Bersalin di hospital Shah Alam.
EDD Hud
sepatutnya 6 May 2016. 1 May , wedding bff mama, aunt eton, harap sangat tak
sakit bersalin masa tu lagi. Selalu cakap dengan Hud, kalau nak keluar, keluar
lepas wedding bff mama okay. Lepas je 1 may, phew lega sebab dapat juga pergi
wedding Aunt eton walaupun terkilan sikit sebab tak dapat jumpa kawan2 lain
masa wedding tu.
Tapi lepas
wedding tu rasa harap Hud keluar lepas 8 May pulak sebab 8 May ada majlis ramah
mesra penduduk Seri Jati haha. Ada makanan sedap2 tentunya, sebab tu kalau
boleh nak lepas 8 May pulak.
Tapi malam
1 May tu da buat natural inducer pulak. Makanya lepas 2 jam, cantik je contraction datang. Tak tidur la mama malam
tu. Subuh bagitahu ayah siap2 nak pergi rumah uci. Bila da sampai sana, dalam pukul 10am,
contraction da bye2. Nasib baik tak pi hospital dulu. Menurut kajian mama,
orang yang sebelumnya bersalin czer, akan mengalami contraction yang lama sikit
sebab dia nak test power dekat luka czer dulu okay tak, fit tak nak bersalin
normal.
Malam tu
pulak, pukul 10pm contraction mai balik, sepanjang malam mama melayan
contraction dekat ruang tamu rumah uci. Bila contraction datang, mama layan
sambil berdiri dan tarik nafas, yang penting kena bertenang, jangan cuak supaya
Hud kat dalam pun tak cuak.
Subuh tu,
bagitau ayah nak pi hospital sebab contraction da macam kerap selang 5min dan
selama 1minit. Sebelum pergi hospital, da makan roti krim, ingat nak singgah
makan dulu tapi takut susah nak makan time sakit kat kedai makan nanti. So
teruskan je la ke hospital.
Sampai kat
Hospital Shah Alam, pergi PAC, dia check contraction, tanya kenapa datang. Buat
CTG, then dia hantar pergi labor room. Tapi actually tak masuk lagi labour
room, duduk kat tempat menunggu labour room. Tunggu lama gak , bila la nak
check ni. Dalam pukul 9am baru dapat turn kena check. Sebelum doktor check, dia
tanya2 dulu, anak ke berapa, anak 1st umur berapa, kenapa tak gap anak, tak
guna perancang bla bla bla, time2 beranak ni pun sibuk la nak menyakitkan hati
tanya soalan gitu kan.
Masa check
tu da 5 cm. Aku macam...ala.....long way to go hmm... tapi nurse da suruh tukar
baju bersalin n masuk labor room since masa tu da kosong. Masuk labor room,
tukar baju, kena check CTG la macam biasa kan, tanya nurse kena baring je ke
buat CTG, nurse kata aah, so macam erm okay. Then doktor lain pulak check dan
dia pecahkan ketuban. Tapi lepas je pecah ketuban tu , ya Allah contraction
sakittt sangat. Nurse suruh pakai gas, aku kata tak nak, lepas tu da tak tahan,
try juga la guna gas, lepas tu rasa macam takde apa pon..haa lantaklah tahan
sakit. Then tetiba da rasa nak meneran. Aku main teran je haha. Nurse check dia
kata jangan. Kisah pulak aku. Tapi nurse kata nanti serviks bengkak. Then nurse
kata dia tolong dan dah nampak kepala baby da turun.
First push
tak reti, baby macam sedut naik balik lol. Then nurse suruh baring mengiring.
Tunggu punya tunggu, ada rasa nak meneran, cakap denga nurse nak teran. Aku entah teran macamana , main belasah
je, then lahir lah Hud Anas pada 1126am. Iolls sempat tengok jam tau. 2.75kg.
Masa kena jahit
pulak, nurse tu baru nak belajar jahit sebab lupa da lama tak jahit orang
beranak. Aku tanya berapa tear degree, dia kata takde sebab kena episiotomi.
Apa2 je la masa jahit tu sebab tak larat sangat. Kalau gentle birth betul,
lepas beranak patut rasa bertenaga tau. Masa jahit tu macam tak yakin je nurse
ni buat kerja. Habis jahit, baby pun da dibersihkan tapi aku tak larat sangat
nak bagi susu.
Beberapa lama
selepas itu, nurse tanya kenapa tak bagi anak susu, aku cakap tak larat sangat.
Nak minum milo, tapi milo takde, ada susu je, nurse suruh tukar baju, tapi
sakittt juga nak jalan. Lepas tukar baju, suami pun datang kot. Ah da tak ingat
kronologi camne haha. Tapi still tak larat susukan baby n bontot sakit nak
duduk.
Dalam pukul 2pm
baru dapat masuk wad, bila duduk kat kerusi roda tu memang tak dapat duduk
betul2 sebab sakit sangat. Sapai
kat wad, memang merayu2 minta pain killer tapi tak jalan pun. Masuk toilet ,
memang banyak gila darah dan katil , baju memang berdarah la. Masa dalam toilet
pun rasa nak pitam.
Oh aku dapat wad
kelas kedua, 4 orang sebilik dan ada aircond. Bilik air pun dekat je la. Syukur sebab dekat.
Tapi aku tak nak bilik ada aircond. Sejuk woo. Lagi2 time berdarah camni , aku
memang tak suka aircond.
Sampai ke malam
pun takde selera nak makan, nak bagi baby susu pn tak larat. Sdih rasa sebab
tak dapat susukan baby, padahal masa czer dulu, takde la rasa sakit sangat dan
dapat je susukan baby. Kesian kat baby tapi memang tak berdaya. Tengok orang
sebelah, rilek je dia jalan tak macam aku, dalam hati kata, dia tak sakit ke.
Malam, husband
datang hantar barang, lepas dia balik, doktor datang check. Doktor tanya, ada
jalan2 tak, aku cakap tak larat langsung nak berjalan. Then dia seluk, dia kata
ada hematoma. HEMATOMA??? VAGINAL HEMATOMA means ada darah beku kat dalam lagi.
Dekat belah kanan. Ahhh patut la sakit gila kalau nak duduk situ. Then dia kata
kena operate jap lagi masuk operation room. Suruh suami datang nak sign. Call
suami, dia baru lepas sikit traffic light, dia patah balik. Malam ni nampaknya
Nuh kena tidur tanpa mama dan ayah buat pertama kali, Nuh tidur denga uci dan
angku.
Doktor pakar
datang pulak check. Dia
kata kena operate. Aku macam buat la apa2 doktor asalkan kesakitan ni hilang
please (tapi cakap dalam hati je la). Suami pn temankan daku ke operation room,
baby kena tinggal dan kena minum susu formula. Maaf nak, da kena minum susu
formula.
Masuk OT,
sejuk nya lahai, memang beku rasa. Lepas tu dia bagi bius, leganya rasa kat
situ takde rasa sakit ahahahah rasa bahagia gila, kenapa la tak rasa gitu tadi
lol. Lama gak operatenya, aku tidur2 ayam sebab tak tahan sejuk, kan bagus
tidur je so tak rasa apa2, tapi tak dapat. Lepas operate, sejukkkkk sangat. Dia
bagi heater pun tak rasa panas. Doktor kata lama, sebab banyak sangat darah
bekunya. Leganya rasa dapat clearkan semua, kalau tak hidupku merana. Siap
operate, nampak suami gigih menunggu lagi. Terharu pulak. Ingatkan da balik.
Masuk wad, nurse selimutkan betul2 sebab sejuk sangat. Dan kemudian tidur ,
lena, beradu. Lepas habis
bius, terjaga dan nurse pun bawakan baby. Masa tu rasa da okay.
Esoknya pun rasa
da okay, da boleh jalan dan better dari semalam. Kak QB pun datang melawat
tengahari lepas mak, abah, nani datang Masa tengah lunch. Dalam pukul 2pm da
boleh discharge, total bil dalam 200++ sebab duduk bilik kelas kedua. Ok la kan. Tapi nak tunggu discaj pn
berejam dan rasa kesakitan operate dan hematoma da terasa, tak boleh nak
berdiri lama2.
1 comment:
Salam ziarah
jemput singgah blog saya
akinascarves.blogspot.my
untuk menambah koleksi tudung dan hijab anda
InsyaALLAH bermanfaat :)
Post a Comment