Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Saturday, March 09, 2013

Bridal Shower for Kak Dayah

“Surprise!!! ” Yehh surprise bridal shower untuk Kak Dayah. My housemate, my classmate masa UniSZA dulu is getting married soon..tak lama je lagi..now tinggal 2 minggu. Hoho


So I plan a surprise bridal shower for her at our home. Pakat rancang dengan my classmate, plan nak bawa makanan apa, bila, bagaimana.

Pada hari kejadian, kak Jimah ditugaskan membawa Kak Dayah keluar berjalan2. Kononnya temankan nak pergi tempah baju untuk jadi bridesmaid nanti. Lepas zohor, aku pun pulang ke rumah sambil menyusun suai hiasan yang tak seberapa untuk bridal shower ni. Senang je buat tulisan bridal shower lukis guna tangan yang tak berapa nak kreatif ni, potong, tampal dan gantung di dinding. Siap! Belon  dan crown pula beli dekat kedai jual barang2 party dekat Seksyen 9 Shah Alam.


Yang paling awal sampai adalah Kak Naim sebab rumah dekat hoho. Lepas tu Kak Bee pun menyusul datang bersama anak perempuan dia yang comel, Iffah si mata bulat. Kak Bee siap bawa pinggan, gelas, sudu , garfu, bekas makanan, bekas air dan macam2 lagi. Susahkan aje ^^


Dan terakhir sekali adalah Maj, Kak Liza dan Alang. Complete list tetamu, so bolehlah rojer Kak Jimah suruh balik sekarang. Sesampainya mereka di rumah, kami menyorok di dalam bilik Kak Dayah. Kak Jimah pulak buat masuk rumah2 cepat kononnya tak tahan nak buang air. Di ruang tamu, aku da pasangkan laptop berdesktop background gambar Kak Dayah dan Acap. Beliau terkejut bila terlihat ada gambar beliau dan acap di laptop dan bila mahu menghampiri ke ruang tamu, kami pun menjerit SURPRISE!!! Muka Kak Dayah memang terkejut sampai terjatuh handbagnya dan sampai sekarang aku masih boleh teringat muka terkejut dia :p

Kemudian , kami makan2 dan berbual tentang persiapan majlis perkahwinan Kak Dayah, kehidupan rumah tangga Kak Naim dan Kak Bee sampai lenguh mulut gelak sokmo. Memang fun kumpul ramai2 sekali sekala.

Kami buat potluck untuk sediakan makanan Mihun oleh Kak Bee, Nugget oleh Majdah,Puding Roti oleh Kak Naem, Air Mango dari Kak Bee dan Kak Naim, Kek Red Velvet dibeli dari kawan adik aku, Fancy cookies dari Ili Naquiyah.

Then , ada surprise lagi satu. Video ucapan khas dari rakan2 SMSKPP khas untuk Perkahwinan Kak dayah dan Acap. Sekali Kak Dayah terkejut “ Eh bila jumpa diorang?” :p Sorry Kak Dayah, tak bagi lagi softcopy video. Nanti Iqa bagi ek. Terima kasih kepada rakan2 kerana sudi susah payah dan meluangkan sedikit masa untuk rekod dan edit video.



Seronok sangat dapat jumpa kawan2 sekali sekala. Lagi2 kalau yang dah berkahwin, kami amat memahami yang mereka ada tanggungjawap yang lain. So bila dapat jumpa, memang seronok bertukar cerita. Bila ada anak sebagai penyeri majlis, ramai la bakal2 ibu pun nak training sebagai bakal ibu hehe.

Terima kasih kawan2 yang hadir dan memeriahkan majlis. Jasa dan kerjasama kalian saya amat hargai.

Jom lah kita memeriahkan dan meraikan majlis perkahwinan Kak Dayah dan Acap 23 Mac ini di Melaka. Jumpa di sana.


Saturday, August 04, 2012

Berbuka Puasa Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Dan Rumah

Selamat berpuasa!

So amacam puasa kali ni? Dah tertinggal di awal? Atau sudah tertinggal di tengah2? Belum lagi? Mungkin raya awal la awak

Alhamdulillah, puasa kali ni masih dapat berpuasa bersama keluarga. Alhamdulillah Ramadhan kali ni dimudahkan olehNya sebab tempat kerja ( to be exact : class ) dekat je dengan rumah, 10 minit je dari rumah woi.. Alhamdulillah kerana dapat berterawih, membaca quran dengan bersungguh2...Alhamdulillah puasa kali ni dapat ke bazaar Ramadhan

So my favorite bazar Ramadhan kali ini adalah bazar Ramadhan Stadium Shah Alam. Setiap kali pergi, dah aim nak beli apa. Eh sebelum pergi dah pikir , hari ni nak beli ini, esok nak beli itu, tak boleh nak tamak beli semua sekaligus.


Alhamdulillah Ramadhan kali ni dapat berbuka puasa bersama classmate UniSZA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah cuaca baik, tempat menarik, makanan sedap : nasi tomato dan ayam masak merah, karipap comel zhie xi, air twister, buah, dapat kumpul ramai2, dapat bersolat dan berterawih ramai2, dapat kek hari jadi lagi! Terima kasih kekasih hati ejah dan majdah for surprise birthday cake. Love it!


Korang pula macamana? Oh puasa kali ni memang meriah makanan di Instagram.

I call this kuih muih PAS sebab semua kuih warna hijau. LOL. Kuih dibeli di bazar Ramadhan Stadium Shah Alam.


Makanan berbuka puasa di rumah




Wednesday, June 23, 2010

desperate housewives? no.. Sex and the city? lagi la no..


Hanging out with your best girls sekali sekala sambil mengimbau kenangan2 sewaktu muda remaja mentah sangat membuat terasa muda sekali sambil berbincang topik masa depan yang paling popular iaitu KAHWIN haha.


Tempat kejadian : tempat kesukaan saya , Kedai Kopi Baru. Ambil gambar posing setting camera sebelum balik. Jumpa lagi entah bila. Tahun depan mungkin. Bila semua da bekerja yang best. Aminn !!


mahu lebih cinta ke bali? jom tengok bagaimana anda boleh menikmati cinta secara percuma ke Bali :D






Saturday, May 08, 2010

Kali kedua bercuti-cuti Malaysia di Kuantan

Mula-mula nak pergi. Lepas tu tak nak pergi. Lepas tu pikir lama sekali. Lepas tu tak nak pergi. Lepas tu telefon ibu dan ayah tercinta, minta sponsor, akhirnya pergi lah ke Kuantan. Terima kasih emak dan abah . jasamu akan ku kenang sampai bila2 dan akan cuba membalasnya satu hari nanti :D

Trip ke Kuantan lagi, ke mana? Ke rumah ejah lagi. Takpe, beliau sudi menerima kami sebagai tetamu dengan hati yang terbuka

Hari pertama, kita pergi mandi pantai. Kita mandi di Pantai Sepat. Yehhh !!!! sangat tidak pernah mandi pantai kot. Kali terakhir mandi pantai adalah ketika berumur 1 tahun kot. Boleh tak? Haha jakun sekejap ye kawan-kawan. Mandi pantai, main ombak, minum air laut yang masin dengan kanak-kanak yang menjerit keriangan. Makcik-makcik kanak-kanak pun menjerit kejakunan


Aktiviti tetap jika ke Kuantan adalah memakan ikan bakar petai di restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur yang best. Tak percaya sila google dan anda akn jumpa ramai yang thumbs up kepadaa restoran ini.Kali ini ditaja oleh ‘teachers, lawyers and Petronas servants’ katanya. Alhamdulillah rezeki murah. Semoga rezeki ‘teachers, lawyers and Petronas servants’ semakin murah juga. Aminnnn… Book sampai 5 meja. Best makan dengan keluarga besar. Tak payah malu-malu, nanti tak kenyang

sedap gila kot makan yang ditaja, sampai kekenyangan dan ketidakhabisan makanan. Malam itu lauknya sungguh banyak dan memang sedap la sampai menjilat jari. Ada lala, ada ikan bakar petai (saya makan ikan bakar saje, tak makan petai, jadi tiada apa2 yang berbau selepas itu), ada sotong celup tepung, ada kerabu mangga, ada tomyam, ada sup cendawan, air tembikai, pendek kata macam-macam ada. Sampai ratah lauk saje.


Keesokan harinya, kanak-kanak tidak ke sekolah sempena cuti peristiwa, MakChek mereka balik ke Kuantan. MakChek mereka mempunyai kuasa veto untuk memberi kanak-kanak cuti untuk bersukaria di Gambang Waterpark pula. Sukahati je MakChek ini. Haha tapi bagus juga, jika tiada kanak-kanak , kemeriahan untuk bersukaria di Gambang Waterpark pun kurang juga


Gila buang pantang larang aku hari itu. Mandi manda di tengah panas matahari buat aku semakin negro. Waaa..tidak..tapi paling seronok bermain gelongsor-gelongsor yang banyak dan mencabar pada mulanya. Menjerit ketakutan dan keseronokan. Tapi lepas berkali-kali naik, dah tak takut pon…

Hari seterusnya, macam biasa, hanya berjalan-jalan di East Cost Mall sambil cuci mata dan beli belah tingkap sahaja ataupun nama saintifiknya ‘window shopping’. Sebab utama perkara ini berlaku kerana bajet tidak mencukupi dan harus menahan nafsu perempuanku untuk membeli-belah

Aku tak tahu la kenapa, setiap kali ke Kuantan , ada je perkara yang buat aku sedih. Uwaaaaa.. apa lagi , mesti la melayan perasaan lagi ketika di dalam kereta

Tapi rindu amat pada family tercinta di Shah Alam, bandaraya yang tak selamat dah tu. Tengok nasi goreng pagi , mak ejah masak, teringat nasi goring emak yang sedap, makan beramai-ramai bersama keluarga Ejah, teringat keluarga untuk makan bersama-sama juga, tengok ayam dan ikan yang tidak dimasak lagi, teringat menolong ibu memasak di dapur, bila melayan kanak-kanak, teringat kepada adik-adik saya yang gedik di rumah. Oh rindu rinduan..

Mahu mencadangkan kepada bapa tercinta untuk holiday di Kuantan la cuti sekolah ini. Agak-agak bapa mahu tak?

anyway, selamat hari ibu, emak saya yang best. saya sayang emak banyak2. sob2 tidak dapat meraikan hari ibu lagi. kali terakhir ketika meraikan hari ibu di bluewave barangkali? ayoo lamanya..


Saturday, December 12, 2009

Bukan senang nak jaga hati kawan

Lagi susah daripada jaga hati kekasih. Kalau kekasih, bila pujuk sikit, da ok balik. Tapi kawan, kalau terasa memang susah nak pujuk

Pernah buat kawan terasa hati? Atau anda sendiri terasa hati dengan kawan? Dua2 situasi tu pun saya pernah hadapi. Memang sakit rasanya walaupun itu rencah dalam persahabatan. Kadang2 hanya sebab perkara kecil je seperti kawan tak ajak makan padahal dia expect kita tahu sebab memang itu time kita akan pergi makan

Semua manusia pun berbeza dan semua manusia pun mempunyai tahap terasa hati yang berbeza. Ada yang cepat pulih dan ada yang sampai putus persahabatan. Nauzubillah

Saya mengaku kadang2 saya tak reti jaga hati kawan sebab mengharap dia memahami saya. Atau pun kadang2 saya mementingkan diri saya sampai lupa hati kawan macam mana. Padahal sebenarnya saya seorang yang amat menyayangi sebuah persahabatan. Saya tak suka nak gaduh-gaduh. Saya akan menjadi orang yang sangat sedih bila satu persahabatn itu menjadi tegang akibat perbuatan saya sendiri. Dan saya seorang yang jenis cepat memaafkan kerana saya tak suka keadaan tegang yang lama


Pernah satu ketika, saya terlepas cakap dengan mengutuk secara gurauan seorang kawan. Dan saya tak sangka dia terasa hati yang amat sangat dengan apa yang saya kata. Dari sebuah persahabatan yang mesra dan penuh gurauan, dia ingin memutuskan persahabatan dengan saya dan berkata anggaplah saya dan dia tak pernah mengenali antara satu sama lain. Tak mungkin saya boleh menganggap tiada ikatan persahabatan pernah terjalin antara saya dan dia. Ye saya mengaku saya salah kerana terlepas cakap. Selepas berkali-kali saya cuba meminta maaf, dia masih tidak mahu memaafkan saya. Tapi saya hanya mampu berdoa supaya kami baik semula dan Alhamdulillah doa saya termakbul.

Betul lah quotes yang saya pernah dengar satu ketika dulu. Maaf tak ingat dari mana. Kalau kita buat salah dengan Allah, insyaAllah kita akan diampunkan dengan mudah sebab Allah Maha Pengampun, tapi bila kita buat salah dengan manusia, hanya jika manusia itu memaafkan kita baru lah dosa kita terampun

Kadang-kadang, dengan kawan rapat, kita lagi senang menyebabkan kawan rapat kita terasa hati sebab kita anggap dia mesti dah biasa dengan kita. Tak, itu salah sebenarnya. Kawan yang rapat dengan kita la yang kita lebih perlu menjaga hati mereka sebab dia amat menyayangi kita seperti menyayangi seorang kekasih. Bak kata Ahmad Farhan lagi “ Those have most power to hurt us, those that we love....". Kata orang pula, kekasih mudah ditukar ganti, tapi kawan sejati bagai permata yang sangat bernilai yang tak mampu dijualbeli

Sekali lagi, secara tak sengaja atau mungkin kerana mementingkan diri sendiri, saya telah membuat seorang sahabat terasa hati dengan saya. Saya amat amat sedih dengan kejadian ini. Bukan saya mahu semua ini terjadi. Taktala saya meminta maaf dengan dia di YM, air mata kesal saya mengalir deras kerana kesilapan saya sendiri. Kesilapan yang saya tak sedari yang menyebabkan hati seorang sahabat terluka. Ketika dia perlukan saya, mungkin saya tiada di sampingnya, saya pergi bergembira dengan yang lain. Beginikah perangai saya sekarang yang kononnya menjaga hati sahabat dan menyayangi sebuah persahabatan?

Patutnya seorang sahabat akan berada di samping ketika dia memerlukan barulah namanya sahabat bukan. Mungkin di kala dia amat2 memerlukan saya, saya seperti tidak menghiraukan dia. Maafkan ku sahabat ku. Bukan aku tak menghiraukan dirimu tapi kita sama2 menghadapai masalah yang amat berat. Kadang2 aku mahu bersendirian hanya untuk menangis sepuas hatiku kerana aku malu menangis di depan mu. Aku tak mahu membebanimu dengan masalah ku yang tak sudah2 dan tak selesai lagi sedangkan kau lebih menanggung kesakitan dengan masalahmu

Percayalah wahai sahabat, aku amat merinduimu. Aku rindu saat kita bersama, bergurau senda, makan bersama, meluahkan apa yang terbuku hati bersama, berkongsi segala rahsia yang hanya kita berdua sahaja yang tahu. Aku terlalu sayangkan semua itu. Tapi aku sedar, aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Aku sedar, aku telah membuatmu terasa banyak kali, bukan sekali, bukan dia kali tapi entah keberapa kali agaknya. Tegurlah aku jika aku jika aku salah kerna aku manusia yang mudah lupa, mudah lalai tapi aku mohon janganlah kau putuskan persahabatan kita. Aku ingin rapat dengan mu seperti dulu walaupun kau mengatakan tak mungkin kita akan sama seperti dulu

Aku hanya mampu berdoa supaya Allah melembutkan hatimu dan kau memaafkan ku dari kesilapan bodohku. Aku tak berani menjanjikan apa2 kerana aku amat takut sekali memungkiri janji tapi jika kau memerlukanku, just tell me kerna aku tak mampu membaca hati manusia. Maafkan ku sahabat. Moga ikatan persahabatan kita tidak berakhir di sini. Aku terlalu menyayangimu, percayalah

Air mata ku tumpah lagi. Ya Allah lembutkanlah hatinya…"Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship."

p/s: Ahmad Farhan adalah seorang kawan di facebook yang selalu post status quotes2 yang best. Izinkan ya :)


Saturday, November 21, 2009

Kuantan bukan Quanthan

Kuantan, aku tak pernah pun pergi dengan family aku. tiba2 aku dapat kawan yang berasal dari kuantan. Bila masuk UDM, tiba2 juga aku bersahabat baik dengan dia.siapa dia? Ejah la. Tiba2 juga dah merancang nak pergi berjalan2 di Kuantan sejak sem 1 lagi. Tiba2 juga rancangan yang dirancang, tak pernah pernah jadi.


Tapi impian selama 5 sem pun menjadi kenyataan. Akhirnya setelah pre-merdeka iaitu selepas habis paper software testing, pergi bersuka ria di Kuantan selama 3 hari 2 malam. Ingat macam dah habis exam terus sebab next paper iaitu etika, perancangan strategic dan komunikasi tak payah belajar pun tak pe. Bajet boleh menggunakan akal pikiran logic sahaja menjawapnya. Aminah Poh, Sila jeles kami ke Kuantan bersuka ria.sape suruh kau balik Johor awal sangat

Siapa yang terlibat dalam agenda ini : ong, pemandu yang sangat berhemah lagi baik hati, ejah; co-pilot, penunjuk arah di Kuantan merangkap tuan rumah, maj; yang banyak tidur dan tukang ambil gambar dan haziqah; yang asyik melayan emosi



Kau tahu, aku ni ada kena sumpah kot dengan pantai timur ni. Ada je benda yang tak kena dengan orang pantai timur dengan aku. Sebab masa kat Kuantan, aku terima berita sedih.eh actually berita gembira untuk orang lain.Tapi aku suka je orang pantai timur dan keadaan pantai timur tu. Dah aku malas mahu cerita yang tak baik, cerita yang baik sahaja. Tapi Siapa orang pantai timur Malaysia, sila ngorat aku sebab aku nak kahwin dengan orang pantai timur.lalala



Sampai di tempat kediaman peranginan(rumah ejah lol) di Kuantan disambut mesra oleh kanak2 riang yang sangat gembira dan mesra dengan kedatangan kami. Anak buah ejah yang sungguh ramai dan comel2 belaka. I like kids.cepatla ada anak, bakal suami pun x de T_T


Destinasi pertama, kembali ke zaman dinosaur setelah dipujuk2 oleh kanak2 comel untuk pergi ke sana. Aku tak suka binatang jadi tak teruja sangat lagi2 dengan binatang yang tak hidup. Kena bayar masuk RM 6 bertempat di Yayasan Pahang. Well boleh tahan la sebab dapat bergambar dengan dinosaur dan boleh melihat bagiamana robot dinosaur beroperasi. Dan ada satu mesin bergambar yang boleh tangkap gambar kita, kemudian send ke e-mail.terhasillah gambar gedik seperti di atas


Budak2 sila pulang ke rumah, sebab anak2 muda remaja mahu bercanda di Teluk Cempedak. Teluk Cempedak sangat cantik. Gila cun la macam pantai kat Port Dickson. Eh PD cantik kah? Tapi at least lagi cantik la dari Tok Jembal yang ombaknya menggila sekarang ni dan Teluk Ketapang yang penuh dengan pembinaan. Sakit mata taw tengok pembinaan ni. Di Teluk Cempedak adalah sesi penggambaran tertutup dan posing gedik sambil menikmati panaroma pantai yang indah.


Kat situ banyak monyet.awwww scary. I takut monkey or apa2 binatang hoho. On the way nak balik tu, ketika monyet2 senang berseronok bersama keluarga masing2, ada seekor anak monyek tersekat di jambatan kayu laluan monyet. Semua monyet2 pun bising la dan si bapak monyet pun cuba menjaga kawasan sekelilinhg supaya anak monyet diselamatkan. Tapi kami tiba2 tak paham sebab ada sorang pakcik ni tiba2 mahu menakutkan bapak monyet dan mahu menghalaunya. Kenapa pakcik itu berniat jahat? Pakcik tu tak kesian ke kepada mak monyet yang sedang cuba menyelamatkan anak monyet tu? Rupa2nya kami bersangka buruk, pakcik tu mahu menyelamatkan anak monyet yang tersekat. Kami berasa lega anak monyet berjaya diselamatkan. Tapi sekali lagi, kami berasa marah dengan pakcik tu sebab dia menculik anak monyet tu dari ibunya. Heypakcik, tak tahu ke perasaan macam mana kalau anak sendiri kena culik orang.sedih melihat kejadian tersebut


Malam pula makan di kedai ikan bakar yang terkenal di Kuantan. Sedap ikan bakarnya masak petai.walaupun petai tu busuk tapi sedap dimakan tapi aku tak makan pun petai, amik bau je.masa tu jugak ada budak2 sekolah teknik buat dinner. Dan kami juga dihiburkan dengan teletah kanak2 yang comel yang makan kat situ jugak dengan mak bapaknya.rupa2nya keluarga tersebut pun sedang bercuti Kuantan dan mereka berasal dari KL

Kemudian balik dan kembara mimpi bersama keluarga sambil tengok movie ghost rider di Astro

Esok pulak jalan2 shopping di Bandar Kuantan. Berjaya Megamall dan East Coast Mall. Kan seronok kalau Kuala Terengganu ada shopping mall macam ni. Bahagia hidup :D


Dan juga melepaskan gian makan kek di secret recipe setelah kempunan sejuta tahun :p


Dinner di Santai Restaurant. Cantik gila tempat ni. Kalau kau pernah pergi Bora Ombak atau Bora Asmara, lebih kurang macam ni lah restorannya. Tapi penuh gila, sampai kena mengunggu giliran untuk makan.padahal masa tu baru pukul 8pm lebih. Aku makan lamb chop sambil berdebat dengan Ong yang mengatakan lamb tu lembu. Lamb kan kambing ..apa la..

Esok pagi pulang ke pangkuan UDM tercinta. Tapi yang pasti, kena la singgah mesra mall untuk beli Big Apple Donut yang takkan jemu dimakan

p/s : aku menyampah kalau orang eja QuAnThaN macam ni. Gedik gila, bajet hot la


Thursday, July 23, 2009

kisah mengharukan di ulang tahun

nikmat paling indah dalam hidup bersosial dalam dunia ini adalah nikmat bersahabat.bila kita jumpa teman sejati yang kita cari selama ini sudah ditemui, kita berasa sungguh bertuah hidup ini..hoho macam lagu brothers yang telah ditukar lirik

ok fine, im done.jiwa saya sangat terseksa bila hari jadi saya makin menjelma.bukan sebab hari jadi jiwa saya terseksa tapi ada sebab lain yang buat jiwa saya terseksa.suatu cerita sadis yang penuh penipuan, dusta, nista.eceh macam cerita novel pulak tapi memang boleh buat novel pun haha.selama ini hanya cerita yang menarik sahaja di blog.ingat hidup saya penuh ceria macam pelangi ke?pelangi pun hanya muncul selepas hujan.cantik..eh apa kena mengena ni

saya tak boleh nak cerita kisah2 sedih dalam blog saya sebab saya terpaksa menjaga hati semua pihak.sebab mak saya pun baca blog saya jadi saya tak mahu dia sedih atau risau jika saya tulis kisah sedih.biarlah saya simpan sorang2..eceh baik sungguh anak ini tak mahu mak berasa risau tentang anaknya yang nakal ini

saya sangat sedih.jiwa saya sangat sedih juga.saya tak boleh nak cerita pasal ini sebab saya kena jaga hati orang lain.sebab dia pun baca blog ni.hanya kawan rapat je tahu apa masalah saya.tu pun mereka tak tahu sangat juga.mereka tahu yang tersurat sahaja bukan yang tersirat.lagi2 dengan cerita benar dan sahih yang saya dapat bila nak dekat je hari jadi saya.patutnya hari jadi adalah hari untuk bergembira.tapi alhamdulillah sahabat2 saya menceriakan saya masa hari jadi saya

malam sebelum hari jadi , ada perjumpaan bersama junior sains komputer.walaupun dah pernah jumpa mereka masa MMS tapi perjumpaan kali ni amat menarik kerana dapat kenal perangai mereka sebenar yang sangat sporting.cun la dik ! dan makanan nasi goreng ayam dari kedai lalat kegemaran en fadzil pun superb.sangat sedap lagi2 bia perut berkeroncong lagu nur kasih.

lepas balik dari perjumpaan junior, terus menyiapkan kerja yang harus dibentang hari esok

tapi dalam pukul 1045pm tiba2 mendapat call dari asmaa' hashim.dia kata suruh datang kiosk segera.meeting sekarang..aduh ingat kan meetingnya esok pagi.tersalah info.terus siap dan bergegas ke sana.rupa2nya mereka mahu mensuprisekan saya dengan kek coklat hari jadi.terima kasih sangat2 dengan kek coklat yang sedap itu.terima kasih KKU sebab ingat hari jadi saya walaupun saya sudah jarang ke sana..maaf sangat !


kemudian, rakan sekelas menculik saya untuk menyambut hari jadi saya ke NR Cafe.tengok, ramai lagi sayang dan hargai saya walaupun ada orang yang tak suka saya atau pura2 sahaja sayang saya

malam tu juga dapat banyak ucapan hari jadi
maxis : eton,fadilah diyana, dyra, cah, kiah, aina beruang, hadhinah, hanani, hazim,prakash, wa, ernie, niah,azizul
celcom : kak husna, nisa' mpp, dee, majdah, syafiq, ain sains sosial, ka naim,sabir, kak fatma,zana,ame,izah, yus,kak qish,shah,burhan law,syami,farah junior sc comp,abah,aizat,angah,deeba
blog : sabir,nisa', fadilah, farah, nurul, ustazkodimero, along, qalbu mukmin
mak telefon awal pagi masa hari jadi bersama adik2 menyibuk memberi ucapan juga ;)
defactohokage wish saya bila saya call dia sebab free, baru dia nak wish wuwu ye la orang sibuk dengan program kan..

yang best nya orang yang tak disangka2 pun wish saya birthday..thank you semua kerana wish saya.ucapan anda semua amat berharga dan menceriakan hari jada saya he

tengahari masa hari jadi yang sama dengan hari keputeraan sultan terengganu,kami bertolak ke kota baru.pergi dua kereta, kereta eda dan ong.pertama kali trip kelas dan konvoi ke tempat jauh sikit dari kuala terengganu

saya, maj, ejah, eda, yaya, ong, alang, syu, ain,amin


mula2 sampai KB Mall, seronok tak terkira sebab dapat shopping! yeh.. kan shopping itu terapi yang sangat berkesan untuk kaum hawa.tak caya? bagilah duit yang unlimited dan masa juga yang tidak terhad, pasti mereka akan berasa seronok dan gembira pada hari itu.tapi haha jangan amalkan selalu..boros berbelanja dan membazir masa suatu perbuatan yang tidak mulia.lebih baik berzikir sambil bershopping, tak pe :D


kemudian ke tesco KB, konon2 mahu borong donut big apple.tapi...T__T saje je nak buat renovation pulak masa birthday saya.saja je kan..dah kempunan..waaaa

singgah sebentar di wakaf che yeh yang macam uptown la tapi uptown yang kami borong tudung yang murah..apa kat terengganu tak de tudung ke?




maghrib ke rumah eda pula.bersantai di situ.rasa macam tak nak balik pula sebab macam rasa sangat berada di rumah.sedap makaroni bakarnya.tapi sayang, saya sudah kenyang.famili eda pun baik dan friendly sahaja layan kami semua


final destination..umah poje, buah hati ain ;) haha boleh bayangkan jika mereka berdua berkahwin.confirm sangat lucu lah mereka berdua pasangan yang ideal.duk rumah tu je dah buat kami geli hati sokmo nak ketawa je.bila teringat diorang berdua pun boleh rasa nak gelak lagi.mereka sangat skewak = skema + lawak

kemudian..pulanglah ke UDM tercinta

seronok hari jadi jadi saya kali ni saya dapat mengurangkan memikirkan masalah yang sangat b**** itu terlalu banyak!

ampun mak sebab tak bagitahu pergi ke kota baru semasa hari jadi saya he

hadiah hari jadi pula


sepit rambut ni minta kat amin je sebab dia kata pilihlah apa yang saya nak.tapi saya kan baik.tak sanggup nak paw amin benda yang mahal2


buku daripada seorang kakak yang sangat memahami situasi saya sekarang sebab dia pun mengalami masalah yang sama.thank you kakak.sama2 kita kuat semangat dan tabah menghadapi dugaan ini ok!


kad yang tulus ikhlas daripada kak jima yang diselit bawah pintu tengah malam hari jadi


jam loceng oren yang sangat kiut yang saya amat memerlukannya dalam bilik yang tak de jam ini dari seorang sahabat ;)


beg sandang dari ejah dan ong


frame gambar dari acap

terima kasih kepada sahabat2 yang sangat baik hati dan penyayang sebab bagi saya gembira masa hari saya bertambah umur setahun ini
saya sayang awak semua !!!!!

wish sempena hari jadi yang ke-22 : mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik.hari2 cakap benda sama tapi at least kita kena ada azam dan yang penting jangan jadi NATO-nothing action talk only bak kata abang bob.mulakan hidup baru dengan senyuman!


Wednesday, May 27, 2009

mata kanan kedip-kedip

setiap tahun, hanya dua hari jadi yang bisa disambut oleh aku bersama kawan-kawan ku di shah alam.sebab masa 2 orang punye birtday itu lah kami sedang bercuti.birthday yang lain tak boleh disambut bersama-sama sebab masing-masing sedang sibuk belajar di universiti masing-masing.dan pada hari itu jugalah kami dapat berkumpul bersama-sama, bergelak ketawa, bertukar cerita

semalam birthday kawan baik saya, izatun zaid.tahun lepas disambut di TGI Fridays , one utama tapi tahun ini di kedai kopi 2 shah alam sahaja.tapi sambutannya tetap meriah walaupun takda kek hehe.tak pe..eton semalam sudah diberi makan kek oleh teman lelakinya yang telah membuat kejutan hari jadinya di bora asmara.romantik sungguh.jeles i haha


sebelum tu telah ke rumah izatun atau lebih dikenali senagai eton.mahu melihat anak buah pertamanya.wah sungguh comel seperti auntie nye juga.tidak melepaskan peluang bermesra dengan si comel yang tak takut orang.boleh culik bawa balik ni


kemudian terus menuju ke kedai kopi 2 shah alam.kedai kopi ni sebenarnya ada 2 cawangan.satu yang terletak berdekatan dengan masjid.yang kedua pun terletak berdekatan masjid shah alam.aik? memang dua-dua sebelah masjid.senang nak pergi solat setelah melepak.ye ke?tapi yang kedua boleh dikatakan sebaris dengan muzium dan perpustakaan negeri.kami lebih suka ke kedai kopi 2 kerana sedikt tertutup dan berbumbung


kegemaran aku semestinya makanan barat sebab kalau makanan malaysia kan senang didapati di mana-mana.maksud saya, makanan malaysia, bahannya senang didapati jadi boleh masak sendiri dan lebih sedap makan di rumah.tapi masakan barat boleh jugak masak sendiri tapi bahan tiada di rumah makanya makanlah di kedai.kali ini aku order chicken picatta, dada ayam dia letak cheese dan sos kemudian bawah dia ada sedikit pasta


bersama birthday girl yg semakin cantik manis

borak-borak, gelak-gelak, gosip-gosip, tungu punya tunggu, ernie tak sampai lagi.pukul 6.30pm baru sampai.isy2..dia kata nak bawa kawan.aku tanya kawan ke pakwe? dia kata kawan..dalam hati..kawan sekolah dia kot dia nak bawa..tunggu aje lah


bila ernie sampai, aku sedikit termenjerit.sebab belakang dia ada hantu.eh tak.. mana ada hantu siang-siang..ada kawan baik lama saya , NorFatin Amira di belakangnya! dia baru pulang dari Ulu Selangor.er..maksud saya..USA. heh punya lah terkejut sebab baru tanya dengan dia bila nak balik malaysia sebab sudah lama tidak berjumpa.tengok-tengok dia sudah ada di depan mata saya.nasib baik tak bawa H1N1 haha punya lah teruja sampai dia tak tahu nak makan apa dan kami pula terus tak melepaskan peluang bergambar.setting timing guna camera dia amik gambar kami berlima.patutlah mata kanan aku berkedip-kedip.tak sangka pula akan bertemu dengan kawan yang sungguh lama ingin berjumpa


tak sempat sangat berbual-bual dan menemuduga fatin dan ernie kerana harus pulang.itulah mementingkan bergambar daripada berbual-bual.padan muka .ya, aku harus pulang bila jam menunjukkan pukul 7pm kalau tidak akan bertukar seperti cerita cinderella bila jam pukul 12am.tipu lagi. kena balik sebelum kul 7pm la kalau tidak akan dimarahi emak.anak dara tak elok keluar maghrib2.isy2

sebelum balik harus membayar makanan yang telah dimakan.oh boleh pula terlupa membayar.bila mahu mengampil dompet untuk membayar , aik mana dompet? oh tidak bawa rupanya.dan telah memandu secara haram kerana tiada lesen .duit untuk membayar makanan terpaksa dipinjam daripada birthday girl.malu ! malu ! sepatutnya birthday girl yang harus dibelanja oleh saya , ini sudah terbalik

sungguh seronok berjumpa girlfriends dan bergambar bersama-sama mereka.lain perasaannya dan lebih seronok berbanding berjumpa boyfriend.haha mana ada boyfriend


Saturday, November 22, 2008

kempunan nandos

ini entri kedua tanpa gmbar semasa cuti..

sepatutnya time cuti adalah masa untuk lebih banyak gambar..tapi disebabkan kamera bila mahu mngambil gmbar konon2 bateri kong dan juga terlalu asyik berborak smasa lepak jadi tiada gmbar cuti ini..bosan bukan..

sudah lepak bersama deera n wa tapi eton ? tak dapat pulang sebab dia sudah masuk semester baru..itu lah sapa suruh belajar di kolej swasta kan sudah tidak dapat lepak bersama2 semasa kami bercuti.isnin ni pulak deera sudah start practical di firma guaman yang hanya terletak 200 meter kot dari rumahnya..alahai dekat betul..kan seronok kalu tempat practical aku sedekat itu.ernie pulak..macam biasa ntah ke mana..hai Lolitas..susah bangat mahu ketemu kamu skang ni..belom lagi 10 tahun akan datang..

semalam, 22 nov 2008,mahu makan bersama keluarga tersayang di Nandos SACC.nak pegi lepas isyak kata abah..tunggu2 kul 9pm abah tak balik lagi..sedih..kul 9.10pm baru balik and gerak g SACC.smpai saja di depan Nandos..pelayan itu kata sudah tutup..wuwu..kempunan nandos..saya mahu nandos..sudah rindu dgn ayam extra hot smpai terbakar lidah tapi asyik memakannya..kalu nak g sndiri sapa nak tnggung duit..kalu g ngn abah boleh makan apa saja..haha..akhirnya ke kedai mamak Dawood di seksyen 6..adeyh..kalu setakat kedai mamak ngn kawan2 pon boleh..bagi menghilangkan rasa kempunan dgn ayam Nandos maka kami memesan ayam tandoori dan roti nan cheese walaupon mood utk makan sudah ilang tapi sbb bear da pujuk makan la jugak..haha

fakta : saya akan menjadi mudah marah bila lapar


majdah, ketika kami mahu pulang bercuti raya

owh sebelom terlupa mari mnyanyi lagu selamat ari jadi kepada kawan sekelas saya majdah md ahir yang berumur 20 tahun dan kawan baik laki saya mohd sharunezad yang berumur 22 tahun pada 22 nov 2008..smoga kedua2 mereka bahagia bsama orang tersayang dan dirahmati Allah ameen..

sob2..bear ke PD dari ahad smpai khamis jadi fasi..kursus hape tah tapi bawah KPT..sob2

dan akhir sekali..program usahawan yg aku gembar gemburkan sblom ni tak jadi buat tahun ni..wuwu..yang "perhimpunan pemimpin usahawan IPTA' kat UMT mmg tak jadi..baru berangan makan malamnya yang hebat akan di buat kat masjid kristal..huhu..KARNIAWAN plak akan buat tahun dpn kat UUM dari 8 - 10 Januari 2009. sumber : dia cari sekretariat bdak2 UUM

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TAK JADI NYE PRORGAM USAHAWAN NI
kebaikan : tak yah penat2 badan dan abis duit balik terengganu
keburukan : aku da jadi kebosanan tahap kudey


Friday, June 20, 2008

birthday budak gedik



Owh banyak btul bday org bulan jun ni..
Kali ini entry aku didedikasikan khas utk sahabat aku sempena bday nya pd 21 jun 08
Siti Khadijah bt Bahrin aka ejah gedikk..!!!
Dia mmg gedik..sbb dia pnggil aku gedik..hehe

Aku knal dia sbb kitorg clasmate kt uni aku..
Tak ingt sgt la cmne leh knal dia..
sama ada aku yg tegur ngn dia atau dia yg tegur aku..
tp kitorg makin rapat disebabkan bilik hostel kitorg dkat je..
Bilik aku UU207, bilik dia UU214
So aku sokmo la lepak bilik dia..
Dan disebabkan bilik kitorg yg sgt dkat itu..
Sume bnda kami buat bsama2..
Mkn sama2, g musolla sma2,lpak sama2, blaja sama2, main sama2..
Pendek kata sume la bsama2..



Dia juga la yg mmpengaruhi perubahan2 aku skang ni..
Bile tgk dia pkai tudung besar bidang 60
Cntik je dia pkai..mmbuat aku pon tringin nk pkai gak..
N 1st tyme pkai tudung besar pon pinjam tdung dia msa pjumpaan antara senior2 sc comp ngn junior – sila lihat entry ini
Pastu kalu aku ada pape2 psl agama ..aku bnyk gak tnya ngn dia..

”Sabda Rasulullah S.A.W :
perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama pembawa wangi-wangian dan tukang besi. adapun pembawa wangi-wangian samada dia memberimu sedikit ataupun kamu membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi manakala tukang besi samada dia membakar bajumu ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk (H.R. Bukhari dan Muslim)


dia ni best n gila gak so aku pon bleh msuk ngn dia
Wlupon dia muda setahun drpd aku..
Prangai kitorg lebih kurg sma je..
Prangai cm budak2..hehe..ong pon kata cmtu..
Pastu bnyk la psmaan lain la antara kitorg..saiz bdn pon lebih kurg gak
Sbb tu kdg2 aku pinjam je baju dia..hehe
Prangai bapak kitorg pon lebih kurg sma..sbb tu la kitorg ni serasi bersama.haha

Sedangkan lidah lagi tergeget, inikan pula kawan baik..
Kitorg ni ada je gado2..
Biasa la..bak kata seorg pakar motivasi mane tah..
Kawan yg amat rapat lg sng kite sakitkan hati dia bbnding kwn yg kurg rapat
Sbb kite da knal prangai dia n dia pon da knal prangai kite
So kite cm x kesah nk buat apa je..or nk ckp apa je..
So kdg2 dgn x sngaja dia pon berasa ati ngn kite..
Kalu kwn yg x rapat..kite bckap ngn dia kna jaga ati dia ..so x de la terasa sgt kn




Kemuncak aku pnah gado ngn dia..
Masa tu kitorg ngh mkn2 ptg..
Pastu kaki aku ni ada la masalah , cedera sket la..
Tiba2 dia xsngaja trlanggar kaki aku tu..
N aku pon x semena2 marah n tngking dia..
Pastu dia pon cm sedih kot..n aku pon mnyesal yg teramat sgt smpai skang ni la aku rasa nyesal sgt mrh dia seterok itu wlupon aku da minta maaf..mungkin masa tu pon mood aku kurg stabil..
Esok nye plak dia kna g kursus kpimpinan..
Msa dia g kursus tu la aku rsa rndu sgt ngn dia n nyesal sbb aku baru gado2 ngn dia..da la dia x de kt hostel ni..
Aku pon anta la lagu permataku – mirwarna gune voice sms msa tgh mlm gak la..
(er..lahu ini sbnarnye utk mak bapak..tp layan gak la utk sahabat pon bleh gak..hehe)



“Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...”


Kitorg pon mmg suke dgr lagu ni..
Pastu dia pon mnanges bile aku anta lagu ni..

” Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu.”



Kalu nk taw dia ni.kdg2 tak reti nk tunjuk prasaan..
Tu la aku bngang ngn dia..hehe
Pastu dia ade psamaan ngn aku sbb kami berdua ade botol air color pink !
Sume org da taw ke mana2 kami pergi psti ade botol air pink kami!
N beg kecik lebih kurg sma gak..hehe
Kitorg bdua ni mmg gile amik gmba posing sndiri..haha hnya utk tontonan muslimah saje..
Kitorg mmg suka mkn..da mkn x reti nk berenti..pstu komplen da gmok..hhuhu

Rasulullahbersabda :
seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman (H.R. At-Tirmidzi)




Ngn dia aku boleh cite sume bnda..
sume bnda aku leh share ngn dia..tp ada gak la yg sulit2 mane leh gtaw kn..
So psahabatan kami mmg kuat la..
Smpai masa cuti ni aku rasa nk cal dia ari2 je sbb nk bercerita mcm2 ngn dia
Mcm pakwe makwe plak kalu mlm2 kna cal..hehe

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Kepada ejah yg dikasihi yg gedik teramat sgtt..
Saye mau mngucapkan selamat ari tua !
Da 20 tahun ye..bkn belas2 anymore..so jgn la jadi gedik sgt..
Jadi la dewasa plak..haha
Walau apa2 pon yang terjadi percaya lah sy amat mnyayangi kamu smpai kapan pon..
Sbb aku bersahabat dgn mu kerana Allah. ukhwah fillah..

”teman- teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa (memeliharadrpd kjahatan) ”
Surah Az-Zukhruf ayat 67


Google