Saturday, March 09, 2013

Bridal Shower for Kak Dayah

“Surprise!!! ” Yehh surprise bridal shower untuk Kak Dayah. My housemate, my classmate masa UniSZA dulu is getting married soon..tak lama je lagi..now tinggal 2 minggu. Hoho


So I plan a surprise bridal shower for her at our home. Pakat rancang dengan my classmate, plan nak bawa makanan apa, bila, bagaimana.

Pada hari kejadian, kak Jimah ditugaskan membawa Kak Dayah keluar berjalan2. Kononnya temankan nak pergi tempah baju untuk jadi bridesmaid nanti. Lepas zohor, aku pun pulang ke rumah sambil menyusun suai hiasan yang tak seberapa untuk bridal shower ni. Senang je buat tulisan bridal shower lukis guna tangan yang tak berapa nak kreatif ni, potong, tampal dan gantung di dinding. Siap! Belon  dan crown pula beli dekat kedai jual barang2 party dekat Seksyen 9 Shah Alam.


Yang paling awal sampai adalah Kak Naim sebab rumah dekat hoho. Lepas tu Kak Bee pun menyusul datang bersama anak perempuan dia yang comel, Iffah si mata bulat. Kak Bee siap bawa pinggan, gelas, sudu , garfu, bekas makanan, bekas air dan macam2 lagi. Susahkan aje ^^


Dan terakhir sekali adalah Maj, Kak Liza dan Alang. Complete list tetamu, so bolehlah rojer Kak Jimah suruh balik sekarang. Sesampainya mereka di rumah, kami menyorok di dalam bilik Kak Dayah. Kak Jimah pulak buat masuk rumah2 cepat kononnya tak tahan nak buang air. Di ruang tamu, aku da pasangkan laptop berdesktop background gambar Kak Dayah dan Acap. Beliau terkejut bila terlihat ada gambar beliau dan acap di laptop dan bila mahu menghampiri ke ruang tamu, kami pun menjerit SURPRISE!!! Muka Kak Dayah memang terkejut sampai terjatuh handbagnya dan sampai sekarang aku masih boleh teringat muka terkejut dia :p

Kemudian , kami makan2 dan berbual tentang persiapan majlis perkahwinan Kak Dayah, kehidupan rumah tangga Kak Naim dan Kak Bee sampai lenguh mulut gelak sokmo. Memang fun kumpul ramai2 sekali sekala.

Kami buat potluck untuk sediakan makanan Mihun oleh Kak Bee, Nugget oleh Majdah,Puding Roti oleh Kak Naem, Air Mango dari Kak Bee dan Kak Naim, Kek Red Velvet dibeli dari kawan adik aku, Fancy cookies dari Ili Naquiyah.

Then , ada surprise lagi satu. Video ucapan khas dari rakan2 SMSKPP khas untuk Perkahwinan Kak dayah dan Acap. Sekali Kak Dayah terkejut “ Eh bila jumpa diorang?” :p Sorry Kak Dayah, tak bagi lagi softcopy video. Nanti Iqa bagi ek. Terima kasih kepada rakan2 kerana sudi susah payah dan meluangkan sedikit masa untuk rekod dan edit video.



Seronok sangat dapat jumpa kawan2 sekali sekala. Lagi2 kalau yang dah berkahwin, kami amat memahami yang mereka ada tanggungjawap yang lain. So bila dapat jumpa, memang seronok bertukar cerita. Bila ada anak sebagai penyeri majlis, ramai la bakal2 ibu pun nak training sebagai bakal ibu hehe.

Terima kasih kawan2 yang hadir dan memeriahkan majlis. Jasa dan kerjasama kalian saya amat hargai.

Jom lah kita memeriahkan dan meraikan majlis perkahwinan Kak Dayah dan Acap 23 Mac ini di Melaka. Jumpa di sana.


Google