Tuesday, February 22, 2011

Pilihanraya Kampus UniSZA 2011 : Satu paradigma baru dalam suara mahasiswa

Pilihanraya kampus menjelang lagi. Tapi saya masih tidak mendapat peluang mengundi. Sebelum ini, pergi melancong bersama keluarga ke Sabah taktala orang lain mengundi pemimpin mereka. Tapi kali ini pula, menjalani latihan industri untuk semester terakhir saya di sebuah syarikat meng’design’ website di Puchong.

Mendengar dan membaca khabar2 tentang pilhanraya dari teman2 sekampus memang mengujakan minda dan perasaan. Alangkah seronoknya dapat berjuang bersama2 mereka, merasai kemeriahan pilihanraya dengan semangat pejuang2 muda yang semakin berani bersuara. Satu perkembangan yang sangat baik atau mungkin boleh dikatakan reformasi? :p

Saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli MPP UniSZA yang baru. Satu pertandingan yang sihat walaupun beberapa kontroversi tetap timbul sejak dari penamaan calon lagi di mana berlaku bantah membantah. Kadang2 saya rasa bantah membantah itu seperti penakut, untuk mengelakkan calon masuk bertanding walaupun kesalahan dalam borang amat lah kecil. Tapi nak wat camne kan, mungkin suatu pengajaran di masa akan datang.

Yang menang, bermakna satu tanggungjawab besar sudah terpikul di bahu saudara dan saudari sekalian. Tinggal amanah hendaklah dijalankan sebaik mungkin.

Orang kata jadi MPP ni sekadar mencari populariti, melancong,peroleh banyak elaun dan pandai bercakap je. Jadi , saya berharap sangat MPP tahun ini dapat mengubah tanggapan para pelajar dengan mendengar rintihan pelajar tanpa dibalas kata2 sinis, menenangkan pelajar2 yang menghadapi masalah tanpa menambah beban mereka dan mencari solusi terbaik untuk kesejahteraan semua pelajar.

Dan yang paling penting, informkan apa yang kalian sudah buat , pencapaian kalian walaupun sedikit sahaja, feedback dari orang atas atau mana2 pihak tentang sesuatu isu . Nak medium untuk inform status2 isu digalakkan melalui Facebook walaupun internet lambat macam siput tapi ramai lebih cakna apabila post di Facebook. Pengumuman sangat penting tentang isu2 berbangkit supaya pelajar tak bising yang kononnya kalian tak buat kerja sedangkan kalian telah mencuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.

Ye betul “ it’s easier to say than done” dan memang bukan mudah membalas api dengan air tapi tiada yang mustahil kan. Menjadi MPP bukan mudah dan sebab itu bukan semua yang layak memikul jawatan tersebut. Orang tak kan nampak apa kebaikan yang kita da buat walaupun besar sumbangannya. Tapi orang akan sentiasa nampak kesalahan yang amat kecil walaupun sebesar kuman. Jadi berhati2lah apabila berkata2. Itu tips pertama dan paling penting kena ingat taw :p

Kalau orang kata saya selalu tak puas hati dengan MPP, nah tulisan ini mungkin dipandang remeh oleh mereka. Saya tak pernah nak bermusuh dengan MPP. Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka sebab saya kagum dengan kebolehan mereka. Tapi kadang2 manusia kan mudah lupa dan tetap akan melakukan kesalahan. Saya takde niat langsung untuk bermusuhan dengan mereka Cuma saya tidak mahu mereka semakin asyik dengan keseronokan dunia. Saya mohon maaf kepada MPP yang pernah terasa dengan saya. Mungkin ia boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua pada masa akan datang dan dunia pekerjaan yang lebih mencabar.

Mungkin saya hanya pandai memberi ulasan dalam blog sedangkan saya tak pernah menjawat jawatan MPP pun . Pemerhati la katakan..mungkin saya tak layak untuk memegang jawatan tersebut seperti kalian, mungkin Allah rasa saya tak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana kalian yang pernah memimpin lebih layak. Saya tetap respek apa yang kalian dah pernah korbankan, pernah perjuangkan,saya tabik spring. Student lain mungkin tak nampak atau memperlekehkan kebolehan kalian tapi saya nampak dan saya puji dan saya salute kerana kalian telah berusaha bersungguh2 untuk kebajikan pelajar.

MPP UniSZA sesi baru ini, ada beberapa nama yang saya kenal dan pernah bergaduh2 manja sebelum ini. Tahniah kepada saudara Isa kerana sekali lagi memegang jawatan MT MPP UniSZA. Diharapkan pengalaman dahulu membantu saudara untuk membawa kebajikan pelajar ke satu era baru, membawa satu angin perubahan yang baik dan menenangkan sesegar angin bayu pantai tok jembal hehe. Teringin bekerja bersama saudara Isa sebab sebelum ni tak dapat lagi peluang bekerjasama.

Dan satu kebanggaan kepada warga Fakulti Informatik kerana selepas tiga generasi, akhirnya salah seorang warga FIT juga menjadi ahli MT MPP UniSZA. Semoga kebajikan pelajar FIT akan lebih terjaga dan mengenalkan fakulti kepada semua masyarakat UniSZA

Akhir kata, niatkan tugas yang sudah diamanahkan kerana Allah dan buktikan kepada pelajar2 yang telah mengundi anda, undi mereka tidak akan sia2. Menjadi MPP mungkin akan mengubah kita menjadi seorang manusia yang lebih baik atau………tepuk dada tanya iman.

Salam perjuangan !

Keputusan Pilihanraya Kampus UniSZA 2011.

Kawasan Umum
1) M. Marzuki b Zainal Adlan; 2166 undi
2) Mohamad Saiful Islam bin Abdul Razak; 1690 undi
3) Muhammad Redzuan b Zaaba; 881 undi
4) Nik Zawawi b Ismail; 2178 undi
5) M Izzudin b M Rosli; 1568 undi
6) Siti Hajar bte Borhan; 2005 undi
7) Nur Raihanah bte M Rozaili; 2197 undi
8) Muhammad Isa bin Mohamed Yusof; 2228 undi

Kawasan fakulti

FUHA;
1) Sri Mogana a/p Gopal; 78 undi
2) Dayana bte Cacho; 97 undi
3) M Fikri b Ariff; 99 undi

Peratusan keluar mengundi
FKI; 1241 orang (59.0%)
FPPP; 808 orang (63.1%)
FBK; 157 orang (53.8%)
FRIT; 160 orang (84.2%)
FIT; 172 orang (64.4%)
FUHA; 156 orang (72.6%)
FPSK; 225 orang (57.0%)
FPB; 195 orang (82.6%)
FTM; 90 orang (60.4%)

Peratusan keseluruhan; 3204 orang (62.5%). Peratusan ini menunjukkan peningkatan daripada pilihanraya kampus tahun lepas.

Jumlah kesuluruhan undi rosak; 179

Sumber : Pengkritik MPP UniSZA

p/s : rindu geng blogger dulu yang sokmo update dan cerita dalam blog masing2 tentang PRK seperti saudara Aizat, saudara Shaiham,saudara Asrul, saudari Nisa’. Seronok baca tulisan pendapat dan cadangan saudara Aizat , Mantan MPP 2007/2008,saudara Asrul, Mantan MPP 2008/2009 di sini :) Boleh baca juga blog tentang PRK oleh saudara Fahmi Raazali di sini

oh mungkin ini tulisan terakhir saya sebagai warga UniSZA tentang MPP. Sem depan dah habis belajar, tak boleh komen da..wuwu but still boleh memerhati dan berdoa yang terbaik untuk kalian dan seluruh warga UniSZA.




2 comments:

Faris said...

isa yang main basket dgn aizat jadi mpp balik ke?

haziQah said...

yep ;)

Google