Wednesday, May 27, 2009

mata kanan kedip-kedip

setiap tahun, hanya dua hari jadi yang bisa disambut oleh aku bersama kawan-kawan ku di shah alam.sebab masa 2 orang punye birtday itu lah kami sedang bercuti.birthday yang lain tak boleh disambut bersama-sama sebab masing-masing sedang sibuk belajar di universiti masing-masing.dan pada hari itu jugalah kami dapat berkumpul bersama-sama, bergelak ketawa, bertukar cerita

semalam birthday kawan baik saya, izatun zaid.tahun lepas disambut di TGI Fridays , one utama tapi tahun ini di kedai kopi 2 shah alam sahaja.tapi sambutannya tetap meriah walaupun takda kek hehe.tak pe..eton semalam sudah diberi makan kek oleh teman lelakinya yang telah membuat kejutan hari jadinya di bora asmara.romantik sungguh.jeles i haha


sebelum tu telah ke rumah izatun atau lebih dikenali senagai eton.mahu melihat anak buah pertamanya.wah sungguh comel seperti auntie nye juga.tidak melepaskan peluang bermesra dengan si comel yang tak takut orang.boleh culik bawa balik ni


kemudian terus menuju ke kedai kopi 2 shah alam.kedai kopi ni sebenarnya ada 2 cawangan.satu yang terletak berdekatan dengan masjid.yang kedua pun terletak berdekatan masjid shah alam.aik? memang dua-dua sebelah masjid.senang nak pergi solat setelah melepak.ye ke?tapi yang kedua boleh dikatakan sebaris dengan muzium dan perpustakaan negeri.kami lebih suka ke kedai kopi 2 kerana sedikt tertutup dan berbumbung


kegemaran aku semestinya makanan barat sebab kalau makanan malaysia kan senang didapati di mana-mana.maksud saya, makanan malaysia, bahannya senang didapati jadi boleh masak sendiri dan lebih sedap makan di rumah.tapi masakan barat boleh jugak masak sendiri tapi bahan tiada di rumah makanya makanlah di kedai.kali ini aku order chicken picatta, dada ayam dia letak cheese dan sos kemudian bawah dia ada sedikit pasta


bersama birthday girl yg semakin cantik manis

borak-borak, gelak-gelak, gosip-gosip, tungu punya tunggu, ernie tak sampai lagi.pukul 6.30pm baru sampai.isy2..dia kata nak bawa kawan.aku tanya kawan ke pakwe? dia kata kawan..dalam hati..kawan sekolah dia kot dia nak bawa..tunggu aje lah


bila ernie sampai, aku sedikit termenjerit.sebab belakang dia ada hantu.eh tak.. mana ada hantu siang-siang..ada kawan baik lama saya , NorFatin Amira di belakangnya! dia baru pulang dari Ulu Selangor.er..maksud saya..USA. heh punya lah terkejut sebab baru tanya dengan dia bila nak balik malaysia sebab sudah lama tidak berjumpa.tengok-tengok dia sudah ada di depan mata saya.nasib baik tak bawa H1N1 haha punya lah teruja sampai dia tak tahu nak makan apa dan kami pula terus tak melepaskan peluang bergambar.setting timing guna camera dia amik gambar kami berlima.patutlah mata kanan aku berkedip-kedip.tak sangka pula akan bertemu dengan kawan yang sungguh lama ingin berjumpa


tak sempat sangat berbual-bual dan menemuduga fatin dan ernie kerana harus pulang.itulah mementingkan bergambar daripada berbual-bual.padan muka .ya, aku harus pulang bila jam menunjukkan pukul 7pm kalau tidak akan bertukar seperti cerita cinderella bila jam pukul 12am.tipu lagi. kena balik sebelum kul 7pm la kalau tidak akan dimarahi emak.anak dara tak elok keluar maghrib2.isy2

sebelum balik harus membayar makanan yang telah dimakan.oh boleh pula terlupa membayar.bila mahu mengampil dompet untuk membayar , aik mana dompet? oh tidak bawa rupanya.dan telah memandu secara haram kerana tiada lesen .duit untuk membayar makanan terpaksa dipinjam daripada birthday girl.malu ! malu ! sepatutnya birthday girl yang harus dibelanja oleh saya , ini sudah terbalik

sungguh seronok berjumpa girlfriends dan bergambar bersama-sama mereka.lain perasaannya dan lebih seronok berbanding berjumpa boyfriend.haha mana ada boyfriend


9 comments:

Evi LoLyta said...

haha lawok la awk xbwa purse. hahhaha.. ape je awk igt. igt buih2 ey ahaha~

♥ Iemochi Arihyoshi ♥ said...

comey2 belaka.. lagi comey kalo kawan2 awak suma pakai tudung

aizat@kampus said...

huhu..tlg kirim salamkan yer pd saper2 yg still single k..he3

nieja said...

aha.. kemain lagi
makan best2, purse ttgal
plak eh.. ehe.. :)

i dah lame x lepak
kdai kopi, dlu2 slalo
gak lepak sane, lame2
cam dah x best sebab
dah xde air capucino vanilla die..

chken pcata kat santai cafe
sek 11 sedap gak! g la try..

haziQah said...

EVI - ahha purse tu terjatuh kat atas meja..bkn sngaha he

♥ Iemochi Arihyoshi ♥ - insyaAllah merka akan btudung satu ari nnti.kite doakan sma2 deh

aizat@kampus - ahha ok ;)

nieja - i ske lepak kat ctu sbb tmpat dia tng je..
ni i syg u nieja sbb u promote kn tmpat mkn yg best heee

nuyu farhan said...

wahh..bestnya dapat kuar jumpa kwn2 reramai gitu..lebih sonok lagi kalau ia melibatkan makanan..hahaha

molek sket h1n1 tuh..haha
kem slm kt besday gurl :)

haziQah said...

yeh mknan dan kwn2 mmg x leh dipisahkan he

ok nuyu cumel ;)

defactohokage said...

mujur stadium tak roboh kalo tak..stadium pn takder!!..hehe

Anonymous said...

Silver Engraving Process & Beauty of Engraved Silverware thomas sabo bracelet What is “Silver Engraving”? thomas sabo bracelets Silver Engraving is the process of incising special messages or names discount thomas sabo bracelet of loved ones on silver products/items like silver candlesticks, cheap thomas sabo bracelet silver christening gifts, thomas sabo bracelet clearance silver anniversary gifts and silver photo frames. thomas sabo Engraving makes the item look outstanding discount thomas sabo and help to create a special gift or feeling. thomas sabo sale ukEngraved Silver products- where elegance meets beauty.Engraving thomas sabo jewellery something memorable on silverware is one of the most thomas sabo silver elegant of keeping a memory alive.

Google