Tuesday, November 24, 2009

keinginan yang tak terlampau sangat

masa pergi Kuantan hari tu, kitorang pergi ke East Coast Mall, saje nak berjalan2 cuci mata walaupun duit tarak. Aku singgah la ke kedai Padini kot tapi dalamnye ade sume brand bawah dia macam Vincci, P&co dan sewaktu dengannya. Tak berminat pun nak beli baju , seluar, kasut atau aksesori di situ. Tapi satu benda je yang tak kan fail grab my attention, SHADES ! sudah lama kepingin benarnya mahu membeli cermin mata besar yang baru tapi tak jumpa lagi yang menepati citarasa. Haziqah kan memang cerewet. Aku sayang je lagi shades purple ku itu tapi saje mahu mencari koleksi terbaru shades.


And these shades really take my heart away. Entah berapa kali aku mencubanya dan cuba teka mana tahu yang aku beli? Dua-dua pun aku tak beli..haha sebab : tak tahu nak pilih yang mana satu. Aviator or rayband , trend masa kini tapi sesuaikah dengan muka ku?; the square and big one sangat cool tapi macam sama warna dengan my skin color, nanti tak nampak perbezaannya lalalalala

So my lovely readers, which shades suits me the best.?Help me to choose it. Atau dua-dua pun buruk di muka guwe?Kalau ada rezeki dan jodoh, jumpa shades tersebut lagi, insyaAllah saya akan membelinya :D

selamat hari raya Qurban, aidiladha, haji ! saya raya kat kampung ramai2, qurban lembu juga..wah kumpul ramai2 bersama keluarga bukankah menyeronokkan??? anda pula bagaimana?


Saturday, November 21, 2009

Kuantan bukan Quanthan

Kuantan, aku tak pernah pun pergi dengan family aku. tiba2 aku dapat kawan yang berasal dari kuantan. Bila masuk UDM, tiba2 juga aku bersahabat baik dengan dia.siapa dia? Ejah la. Tiba2 juga dah merancang nak pergi berjalan2 di Kuantan sejak sem 1 lagi. Tiba2 juga rancangan yang dirancang, tak pernah pernah jadi.


Tapi impian selama 5 sem pun menjadi kenyataan. Akhirnya setelah pre-merdeka iaitu selepas habis paper software testing, pergi bersuka ria di Kuantan selama 3 hari 2 malam. Ingat macam dah habis exam terus sebab next paper iaitu etika, perancangan strategic dan komunikasi tak payah belajar pun tak pe. Bajet boleh menggunakan akal pikiran logic sahaja menjawapnya. Aminah Poh, Sila jeles kami ke Kuantan bersuka ria.sape suruh kau balik Johor awal sangat

Siapa yang terlibat dalam agenda ini : ong, pemandu yang sangat berhemah lagi baik hati, ejah; co-pilot, penunjuk arah di Kuantan merangkap tuan rumah, maj; yang banyak tidur dan tukang ambil gambar dan haziqah; yang asyik melayan emosi



Kau tahu, aku ni ada kena sumpah kot dengan pantai timur ni. Ada je benda yang tak kena dengan orang pantai timur dengan aku. Sebab masa kat Kuantan, aku terima berita sedih.eh actually berita gembira untuk orang lain.Tapi aku suka je orang pantai timur dan keadaan pantai timur tu. Dah aku malas mahu cerita yang tak baik, cerita yang baik sahaja. Tapi Siapa orang pantai timur Malaysia, sila ngorat aku sebab aku nak kahwin dengan orang pantai timur.lalala



Sampai di tempat kediaman peranginan(rumah ejah lol) di Kuantan disambut mesra oleh kanak2 riang yang sangat gembira dan mesra dengan kedatangan kami. Anak buah ejah yang sungguh ramai dan comel2 belaka. I like kids.cepatla ada anak, bakal suami pun x de T_T


Destinasi pertama, kembali ke zaman dinosaur setelah dipujuk2 oleh kanak2 comel untuk pergi ke sana. Aku tak suka binatang jadi tak teruja sangat lagi2 dengan binatang yang tak hidup. Kena bayar masuk RM 6 bertempat di Yayasan Pahang. Well boleh tahan la sebab dapat bergambar dengan dinosaur dan boleh melihat bagiamana robot dinosaur beroperasi. Dan ada satu mesin bergambar yang boleh tangkap gambar kita, kemudian send ke e-mail.terhasillah gambar gedik seperti di atas


Budak2 sila pulang ke rumah, sebab anak2 muda remaja mahu bercanda di Teluk Cempedak. Teluk Cempedak sangat cantik. Gila cun la macam pantai kat Port Dickson. Eh PD cantik kah? Tapi at least lagi cantik la dari Tok Jembal yang ombaknya menggila sekarang ni dan Teluk Ketapang yang penuh dengan pembinaan. Sakit mata taw tengok pembinaan ni. Di Teluk Cempedak adalah sesi penggambaran tertutup dan posing gedik sambil menikmati panaroma pantai yang indah.


Kat situ banyak monyet.awwww scary. I takut monkey or apa2 binatang hoho. On the way nak balik tu, ketika monyet2 senang berseronok bersama keluarga masing2, ada seekor anak monyek tersekat di jambatan kayu laluan monyet. Semua monyet2 pun bising la dan si bapak monyet pun cuba menjaga kawasan sekelilinhg supaya anak monyet diselamatkan. Tapi kami tiba2 tak paham sebab ada sorang pakcik ni tiba2 mahu menakutkan bapak monyet dan mahu menghalaunya. Kenapa pakcik itu berniat jahat? Pakcik tu tak kesian ke kepada mak monyet yang sedang cuba menyelamatkan anak monyet tu? Rupa2nya kami bersangka buruk, pakcik tu mahu menyelamatkan anak monyet yang tersekat. Kami berasa lega anak monyet berjaya diselamatkan. Tapi sekali lagi, kami berasa marah dengan pakcik tu sebab dia menculik anak monyet tu dari ibunya. Heypakcik, tak tahu ke perasaan macam mana kalau anak sendiri kena culik orang.sedih melihat kejadian tersebut


Malam pula makan di kedai ikan bakar yang terkenal di Kuantan. Sedap ikan bakarnya masak petai.walaupun petai tu busuk tapi sedap dimakan tapi aku tak makan pun petai, amik bau je.masa tu jugak ada budak2 sekolah teknik buat dinner. Dan kami juga dihiburkan dengan teletah kanak2 yang comel yang makan kat situ jugak dengan mak bapaknya.rupa2nya keluarga tersebut pun sedang bercuti Kuantan dan mereka berasal dari KL

Kemudian balik dan kembara mimpi bersama keluarga sambil tengok movie ghost rider di Astro

Esok pulak jalan2 shopping di Bandar Kuantan. Berjaya Megamall dan East Coast Mall. Kan seronok kalau Kuala Terengganu ada shopping mall macam ni. Bahagia hidup :D


Dan juga melepaskan gian makan kek di secret recipe setelah kempunan sejuta tahun :p


Dinner di Santai Restaurant. Cantik gila tempat ni. Kalau kau pernah pergi Bora Ombak atau Bora Asmara, lebih kurang macam ni lah restorannya. Tapi penuh gila, sampai kena mengunggu giliran untuk makan.padahal masa tu baru pukul 8pm lebih. Aku makan lamb chop sambil berdebat dengan Ong yang mengatakan lamb tu lembu. Lamb kan kambing ..apa la..

Esok pagi pulang ke pangkuan UDM tercinta. Tapi yang pasti, kena la singgah mesra mall untuk beli Big Apple Donut yang takkan jemu dimakan

p/s : aku menyampah kalau orang eja QuAnThaN macam ni. Gedik gila, bajet hot la


Monday, November 16, 2009

bila laptop di format

its been so long..long..that i havent see you again..i mean my blog..huh..lama betul tidak mengupdate blog. Tarikh akhir mengupdate blog adalah pada 5 nov, iaitu 10 hari yang lepas. Sebenarnya memang nak update pun blog, sebab saya tahu silent readers saya mesti kecewa sebab saya tak update2 lagi. Buka ‘aunieZ’ je, pasti tiada cerita baru. Bajet macam busy sangat la..padahal busy main game je *wink*

sekarang ini pun malas mahu bercerita lagi, sebab laptop batu diformat. Tak boleh nak edit gambar lagi sebab photoshop kesayangan tak install lagi..waaa..mana boleh hidup tanpa photoshop. Perisian @ software yang mesti ada dalam laptop Haziqah : photoshop ( untuk saya mengedit gambar dan meletak logo auniez), photoscape (edit2 gambar konon buat gambar lagi cantik dengan effect), notepad (tulis blog untuk draf dulu), windows media player (nak dengar lagu), Real Player nak tengok Nur Kasih dan pastilah Mozilla firefox untuk baca blog, main facebook dan permainan di dalamnya. Yeah internet explorer sudah boleh digunakan, tapi Google chorme masih tak boleh install lagi..sedih T_T

belum mencuba lagi menginstall YM. YM dulu pun tak boleh install sebab entahlah ada masalah dengan firewall katanya. Kaspersky pun belum install juga. Mahu membeli dari junior luqmanmaat tapi mcam kasihan pula sama dia yang ada exam database tak lama lagi, ke dia tak ambil database?

Saya ada satu lagi paper sebelum menghabiskan semester 5 dengan jayanya. Jaya kah? 19 november 2009, Etika, Komunikasi dan Perancangan Strategik.bajet paper ni senang sebab boleh bersuka ria 3 hari 2 malam di Kuantan.Kita tengok result nanti..aiyoo sangat takut woh, harap2 lulus semua subjek dan tak perlu mengulang lagi

Macam2 mahu cerita, er..macam2 ke..boleh la..next time la saya bercerita lagi ek. Kisah cuti-cuti Malaysia di Kuantan dan permainan di facebook yang buat saya dan roommate, Izzati addicted haha

Bak kata cik dnie, kalau ada teknologi yang bila kita sudah mengarang di otak terus update dalam blog, memang setiap hari blog ni akan diupdate. Kalau tak save draft je la dalam otak

Perasaan sekarang : bercampur baur, tak pasti sama ada sedih,marah, kecewa, gembira, teruja, cemburu atau…

Ada orang dah nak tunang tak lama lagi. Saya gembira untuk dia dan pasangannya. Bagus lah sudah ada perancangan ke arah itu . semua kawan2 dan orang di sekeliling mereka pasti gembira jika mereka bersatu. Jadi saya pun harus tumpang gembira juga bukan? Tak perlu nak dengki dengan orang yang bahagia

Lagu dedicate pada orang itu
Rossa – Aku bukan untukmu
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu, pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lah lagi kau mengingatku kembali, AKU BUKANLAH UNTUKMU
Meski ku memohon dan meminta hatimu, jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku

Lagu orang itu dedicate pada saya ( rasanya la..)
Irwansyah - Camelia <-- tukar kepada Auni :p
Kau wanita terhebat, yang pernah singgah di hati ku
Sudahlah jangan menangis lagi,Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti kau temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku, jangan ungkit masa lalu


saya tak putus cinta pun sebab tak bercinta


Thursday, November 05, 2009

Masalah yang timbul ketika musim peperiksaan tapi sudah bermula sejak minggu study week


Study week
untuk apa kawan2? Untuk belajar la..nama pun STUDY WEEK. Jadi sudah tentu la minggu untuk belajar dan catch up apa yang tertinggal. Tapi untuk sesetengah orang macam saya, study week adalah minggu untuk bersenang lenang. Eh bukan..kali ini tiada masa untuk bersenang lagi.. bukan saya sahaja, malah teman2 seperjuangan lain pun bergitu juga.…bermulanya ragam kehidupan seorang pelajar universiti semasa musim peperiksaan

1. Minggu study week yang lalu (sudah minggu, guna week lagi), banyak kelas yang diganti. Saya punya kelas ganti sikit je , tipu je ni.tapi mereka yang lain sangat kasihan apabila study week mereka diganti dengan kelas yang tak berganti oleh lecturer2 yang hendak menggantikan kelas yang sangat banyak (apa punya ayat ni).tapi kasihan juga kepada saya sebab kena buat assignment yang banyak dan masih tertunggak samapai sekarang ni.haa..kantoi tak siap assignment lagi

2. Musim sejuk sudah kembali ke UDM. Cuma salji je tak turun lagi. Kalau ada salji, confirm semua orang terpaksa membeli baju sejuk yang tebal dan berbulu untuk dipakai ke dewan peperiksaan. Angin pantai yang berhembus kencang memang boleh menerbangkan makhluk2 yang cikeding. Study di UDM ini mencabar tahu. Bila tibanya musim sejuk, pening la kepala memikirkan macam mana mahu menyidai baju kerana matahari seperti malu-malu untuk memancarkan sinar saktinya. Bilik pun sudah penuh dengan baju tergantung sini sana, macam dobi percuma pula.

3. Bila tiba musim sejuk, bukankah perkara biasa untuk berhibenarsi. Tengok lah beruang kutub yang berhibernasi semasa musim sejuk.betul ke? Haha Bila baca nota sikit, diri tergoda dengan kesejukan dan kedinginan katil dan bantal yang memang mengaruhkan diri untuk ketiduran. Habis macam mana nak study gini?

4. Bila sejuk juga, semua orang pun mengisytiharkan diri mula cepat kelaparan. Sebab tambahan: nak menjawab peperiksaan, kena menggunakan otak, makanya kenalah makan banyak. Saya pun tak tahu kenapa selera saya semakin bertambah2 . mungkinkah kerana sudah semakin bahagia dan tak makan hati lagi.sampai TTM kata saya sudah tembam balik..waaa..tidak..nanti tak muat da semua baju balik macam mana. . bukan saya yang berperangai begitu semasa musim peperiksaan ini. Evi Lolyta, majdah, ong, ejah pun sama jugak. Ada satu kali keluar makan di bazar, saya makan : burger King dan roti canai, Maj makan : nasi goreng dan roti telur, ejah makan : mee goreng dan roti telur, Ong makan : nasi lemak ayam dan roti telur.semua makanan sudah jadi double. Makan double = duit keluar pun double.Duit claim tak dapat sepenuhnya lagi :p

akhir kata,study kuat2,study molek, jangan malas2 taw! yang penting sekali, jangan plagiat jawapan kawan semasa exam! HAHA <-- data-blogger-escaped-a="" data-blogger-escaped-gelak="" data-blogger-escaped-href="http://nurulism.com/" data-blogger-escaped-plagiat="">chika :D

isu plagiat di blog Chika..mantap woh story ini..dulu si cantik Hanis Zalikha, kali ni si manis Chika

wooh..senior Azrul mantop juga membuat software mengesan plagiat dalam source code..habis la kalau lecturer FIT memanfaatkan sume ni.adeh :p


Google