Saturday, February 11, 2017

Birth story of Hud Anas

Bersalin di hospital Shah Alam.

EDD Hud sepatutnya 6 May 2016. 1 May , wedding bff mama, aunt eton, harap sangat tak sakit bersalin masa tu lagi. Selalu cakap dengan Hud, kalau nak keluar, keluar lepas wedding bff mama okay. Lepas je 1 may, phew lega sebab dapat juga pergi wedding Aunt eton walaupun terkilan sikit sebab tak dapat jumpa kawan2 lain masa wedding tu.

Tapi lepas wedding tu rasa harap Hud keluar lepas 8 May pulak sebab 8 May ada majlis ramah mesra penduduk Seri Jati haha. Ada makanan sedap2 tentunya, sebab tu kalau boleh nak lepas 8 May pulak.

Tapi malam 1 May tu da buat natural inducer pulak. Makanya lepas 2 jam, cantik je contraction datang. Tak tidur la mama malam tu. Subuh bagitahu ayah siap2 nak pergi rumah uci. Bila da sampai sana, dalam pukul 10am, contraction da bye2. Nasib baik tak pi hospital dulu. Menurut kajian mama, orang yang sebelumnya bersalin czer, akan mengalami contraction yang lama sikit sebab dia nak test power dekat luka czer dulu okay tak, fit tak nak bersalin normal.

Malam tu pulak, pukul 10pm contraction mai balik, sepanjang malam mama melayan contraction dekat ruang tamu rumah uci. Bila contraction datang, mama layan sambil berdiri dan tarik nafas, yang penting kena bertenang, jangan cuak supaya Hud kat dalam pun tak cuak.

Subuh tu, bagitau ayah nak pi hospital sebab contraction da macam kerap selang 5min dan selama 1minit. Sebelum pergi hospital, da makan roti krim, ingat nak singgah makan dulu tapi takut susah nak makan time sakit kat kedai makan nanti. So teruskan je la ke hospital.

Sampai kat Hospital Shah Alam, pergi PAC, dia check contraction, tanya kenapa datang. Buat CTG, then dia hantar pergi labor room. Tapi actually tak masuk lagi labour room, duduk kat tempat menunggu labour room. Tunggu lama gak , bila la nak check ni. Dalam pukul 9am baru dapat turn kena check. Sebelum doktor check, dia tanya2 dulu, anak ke berapa, anak 1st umur berapa, kenapa tak gap anak, tak guna perancang bla bla bla, time2 beranak ni pun sibuk la nak menyakitkan hati tanya soalan gitu kan.

Masa check tu da 5 cm. Aku macam...ala.....long way to go hmm... tapi nurse da suruh tukar baju bersalin n masuk labor room since masa tu da kosong. Masuk labor room, tukar baju, kena check CTG la macam biasa kan, tanya nurse kena baring je ke buat CTG, nurse kata aah, so macam erm okay. Then doktor lain pulak check dan dia pecahkan ketuban. Tapi lepas je pecah ketuban tu , ya Allah contraction sakittt sangat. Nurse suruh pakai gas, aku kata tak nak, lepas tu da tak tahan, try juga la guna gas, lepas tu rasa macam takde apa pon..haa lantaklah tahan sakit. Then tetiba da rasa nak meneran. Aku main teran je haha. Nurse check dia kata jangan. Kisah pulak aku. Tapi nurse kata nanti serviks bengkak. Then nurse kata dia tolong dan dah nampak kepala baby da turun.

First push tak reti, baby macam sedut naik balik lol. Then nurse suruh baring mengiring. Tunggu punya tunggu, ada rasa nak meneran, cakap denga nurse nak teran. Aku entah teran macamana , main belasah je, then lahir lah Hud Anas pada 1126am. Iolls sempat tengok jam tau. 2.75kg.
Masa kena jahit pulak, nurse tu baru nak belajar jahit sebab lupa da lama tak jahit orang beranak. Aku tanya berapa tear degree, dia kata takde sebab kena episiotomi. Apa2 je la masa jahit tu sebab tak larat sangat. Kalau gentle birth betul, lepas beranak patut rasa bertenaga tau. Masa jahit tu macam tak yakin je nurse ni buat kerja. Habis jahit, baby pun da dibersihkan tapi aku tak larat sangat nak bagi susu.



Beberapa lama selepas itu, nurse tanya kenapa tak bagi anak susu, aku cakap tak larat sangat. Nak minum milo, tapi milo takde, ada susu je, nurse suruh tukar baju, tapi sakittt juga nak jalan. Lepas tukar baju, suami pun datang kot. Ah da tak ingat kronologi camne haha. Tapi still tak larat susukan baby n bontot sakit nak duduk.

Dalam pukul 2pm baru dapat masuk wad, bila duduk kat kerusi roda tu memang tak dapat duduk betul2 sebab sakit sangat. Sapai kat wad, memang merayu2 minta pain killer tapi tak jalan pun. Masuk toilet , memang banyak gila darah dan katil , baju memang berdarah la. Masa dalam toilet pun rasa nak pitam.

Oh aku dapat wad kelas kedua, 4 orang sebilik dan ada aircond. Bilik air pun dekat je la. Syukur sebab dekat. Tapi aku tak nak bilik ada aircond. Sejuk woo. Lagi2 time berdarah camni , aku memang tak suka aircond.

Sampai ke malam pun takde selera nak makan, nak bagi baby susu pn tak larat. Sdih rasa sebab tak dapat susukan baby, padahal masa czer dulu, takde la rasa sakit sangat dan dapat je susukan baby. Kesian kat baby tapi memang tak berdaya. Tengok orang sebelah, rilek je dia jalan tak macam aku, dalam hati kata, dia tak sakit ke.

Malam, husband datang hantar barang, lepas dia balik, doktor datang check. Doktor tanya, ada jalan2 tak, aku cakap tak larat langsung nak berjalan. Then dia seluk, dia kata ada hematoma. HEMATOMA??? VAGINAL HEMATOMA means ada darah beku kat dalam lagi. Dekat belah kanan. Ahhh patut la sakit gila kalau nak duduk situ. Then dia kata kena operate jap lagi masuk operation room. Suruh suami datang nak sign. Call suami, dia baru lepas sikit traffic light, dia patah balik. Malam ni nampaknya Nuh kena tidur tanpa mama dan ayah buat pertama kali, Nuh tidur denga uci dan angku.

Doktor pakar datang pulak check. Dia kata kena operate. Aku macam buat la apa2 doktor asalkan kesakitan ni hilang please (tapi cakap dalam hati je la). Suami pn temankan daku ke operation room, baby kena tinggal dan kena minum susu formula. Maaf nak, da kena minum susu formula.
Masuk OT, sejuk nya lahai, memang beku rasa. Lepas tu dia bagi bius, leganya rasa kat situ takde rasa sakit ahahahah rasa bahagia gila, kenapa la tak rasa gitu tadi lol. Lama gak operatenya, aku tidur2 ayam sebab tak tahan sejuk, kan bagus tidur je so tak rasa apa2, tapi tak dapat. Lepas operate, sejukkkkk sangat. Dia bagi heater pun tak rasa panas. Doktor kata lama, sebab banyak sangat darah bekunya. Leganya rasa dapat clearkan semua, kalau tak hidupku merana. Siap operate, nampak suami gigih menunggu lagi. Terharu pulak. Ingatkan da balik. Masuk wad, nurse selimutkan betul2 sebab sejuk sangat. Dan kemudian tidur , lena, beradu. Lepas habis bius, terjaga dan nurse pun bawakan baby. Masa tu rasa da okay.


Esoknya pun rasa da okay, da boleh jalan dan better dari semalam. Kak QB pun datang melawat tengahari lepas mak, abah, nani datang Masa tengah lunch. Dalam pukul 2pm da boleh discharge, total bil dalam 200++ sebab duduk bilik kelas kedua. Ok la kan. Tapi nak tunggu discaj pn berejam dan rasa kesakitan operate dan hematoma da terasa, tak boleh nak berdiri lama2.


Pengalaman berpuasa dan menyusukan anak

Pengalaman berpuasa dan menyusukan anak.

Bulan Ramadhan kali ni , first time berpuasa sambil menyusukan anak. Nuh bukan lah baby yang kuat sangat menyusu , lagi2 sejak da makan ni , dia menyusu bila nak tidur or meragam je ( untuk rasa comfort).

Awal2 Ramadhan tak boleh berpuasa sebab period. Lepas tu try la puasa. 2 hari pertama memang penat dan rasa tak bermaya. Takde la lapar or haus sangat tapi badan rasa lemah sangat. Lepas je 2 hari puasa, malam tu terus demam panas. 2 hari malam demam panas kaw kaw punya. Kat tapak kaki panas sampai kena sembur air macam baby demam pulak. Badan pun kena lap2 dengan towel basah hihi.

Masa demam tu memang tak puasa sebab badan terkejut kot. Lepas baik demam alhamdulillah puasa pun dah kuat. Cuma Nuh pulak rasa macam kurang dapat susu. Bila pam susu nak capai 2oz pun dekat setengah jam. Pampers Nuh pun tak penuh walaupun seharian tak tukar pampers. Hmm.. terpaksa ambil rukhsah untuk tidak berpuasa juga.

Walaupun dah cuba makan kurma banyak2, minum air banyak2 tapi macam tak jalan je. Berat pun makin berkurang


Google