Sejak terjebak dengan produk natural n organik ni, selalu teringin untuk menganjurkan natural bazar. Sebab nak kumpulkan semua penjual barangan natural n organik satu bumbung.
Sendiri nak start macam takde bakat 😅 sebab im a follower. So bila Sarah Fadzil start idea untuk natural bazar, terus ku nak join jadi commitee. Sesungguhnya aku memang suka buat event.
Mula-mula sambutan macam sendu juga, tak ramai nak join bila kami iklan kan booth sebab syarat natural bazar agak ketat kerana hanya produk2 natural n organik je kami terima masuk. Kami akan tanya ingredients setiap produk.
Tapi bila da terjumpa Nor Azlin Kamarudin dan Norsolehah Shaharum yang ramai kenalan dalam natural produk so makin bertambah vendor yang join. Dan macam biasa, last2 makin ramai tanya ada booth lagi tak walaupun da penuh.
Cabaran2 untuk buat natural bazar ni ada macam2 juga especially masalah duit n knowledge. We started from zero knowledge. Walaupun sebelum ni daku pernah buat garage sale kat apartment seri jati tapi memang tak sama sebab ada macam2 requirement bila buat kat tempat public.
Mula2 charge untuk booth pon rasa macam mahal, ada ke yang nak buka booth nanti? Sebab most of them peniaga kecil sahaja. Dan niat kami memang nak tolong promo untuk usahawan kecil ni. Dan charge untuk booth pon kami hanya charge untuk bayaran sewa tapak kepada bangi gateway sahaja. Kerusi meja, carpet, pentas ,promosi semua kami cari dana sendiri melalui jualan cold press juice, sponsorship dan infaq dari rakan2 dan sahabat. Alhamdulillah ramai yang menolong.
Selepas itu, makin dekat event makin banyak sponsorship datang dalam pelbagai bentuk. Dari doorgift untuk goodies bag, hadiah lucky draw, wang ringgit, untuk menolong dana jualan, syukur sangat rasa sebab semua bagi lebih. Moga murah sangat rezeki yang menolong dan menaja event #naturalbazar2018 ini.
Dalam goodies bag saje ada lebih 15 barang natural n organik. Memang satu tarikan besar. Bila start registration, ramai da beratur nak goodies bag 😍
Alhamdulillah syukur sangat tengok pengunjung datang ke Natural bazar pertama kali. Tak putus2 orang datang dari pagi ke malam. Ku sangkakan ada time2 tertentu mungkin tak ramai, tapi tengok setiap booth penuh je orang sentiasa.
Feedback dari vendor pun semua puas hati dengan jualan masing2. Cuma ya tempat yang kami dapat agak kecil jadi agak padat dengan orang ramai.
Ramai tanya memang kenal ke semua commitee ni, semuanya ku kenal di alam maya sahaja 😁 tapi alhamdulillah dapat committe yang bededikasi dan buat kerja , sumbangkan tenaga dan wang ringgit tanpa berkira. Seminggu sebelum event baru dapat jumpa dan kenal semua committee tapi borak macam da kenal lama.
Speaker2 pon best. banyak ilmu baru yang kami dapat.
Jumpa di natural bazar 2.0 . Dengar kata semuanya tak sabar tunggu next event. baik committe mahupun vendor 😘
Follow Facebook Natural Bazar untuk Update terkini event yang akan datang
https://www.facebook.com/naturalbazar2018/