Thursday, April 06, 2017

Baby Meningitis

On 22nd day of life of Hud Anas, tetiba dia demam. aku sedar masa tengah malam, rasa panas je badan dia. Sebelum subuh kejut suami, kata nak pergi hospital sebab risau bila newborn lahir da demam panas, it is something serious. Sepanjang malam, sponging dan jerlum je baby.

Tapi bila sampai hospital, pergi emergency, temperature dia normal pulak. Sabor je la. Baliklah kami ke rumah semula. Tapi siang still rasa panas, jerlum n sponging juga, tapi bapak aku kata bawa la pergi hospital. Sebab tadi da ke hospital tapi tak apa2, aku cam nak bawa lagi ke. Tapi bila rasa still panas tak turun2, bawa balik pergi hospital lepas zohor. Parents aku bawa since suami tengah bekerja. But lepas bawa hopsital, suami pun ikut serta sekali.

Sampai hospital, masuk emergency lagi. Amik temperature, memang betul demam. Doktor suruh bagi ubat demam but i dont know nak bagi baby ubat demam n if it is safe to bagi baby paracetamol. Aku bagitahu nurse camne nak bagi ubat demam dan nurse pun tolong. Doktor kata kena warded kat NICU, so suami settlekan apa yang patut dan kami ke NICU.

Bila sampai NICU, ada ramai baby yang lain rupa2nya. Mostly sebab demam kuning yang tinggi and ada juga prem babies.. But i think my baby the only one yang demam panas huhu. Then, doktor kata baby je warded, and i cant stay with my baby..what???? sedih sangat sebab
1) mana ada buat stok susu huhu obviously kena bagi FM la kan T__T
2) sedih la tinggalkan anak sakit sorang2 dalam ward.

Dekat NICU tu ada bilik pump, aku pun try guna pump kat situ, dapat la sikit je huhu. Sekali minum habis la kan. Lepas tu kena minum susu hospital la dik T__T

Malam tu kami tinggalkan adik dalam jagaan doktor dan nurse. Sedihnya tinggalkan anak kat hospital Da la 2 kali je waktu melawat, tengahari dan petang. Masa aku dalam pantang, memang hantar Nuh ke nursery sebab tak mampu nak jaga 2 orang sekali, pernah macam meroyan sebab Nuh tantrum nak perhatian, Hud pun nangis, aku pun nangis huhu. Macam biasa la kalau dah pergi nursery, confirm2 la ada selsema batuk semua. Aku syak sebab dia cium2 adik dia mungkin tu yang berjangkit huhu.

So dengan gigih setiap tenghari dan petang mesti datang walaupun penatnya nak berjalan dalam pantang ni. Gigih datang sebab nak bagi susu kat Hud juga. Semoga susu mama bagi khasiat terbaik kat Hud. Hari kedua, doktor kata temperature dia spike semalam. Tinggi. 39C kot. Doktor kata nak amik air tulang belakang atau lumbar puncture (LP). Risau pulak dengar nak amik air tulang belakang. Bagitahu kat familyku, dorang pun risau. Abah telefon sini sana minta pendapat. Ramai kata jangan risau amik air tulang belakang sebab tak efek baby. Sebab bukan direct tulang belakang. Kalau tak dibuat prosedur ni, mungkin susah nak tahu antibiotik yg tepat untuk bagi. So mungkin akan lambat penyembuhan sebab nak test satu2 antibiotik mana yg berkesan. Dan Hud suspect Meningitis.


Dalam hari kelima kot dia dah tak demam sangat so aku boleh duk sekali dengan dia dekat wad ibu n anak tapi dalam NICU. Maka bermulalah pula kisah aku kena berpantang di hospital. Hud kena teruskan antibiotik lagi 10 hari. Downnya rasa kena berpantang dan kuarantin dalam NICU. Sedih rasa sebab dah la orang luar tak boleh melawat, yang boleh melawat suami je huhu. Telefon mak dan mak nasihatkan baru rasa lega dan ada semangat balik. Terima kasih mak dengan kata2 yang menenangkan.

Dalam NICU tu, macam2 kisah beranak aku dengar dari ibu2 yang lain. Ada ibu yg anak da ketiga, tapi darah tinggi, pergi checkup hari tu juga doktor suruh bersalin secara czer. Anak confirm la pre mature kena duk kat NICU huhu. kesiannya





No comments:

Google