Saturday, May 30, 2009

big apple donut yang tiada di Kuala Terengganu


dari kiri dan atas : whitnut,chococino,pink twister,
dancing queen,marble duke, choreo

sampai je SACC, nampak orang bawa plastik big apple.masuk je SACC nampak orang bawa plastik big apple lagi.keluar dari SACC pun nampak orang bawa plastik big apple LAGI !

tak boleh jadi ni.lagipun memang sudah merancang sejak sebelum cuti lagi untuk memakan donut kesukaan manusia masa kini, BIG APPLE!

ceh, apa yang sedap sangat donut big apple ni sampai orang semua teruja nak makan.sini sana orang bercerita sedapnya donut big apple.buka blog ini orang itu bercerita sedapnya donut big apple.sampai ada seorang itu yang maknya di terengganu juga sudah ketagih memakan donut big apple.


tapi maaf ya di Kuala Terengganu tidak terdapat Big Apple, kalau nak makan atau sudah gian sangat sila turun ke Mesra Mall, Kemaman yang mengambil masa 3 jam dari bandaraya pesisiran pantai Kuala Terengganu.hek apa je ada kat KT tu

adakah donut big apple ini sesedap dan selembut donut yang dijual di bazar ramadhan UDM tahun lepas?adakah donut big apple ini sebesar epal yang besar atau hanya sesedap dunkin donut sahaja yang agak keras tu?


belum cuba belum tahu..mari kita mencuba ! selagi boleh cuba dan halal dimakan maka harus dimakan.tapi makan biarlah berpada-pada dan makanlah sebelum kenyang.jangan makan nasi lemak lepas tu makan 3 biji donut big apple sampai termuntah sudah <-- ini kisah benar.ada orang itu sudah serik dan fobia makan donut big apple haha

masuk ke kedai big apple di SACC sedikt kebingungan.macam mana mahu order.malu betul tak tahu macam mana nak order.terus ke kaunter pembayaran.rupa-rupanya pemilihan donut bermula dari tempat yang tertulis 'in' dan berakhir di kaunter pembayaran.aisy mana lah aku perasan.malu gila sebab bertembung dengan orang yang sedang memilih donut dari arah yang bertentangan.belajar melalui kesilapan


buat pengetahuan mereka yang sudah tahu,atau yang belum tahu atau yang buat-buat tahu atau yang tak nak tahu pun,tak kira lah aku nak bagi tahu jugak.harga sebiji donut adalah RM 2.20.tapi kalau beli 6 biji donut boleh dapat RM 11.50 makanya harga sebiji donut adalah RM 1.91666666666. sila bundarkan kepada RM yang terdekat.lagi banyak anda beli , lagi murah lah

sekarang kita bercerita pula tentang kelazatan donut big apple.lazat sangat ke sampai tak tidur malam teringat donut big apple?lazat sangat ke sampai terbawa-bawa mimpi? lazat sangat ke sampai teringat donut big apple lebih daripada kekasih sendiri? jawapannya MEMANG LAZAT!


sebab apa lazat ni..sebabnya..donut big apple sememangnya lembut tak boleh dinafikan lagi.kemudian terdapat pelbagai perisa yang ditawarkan yang bakal membuatkan anda rambang mata nak pilih, cuba dan makan donut yang mana satu nak masuk perut.lebih rambang mata dan boleh terus jadi mata keranjang memilih donut big apple berbanding dengan memilih kain di Jakel.dengan pelbagai perisa dan warna lagi-lagi warna merah jambu ,semua orang pasti teruja nak mencubanya ( cuma masih tidak boleh menerima apa-apa yang berkaitan dengan durian apabila menjadi perisa apa-apa makanan.oh pleasee...) .topping dia pula bukan sekadar topping malah sesetengah jenis perisa terdapat juga perisa yang tersirat dalamnya.maka menambah lagi keterujaan peminat donut nak memakannya sampai toppingnya yang sungguh cair tapi pekat ( bagaimanakah itu? sila cuba sendiri ), boleh membuat anda comot jika makan seperti kanak-kanak macam saya.

selain itu,walaupun kedai big apple di SACC ini kecil sahaja, anda masih boleh lepak di situ sambil membawa laptop untuk online.tidak perlu password.jadi boleh menikmati donut yang lembut, enak, berkrim dan disukai ramai sambil mengonlinekan diri sambil bergosip, update antivirus kaspersky yang sudah lama tidak update,melihat blog orang lain atau friendster bekas kekasih pakwe anda

sudah teruja dan telain air liur? silalah ke mana-mana kedai donut epal besar yang terdekat !

nilai usahawan : inovasi terhadap sesuatu produk yang sudah ada dan menambahbaik produk tersebut dengan menjadikan ia lain daripada yang lain


Wednesday, May 27, 2009

mata kanan kedip-kedip

setiap tahun, hanya dua hari jadi yang bisa disambut oleh aku bersama kawan-kawan ku di shah alam.sebab masa 2 orang punye birtday itu lah kami sedang bercuti.birthday yang lain tak boleh disambut bersama-sama sebab masing-masing sedang sibuk belajar di universiti masing-masing.dan pada hari itu jugalah kami dapat berkumpul bersama-sama, bergelak ketawa, bertukar cerita

semalam birthday kawan baik saya, izatun zaid.tahun lepas disambut di TGI Fridays , one utama tapi tahun ini di kedai kopi 2 shah alam sahaja.tapi sambutannya tetap meriah walaupun takda kek hehe.tak pe..eton semalam sudah diberi makan kek oleh teman lelakinya yang telah membuat kejutan hari jadinya di bora asmara.romantik sungguh.jeles i haha


sebelum tu telah ke rumah izatun atau lebih dikenali senagai eton.mahu melihat anak buah pertamanya.wah sungguh comel seperti auntie nye juga.tidak melepaskan peluang bermesra dengan si comel yang tak takut orang.boleh culik bawa balik ni


kemudian terus menuju ke kedai kopi 2 shah alam.kedai kopi ni sebenarnya ada 2 cawangan.satu yang terletak berdekatan dengan masjid.yang kedua pun terletak berdekatan masjid shah alam.aik? memang dua-dua sebelah masjid.senang nak pergi solat setelah melepak.ye ke?tapi yang kedua boleh dikatakan sebaris dengan muzium dan perpustakaan negeri.kami lebih suka ke kedai kopi 2 kerana sedikt tertutup dan berbumbung


kegemaran aku semestinya makanan barat sebab kalau makanan malaysia kan senang didapati di mana-mana.maksud saya, makanan malaysia, bahannya senang didapati jadi boleh masak sendiri dan lebih sedap makan di rumah.tapi masakan barat boleh jugak masak sendiri tapi bahan tiada di rumah makanya makanlah di kedai.kali ini aku order chicken picatta, dada ayam dia letak cheese dan sos kemudian bawah dia ada sedikit pasta


bersama birthday girl yg semakin cantik manis

borak-borak, gelak-gelak, gosip-gosip, tungu punya tunggu, ernie tak sampai lagi.pukul 6.30pm baru sampai.isy2..dia kata nak bawa kawan.aku tanya kawan ke pakwe? dia kata kawan..dalam hati..kawan sekolah dia kot dia nak bawa..tunggu aje lah


bila ernie sampai, aku sedikit termenjerit.sebab belakang dia ada hantu.eh tak.. mana ada hantu siang-siang..ada kawan baik lama saya , NorFatin Amira di belakangnya! dia baru pulang dari Ulu Selangor.er..maksud saya..USA. heh punya lah terkejut sebab baru tanya dengan dia bila nak balik malaysia sebab sudah lama tidak berjumpa.tengok-tengok dia sudah ada di depan mata saya.nasib baik tak bawa H1N1 haha punya lah teruja sampai dia tak tahu nak makan apa dan kami pula terus tak melepaskan peluang bergambar.setting timing guna camera dia amik gambar kami berlima.patutlah mata kanan aku berkedip-kedip.tak sangka pula akan bertemu dengan kawan yang sungguh lama ingin berjumpa


tak sempat sangat berbual-bual dan menemuduga fatin dan ernie kerana harus pulang.itulah mementingkan bergambar daripada berbual-bual.padan muka .ya, aku harus pulang bila jam menunjukkan pukul 7pm kalau tidak akan bertukar seperti cerita cinderella bila jam pukul 12am.tipu lagi. kena balik sebelum kul 7pm la kalau tidak akan dimarahi emak.anak dara tak elok keluar maghrib2.isy2

sebelum balik harus membayar makanan yang telah dimakan.oh boleh pula terlupa membayar.bila mahu mengampil dompet untuk membayar , aik mana dompet? oh tidak bawa rupanya.dan telah memandu secara haram kerana tiada lesen .duit untuk membayar makanan terpaksa dipinjam daripada birthday girl.malu ! malu ! sepatutnya birthday girl yang harus dibelanja oleh saya , ini sudah terbalik

sungguh seronok berjumpa girlfriends dan bergambar bersama-sama mereka.lain perasaannya dan lebih seronok berbanding berjumpa boyfriend.haha mana ada boyfriend


Sunday, May 24, 2009

Jakel : Syurga kain

puasa pun belum lagi, raya pun belum lagi.tapi sudah bershopping sakan membeli-belah kain pasang.isy2 biasa lah perempuan kan pantang diajak bershopping

apa salahnya buat persiapan awal .sekarang ni, awal-awal lagi tukang jahit akan menutup tempahan menjahit baju jika tempahan yang dibuat sudah tidak mampu disiapkan sebelum raya.jadi untuk mengelakkan kain pasang untuk dibuat baju raya ditolak oleh tukang jahit, baik kita menempah awal-awal bukan.nanti tidak lah menjadi tidak keruan bila raya menjelma nanti dek tiada baju raya

sekarang ni boleh kata baju yang sudah siap dijahit senang didapati dan dijual di mana-mana.tapi kalau di Terengganu agak susah kita hendak mencari baju tradisional yang sudah siap dijahit sebab rata-rata masyarakat Terengganu menjahit pakaian sendiri atau menghantarnya ke tukang jahit.kalau ada pun, ada lah satu atau dua kedai sahaja yang menyediakan baju yang sudah siap seperti di bandar Kuala Terengganu iaitu kedai Baju Tradisional Melayu (BTM).aku sudah hampir trauma sejak kejadian raya 2007 kerana tidak sempat mencari baju raya kerana sibuk dengan kuliah dan balik raya pun bila dekat-dekat raya.akhirnya hanya sempat beli baju raya di kedai BTM itu lah

ini kali pertama menjejak kaki ke Jakel, kedai kain yang paling terkenal di kalangan warga Kuala Lumpur dan Segamat.pernah dengar tak? ke tak pernah dengar? kalau tak pernah dengar , mari lah datang membeli-belah kain pelbagai jenis, corak, warna dan harga.rambang mata dibuatnya.sampai tak tahu nak pilih mana satu.bila berkenan di hati, mahal pulak harganya.hoho payah juga sebenarnya nak pilih kain tahu.lagi susah dari nak pilih ikan.pilih keropok lekor lagi senang.


kedai Jakel ini terletak di jalan Masjid India yang sentiasa sibuk dan ramai orang.masuk-masuk je kedai Jakel itu sedikit culture shock.sebabnya..ramai sungguh pekerja dia, boleh kata setiap lorong ada pekerja.rasa nak pengsan tengok sebab ramai dan sesak sungguh.tapi bagusnya pekerjanya semua peramah dan mudah mesra.kita pun senang dengan mereka.dari tingkat bawah kami mencuci mata dahulu sampailah ke tingkat atas sekali.

hipotesis : semakin tinggi tingkat yang dinaiki, semakin mahal juga harganya.
hipotesis diterima :p

menarik di Jakel :


#pekerja yang ramai memang sangat-sangat diperlukan.boleh kata setiap pelanggan mempunyai seorang pekerja untuk dilayan.jadi memang patutlah ramai pekerja yang perlu digaji untuk melayan pelanggan


#setiap pekerja pula sangat mesra dan pandai berkomunikasi.sampai aku terfikir, kalau nak kerja di sini kena interview dulu ke untuk lihat pandai berkomunikasi kah, pandai memaniskan muka kah


#sangat respek dengan pekerja di situ sebab tak pernah memasamkan muka melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam.lagi-lagi karenah kami lagi lah pening dilayannya.dari tingkat satu sampai tingkat atas sekali, kami berpusing-pusing tapi tak beli pun.akhirnya turun ke tingkat dua baru lah pilih kain hehe


#tauke kedai pun turun padang dan melayan pelanggan dengan ramah sekali.ulang-alik sini sana untuk memastikan semua pelanggan dilayan sebaiknya


#baru belajar bermacam-macam jenis kain.corak abstrak dan bunga-bunga.washable dan dry cleaning.viscose, chiffon, jojet,satin,italian dan macam-macam lagi sampai tak sempat nak hafal (padahal memang tak nak ingat )

#suka tengok kain-kain untuk dibuat baju pengantin.rasa tidak sabar untuk kahwin membuak-buak oleh kerana cantik betul kain baju pengantin itu haha

#isteri tauke Jakel, Puan Farah sangat cantik.suka tengok dia jugak


#oleh kerana kami ada bau-bau bacang dengan tauke Jakel, dapatlah sedikit potongan dan harga istimewa .tapi tu pun tak banyak sangat potongan nya ;)


#ramai betul orang yang datang membeli-belah.tak putus-putus.mesti masyuk gila ah..rasa nak berkenalan je dengan anak Jakel ke, adik Jakel ke,boleh dapat kain free pulak agagaga

#selain mempunyai kedai kain sendiri, Jakel juga mempunyai rangkaian kedai tudung yang cantik, Ariani yang terletak berhadapan Jakel sahaja


#harga kain di Jakel ada yang murah dan ada yang mencecah beratus-ratus kot.paling tinggi yang aku ingat ada RM900 semeter waaahh...!

#owh Jakel adalah milik bumiputera 100%.jadi marilah kita menyokong usahawan Melayu kita!


hari ni birthday bos kesayangan kami, YDP KKU , Shazafudin Suhaimi
seorang yang sangat tegas bila buat kerja sampai kami takut untuk main-main bila buat kerja dan kami cuba untuk buat kerja sebaik mungkin.selamat hari lahir sahabat ! semoga lebih sukses dunia dan akhirat ! dan semoga dapat bersabar dengan karenah kami sepanjang bekerja bersama-sama.maaflah tak dapat nak belanja ayam goreng sempena hari jadi ini hoho
selamat hari jadi ! ikhlas daripada warga kerja KKU 2009 ;)
*semoga ukhwah yang dibina antara kita semua terus mekar dan majulah KKU ! :D*

mood : cepatlah balik dari ulu sepri ;(


Thursday, May 21, 2009

teman sekolah saya yang gorgeous

jalan-jalan di kompleks membeli-belah, kalau boleh aku lebih suka untuk tidak berjumpa dengan orang-orang yang dikenali terutamanya teman-teman sekolah dahulu kala.sebabnya kadang-kadang aku ni yang terlalu sempoi, pakai je hape pun asalkan menutup aurat kot tapi masih comot.jadi bila terjumpa dengan teman-teman sepersekolahan dulu terus menjadi amat segan sampai terpaksa masuk dalam cangkerang seperti kura-kura pintar ( aik?) dibandingkan mereka-mereka yang semakin bergaya


masa tingkatan 4, antara kelas yang semangat cantikkan kelas sempena hari kemerdekaan.tengoklah kelas sudah bertukar menjadi tadika

cara aku, kalau setakat pergi ke shah alam mall yang aku anggap seperti ke kedai runcit, perlu ke nak berhias seperti ke majlis makan malam.cukuplah sekadar menyapu bedak muka baby johnson dan secalit pelembap bibir.shah alam mall je..bukan KLCC atau mid valley hek .lagi-lagian kalau pergi secara tergesa-gesa hendak mencari sesuatu yang penting seperti barang dapur, lagilah aku turun seperti membeli ais di kafe pok din je


si comot dan mereka yang cantik

teman sepersekolahan aku terutamanya di SMKS9 Shah Alam berasal daripada keluarga-keluarga yang elit.mereka semua cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.semua muka-muka komersial.kalau nak bandingkan dengan yang aku muka kampung sahaja., 'bagai langit dan bumi', bagai aur dengan tebing..eh salah..salah..


muka yang tak kan pernah berubah sampai bila-bila kot

di sekolah, aku boleh lah dikatakan antara pelajar yang bolehlah pintar kadar-kadar 0.001% albert einstein atau mungkin rendah lagi kot daripada tu.tapi di sekolah ini perbezaan taraf antara pelajar bukan dilihat dari sudut kepintaran ke, sudut kerohanian ke atau sudut kebolehdebatannya.tapi dilihat dari sudut kecantikan dan kepopularannya.ada pula yang menggelarkan mereka dengan nama-nama kumpulan yang bermacam-macam.boleh kata kalau kau pernah tengok movie seperti mean girls atau apa-apa cerita omputih yang lain pasal budak-budak sekolah, macam tu gak la sekolah aku kot.cuma mungkin tak segedik dan sekejam cerita mean girl la.yang pasti aku bukan la manusia yang terletak dalam kategori-kategori ini tapi yang pasti juga aku selalu berkawan dengan mereka-mereka ini.pelik juga ya? nampak sangat nak tumpang glamour.tak malu betul

bila da habis SPM masing-masing dengan haluan masing-masing.tapi di sini lah kita boleh lihat yang mana satukah sebenarnya kawan-kawan kita semasa di sekolah dahulu


teman sampai mati.masa konvokesyen.eh sekolah pun ada konvo taw.kenapa Universiti tak ada lagi ni..OOPS!

kawan-kawan yang aku masih berkawan atau boleh kata kamcing la dan boleh diajak melepak bersama hanya ada 4 orang sahaja, eton, dyra, ernie dan wa.yang lain seperti yang aku katakan di atas , aku amat segan nak jumpa dengan mereka

kenapa segan? tak de hidung ke? ke jerawat tumbuh seluruh muka sampai jadi si mawas?apa kena mengena pulak dengan si mawas ni

aku segan dengan mereka sebab mereka semakin cantik, semakin matang, semakin bergaya, semakin dewasa.aku pulak, masih macam budak-budak sekolah yang berhingus.sampai semasa reunion yang diadakan sebelum aku menjejakkan kaki ke UDM, seorang kawan ku berkata "ko ni dari sekolah dulu sampai sekarang sama je"


bersama exchange student dari jepun.apsal muka aku cam takut sangat hah?

"jadilah macam diorang"
lebih baik jadi diri sendiri kan, walaupun sebenarnya lebih baik membaiki diri supaya menjadi lebih baik.teringin jugak mahu bergaya cantik seperti mereka tapi aku bukan berasal dari golongan elit-elit, bukan juga diberi wang saku membeli belah setiap bulan, alamatnya baju aku yang boleh kata cantik dan sesuai untuk dibuat berjalan-jalan tak banyak pun.malu juga bila melepak, akan kerap bertukar baju yang sama.see da malu ni


gambar kesukaan aku sebabnya aku nampak sangat kurus di sini..kan..kan?

tapi aku suka melihat perkembangan mereka di laman-laman sosial maya seperti kawanster ( sila baca friendster ), ruang saya ( sila baca myspace ) dan muka buku ( sila baca facebook ).hanya di situ saje la aku sedikit berani dan kurang segan bertegur sapa dengan mereka.ada yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata pertama ( aduh heavennya), ada yang menjadi model iklan dan baju,pelakon,penyanyi yang masuk program realiti tv, ada yang belajar di seberang laut dan ada yang sudah bekerja. seronok sangat melihat mereka bergembira dan bersosial di laman-laman tersebut.aku selalunya lebih senang menjadi pemerhati yang senyap

tapi di UDM, bagi aku tiada perbezaan taraf seperti yang dinyatakan di atas membuat aku senang dengan segenap lapisan masyarakat di UDM

p/s: cubaan mengedit gambar menggunakan photoscape.cantik juga kan

mood : ulu sepri, n9


Tuesday, May 19, 2009

saya rindu..


saya rindu masa-masa di UDM.

saya rindu teman sebilik saya, kak qish yang comel lagi kiut


saya rindu kak zaty yang kuat berangan dan suka menyanyi

saya rindu safwah yang cumel bila tersenyum

saya rindu makcik ejah yang gedik


saya rindu maj yang semangat bertaekwondo

saya rindu nak menggedik dengan eda

saya rindu ayam goreng kak nik yang lagi sedap dari ayam goreng danish

saya rindu nak lepak di cafe baru sambil menonton tv baru dan buat assignment atau baca nota

saya rindu nak tengok banner yang keluar bila ada program

saya rindu teman-teman sekelas saya yang bermacam-macam perangai

saya rindu hendak bersiap-siap ke kelas dengan tergopoh-gapah

saya rindu nak pilih baju ke kelas

saya rindu nak online bersama laptop kesayangan di bilik asrama

saya rindu nak online di perpustakaan

saya rindu pok wan kopitiam dan NR Cafe walaupun kat situ ramai sangat budak UDM dan ramai orang dating sampai saya lemas :p


saya rindu baby, kucing pertama yang saya sayang dan suka


saya rindu nak tidur dengan baby yang tidur kat selimut saya

saya rindu nak tengok baby sokmo jilat-jilat bersihkan diri dia

saya rindu bilik JW 302

saya rindu program-program yang diadakan di UDM

saya rindu surau asrama baru dan surau khansa' yang perempuan tak boleh masuk da

saya rindu nak pergi pasar malam selasa dan khamis dan beli ayam goreng yang sedap

saya rindu nasi kerabu

saya rindu nak tengok kereta kat blok B asrama baru.aik?

saya rindu sampai demam , sakit tekak, selsema, sakit kepala.eh itu bukan simptom-simptom ...? nauuzubillah

saya rindu laaaa..!!!!


Friday, May 15, 2009

semua orang sibuk berpraktikal, aku?

kalau tidak merancang apa-apa aktiviti dalam hidup pasti akan menjadi sangat bosan dan mungkin boleh terkena penyakit bosan.cuba bagi sikit apa aktiviti yang boleh hilangkan bosan?

"cari lah kerja"
nah..kalau lah aku dibenarkan kerja , dah lama pergi kerja dah.ini diharamkan bekerja (semasa sedang belajar sahaja).sungguh kejelesan amat tahap super saiya bila tengok orang yang berpraktikal bukan main seronok bekerja.oh silap..bukan tengok..dengar dan baca..jeles2..at least they have something to do, dapat pengalaman lagi walaupun tidak dapat elaun, dan tidak kebosanan seperti aku

"pergilah berjalan-jalan"
oh sesedap rasa je suruh pergi berjalan-jalan2 ye..meh bagi elaun berjalan kat aku.tak pun bagi elaun bershopping.pasti hajat untuk berjalan-jalan sudah lama ditunaikan.adoi..sakitnya jiwa.jiwa ini memberontak hendak pergi membeli-belah.dah lama nafsu membeli-belah ini dikawal.sebab duit membeli-belah tidak dapat ditunaikan oleh abah buat masa ini T_T kau tanya perempuan mana tak suka pergi shopping.eh pasti ada lah bukan.tapi golongan itu hanya minoriti.sakit jiwa dan nafsu shopping lagi bila tengok blog-blog yang menjual baju, seluar, tudung secara online.rasa mahu grab semua tapi apa kan daya..

"tak lepak bersama kawan ke?"
adeyh..saya mahu melepak bersama kawan2 tercinta saya tapi mood untuk melepak masih tiada ditambah lagi dengan duit dari langit tak turun lagi.lepas ni buat solat Dhuha setiap pagi,insyaAllah rezeki akan datang bergolek-golek amin...

jadi apa kau buat cuti ini Haziqah oiii..?!!!

apa aku buat ye?pagi..lepas subuh tidur semula, memang rezeki lari betul.bangun semula pukul 9am ++ .malu la pulak bangun terlambat ini dengan mak .mak membebel-bebel bangun lambat.sudah set jam dalam otak mahu bangun pukul 7.30am.ceh konon kejap je la tidur tu.tapi kerana mimpi selepas subuh punya la syok mana la nak bangun.isy2

kemudian sarapan pagi bersama emak dan adik lelaki.lepas tu online.blog, friendster, facebook apa lagi yang boleh di online semua aku buka dalam satu windows sahaja

kemudian pergi memasak nasi dan sayur sahaja.aik tak kan nak diet sangat sampai makan nasi dengan sayur sahaja? bukan..bertenang2..itu saya yang masak..emak memasak lauk2 yang lain, dan saya hanya jadi tukang kacau atau masukkan ke dalam periuk dan kuali.

selepas sudah masak, makan tengahari la apa lagi.lepas solat zohor menonton cerita 'upik abu dan laura'.cerita indon yang sangat gedik.saya suka tengok cerita macam ni.biasa la gedik la bukan.betul tak eda?tapi tak la segedik Laura dalam cerita itu.cuma suka tengok orang yang perasan princess barbie yang sangat comel.nampak sangat aku tak matang lagi

kemudian sambung online lagi sampai asar.lepas asar jika berkesempatan online, online lagi.maghrib hingga isyak diperuntukkan waktu untuk beribadat.selesai beribadat,online lagi sampai tengah malam, kerusi pun sudah panas minta aircond! tak pun melayan movie2 dan series yang masih belum ditonton

hah..tak de kerja online sahaja ke.dengan online sahaja la dapat menghilangkan kebosanan.sudah la tiada siapa2 mahu ajak saya dating, tiada siapa2 mahu mesej2 saya sebab sibuk berpraktikal dan bekerja outstation, tiada siapa mahu belanja saya makan, tiada siapa mahu call saya.jadi saya hanya dapat mencari hiburan dengan si mata satu di alam maya.sungguh sedih T_T

kan entri yang lepas saya kata
"nak makan sedap2..big apple, nandos, spaghetti, pasta, macaroni..ko tunggu aku !"
hah sudah tercapai sedikit impian.antaranya :


takoyaki ball! makanan jepun yang saya boleh makan akhirnya.sushi? jangan harap tekak ni nak telan.sedap jugak rasa takoyaki ball seperti jemput2 yang lembik isinya di dalam.

ada 4 jenis perisa: sosej cheese, crab, squid dan prawn.saya beli perisa squid sebab sotong memang kegemaran saya.oh, ini dibeli di kiosk milik cikgu kemahiran hidup saya semasa tingkatan 3, cikgu rokiah.cikgu paling hebat berniaga.ada pusat tuisyen yang sudah lama bertapak dan kiosk ini yang terbaru kot yang terletak di shah alam mall.
Danidana Takoyaki.nama diambil sempena nama anaknya.cerita lain pasal takoyaki ball di blog Eireen Camelia Rusli

makan di secret recipe pertama kali bersama famili.aku taw la kau dah banyak kali makan di secret recipe bersama famili pun tak kecoh ( pinjam quote chika ) sukati aku la nak kecoh.chika kata blog memang tempat nak show off.siapa chika? tuan punya blog yang letak dadah dalam blog dia.jangan masuk blog dia nanti kau ketagih langsung kena masuk AADK.haha masuk la blog dia kalau berani.kalau ketagih aku tak tahu.jangan minta tolong sama aku :p (perenggan ini dipetik dan dibuahsuai daripada blog cik Puan Chika)


ok back to the story, first time makan bersama keluarga tercinta di secret recipe.kau kan dah selalu makan kat secret recipe so pasti tahu apa makanan di situ kan.malas nak cerita.tengok je la gambar.


mencuba membuat caption yang tidak lawak


jangan membazir sebab nanti akan berkawan dengan syaiton.jadi la macam kami, habis licin kesemuanya


adik kata " lain kali datang sini nak makan apa pulak ye"

hujung minggu ni pasti sudah tak bosan lagi sebab sudah ada aktiviti yang dirancang bersama keluarga

tapi kebosanan juga lagi sebab ada orang asyik pergi outstation.kerja nombor satu.yang lain belakang kira
maran > pangkor > tanjung Rhu
seronoknya dapat berjalan-berjalan pusing Malaysia.
aku? pusing shah alam je..


Wednesday, May 13, 2009

anugerah persahabatan

S A HA B A T
jika dirasakan
permata nilam itu indah,
indah lagi ukhwah yang terjalin sesama insan

miss evi LolyTa telah menganugerahkan anugerah persahabatan kepada saya..sungguh terharu hati ku, telah menangis air mata madu.eceh menipu betul.terima kasih nik Eda soraya adek ku yg manis.teman melepak, menggedik , meluahkan persaan, menasihati dan sume la.my classmate da hampir dua tahun kan..sayang dia sangat.kitorg saling menasihati antara satu sama lain.kalau dia ada problem aku dengar n bagi la nasihat semampu yang boleh.kalau aku bermasalah aku suka cite kat dia lagi2 psl......lalalala

tiba2 Izzudin a.k.a Defactohakage juga memberi aku anugerah ini.kenal izzuddin atau lebih mesra dengan panggilan Din sejak..er..sem 1 lagi..tapi kenal gitu2 la..dia kan famous..pendebat terhebat UDM.siapa tak kenal Din..lain la aku..bukan siapa2.masa tu segan la nak berkenal2an dengan dia .kemudian, menjadi semakin mesra sejak pilihanraya kampus yang bukan pilhanraya..dikenalkan oleh bear dan dia baca blog aku pasal PRK.pastu sebab blog juga lah kami semakin mesra ahha.dia juga la penolong yang sangat bagus semasa majlis kejutan hari jadi 19 April hari itu.100 markah untuk Din!

terharu ..rupa2nya ramai juga sayang kan aku sebagai sahabat.aku pun sayang diorang gak hoho

ok la nak bagi award ni kat orang lain pulak
tapi ramai juga yg sudah dapat award ni
tapi selagi dia tak buat mari kita tag dia yeahhh!!



RULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'receipents' name here, along with their links.
4. let them know about this.


Husna Najihah
junior saya yang sangat cantik dan manis.best borak2 ngan dia sejak berjumpa secara tak sengaja di masjid UDM.nanti kita borak2 lagi ye una

Farah Ain
junior saya jugak.seorang yang sungguh mudah diajak berbicara.sangat talkative.so senang je untuk masuk sekali lagi2 dia ni gila2 sikit he tapi jaga kesihatan ye farah

Siti Asmaa' Hashim
bendahari KKU saya.sungguh pelik dengan dia ni sebab time sedih pun dia gembira dan boleh gelak2.sangat respek la.pastu suka buat muka kiut kononnya walaupun memang kiut pon.kami berdua memang suka bergambar !

Nabihah
junior saya lagi sorang..wah ramai rupanya junior saya berblog.bagus2..junior yang sangat baik.saya ni segan sikit dengan orang2 yang baik ni.kenal dia mula2 melalui iluvislam.com sebab dia tercampak masuk UDM dan dapat satu kos dengan saya.

tiqah
junior lagi.bijok dia ni DL taw.sem ni mesti DL lagi ok!

nabil
exco MPP yang sangat berwibawa dan sungguh semangat buat kerja.antara MPP yang saya sangat adore bila tengok dia buat kerja.dan senang sungguh berurusan dengan dia.dan juga tulisan blog dia pon saya suka baca.sangat berhikmah dan penuh bermakna.chaiyok2 Nabil

Shaiham
nak tag jugak dia ni walaupun Eda n Din da tag dia..da berhabuk tebal 5 inci pun tak update2 lagi.mana tak nya..sms 24 jam je..err? haha.dan tag ini untuk menggalakkan dia update blog.cepat2!!! kenal dia pun melalui bear ketika PRK dan juga blog yang pastinya.dulu sangat la segan,hormat dan respek sama dia.tapi bila da kenal sekepala gila2 juga.da habis belajar dia ni dan bercita2 nak buat bisnes.bercita2 besar si shaiham.dan sungguh kagum dengan dia yang sungguh rajin jogging keliling UDM untuk menghasilkan badan yang kurus dan tegap hahah kahwin jangan lupa ajak deh..saya tahu siapa yang awak selalu mesej2 skang lalala

Fadilah diyana
kenal dia juga melalui seorang kawan.masa tu kami darjah 6.lain2 sekolah pulak tu.eh macam mana boleh kenal..hohoh itu lah uniknye persahabatan itu.sekarang saling keep in touch melalui blog.kagum dengan dia bila tengok..eh dengar bagaimana kuatnya dia study dan dapat DL.jeles2..

Anis Fareeza
kawan ketika sekolah rendah.dia cantik, lahir bulan sama saya.saya juga kagum dengan dia sebab dia sangat merendah diri but at the same time dia sangat bermotivasi.lebih lanjut tentang dia baca entri yang ini

Ziqa
kami mempunyai nama yang sama walaupun dia berada di Sabah di Bawah bayu dan saya berada di Selangor Darul Ehsan. kenal melalui myspace.suka tengok gambar2 yang dia tangkap.semuanya cantik2 belaka


Sunday, May 10, 2009

syurga di bawah tapak kaki ibu

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
sumber : Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.


mak saya paling best
walaupun korang kata mak korang lagi best
tapi mak saya tetap paling best
sebab dia yang curahkan kasih sayang pada saya sejak kecil lagi sampai saya berumur 22 tahun ni
dia yang mengajar saya sampai menjadi seorang yang pandai dengan hanya mengajar saya sesimple pelajaran abjad ABC dan alif ba ta sampai kena denda berdiri atas kerusi
dia doakan saya tiap2 hari tanpa jemu
dia sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya walaupun anak dia nakal dan degil belaka
dia tak jemu menyediakan makanan untuk anak2nya tiap2 hari sampai tak tahu nak masak apa
dia bagi saya duit belanja bila saya balik cuti sem walaupun dia tak bekerja
dia juga role model saya dalam menjadi seorang yang berguna
dia banyak bagi contoh tauladan kepada saya

walaupun saya selalu tak ikut cakap dia dan degil tapi dia tetap sayang saya walaupun dia tak tunjukkan
tapi saya tahu dia tetap sayang saya, kalau dia tak sayang saya mesti dia tak peduli sama saya bukan?
masa kecik2 dulu dan masa muda remaja, saya suka lawan cakap dia
tapi bila sudah dewasa sikit ni dan sudah bila berjauhan dan sudah pandai berpikir macam konon2 dah matang
saya akan berasa menyesal bila saya sakitkan hatinya
saya akan malu dan menangis bila rasa bersalah menyakiti hatinya
tapi saya sudah tak malu untuk meminta maaf daripadanya jika buat salah lagi
saya janji tak mahu sakitkan hatinya lagi
saya hanya mahu buat dia gembira
saya hanya mahu senangkannya
saya mahu balas jasanya walaupun saya tahu saya tak mungkin mampu untk membalas jasa seorang ibu
yang pasti saya tak mahu jadi anak derhaka yang tak mungkin akan bau syurga jika derhaka

tak dapat nak bayangkan jika dia sudah tiada
dan saya memang tak nak bayangkan sebab saya akan menangis
jasa mak sangat besar

saya bangga ada mak seperti dia
saya tak kisah jika dia tak vogue macam mak orang lain
tapi dia paling sedap masak masakan kegemaran saya , sambal ikan cencaru
orang lain takkan dapat buat sambal ikan cencaru yang superb seperti dia
dan juga jemput2 yang tak kan sama dengan orang lain juga
saya tak kisah dia tak bawa saya berjalan2
sebab saya yang akan bawa dia jalan2 satu hari nanti bila da kerja nanti, insyaAllah

hargailah ibu, mak , mama , ummi kamu selagi dia masih ada
jika dia sudah tiada kepada siapa lagi kamu nak curahkan kasih sayang
jangan lah lawan kata2 ibumu sebab mereka lebih tahu dan makan garam dahulu dari kita
dan ibu2 di seluruh dunia hanya mahu yang terbaik untuk anak2nya

dan lelaki2 yang sudah atau bakal berkahwin, jangan lupa ibumu walaupun kamu sudah berkahwin dan sayang sangat dengan isteri kamu, sebab syurga tetap di bawah tapak kaki ibu
tapi yang perempuan pula,syurga di bawah tapak kaki suami tapi itu bukan syarat untuk melupakan ibumu kerana kamu juga bakal menjadi seorang ibu

jadi bila saya dah kahwin nanti saya tak akan kisah jika suami saya melebihkan ibunya dari saya, sebab saya tahu ibunya lebih memahami dan lebih penting dalam hidupnya
dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu lebih tinggi

"kepada mak yang disayangi long sayang mak sangat2 walaupun long tak tunjuk sangat macam adik2 yang lain tapi mak tetap nombor satu di hati long.. sayang mak sangat2..! tak sabar nak kerja nanti sebab nak balas jasa mak dengan duit gaji long walaupun tak banyak mana, nak jaga mak bila da tua nanti, doakan long dapat suami yang memahami ye supaya dapat jaga mak nanti. long tak mungkin mampu balas jasa mak tapi long akan cuba yang terbaik menjadi anak yang solehah walaupun long bukan anak feveret...sayang mak sangat2!!!!"

selamat hari ibu !!!

p/s: mak saya baca blog saya tau.dia antara pembaca blog saya yang setia ;)


Tuesday, May 05, 2009

nikmatnya habis peperiksaan


selepas penat memerah otak sampai kering, sampai tak de langsung cecair yang tinggal dalam otak aku..eh kalau macam tu mesti aku dah mati..isy2..tapi alhamdulillah masih dipanjangkan umur lagi sebab ajal belum tiba lagi

sakit betul buat 3 paper terakhir tu.orang kata sedap la gap seminggu exam..memang sedap la sampai rasa nak pecah kepala otak ni ada la..

bayangkan ,esoknya nak exam paper SRE tu, baru dapat tahu apa yang masuk hari sebelumnya..er..memanglah patutnya baca je la semua..tapi..banyak sangat..wuwu..nampak sangat student yang pemalas aku ni..dah la carry mark rendah..waaaa..aku takut..tak nak gagal..tak nak repeat...salah satu sebab aku punya carry mark rendah sebab tak amik satu kuiz..bukan aku sengaja tak nak amik kuiz tu..tapi aku jadi wakil universiti pergi ke UUM untuk KARNIAWAN.jadi markah untuk kuiz itu tak de la sob2..

aku tak macam orang lain..pas habis exam terus pergi menjabu..kenapa tak pergi..fulus tak membenarkannnya..lagipun kena kemas barang yang berkotak2 dan berbeg2 .tak pe..nanti akan menjabu bersama keluarga tercinta..boleh pow mak bapak..free lagi pergi menjabu bersama keluarga..tak ke seronok?

cuti ni nak buat apa ye..nak menghabiskan masa2 berkualiti bersama keluarga tecinta dan juga rakan2 yang sudah lama tak bersua muka dan rasa ;p nak makan sedap2..big apple, nandos, spaghetti, pasta, macaroni..ko tunggu aku !

dan juga suatu projek khas..insyallah akan terlaksna dengan izin Allah dan juga tuan punya hak cipta terpelihara..apakah?

cuti ni..masing2 punya agenda masing2..ada yang kena berpraktikal, ada yang nak tidur je kerjanya, ada yang rajin pergi ke kursus2 yang berkaitan, ada yang berjuang untuk universiti di MASUM, ada juga yang tak tahu nak buat apa

selamat berpraktikal kepada semua yang harus mencari pengalaman bekerja olok2..eh itu bukan main2 itu realiti pekerjaan yang sebenar..yang dapat elaun bekerja tu seronokla..tapi yang tak dapat tu..anggaplah suatu pengorbanan yang kita akan dapat dan pengalaman yang sungguh berharga..tapi yang kena pergi outstation sokmo tu bagaiamana pula..sob2 kesian saya..kenapa pulak?isy2..

dan yang da habis belajar tu..nak sambung lagi ke dah dapat kerja? seronoknya da habis belajar dan boleh kerja dapat duit sendiri dan boleh kahwin..OOPS !


Google