Thursday, July 31, 2014

Minum air gula semasa mengandung

Minum air gula semasa mengandung.

Hari Isnin 7 April 2014, aku kena pergi checkup kali ketiga. Sehari sebelum tu baru balik dari Family Day Kabaz di Legoland. Masa kat Legoland tu memang makan tak ingat dunia la ( ha ha ha ).

First2, bila sampai klinik kesihatan seksyen 7 Shah Alam, amik nombor dan dapat nombor 11 sebab aku sampai agak lewat dalam pukul 750am sebab bergerak dari rumah Puchong. Rumah Shah Alam tak dok air, kena catu, so terpaksalah datang dari rumah Puchong. Sampai2 parking pun da penuh. Parking tepi2 je.

Masa dia panggil timbang berat, dia tulis 58. OMG! Naik 2 kg sejak balik dari family day, so maknanya dari bulan lepas naik 4 kg :O Then pergi makmal, amik darah dan air kencing. Lepas tu tunggu lagi sampai nurse panggil. Masuk bilik nurse, "Banyak naik ni 4kg, kena minum air gula". Nurse pon buat la appointment sebanyak 5 kali untuk datang minum air gula dan check bp -_-

Malam sebelum pergi minum air gula, aku makan dinner awal sebab pukul 8pm ada meeting dan pukul 10pm dah start tak boleh makan. Tapi malam tu memang lapar ah :(



Hari Rabu, aku datang balik untuk minum air gula. Datang awal dan sebelum 730am dan buka je pintu, terus masuk. Dapat nombor 0004. Tunggu Nurse panggil, dia suruh pergi ke bilik 21. Letak buku kat depan bilik tu, aku orang kedua dia panggil untuk ambil darah. Lepas ambil darah ,nurse suruh pergi bilik 23 untuk minum air gula. Kat situ , dah ada bercawan2 air gula yang dia sediakan. Air gula tu rasa macamana? Macam kau bancuh gula dengan air la! Memang manis tapi aku still boleh telan dan takdelah senafas nak minum tu. Boleh muntah macam tu. Ikut sunnah, kita minum senafas senafas :D

Kemudian letak balik buku pink dekat kaunter. Dia akan panggil untuk check blood pressure. Check blood pressure, aku punya 104/73. Lepas tu pergi letak buku pink kat Bilik 21 balik. Pukul 1030am iaitu selapas 2jam minum air gula, nurse pun panggil untuk ambil darah kali kedua. Kemudian boleh la pulang :D

Lepas ni tobat kena jaga makan dan minum. Aku rasa sebab banyak minum air manis banyak sangat masa pergi Family Day tu. Tobat sebab malas nak datang klinik banyak kali....

Kenapa perlu minum air gula? Untuk check sama ada kita ada kencing manis ke tak lagi2 kalau ibu bapa kita ada kencing manis. Sebab kalau kit ada kencing manis, baby mungkin besar ketika dilahirkan dan akan menyulitkan ibu untuk melahirkan anak nanti. Selain itu, kalau ibu ada ada kencing manis, takut anak yang dilahirkan nanti mungkin ada kecacatan.


1 comment:

Arinie Ghazali said...

Stress btol bila kena minum air gula. "Sedapppp" sangat. Hihi

Google