Monday, February 28, 2011

Imelda Ahmad, Gadis Semasa Sunsilk, Fatiya Latif dan kenangan lama...


Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Masa tengah tengok satu video kat youtube, tiba2 keluar iklan gadis semasa sunsilk, Imelda Ahmad. Terus klik ke link tu dan keluarlah facebook fan page Gadis Semasa Sunsilk. Aku macam cerita apa ni? Bila baca description kat info “Drama realiti bermula 11 Januari setiap Selasa, 6 petang di TV3!”






Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Wah..da ada drama reality. Explore lagi fanpage tu, aku jumpa Episod Lalu. So yehh boleh tengok drama ni since aku takde tv kan kat rumah sewa T_T

Sekarang dah tengok dua episode sambil buat kerja. Best ke cerita ni? Best ! aku kan suka cite melayu bersiri macam ni. Macam dulu Impian Ilyana, suka tengok cite ringan2 macam tu.







Cerita ni pasal Melda Ahmad, seorang gadis biasa tapi ada bakat besar . Memang best Imelda nyanyi. Orang start kenal dia since dia upload lagu ciptaan dia sendiri, ‘Kimia’ dan ‘Putus’ kat myspace and youtube. Then Sunsilk nak buat satu program untuk jadikan beliau sorang Gadis Semasa Sunsilk di bawah tunjuk ajar Wardina Safiyyah, Ajai dan Bambang. Semua nama2 besar.




Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Tapi semua benda dalam cerita ni sangat familiar. First boutique tempat Imelda kerja part time sambil tolong cousin dia. Memang sangat familiar. I was like “ eh ni bukan Old Blossom ke” sebab sangat familiar design butik Old Blossom owned by Jezmine Blossom. Butik Old Blossom memang sangat cantik! I adore design dia , sweet sangat and I think I know where it is located after watch that drama :)




Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Then pelakon lelaki dia pun macam familiar. Yang karakter dia nama Sham, the guy yang kena cari Imelda untuk bos dia. Macam kenal je mamat ni. First name yang terlintas kat kepala ni adalah Zainal. Dah la macam hensem kan. And lepas godek2 dan tengok siapa pelakon dia, sah ada nama Zainal Fitri. Ok betul la orangnya.

OMG ! Ramai orang yang saya pernah kenal dah jadi artis / pelakon / penyanyi and most of them Shah Alam people ! agak bangga la sikit sebab pernah kenal. Dan macam boleh “ oh dulu satu sekolah dengan dia”. Eceh sekarang baru nak mengaku kenal dan kawan. T_T




Gambar dari Fatiya Facebook

Fatiya Latif, berlakon cerita Nur Kasih sebagai kawan Nur; Laila Asyikin sebagia Laila dan terbaru Hani yang tengah show kat tv 3 sekarang, hari selasa, pukul 9 malam. She used to be my good friend masa sekolah rendah dulu. Masa darjah 6, rapat jugak la dengan dia, pernah pergi rumah dia, buat kerja sekolah sama2. Tapi lepas dia pindah sekolah asrama penuh kat Teluk Intan since dapat 5 A dalam UPSR dah jadi tak rapat dengan dia. Aku simpan lagi surat dia pernah hantar kat aku masa dia sekolah asrama dulu. Lawak je baca. Then sekolah menengah satu sekolah lagi dengan dia lpas dia keluar dari asrama lepas PMR and pernah sekelas dengan dia masa form 4 sekejap tapi dia pindah kelas lagi.




Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Melda Ahmad pun pernah berkawan dengan dia. Masa tu aku form 6 and dia form 4. Masa sekolah dulu, dia memang penyanyi paling best kat sekolah. Selalu buat persembahan bila ada aktiviti kat sekolah. Satu kelab kebudayaan dengan dia kot sebab pernah hantar dia pergi menari buat persembahan di Muzium Shah Alam and pernah sama2 celebrate birthday adik angkat aku kat McD.



Photobucket
Melda Ahmad pernah pergi audition Gang Starz dengan kawan2 sekolah dia dulu :)





Zainal Fitri tu kenal gitu2 je, kawan sekolah rendah je hehe

Ramainya dah jadi orang terkenal




Gambar dari Hanis Zalikha's blog

Oh Hanis Zalikha yang sangat cantik juga satu sekolah dengan saya tapi tak sempat pun jumpa dia sebab saya da habis sekolah tapi dia satu batch dengan adik saya. tapi saya suka sangat baca blog dia dan famili dia :) blog Hanis Zalikha

Ahha macam poyo gila je buat entri ni. Konon aku kenal orang2 famous. Tak taw la mereka kenal ke tak aku lagi, cuma terkenang kawan2 lama yang semakin berjaya dalam bidang masing2 , aku tumpang gembira sekali atas kejayaan mereka.

Aku.... bila nak berjaya entah T_T


Thursday, February 24, 2011

Restoran Arab Shah Alam : Restoran Zam Zam, Seksyen 9 Shah Alam

Restoran Arab Shah alam, restoran arab seksyen 9, restoran zam zam shah alam

Fenomena makanan arab sekarang sudah menjadi2. Banyak restoran arab telah dibuka di Malaysia ni. Ramai orang arab sudah menetap di sini kah atau ramai rakyat Malaysia baru balik dari arab kah?

Restoran Arab Shah alam, chicken mandy, masakan arab

Sampai blog aku pun terkena tempias google search ( tapi aku suka :D) sebab pernah pergi makan di restoran makanan arab seksyen 7 Shah Alam. Haaa..sekarang sudah ada lagi satu restoran arab di buka di shah Alam yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam. Dekat rumah aku je. Jom kita terjah ke restoran arab seksyen 9 Shah Alam, Restoran Zam Zam naik karpet terbang zam zam ala kazammmm…

Restoran Arab Shah alam, map restoran arab, peta restoran zam zam shah alam

Restoran ni terletak di tempat paling sibuk di Seksyen 9 Shah Alam iaitu berdekatan dengan Plaza Shah Alam atau orang Shah Alam panggil Shah Alam Mall, di bawah Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam dan di sebelah IPK Shah Alam

Restoran Arab Shah alam, map restoran arab, peta restoran zam zam shah alam

Kalau search dalam goggle map rasanya tak jumpa, lagi2 kalau tengok map punya version. Tak taw la nape google map ni tak update. Tapi kalau google map satellite boleh la nampak juga kat mana tempatnya. Tapi Dont worry, aku da tolong letakkan location kat Google tapi tunggu kena review dulu oleh pakcik Google.

Restoran Arab Shah alam, menu restoran arab, restoran zam zam shah alam

Makanan arab kat sini boleh kata sama je macam tempat lain, chicken mandy, lamb mandy, kebab dan sewaktu dengannya. Kami makan chicken mandy dan lamb mandy. Patotnya nak pergi kenduri di Putrajaya tapi takde rezeki, kenduri tu habis awal. Jadi kami pun pergi makan di Restoran Zam Zam.

Restoran Arab Shah alam, menu restoran arab, restoran zam zam shah alam
Restoran Arab Shah alam, beer halal, air barbican

Rasa makanan dia? Ok la not bad tapi macam tawar sikit ayam dan kambing dia. Ke orang arab memang makan tak masin? Tapi chicken mandy punya nasi memang sedap dari lamb mandy. Air pula seperti biasa tentu lah barbican tapi nama dia lain, Hillsburg.

Restoran Arab Shah alam, restoran arab seksyen 9, restoran zam zam shah alam

Tauke kedai tu adalah orang arab Jordan mengikut apa yang aku baca kat paper hari tu. Pekerjanya pun orang arab juga dan ada beberapa orang Indonesia juga. Tapi 90% pengunjungnya adalah orang Melayu sebab orang Melayu kan yang ramai duduk kat seksyen 9. Orang Arab pun ada datang juga ke restoran ini.

Restoran Arab Shah alam, lamb mandy, masakan arab

Selain nasi mandy, dessert arab seperti pudding caramel dan sweaktu dengannya, kebab2 dan sup2 arab pun ada dijual di sini. Servisnya pula boleh tahan la time ramai orang, agak busy sikit tapi dapat juga makanannya dalam waktu singkat. Harga makanan pun boleh tahan, tak murah dan tak mahal. Harga Lamb Mandy - RM 20, Chicken Mandy - RM 18

Restoran Arab Shah alam, restoran arab seksyen 9, restoran zam zam shah alam

Tapi suasana persekitaran dia memang ala2 arab, cantik designnya macam berada di negara arab. Oh kat sini juga ada sisha kalau rasa2 nak hisap sisha.

Jadi apa lagi. Jom ke Restoran Zam Zam di Seksyen 9 Shah Alam untuk mencuba kelainan makanan Arab. Malaysia sememangnya syurga makanan, semua jenis makanan rakyat Malaysia makanan. Alhamdulillah :)

Restoran Arab Shah alam, restoran arab seksyen 9, restoran zam zam shah alam

Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam, Selangor.
Masa beroperasi: setiap hari 10am-2am
Tel : 016 216 0661 / 016 277 1154
Fax : 016 227 0939
Email : zamzam.arabicrestaurant@gmail.com

sumber alamat dll dari blog ini. Review lain juga boleh dibaca di sini


Tuesday, February 22, 2011

Pilihanraya Kampus UniSZA 2011 : Satu paradigma baru dalam suara mahasiswa

Pilihanraya kampus menjelang lagi. Tapi saya masih tidak mendapat peluang mengundi. Sebelum ini, pergi melancong bersama keluarga ke Sabah taktala orang lain mengundi pemimpin mereka. Tapi kali ini pula, menjalani latihan industri untuk semester terakhir saya di sebuah syarikat meng’design’ website di Puchong.

Mendengar dan membaca khabar2 tentang pilhanraya dari teman2 sekampus memang mengujakan minda dan perasaan. Alangkah seronoknya dapat berjuang bersama2 mereka, merasai kemeriahan pilihanraya dengan semangat pejuang2 muda yang semakin berani bersuara. Satu perkembangan yang sangat baik atau mungkin boleh dikatakan reformasi? :p

Saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli MPP UniSZA yang baru. Satu pertandingan yang sihat walaupun beberapa kontroversi tetap timbul sejak dari penamaan calon lagi di mana berlaku bantah membantah. Kadang2 saya rasa bantah membantah itu seperti penakut, untuk mengelakkan calon masuk bertanding walaupun kesalahan dalam borang amat lah kecil. Tapi nak wat camne kan, mungkin suatu pengajaran di masa akan datang.

Yang menang, bermakna satu tanggungjawab besar sudah terpikul di bahu saudara dan saudari sekalian. Tinggal amanah hendaklah dijalankan sebaik mungkin.

Orang kata jadi MPP ni sekadar mencari populariti, melancong,peroleh banyak elaun dan pandai bercakap je. Jadi , saya berharap sangat MPP tahun ini dapat mengubah tanggapan para pelajar dengan mendengar rintihan pelajar tanpa dibalas kata2 sinis, menenangkan pelajar2 yang menghadapi masalah tanpa menambah beban mereka dan mencari solusi terbaik untuk kesejahteraan semua pelajar.

Dan yang paling penting, informkan apa yang kalian sudah buat , pencapaian kalian walaupun sedikit sahaja, feedback dari orang atas atau mana2 pihak tentang sesuatu isu . Nak medium untuk inform status2 isu digalakkan melalui Facebook walaupun internet lambat macam siput tapi ramai lebih cakna apabila post di Facebook. Pengumuman sangat penting tentang isu2 berbangkit supaya pelajar tak bising yang kononnya kalian tak buat kerja sedangkan kalian telah mencuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.

Ye betul “ it’s easier to say than done” dan memang bukan mudah membalas api dengan air tapi tiada yang mustahil kan. Menjadi MPP bukan mudah dan sebab itu bukan semua yang layak memikul jawatan tersebut. Orang tak kan nampak apa kebaikan yang kita da buat walaupun besar sumbangannya. Tapi orang akan sentiasa nampak kesalahan yang amat kecil walaupun sebesar kuman. Jadi berhati2lah apabila berkata2. Itu tips pertama dan paling penting kena ingat taw :p

Kalau orang kata saya selalu tak puas hati dengan MPP, nah tulisan ini mungkin dipandang remeh oleh mereka. Saya tak pernah nak bermusuh dengan MPP. Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka sebab saya kagum dengan kebolehan mereka. Tapi kadang2 manusia kan mudah lupa dan tetap akan melakukan kesalahan. Saya takde niat langsung untuk bermusuhan dengan mereka Cuma saya tidak mahu mereka semakin asyik dengan keseronokan dunia. Saya mohon maaf kepada MPP yang pernah terasa dengan saya. Mungkin ia boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua pada masa akan datang dan dunia pekerjaan yang lebih mencabar.

Mungkin saya hanya pandai memberi ulasan dalam blog sedangkan saya tak pernah menjawat jawatan MPP pun . Pemerhati la katakan..mungkin saya tak layak untuk memegang jawatan tersebut seperti kalian, mungkin Allah rasa saya tak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana kalian yang pernah memimpin lebih layak. Saya tetap respek apa yang kalian dah pernah korbankan, pernah perjuangkan,saya tabik spring. Student lain mungkin tak nampak atau memperlekehkan kebolehan kalian tapi saya nampak dan saya puji dan saya salute kerana kalian telah berusaha bersungguh2 untuk kebajikan pelajar.

MPP UniSZA sesi baru ini, ada beberapa nama yang saya kenal dan pernah bergaduh2 manja sebelum ini. Tahniah kepada saudara Isa kerana sekali lagi memegang jawatan MT MPP UniSZA. Diharapkan pengalaman dahulu membantu saudara untuk membawa kebajikan pelajar ke satu era baru, membawa satu angin perubahan yang baik dan menenangkan sesegar angin bayu pantai tok jembal hehe. Teringin bekerja bersama saudara Isa sebab sebelum ni tak dapat lagi peluang bekerjasama.

Dan satu kebanggaan kepada warga Fakulti Informatik kerana selepas tiga generasi, akhirnya salah seorang warga FIT juga menjadi ahli MT MPP UniSZA. Semoga kebajikan pelajar FIT akan lebih terjaga dan mengenalkan fakulti kepada semua masyarakat UniSZA

Akhir kata, niatkan tugas yang sudah diamanahkan kerana Allah dan buktikan kepada pelajar2 yang telah mengundi anda, undi mereka tidak akan sia2. Menjadi MPP mungkin akan mengubah kita menjadi seorang manusia yang lebih baik atau………tepuk dada tanya iman.

Salam perjuangan !

Keputusan Pilihanraya Kampus UniSZA 2011.

Kawasan Umum
1) M. Marzuki b Zainal Adlan; 2166 undi
2) Mohamad Saiful Islam bin Abdul Razak; 1690 undi
3) Muhammad Redzuan b Zaaba; 881 undi
4) Nik Zawawi b Ismail; 2178 undi
5) M Izzudin b M Rosli; 1568 undi
6) Siti Hajar bte Borhan; 2005 undi
7) Nur Raihanah bte M Rozaili; 2197 undi
8) Muhammad Isa bin Mohamed Yusof; 2228 undi

Kawasan fakulti

FUHA;
1) Sri Mogana a/p Gopal; 78 undi
2) Dayana bte Cacho; 97 undi
3) M Fikri b Ariff; 99 undi

Peratusan keluar mengundi
FKI; 1241 orang (59.0%)
FPPP; 808 orang (63.1%)
FBK; 157 orang (53.8%)
FRIT; 160 orang (84.2%)
FIT; 172 orang (64.4%)
FUHA; 156 orang (72.6%)
FPSK; 225 orang (57.0%)
FPB; 195 orang (82.6%)
FTM; 90 orang (60.4%)

Peratusan keseluruhan; 3204 orang (62.5%). Peratusan ini menunjukkan peningkatan daripada pilihanraya kampus tahun lepas.

Jumlah kesuluruhan undi rosak; 179

Sumber : Pengkritik MPP UniSZA

p/s : rindu geng blogger dulu yang sokmo update dan cerita dalam blog masing2 tentang PRK seperti saudara Aizat, saudara Shaiham,saudara Asrul, saudari Nisa’. Seronok baca tulisan pendapat dan cadangan saudara Aizat , Mantan MPP 2007/2008,saudara Asrul, Mantan MPP 2008/2009 di sini :) Boleh baca juga blog tentang PRK oleh saudara Fahmi Raazali di sini

oh mungkin ini tulisan terakhir saya sebagai warga UniSZA tentang MPP. Sem depan dah habis belajar, tak boleh komen da..wuwu but still boleh memerhati dan berdoa yang terbaik untuk kalian dan seluruh warga UniSZA.




Monday, February 07, 2011

Resipi Marble Cheese Brownies


Hari ni saya rajin nak masak brownies dan menulis blog dan berkongsi resipi. Ahha rajinnya saya :p

Marble Cheese Brownies

Bahan untuk brownies
250 g butter
1 cawan koko
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor
½ cawan susu cair
1 ½ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

1. Butter dicairkan di dalam kuali atas api kecil je
2. Kemudian masukkan koko dan dikacau rata
3. Masukkan telur ke dalam adunan , pukul lagi
4. Kemudian masukkan gula castor, susu cair , tepung gandum dan bahan2 yang lain satu per Satu
5. Kacau sehingga adunan sebati
6. Tuang ke dalam Loyang dan tinggalkan sedikit sahaja adunan brownies untuk decoration bersama cheese
7. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celsius selama 20 minit atau tiga perempat masak

Bahan Untuk lapisan Cheese
250g cream cheese
1 cawan gula castor ( boleh kurangkan kalau tak mahu manis2)
1 biji telur

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4. Kemudian tuang ke atas brownies yang hampir masak tadi
5. Lorekkan macam bentuk marble
6. Bakar selama 15 minit lagi sampai warna keperangan sedikit

Saya dapat resipi ni dari sini. Selamat mencoba :D
Ahha maaflah rupanya tak berapa cantik tapi rasanya sedapppp …[angkat bakul sendiri]


Sunday, February 06, 2011

CONTEST BIRTHDAY RAINBOW CLOUDY

Da lama tak join contest, tapi tiba2 rasa nak join. Ini sume gara2 rakan sekelas membuat contest ini sempena hari jadinya. Saya panggil dia angah atau nama blogger nya Rainbow Cloudy. Dia ni memang rajin tulis blog suatu masa dulu sampai aku rasa tergugat :p. Entri ini dibuat juga sempena hadiah hari jadi untuk cik Rainbow sebab tak dapat nak bagi hadiah kan, tapi entah2 last2 dia yang bagi saya hadiah [ hihi] dan sebagai tanda sokongan saya sebagai seorang kawan. Oh saya rindu dia sebenarnya, nak dengar dia bercerita macam2...

ok mari lihat syarat2nya dahulu:

Syarat-syarat :

1) tajuk entry "CONTEST BIRTHDAY RAINBOW CLOUDY" [DONE]



2) letak header blog rainbow cloudy (dapatkan image header rainbow cloudy di sini) [DONE]

3) link ke entry contest (sini) [DONE]

4) komen positif tentang blog rainbow cloudy

- Komen positif Nye adalah seperti berikut..Bila buka je blog ni, aku terkezut . Wow ! Header baru..! Cantiknya..! Jeles i taw! cik Rainbow ni memang rajin edit gambar jadi cantik2. Gambar saya pon pernah dieditnya sampai i malu2 hihi. Gambar 'miss my classmates' yang saya paling terharu tengok sebab cantiknya gambar bila diedit. Hadiahnya pun adalah design banner. wahh pasti terharu saya lagi sebab pemalas dan tak de idea nak edit gambar sekarang

5) komen negatif atau sebarang kritikan untuk membangunkan lagi blog rainbow cloudy

- Aku memang pro bab2 kritikan ni, sampai pernah kena banned pon ada. kuikui. Tapi setelah dikaji2, ditolak ditambah, diprogram, dikoding, dibuat use case, di hack, tapi............tak jumpa pulak apa yang nak kritik. Benci taw :p tapi sebagai seorang pelajar yang sedang berpraktikal sebagai web designer [poyo], apa yang boleh saya komen adalah cuma......warna background kelabu tu kureng sesuai cket la..kalu buat warna putih mungkin lagi comel dan ada background color atau background image yang kecik2 tapi repeat untuk background utama. err..pahamkah? saya pon tak reti nak explain camne.eh, macam blog aku cantik sangat nak kritik2 orang ni T__T

6) nyatakan tarikh birthday

- Birthday saya adalah pada 20 July 1987. Ingat tak cik Rainbow????

7) ceritakan pengalaman manis atau pahit pada hari kelahiran atau apa-apa kenangan berkaitan hari lahir. secara ringkas dan menarik.

-Pengalaman manis ketika hari jadi saya adalah sambut bday dengan sahabat2 di UniSZA. Best bila ada orang ingat bday kita. Tapi takde lah mengharap sambutan besar2an kan. Tapi yang paling best adalah pada hari jadi saya yang ke-23. Bila tiba birthday saya di Terengganu, saya akan mengisytiharkan cuti umum sempena bday saya. Ceh tipu je ni. Setiap kali bday saya, rakyat Terengganu akan bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Bila hari cuti, saya dan rakan sekelas merancang untuk berkelah di La Hot Spring buat julung2 kalinya. Memang seronok berkelah time tu sebab dapat berenang2, berendam2 dalam kolam air panas dan air sejuk, makan2, masak2 sebelum pergi, bergambar dan posing macam2 gaya. Memang enjoylah, terasa ukhwah yang terjalin makin erat. Tapi sedihnya cik Rainbow tak dapat join atas sebab2 tertentu. Dan keesokkannya hari pula, ada orang bawa saya gi makan kat Waterfront.Yehhh :)



********************HADIAH*********************

jom layan hadiah dulu kay, bagi semangat sikit untuk join hihi.

terdapat dua kategori pemenang :

i) pemenang utama
ii) pemenang saguhati

bagi pemenang utama terdapat dua orang, akan menerima :

a) wang ringgit malaysia (jumlah dirahsiakan. suprise beb!)
b) design header blog daripada Cik Rainbow

****topup tersebut sekiranya pemenang tidak mahu, boleh ditukar kepada bank-in duit.

bagi pemenang saguhati pula akan mendapat design header sahaja daripada Cik Rainbow



*************TARIKH TUTUP************


7 februari 2011 atau sebelum 12:00am 8 Februari 2011



.


Thursday, February 03, 2011

Pearl Oriental, Bukit Jalil Golf and Country Resort : Happy Chinese New Year 2011


Tahun baru cina kali ni, rasa macam seronok nak menyambutnya sebab makin ramai rakan2 berbangsa cina


Sebelum Chinese new year, team Nexus Interactive Sdn Bhd pergi celebrate di Oriental Pearl, Bukit Jalil Golf and Country Resort. Chinese restaurant. Halal ke? Insyallah halal :)


First time makan makanan cina. Teruja dan takot. Teruja sebab saya memang suka cuba makanan2 baru kan, takut sebab takot tak boleh terima makanan2 tu

Kitorang, student intern je poyo2 pakai cantik2 pergi dinner. Orang lain sempoi aje. Hehe malu jugak berlebih2an siap pergi cari lagi baju merah semata2 untuk raya cina. Macam kita pulak yang beraya kan


Kita mulakan dengan yee sang. Menu wajib untuk CNY. Huwat laaa…maksudnya kaya..kaya..( kalau salah harap diperbetulkan) lepas tu kena gaul dengan tinggi2.. Yee sang ni sedap ok..walaupun bahan2 dia Cuma sayur je dan dicampur madu tapi memang sedap la..


Pastu shark fin soup with crab meat. Yummy..sedap jugak..tambah dua kali. Tak boleh tambah banyak2, takot tak cukup perut untuk makanan lain


Then udang masak merah kot ( suka hati aku je ubah nama jadi nama melayu) dan steamed patin atau dalam bahasa melayu nya ikan patin stim. Dua2 ni pun sangat sedap je , rasa nak makan banyak2 lagi..tapi ingat..kena simpan perut untuk makanan seterusnya.


Tauhu n mushroom..adeyh tak ingat nama penuhnya tapi memang terbaik la. Then nasi goreng itik. Cuma yang ni je kureng sedikit.


Untuk dessert dan kuih muih, pun sedap juga. Satu nama dia mochi, satu lagi tak taw..uwaaa..terlupa nak bawa menu balik.


Dan akhir sekali pencuci mulut, sweet longan. Segar rasanya selepas meminumnya


Balik, kenyang nya perut. Alhamdulillah dapat makan sedap hari ni. Tapi saudara seislam kta di sana sedang kelaparan. Doakan mereka semuanya selamat dan sentiasa dilindungi Allah



Happy Chinese new year to all Chinese all over the world ! happy Rabbit year, the year I was born :)


Google