Minum air gula semasa mengandung.
Hari Isnin 7 April 2014, aku kena pergi checkup kali ketiga. Sehari sebelum tu baru balik dari Family Day Kabaz di Legoland. Masa kat Legoland tu memang makan tak ingat dunia la ( ha ha ha ).
First2, bila sampai klinik kesihatan seksyen 7 Shah Alam, amik nombor dan dapat nombor 11 sebab aku sampai agak lewat dalam pukul 750am sebab bergerak dari rumah Puchong. Rumah Shah Alam tak dok air, kena catu, so terpaksalah datang dari rumah Puchong. Sampai2 parking pun da penuh. Parking tepi2 je.
Masa dia panggil timbang berat, dia tulis 58. OMG! Naik 2 kg sejak balik dari family day, so maknanya dari bulan lepas naik 4 kg :O Then pergi makmal, amik darah dan air kencing. Lepas tu tunggu lagi sampai nurse panggil. Masuk bilik nurse, "Banyak naik ni 4kg, kena minum air gula". Nurse pon buat la appointment sebanyak 5 kali untuk datang minum air gula dan check bp -_-
Malam sebelum pergi minum air gula, aku makan dinner awal sebab pukul 8pm ada meeting dan pukul 10pm dah start tak boleh makan. Tapi malam tu memang lapar ah :(
Hari Rabu, aku datang balik untuk minum air gula. Datang awal dan sebelum 730am dan buka je pintu, terus masuk. Dapat nombor 0004. Tunggu Nurse panggil, dia suruh pergi ke bilik 21. Letak buku kat depan bilik tu, aku orang kedua dia panggil untuk ambil darah. Lepas ambil darah ,nurse suruh pergi bilik 23 untuk minum air gula. Kat situ , dah ada bercawan2 air gula yang dia sediakan. Air gula tu rasa macamana? Macam kau bancuh gula dengan air la! Memang manis tapi aku still boleh telan dan takdelah senafas nak minum tu. Boleh muntah macam tu. Ikut sunnah, kita minum senafas senafas :D
Kemudian letak balik buku pink dekat kaunter. Dia akan panggil untuk check blood pressure. Check blood pressure, aku punya 104/73. Lepas tu pergi letak buku pink kat Bilik 21 balik. Pukul 1030am iaitu selapas 2jam minum air gula, nurse pun panggil untuk ambil darah kali kedua. Kemudian boleh la pulang :D
Lepas ni tobat kena jaga makan dan minum. Aku rasa sebab banyak minum air manis banyak sangat masa pergi Family Day tu. Tobat sebab malas nak datang klinik banyak kali....
Kenapa perlu minum air gula? Untuk check sama ada kita ada kencing manis ke tak lagi2 kalau ibu bapa kita ada kencing manis. Sebab kalau kit ada kencing manis, baby mungkin besar ketika dilahirkan dan akan menyulitkan ibu untuk melahirkan anak nanti. Selain itu, kalau ibu ada ada kencing manis, takut anak yang dilahirkan nanti mungkin ada kecacatan.
Thursday, July 31, 2014
Tuesday, July 08, 2014
Buku Merah Jambu di Klinik kesihatan Putrajaya, Pulau Meranti dan Shah Alam
Mula2, saya bercadang nak buat checkup di Klinik Kesihatan
Putrajaya Presint 9 sebab lepas hantar suami boleh terus pergi. Sampai sana,
ramainya ibu mengandung. Kaunter still tak buka lagi. Jumpa nurse kata nak buat
checkup kat sini tapi dia Tanya alamat kat mana. Kemudian nurse kata, nak buat
checkup kena ikut alamat tempat tinggal. Memandangkan rumah sewa kami di Putra
Perdana, Puchong, klinik Kesihatan yang terdekat adalah Klinik Desa Pulau
Meranti. So kalau nak buat checkup, memang kena ke sana. Kami pun pulang
perasaan dengan hampa.
On the way pulang ke rumah, singgahlah ke Klinik Desa Pulau
Meranti tu. Memang dekat je dengan rumah kami tapi kawasan klinik tu macam
scary bagi saya sebab nak ke sana macam kena turun bukit dan sekitarnya kawasan
construction. Klinik tu pulak kecik je dan bila masuk kawasan klinik, orang
menunggu dan beratur sampai ke luar klinik. Cakap dengan suami, saya tak mahu
checkup kat sini.
Fikir dan fikir,bagitahu team lead nak ambil another half
day leave. Kemudian saya try call klinik kesihatan Shah Alam. Nurse cakap,
boleh datang ke klinik hari ni pukul 2pm. Klinik kesihatan Shah Alam Seksyen 7
hanya ada 2 hari je checkup untuk ibu mengandung iaitu hari Isnin dan Rabu.
Luckily hari tu hari Isnin, so sebelum tengahri kami gerak ke Shah Alam balik.
Sampai sana dalam 130pm lepas solat zohor di Petronas. Masa tu macam tak ramai
orang lagi tapi still dah ada orang tunggu.
Kemudian kena isi buku merah or merah jambu Kena isi 2 buku, satu untuk simpanan kita,
satu untuk simpanan klinik. Oh tak payah bawa dokumen apa2 pun masa ke klinik
kesihatan tu. Kemudian tunggu giliran dia panggil. Kena ambil nombor ikut kawasan tempat tinggal kita. Mula2 kena ambil berat,
ambil darah kat bilik 21 untuk yang pertama kali checkup, kemudian pergi lab
buat ujian air kencing. Lepas tu tunggu nurse panggil masuk dalam bilik
rawatan. Kat bilik rawatan tu nurse tanya bila last period, ada pergi check kat
klinik swasta tak dan dia akan check bila due date kita. Lepas tu suruh
baring dan check perut kita, tekan2 ,check baby la kot hehe.
Dalam masa satu
setengah jam, dah siap dan ambil acid folic kat farmasi. Next , kena pergi
checkup sebulan sekali. So rasa takde la susah sangat pergi klinik kesihatan ni. Asal datang awal2, semuanya settle.
ini cerita pasal
pregnancy
Subscribe to:
Posts (Atom)