paling awal akan bergerak atau berlangsungnya satu majlis tu .harapan la nak mula pukul 9.30am tepat jugak. kadang2 ..eh bukang kadang2..selalunya sakit hati betul kalau orang yang tak tepati waktu ni..tak taw ke masa itu emas?cuba la buat janji jepun..tapi jepun ni unik sikit..dia buat janji dengan satu waktu yang agak pelik bagi kita.contohnya satu mesyuarat akan berlangsung pada pukul 9.32 am. haha tak ke pelik dan kelakar bila kita tengok waktu yang dia bagi tu.tapi itu lah cara orang jepun menepati waktu tawu

sama lah macam cerita aku nak pergi ke dungun ni..janji pukul 9.30am pukul 10.30am baru gerak wuwu. kami dapat bas kecik je sebab minggu tu semua bas sudah digunakan untuk mengangkut pelajar2 ke program lain juga..syukur je la walaupun kecik..asalkan ada bas kan..


kami berhenti makan di Marang..tengok lauk sotong kat kedai makan tu terus aku teruja nak makan sebab da lama tak makan sotong..rindu sambal sotong mak aku..terbaik di dunia wa cakap sama lu..pergh..telan air liur je.makan jugak sup ayam peha..yummy!


sampai di Dungun kira2 pukul 12.30pm kot..check in di hotel Mayang Sari dan bincang2 pukul 1 lebih baru dapat masuk bilik.budak laki yang pasti kena pergi solat jumaat manakala yang perempuan pula cuba la teka buat apa? haaa..pandai pun membuat tahi mata je wawa


kami duk kat dorm je .sebilik duk 6 orang dan katil double decker.nak tahu pasal bilik?da la lampu romantik gila.aircond pulak tak sejuk.bilik air lubang dia tersumbat sampai bertakung air, geli taw.jamban dia pulak salur dia tercabut.tak boleh pam la jadinya.kena buat alternatif lain. nak berry pon susah agagaga.lepas tu yang paling best sekali.lepas balik makan malam.lampu bilik air pulak buat hal, da jadi lampu disko,kelip2.panggil orang betulkan , sampai tengah malam baru siap sebab lampu kalimantang tu tah apa yang rosak kemudian dia tukar jadi lampu mentol je..sabar2..menguji iman betul.bayaran semalam RM 140.berbaloi tak? sob2

tapi yang best pasal bilik aku ni.semua nya sporting dan happening.gelak2 sampai pecah perut.memang best la diorang, wani, maj, ida, alang n tikah, u guys rock ! tapi besok pagi nya siap lambat sebab da tidur lambat bangun pun lambat la..heehe


owh lupa pulak.nama kejohanan ini adalah 'Kejohanan Golf Jemputan UDM 2009' yang dianjurkan oleh Kelab Amatur Golf UDM (KAGUM) dengan kerjasama pusat KOKO UDM dan kami lah pelajar Kokorikulum Golf UDM hehe
sampai kat kelab golf pagi tu agak kelam kabut la.sebab urusetia pun datang lambat.ingat kitorang yang paling lambat. tapi alhamdulillah masa peserta datang semua da get ready so tak nampak sangat kekelamkabutan tu


lepas peserta makan2 baru la menuju ke tee box untuk memulakan tugas aku sebagai starter.debor dah ni.tapi sebelum tu mereka ambil gambar ramai2 sebagai kenang2an dan ambil gambar flight mereka.aku dan ika law kena jaga kat tee box satu.flight pertama terdiri daripada Dato' VC UDM, instructor kami dan sorang lagi tak kenal.hehe.flight pertama ni tak cukup orang ada 3 orang je.tapi dua2 flight kami jaga ni memang best sebab dua2 flight bagi tunjuk ajar dan tegur kami dengan baik dan sangat sporting.sangat seronok bila diorang mesra alam.so lepas da habis pukulan flight kedua kami pun pergi la santap nasi lemak dan telur separuh masak.lapar gila masa tu


cerita di teebox lain pulak, ada yang kata kena marah dan peserta dia tak friendly, ada yang satu flight da berlepas dulu sebelum starter bagi kebenaran nak berlepas haha lawak pula dengar cerita starter2 lain

kami pelajar koko golf ni tak main golf pun pada hari tu. cuma menguruskan acara je..eh silap2..sebenarnya kami pun beraksi di padang..tak caya? tengok gambar kat bawah ni..kan kami sedang beraksi di tengah padang wawa



dalam pukul satu baru lah habis semua permainan.keadaan cuaca hari itu agak mendung dan dua tiga kali juga hujan turun.kesian jugak kat pemain2 golf tu kena main hujan2 ni jugak.habis permainan diorang pulak makan tapi kami kena tahan lapar lagi ..biasalah penganjur memang kena makan lepas habis acara kan


hadiah2 dia pun boleh tahan best..ada satu hamper tu memang best..sebab ada coklat, super ring dan butter cookies..tapi tengok je la makanan2 yang sedap2 tu confirm tak dapat huhu. tapi sapa dapat hadiah bola golf saja macam tak best .sampai ada sorang peserta tu kata

" ala hari ni dapat bola..ingat kan dapat sekut"

hehe..ssian dia...oo te da..


pemenang untuk hari itu adalah encik johari johan. pemain muda jugak tu..tinggi pulak ..dato VC dapat number 4, instructor kami pulak numb 10.dan sorang pemain sukma, en Hanizul dapat numb 5 ehem2


satu pengalaman yang amat menarik bila dapat uruskan kejohanan golf ni.kalau tak masuk koko golf ni, dapat ke agak2nya rasa nak masuk padang golf ni dan tahu apa2 berkaitan golf.banyak jugak belajar tentang golf ni.walaupun permainan ni boleh kata untuk orang2 kaya saje...ye la nak main sekali kot kena bayar RM 200++, kalau nak jadi ahli kelab kena RM20000.fuh..memang macam membazir.tapi bila ditanya pemain2 apa yang bestnya main golf ni dia kata nak relax, dan salah satu cara berhibur dan lepas tension.da orang kaya kan.banyak etika ketika nak main golf sebenarnya.orang kaya mana ada gelak sampai tak ingat dunia kat padang tapi kami siap bantai gelak lagi haha itu lah penting nya kita mencuba sesuatu yang lain.ini lah peluang untuk dapat pengalaman baru bila amik kokorikulum ni.cuba kalau amik bola jaring ke bola sepak? tak ke bosan..benda yang kita da biasa main dan dah tahu main.so buat lagi benda yang sama.tak berkembang la pengetahuan kita.


kau tahu apa itu flight, tee box, starter, hazard, bunker, iron, termex, buggy, par,lubang 18, first and second nine, driving range? tak tahu kan..kalau nak tahu amik la kokorikulum golf semester hadapan.nanti mesti kau tahu haha


satu pengumuman yang menarik disampaikan oleh dato VC, insyaAllah pada 23 Mac 2009 ni tak salah aku dia akan menghadap YDP Agong, Sultan Mizan atau Permaisuri Zahirah.tak sure yang mana satu sebab telinga ni da ada masalah pendengaran sikit setelah berjangkit penyakit tak dengar dari abang long kelas kami :p oops kembali semula kepada cerita please...perjumpaan itu akan dibuat untuk menetapkan tarikh konvokesyen dan tarikh permasyuran Canselor hoho berita baik kepada ex2 kusza .mari tepuk tangan ! clap clap !

dan satu lagi kalau korang perasan kat gate belakang UDM kat belakang pondok pak guard tu ada macam buat bumbung tu..itu adalah driving range untuk pemain2 golf test pukul bola jauh2..dan dia nak buat cafe kat situ jugak untuk pemain golf.hee seronoknya nak main golf kat situ.eceh tapi sape nak jadi caddie kutip bola? tapi lepas ni tak tahu la nak main lagi ke tak golf ni sebab kalau masuk padang akan menghadapi cahaya matahari yang sangat terik yang bisa menggelapkan muka aku yang sudah macam hindustan ni haha

p/s : selawat banyak2 sempena Maulidur Rasul .jangan kedekut untuk selawat terhadap baginda.kalau kedekut kita yang akan rugi di akhirat sebab Rasulullah akan memberi syafaat kepada umatnya yang selawat terhadapnya


1 comment:

Anonymous said...

dear ika...
i'm very happy having u as my partner . double ika "sob-sob"
nice blog dear. i'm very envy of u ; u have ample time 2 write blog. hehe.. neway, just to drop by to say tq.. :)

Google