Sunday, May 24, 2009

Jakel : Syurga kain

puasa pun belum lagi, raya pun belum lagi.tapi sudah bershopping sakan membeli-belah kain pasang.isy2 biasa lah perempuan kan pantang diajak bershopping

apa salahnya buat persiapan awal .sekarang ni, awal-awal lagi tukang jahit akan menutup tempahan menjahit baju jika tempahan yang dibuat sudah tidak mampu disiapkan sebelum raya.jadi untuk mengelakkan kain pasang untuk dibuat baju raya ditolak oleh tukang jahit, baik kita menempah awal-awal bukan.nanti tidak lah menjadi tidak keruan bila raya menjelma nanti dek tiada baju raya

sekarang ni boleh kata baju yang sudah siap dijahit senang didapati dan dijual di mana-mana.tapi kalau di Terengganu agak susah kita hendak mencari baju tradisional yang sudah siap dijahit sebab rata-rata masyarakat Terengganu menjahit pakaian sendiri atau menghantarnya ke tukang jahit.kalau ada pun, ada lah satu atau dua kedai sahaja yang menyediakan baju yang sudah siap seperti di bandar Kuala Terengganu iaitu kedai Baju Tradisional Melayu (BTM).aku sudah hampir trauma sejak kejadian raya 2007 kerana tidak sempat mencari baju raya kerana sibuk dengan kuliah dan balik raya pun bila dekat-dekat raya.akhirnya hanya sempat beli baju raya di kedai BTM itu lah

ini kali pertama menjejak kaki ke Jakel, kedai kain yang paling terkenal di kalangan warga Kuala Lumpur dan Segamat.pernah dengar tak? ke tak pernah dengar? kalau tak pernah dengar , mari lah datang membeli-belah kain pelbagai jenis, corak, warna dan harga.rambang mata dibuatnya.sampai tak tahu nak pilih mana satu.bila berkenan di hati, mahal pulak harganya.hoho payah juga sebenarnya nak pilih kain tahu.lagi susah dari nak pilih ikan.pilih keropok lekor lagi senang.


kedai Jakel ini terletak di jalan Masjid India yang sentiasa sibuk dan ramai orang.masuk-masuk je kedai Jakel itu sedikit culture shock.sebabnya..ramai sungguh pekerja dia, boleh kata setiap lorong ada pekerja.rasa nak pengsan tengok sebab ramai dan sesak sungguh.tapi bagusnya pekerjanya semua peramah dan mudah mesra.kita pun senang dengan mereka.dari tingkat bawah kami mencuci mata dahulu sampailah ke tingkat atas sekali.

hipotesis : semakin tinggi tingkat yang dinaiki, semakin mahal juga harganya.
hipotesis diterima :p

menarik di Jakel :


#pekerja yang ramai memang sangat-sangat diperlukan.boleh kata setiap pelanggan mempunyai seorang pekerja untuk dilayan.jadi memang patutlah ramai pekerja yang perlu digaji untuk melayan pelanggan


#setiap pekerja pula sangat mesra dan pandai berkomunikasi.sampai aku terfikir, kalau nak kerja di sini kena interview dulu ke untuk lihat pandai berkomunikasi kah, pandai memaniskan muka kah


#sangat respek dengan pekerja di situ sebab tak pernah memasamkan muka melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam.lagi-lagi karenah kami lagi lah pening dilayannya.dari tingkat satu sampai tingkat atas sekali, kami berpusing-pusing tapi tak beli pun.akhirnya turun ke tingkat dua baru lah pilih kain hehe


#tauke kedai pun turun padang dan melayan pelanggan dengan ramah sekali.ulang-alik sini sana untuk memastikan semua pelanggan dilayan sebaiknya


#baru belajar bermacam-macam jenis kain.corak abstrak dan bunga-bunga.washable dan dry cleaning.viscose, chiffon, jojet,satin,italian dan macam-macam lagi sampai tak sempat nak hafal (padahal memang tak nak ingat )

#suka tengok kain-kain untuk dibuat baju pengantin.rasa tidak sabar untuk kahwin membuak-buak oleh kerana cantik betul kain baju pengantin itu haha

#isteri tauke Jakel, Puan Farah sangat cantik.suka tengok dia jugak


#oleh kerana kami ada bau-bau bacang dengan tauke Jakel, dapatlah sedikit potongan dan harga istimewa .tapi tu pun tak banyak sangat potongan nya ;)


#ramai betul orang yang datang membeli-belah.tak putus-putus.mesti masyuk gila ah..rasa nak berkenalan je dengan anak Jakel ke, adik Jakel ke,boleh dapat kain free pulak agagaga

#selain mempunyai kedai kain sendiri, Jakel juga mempunyai rangkaian kedai tudung yang cantik, Ariani yang terletak berhadapan Jakel sahaja


#harga kain di Jakel ada yang murah dan ada yang mencecah beratus-ratus kot.paling tinggi yang aku ingat ada RM900 semeter waaahh...!

#owh Jakel adalah milik bumiputera 100%.jadi marilah kita menyokong usahawan Melayu kita!


hari ni birthday bos kesayangan kami, YDP KKU , Shazafudin Suhaimi
seorang yang sangat tegas bila buat kerja sampai kami takut untuk main-main bila buat kerja dan kami cuba untuk buat kerja sebaik mungkin.selamat hari lahir sahabat ! semoga lebih sukses dunia dan akhirat ! dan semoga dapat bersabar dengan karenah kami sepanjang bekerja bersama-sama.maaflah tak dapat nak belanja ayam goreng sempena hari jadi ini hoho
selamat hari jadi ! ikhlas daripada warga kerja KKU 2009 ;)
*semoga ukhwah yang dibina antara kita semua terus mekar dan majulah KKU ! :D*

mood : cepatlah balik dari ulu sepri ;(


15 comments:

Husna Najihah said...

waa....rambang nye mate tgok..bnyk choices!!9t bolela pegi..hehe..tp kn cm rmai sgt pekerje kdg2 wat kter nek rimas jgakla kn..klu xde pekerje plak susa..rmei sgt plak rimas jd pekte sedang2 sudala..huhu

♥ Iemochi Arihyoshi ♥ said...

x minat ngn kain, minat cuci mata je, hehe

cOkElaT said...

huhu jakel mmg best..tp raye ni sy x beli kain kt jakel...waaa.....

aizat@kampus said...

sy beli kain samping je..baju melayu dh siap..raya ni saper pny turn nk pilih kaler?aku?he3

haziQah said...

HUSNA - mmg bnyk gila choice hoho mula2 mmg rimas tp lma2 kalu dorg x de kite plak sush..he

♥ Iemochi Arihyoshi ♥ - Ahha cuci mata pastu tlg byr bleh gak :p

COKELAT - ye ke npe x bli..tak pe bli kat nagoya je :p

AIZAT - cpt ne da siap bju raya isy2 :p
nk pilih kaler pe..pink ke hha

aizat@kampus said...

i elegik kaler pink...tapi kalo mkn donut big apple i like pink panther punye donut...yum2...bg idea nk goreng ape kat blog?nice pic nie...i dpt johan mata amal...chaiyok!!!nnt nk bubuh gambo bdk2 oku...

haziQah said...

owh ye ke u alergik keler pink..tp nnti i bg u hadiah keler pink la agaga :p

goreng la pisang ke, donut ke he
cite la pasl praktkal bru best..hah ltak la gmbo bdk2 oku ..bru la insap sket kite yg sehat ni

ahha taw tkjot mng mata amal masa tu :p

Evi LoLyta said...

fuyyo kak ! bestnye shoping. gle ah.. ni jeles ni. nk jgk~ ahah xpe2.. sbr2.. ohh KL~ i'm coming ! weeeee

ahah slalu shoping kain kt Nilai 3 & nilai Square.. nk try tmpt len la kali ni. ahah

nora sya said...
This comment has been removed by the author.
ZaHiRaH said...

tak bley jadi ni..jeles2.. nak gi borong gak ah ujung bulan nih

defactohokage said...

tak pandai pilih kain..mahal mungkin berkualiti ke??..hehe

haziQah said...

EVI LOLYTA n ZAHIRAH - ahha jom..habiskn sume kain kat jakel tu he

DEAFCTOHOKAGE - sama la x pndai jugak pilih kain..mahal tu kualti ? mungkin gak..tp ada kna mngena dgn material dia hoho

nuyu farhan said...

sllu gk g jln2 cari kain tdung kat msjid india tu..
xleh bayang kalau nak raya..bukan main rmi orgnya..kain pn cntik2..
hehee


p/s:td ade dgr iklan kt radio psl kuih raya..hahaha

nieja said...

tapi bile dah g sini
konpem rambang mata
mcm semua je nak
hahaha

haziQah said...

NUYU - nnti nk raya kte g sama2 nk hoho

NIEJA - haha i kalu boleh nk kawen dgn jakel trus dpt free :p

Google