Monday, February 28, 2011

Imelda Ahmad, Gadis Semasa Sunsilk, Fatiya Latif dan kenangan lama...


Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Masa tengah tengok satu video kat youtube, tiba2 keluar iklan gadis semasa sunsilk, Imelda Ahmad. Terus klik ke link tu dan keluarlah facebook fan page Gadis Semasa Sunsilk. Aku macam cerita apa ni? Bila baca description kat info “Drama realiti bermula 11 Januari setiap Selasa, 6 petang di TV3!”






Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Wah..da ada drama reality. Explore lagi fanpage tu, aku jumpa Episod Lalu. So yehh boleh tengok drama ni since aku takde tv kan kat rumah sewa T_T

Sekarang dah tengok dua episode sambil buat kerja. Best ke cerita ni? Best ! aku kan suka cite melayu bersiri macam ni. Macam dulu Impian Ilyana, suka tengok cite ringan2 macam tu.







Cerita ni pasal Melda Ahmad, seorang gadis biasa tapi ada bakat besar . Memang best Imelda nyanyi. Orang start kenal dia since dia upload lagu ciptaan dia sendiri, ‘Kimia’ dan ‘Putus’ kat myspace and youtube. Then Sunsilk nak buat satu program untuk jadikan beliau sorang Gadis Semasa Sunsilk di bawah tunjuk ajar Wardina Safiyyah, Ajai dan Bambang. Semua nama2 besar.




Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Tapi semua benda dalam cerita ni sangat familiar. First boutique tempat Imelda kerja part time sambil tolong cousin dia. Memang sangat familiar. I was like “ eh ni bukan Old Blossom ke” sebab sangat familiar design butik Old Blossom owned by Jezmine Blossom. Butik Old Blossom memang sangat cantik! I adore design dia , sweet sangat and I think I know where it is located after watch that drama :)




Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Then pelakon lelaki dia pun macam familiar. Yang karakter dia nama Sham, the guy yang kena cari Imelda untuk bos dia. Macam kenal je mamat ni. First name yang terlintas kat kepala ni adalah Zainal. Dah la macam hensem kan. And lepas godek2 dan tengok siapa pelakon dia, sah ada nama Zainal Fitri. Ok betul la orangnya.

OMG ! Ramai orang yang saya pernah kenal dah jadi artis / pelakon / penyanyi and most of them Shah Alam people ! agak bangga la sikit sebab pernah kenal. Dan macam boleh “ oh dulu satu sekolah dengan dia”. Eceh sekarang baru nak mengaku kenal dan kawan. T_T




Gambar dari Fatiya Facebook

Fatiya Latif, berlakon cerita Nur Kasih sebagai kawan Nur; Laila Asyikin sebagia Laila dan terbaru Hani yang tengah show kat tv 3 sekarang, hari selasa, pukul 9 malam. She used to be my good friend masa sekolah rendah dulu. Masa darjah 6, rapat jugak la dengan dia, pernah pergi rumah dia, buat kerja sekolah sama2. Tapi lepas dia pindah sekolah asrama penuh kat Teluk Intan since dapat 5 A dalam UPSR dah jadi tak rapat dengan dia. Aku simpan lagi surat dia pernah hantar kat aku masa dia sekolah asrama dulu. Lawak je baca. Then sekolah menengah satu sekolah lagi dengan dia lpas dia keluar dari asrama lepas PMR and pernah sekelas dengan dia masa form 4 sekejap tapi dia pindah kelas lagi.




Gambar dari Gadis Semasa Sunsilk

Melda Ahmad pun pernah berkawan dengan dia. Masa tu aku form 6 and dia form 4. Masa sekolah dulu, dia memang penyanyi paling best kat sekolah. Selalu buat persembahan bila ada aktiviti kat sekolah. Satu kelab kebudayaan dengan dia kot sebab pernah hantar dia pergi menari buat persembahan di Muzium Shah Alam and pernah sama2 celebrate birthday adik angkat aku kat McD.



Photobucket
Melda Ahmad pernah pergi audition Gang Starz dengan kawan2 sekolah dia dulu :)





Zainal Fitri tu kenal gitu2 je, kawan sekolah rendah je hehe

Ramainya dah jadi orang terkenal




Gambar dari Hanis Zalikha's blog

Oh Hanis Zalikha yang sangat cantik juga satu sekolah dengan saya tapi tak sempat pun jumpa dia sebab saya da habis sekolah tapi dia satu batch dengan adik saya. tapi saya suka sangat baca blog dia dan famili dia :) blog Hanis Zalikha

Ahha macam poyo gila je buat entri ni. Konon aku kenal orang2 famous. Tak taw la mereka kenal ke tak aku lagi, cuma terkenang kawan2 lama yang semakin berjaya dalam bidang masing2 , aku tumpang gembira sekali atas kejayaan mereka.

Aku.... bila nak berjaya entah T_T


9 comments:

The Bee And The White Roses said...

Seronok tgk org glamer2 nih kan cun je..tapi yg penting, humble..=)

haziQah said...

hehe betul2 ske tgk cuma x mmpu jd :p

Anonymous said...

bagi aku diorg yg berlakon citer tu terutamanya emelda tu poyo jer..tak besh pon lg die..eh budak pompuan berlakon citer hani tu pernah ke SBP ke kat telok intan..eh semesti tu..sekolah aku dulu tu..xpenah tgk pon muka die..perhh wat malu sekolah jer jadi pelakon..kalo jd doktor perubatan or jurutera to br gempak

haziQah said...

hye anonymous
sian kamu..kamu search 'poyo emelda ahmad' kat google ek :p
xpe la kalu x best awk x yah la tgk taw, tuka je channel lain, so x sakit hati

yep semesti kat tluk intan
xpnh nmpk ke? mngkin dia hnya gadis biasa je dulu n skng da jd gadis semasa mngkin ;)
fatiya akan jd lawyer satu hri nt, dun wory. she's pretty with brain :)
kalu x, xde la pnh msuk semesti kn :)

The Bee And The White Roses said...

Ape lak nak kutuk2 orang nih? Setiap manusia itu ada kekurangan dan kita juga tidak terkecuali. Masalah diaorang poyo atau tidak, itu bukan kerja kita nak menilai. Kita sendiri juga masih punya cacat cela sendiri. Kurang2 la budaya mengumpat orang. Allah itu kan Maha Adil. Kalau tak suka, diam sudahlah. Jgn mengata. Menmabh dosa pulak..=(

(Teguran untuk diri sendiri)

Fahmi Raazali said...

huhu,xminat tgk cerita melayu... :-)
tema cerita biasanya lebih kurang jek... kadang2 boleh agak jalan cerita...

lagipun sekarang ni jarang-jarang tgk tv... :-D

End Wan said...

kenape emelda yang jadi gades semasa?
kenape tidak saya? heheh.. T_T

c.i.k.a.m.i.e.a said...

rezeki tuhan kasi.. takkan nak tolak.. haha.. suck with anon.. btw, semua satu sekolah dengan haziqah ea?? hehe.. great2!i get inspired by aku adalah aku.. bila lagi la mira nak established... hohoho..

cik azeya said...

minat melda, :)

Google