Saturday, May 30, 2009

big apple donut yang tiada di Kuala Terengganu


dari kiri dan atas : whitnut,chococino,pink twister,
dancing queen,marble duke, choreo

sampai je SACC, nampak orang bawa plastik big apple.masuk je SACC nampak orang bawa plastik big apple lagi.keluar dari SACC pun nampak orang bawa plastik big apple LAGI !

tak boleh jadi ni.lagipun memang sudah merancang sejak sebelum cuti lagi untuk memakan donut kesukaan manusia masa kini, BIG APPLE!

ceh, apa yang sedap sangat donut big apple ni sampai orang semua teruja nak makan.sini sana orang bercerita sedapnya donut big apple.buka blog ini orang itu bercerita sedapnya donut big apple.sampai ada seorang itu yang maknya di terengganu juga sudah ketagih memakan donut big apple.


tapi maaf ya di Kuala Terengganu tidak terdapat Big Apple, kalau nak makan atau sudah gian sangat sila turun ke Mesra Mall, Kemaman yang mengambil masa 3 jam dari bandaraya pesisiran pantai Kuala Terengganu.hek apa je ada kat KT tu

adakah donut big apple ini sesedap dan selembut donut yang dijual di bazar ramadhan UDM tahun lepas?adakah donut big apple ini sebesar epal yang besar atau hanya sesedap dunkin donut sahaja yang agak keras tu?


belum cuba belum tahu..mari kita mencuba ! selagi boleh cuba dan halal dimakan maka harus dimakan.tapi makan biarlah berpada-pada dan makanlah sebelum kenyang.jangan makan nasi lemak lepas tu makan 3 biji donut big apple sampai termuntah sudah <-- ini kisah benar.ada orang itu sudah serik dan fobia makan donut big apple haha

masuk ke kedai big apple di SACC sedikt kebingungan.macam mana mahu order.malu betul tak tahu macam mana nak order.terus ke kaunter pembayaran.rupa-rupanya pemilihan donut bermula dari tempat yang tertulis 'in' dan berakhir di kaunter pembayaran.aisy mana lah aku perasan.malu gila sebab bertembung dengan orang yang sedang memilih donut dari arah yang bertentangan.belajar melalui kesilapan


buat pengetahuan mereka yang sudah tahu,atau yang belum tahu atau yang buat-buat tahu atau yang tak nak tahu pun,tak kira lah aku nak bagi tahu jugak.harga sebiji donut adalah RM 2.20.tapi kalau beli 6 biji donut boleh dapat RM 11.50 makanya harga sebiji donut adalah RM 1.91666666666. sila bundarkan kepada RM yang terdekat.lagi banyak anda beli , lagi murah lah

sekarang kita bercerita pula tentang kelazatan donut big apple.lazat sangat ke sampai tak tidur malam teringat donut big apple?lazat sangat ke sampai terbawa-bawa mimpi? lazat sangat ke sampai teringat donut big apple lebih daripada kekasih sendiri? jawapannya MEMANG LAZAT!


sebab apa lazat ni..sebabnya..donut big apple sememangnya lembut tak boleh dinafikan lagi.kemudian terdapat pelbagai perisa yang ditawarkan yang bakal membuatkan anda rambang mata nak pilih, cuba dan makan donut yang mana satu nak masuk perut.lebih rambang mata dan boleh terus jadi mata keranjang memilih donut big apple berbanding dengan memilih kain di Jakel.dengan pelbagai perisa dan warna lagi-lagi warna merah jambu ,semua orang pasti teruja nak mencubanya ( cuma masih tidak boleh menerima apa-apa yang berkaitan dengan durian apabila menjadi perisa apa-apa makanan.oh pleasee...) .topping dia pula bukan sekadar topping malah sesetengah jenis perisa terdapat juga perisa yang tersirat dalamnya.maka menambah lagi keterujaan peminat donut nak memakannya sampai toppingnya yang sungguh cair tapi pekat ( bagaimanakah itu? sila cuba sendiri ), boleh membuat anda comot jika makan seperti kanak-kanak macam saya.

selain itu,walaupun kedai big apple di SACC ini kecil sahaja, anda masih boleh lepak di situ sambil membawa laptop untuk online.tidak perlu password.jadi boleh menikmati donut yang lembut, enak, berkrim dan disukai ramai sambil mengonlinekan diri sambil bergosip, update antivirus kaspersky yang sudah lama tidak update,melihat blog orang lain atau friendster bekas kekasih pakwe anda

sudah teruja dan telain air liur? silalah ke mana-mana kedai donut epal besar yang terdekat !

nilai usahawan : inovasi terhadap sesuatu produk yang sudah ada dan menambahbaik produk tersebut dengan menjadikan ia lain daripada yang lain


13 comments:

Unknown said...

sejak big apple ade kat mesra mall ni..
asyk nak gi sane jer sbb nak beli donut2 yg lazat tu
hehehehe

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim said...

ha ha ha memang sedap ar iqa donut big apple... nyum3.. sedap hingga menjilat kaki...

memang kat terengganu takder lagi.. sebab tuh org terengganu slim melim... tak makan donut rupenyer...

p/s: ha ha ha... jangan makan donut banyak-banyak nanti gemuk tau....

aunieZ said...

IDA FISA - aah awk duk kat kmaman sng la nk g mesra mall .kite kat kole ganu tu jauh hhoho..baik trun KB he

SHAIHAM - isy tak de ar mnjilat kai .org mkn gne tgn haha..ye ke..sbb x de donut tu org ganu slim :p

[Fadilah Diyana] said...

hehe,haziqah lawak plak bunyi bila baca entry kali ni...tapi pengalaman kan...ehehe,ni mesti kes xsabar nak merasa tu pasal xbaca sign yg ada...ehehe...awk,dah tgk film syurga cinta???

aunieZ said...

FADILAH - he tak perasan betul .ingat mmg trus kena g tmpat byr hehe
lom tgk lg sbb x smpt lg nk g tgk tp tringin sgt nk g tgk

Anonymous said...

jangan lupa layari farisadli.via.my. mcm2 ada. forum ada, video ada. mcm2 jenis artikel ada. org yg buta hati je yg kata website tu entah apa2 entah

Evi LoLyta said...

dancing queen plg best. plg plg best~ nyum2

'Aizat Annur said...

j-co lg sedaapppp....

aunieZ said...

FARIS - Insyaallah.diharap bukan sume kat situ copy paste saje.i want sumtin yg ORIginal ;)

EVI - Sdap2 nt nk try cube sume kcuali duran-duran je hoho

AIZAT - owh ye ke.nk nk try then kte buat pbndingan ek

Nuyu Yusof said...

bukan setakat big apple. big lemon, big strawbery, big watermelon sume sedap..hahaha

aunieZ said...

ahha ada ke..ya Allah, da ketaih sgt sy ni ngn big apple, hari2 mngidam.knpa kole ganu ni xdop uwuwu

Dieyla said...

wah wah~
panjang gile cite pasal big apple ni!

my favourite : donus alien vs predator tu. (mmg masyuk abes ah!)

Anonymous said...

sedap donut2 d big apple's tu..tp sy just nk ingtkn korg je la kn.. sblm mkn tu korg ade t'tanye x.. Adakah big apple's ni halal or x? ada x korg tgk tanda halal kt francais dorg tu? fikir2 kan la k.. adakalanya bila smua makanan tu sdap kita lpe untuk amik tahu samada ia halal @ x..adakalanya stengah org wt x kesah je..ade org muslim mkn dorg pn turut mkn..

yg sy tau wt mase ni..francais tu x de mohon HALAL JAKIM lg..tp xtau la pada mse akan dtg lak cmne kn..

Google