Alhamdulillah, majlis pertunangan saya berjalan lancar pada
tarikh tersebut setelah menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Ecewah. Alhamdulillah,
majlis pertunanganku berjalan dengan lancar, tenang, simple dan ramah bak kata
tunangku. Alhamdulillah dapat berjumpa dan berkenalan dengan keluarga bakal
mertua . Alhamdulillah, lauk pun sedap bak kata para tetamu. Alhamdulillah,
saya rilek je sebelum majlis bermula. Cuba menggeletar sikit la masa sarung
cincin tu. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Dia lah sebaik2 perancang.
Terima kasih tak terhingga kepada emak, abah, adik2 yang
bertungkus lumus, berpenat lelah, kemas rumah, setting khemah dan kerusi,
tempah catering. Terima kasih kepada ahli keluarga kerana memeriahkan majlis
dan membawa makanan yang enak di majlis kami. Terima kasih kepada sahabat2 yang
tersayang, Majdah yang tolong makeup. Khadijah yang tolong pakaikan tudung, Kak
Azimah dan Kak Hidayah yang tolong buatkan hantaran. Terima kasih atas
pertolongan kalian. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Aminn….
Kek dan cupcakes tunang ditempah pada Jasmeen Home Delight
p/s : Saya suka baca blog yang ditulis oleh bakal abang ipar dan
biras saya tentang majlis pertunangan kami :)