Monday, November 16, 2009

bila laptop di format

its been so long..long..that i havent see you again..i mean my blog..huh..lama betul tidak mengupdate blog. Tarikh akhir mengupdate blog adalah pada 5 nov, iaitu 10 hari yang lepas. Sebenarnya memang nak update pun blog, sebab saya tahu silent readers saya mesti kecewa sebab saya tak update2 lagi. Buka ‘aunieZ’ je, pasti tiada cerita baru. Bajet macam busy sangat la..padahal busy main game je *wink*

sekarang ini pun malas mahu bercerita lagi, sebab laptop batu diformat. Tak boleh nak edit gambar lagi sebab photoshop kesayangan tak install lagi..waaa..mana boleh hidup tanpa photoshop. Perisian @ software yang mesti ada dalam laptop Haziqah : photoshop ( untuk saya mengedit gambar dan meletak logo auniez), photoscape (edit2 gambar konon buat gambar lagi cantik dengan effect), notepad (tulis blog untuk draf dulu), windows media player (nak dengar lagu), Real Player nak tengok Nur Kasih dan pastilah Mozilla firefox untuk baca blog, main facebook dan permainan di dalamnya. Yeah internet explorer sudah boleh digunakan, tapi Google chorme masih tak boleh install lagi..sedih T_T

belum mencuba lagi menginstall YM. YM dulu pun tak boleh install sebab entahlah ada masalah dengan firewall katanya. Kaspersky pun belum install juga. Mahu membeli dari junior luqmanmaat tapi mcam kasihan pula sama dia yang ada exam database tak lama lagi, ke dia tak ambil database?

Saya ada satu lagi paper sebelum menghabiskan semester 5 dengan jayanya. Jaya kah? 19 november 2009, Etika, Komunikasi dan Perancangan Strategik.bajet paper ni senang sebab boleh bersuka ria 3 hari 2 malam di Kuantan.Kita tengok result nanti..aiyoo sangat takut woh, harap2 lulus semua subjek dan tak perlu mengulang lagi

Macam2 mahu cerita, er..macam2 ke..boleh la..next time la saya bercerita lagi ek. Kisah cuti-cuti Malaysia di Kuantan dan permainan di facebook yang buat saya dan roommate, Izzati addicted haha

Bak kata cik dnie, kalau ada teknologi yang bila kita sudah mengarang di otak terus update dalam blog, memang setiap hari blog ni akan diupdate. Kalau tak save draft je la dalam otak

Perasaan sekarang : bercampur baur, tak pasti sama ada sedih,marah, kecewa, gembira, teruja, cemburu atau…

Ada orang dah nak tunang tak lama lagi. Saya gembira untuk dia dan pasangannya. Bagus lah sudah ada perancangan ke arah itu . semua kawan2 dan orang di sekeliling mereka pasti gembira jika mereka bersatu. Jadi saya pun harus tumpang gembira juga bukan? Tak perlu nak dengki dengan orang yang bahagia

Lagu dedicate pada orang itu
Rossa – Aku bukan untukmu
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu, pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lah lagi kau mengingatku kembali, AKU BUKANLAH UNTUKMU
Meski ku memohon dan meminta hatimu, jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku

Lagu orang itu dedicate pada saya ( rasanya la..)
Irwansyah - Camelia <-- tukar kepada Auni :p
Kau wanita terhebat, yang pernah singgah di hati ku
Sudahlah jangan menangis lagi,Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti kau temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku, jangan ungkit masa lalu


saya tak putus cinta pun sebab tak bercinta


13 comments:

nuyu farhan said...

tambahan busy: sbb busy main fb
haha :p

sya elmi : ) said...

along jangan sedih!
along kena kuat!
mesti ada cinta sejati.
di dalam suatu benda pasti ada hikmahnya... :)

A d'Z said...

cinta, hmm... jgn b'henti cri cinta even gagal b'kali2 krn cinta juga cri kita. klu kt b'henti cri cinta, cinta akan b'hnti cri kita.

haziQah said...

NUYU - haha tq bagi sebab tambahan :)

SYA - he tq adik ku

A D'Z - biarlah cinta tu dtg sndiri mcm rama2..sbb lg kite kejar..lg dia mnjauh..tpbile kte duk diam, insyaAllah dia akan dtg pd kite :)

Muhammad 'Aizat bin Anwar Apandi said...

gapo die mok cik kiter sorg ni?org mintak kabo tok sei cito...gitu la dio...he3

cik EPAL said...

bagus betul doa putus cinta tu..hehehe.


suka lagu irwansyah camelia tuuu ;)

haziQah said...

AIZAT- oloh nk cerito pun demo bukey nok dgr, bile ore nok mintok pndangan demo,demo uboh topik plok.rano tu? :p

CIK EPAL - hehe..boleh amalkan untuk ssiapa yg putus chenta
yep sukajugk smpai terkena kat diri sndiri huhu

izzuddin2020 said...

udah...cik iqa...saya ni dari syarikat tag nak bagitahu bahawa..anda sudah di TAG!!!!..so..lawatilah blog saya untuk melihat tag nya dan jangan lupa..jawab ye tag tu..hehe.

haziQah said...

IZZUDDIN - waaahh..saya suka kna tag sbb da lama x dpt tag hehe..nnti tag tu akan dijawab..jgn riso :))

Adib said...

adeh.......sukar btol nak memahami pekerja pekerja zaman skarang...hahahaha

haziQah said...

ADIB - tolong la fahami sy bos..haha

Nadia said...

sdih lak baca cter ni ek...! i mean yg kisah per2nangan 2!
huhuhu! wat happen? cinta yg terptus sblum terjlin ker?! pape pun, ika muda lg, bnyak masa lg! & rmai lg jejaka d luar sana...! u tcare k!

haziQah said...

cinta palsu yg x kn terjalin smpai ble2.... waaaaaa..
yes msih bnyk masa n now pun bru 22 tahun..sgt la muda..org lain n spupu kite umur 25++ bru khwin kn so bnyk msa sgt lagi hehe thnks nadia :)

Google