Saturday, August 04, 2012

Berbuka Puasa Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Dan Rumah

Selamat berpuasa!

So amacam puasa kali ni? Dah tertinggal di awal? Atau sudah tertinggal di tengah2? Belum lagi? Mungkin raya awal la awak

Alhamdulillah, puasa kali ni masih dapat berpuasa bersama keluarga. Alhamdulillah Ramadhan kali ni dimudahkan olehNya sebab tempat kerja ( to be exact : class ) dekat je dengan rumah, 10 minit je dari rumah woi.. Alhamdulillah kerana dapat berterawih, membaca quran dengan bersungguh2...Alhamdulillah puasa kali ni dapat ke bazaar Ramadhan

So my favorite bazar Ramadhan kali ini adalah bazar Ramadhan Stadium Shah Alam. Setiap kali pergi, dah aim nak beli apa. Eh sebelum pergi dah pikir , hari ni nak beli ini, esok nak beli itu, tak boleh nak tamak beli semua sekaligus.


Alhamdulillah Ramadhan kali ni dapat berbuka puasa bersama classmate UniSZA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah cuaca baik, tempat menarik, makanan sedap : nasi tomato dan ayam masak merah, karipap comel zhie xi, air twister, buah, dapat kumpul ramai2, dapat bersolat dan berterawih ramai2, dapat kek hari jadi lagi! Terima kasih kekasih hati ejah dan majdah for surprise birthday cake. Love it!


Korang pula macamana? Oh puasa kali ni memang meriah makanan di Instagram.

I call this kuih muih PAS sebab semua kuih warna hijau. LOL. Kuih dibeli di bazar Ramadhan Stadium Shah Alam.


Makanan berbuka puasa di rumah




Google