Monday, September 26, 2011

Konvokesyen UniSZA 2011

Konvokesyen UniSZA 2011

adalah konvokesyen UniSZA kali ketiga. Alhamdulillah akhirnya aku berkonvo jugak dan maknanya aku dah habis study secara rasmi yehh. Konvo yang sudah lama aku impikan. Dulu datang konvo orang je, sekarang diri sendiri berkonvo.

Sebab aku excited nak konvo? Nak bergambar posing posing dengan jubah konvo yang besar walaupun saiz S. Oh tapi sangat sedih sebab banyak gambar saya tak cantik sebab tudung tak jadi sob2. Tapi cantik juga bila ditangkap dengan kamera mahal DeSeLeR

Perkara seronok semasa konvo

# Dapat jumpa rakan sekelas. Rindu mereka. Gelak2, buat comel, borak2, makan sama2 tapi tak puas lagi sebab masing2 busy sikit dengan keluarga, kawan2 lain dan dot dot dot :p

# Skrol disampaikan oleh Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA. Teruja dapat skrol dari Permaisuri, semua dah berlatih awal2 cara nak amik skrol, step2 nak amik skrol, one step bila nak amik skrol, pastu kena cakap menjujung kasih tuanku tapi last2 ada yang cakap terima kasih je dan jauh dari Permaisuri :p



# Baju kurung konvo dari Sireh Pinang, kasut dari Vincci, tudung dari Turkuaz. Thanks a lotz kepada mak saya yang sponsor semua. Terharu sangat sebab mak saya kumpul duit selama 3 bulan untuk saya beli baju dan sewaktu dengannya. Mak saya yang tak kerja pon boleh kumpul duit untuk saya *terharu*

# Dapat bunga banyakkk..ceh..takde la banyak sangat..dapat dari mak, abah, adik2, dan kawan..banyak la cos lebih dari satu kan *LOL*

# Kitorang duk dalam dewan masa konvo tu tak macam konvo. Borak sakan, amik gambar, bercerita, serius enjoy gila. Padahal aku duk baris kedua depan (since kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer adalah kos kedua yang amik skrol selepas student master)dan tepi sekali sebelah tempat duduk mak bapak. Kalu bercakap tu confirm la orang2 kehormat kat depan tu nampak tapi takpe kite enjoy!

# Kos kami kena puji dengan NC :D Sebab kebanyakan graduan dari Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer UniSZA telah mendapat pekerjaan setelah bergraduasi. Kejayaan yang amat membanggakan. Tahniah kepada classmate ku. Siapa kata jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer susah nak dapat peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan banyak sangat terutama di Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah..rezeki di bumi Allah ini luas

# Dapat makan makanan yang mengidam bila ke Terengganu. Sata dan Singgang ikan dan budu kat Warung Aziz Satar Kemaman. Sanggup tu makan nasi lagi pukul 4pm sebab tak puas makan lunch kat kedai seblumnya

# Dapat pergi hi tea kat Riyaz . Dapat makan puas2 sampai kenyang. Burppp



# Dapat jumpa si dia :p


Perkara kurang seronok tentang konvo

# Tak puas jalan2 , shopping2 kat pesta konvo. Tak shopping mana pun. Pergi pesta pun sekali je tu pun rush je sebab sok pagi da nak konvo

# Tak puas jumpa semua kawan2 kat UniSZA. Masa pergi pesta konvo, setiap orang yang aku kenal aku pergi tegur. Selamba je. Dapat borak kejap2 pun jadi la. Sebab lepas ni entah bile boleh jumpa kan


konvokesyen UniSZA 2011
# Tak dapat amik gambar sekelas masa kat luar. Bila keluar dari dewan semua mencari family masing2 dan tinggal la berapa kerat yang dapat gambar bersama2 padahal dah janji. Nasib baik dah sempat bergambar sekelas masa dalam dewan.

gambar konvokesyen UniSZA 2011
# Menyesal tak bawa beg bawa pergi konvo. Kalau tak boleh isi macam2 seperti bedak, tisu, gula2, handphone

konvokesyen UniSZA 2011
# Lepas keluar dari dewan, cuaca memang panas gila. Dengan pakai jubah konvonya, memang tak sabar nak buka dan hantar pulang jubah konvo. Lepas buka jubah memang baju basah jeruk bak kata orang ganu. Kaki pula telah cedera sebab melecet pakai kasut baru. Lepas da hantar jubah tu boleh pulak kitorang duk lepak depan DABS, amik gambar, rehat2 dan tengok orang2 besar keluar dewan. Dalam perjalanan pulang ke bilik, saya hanya berkaki ayam. Tak larat da pakai kasut T_T

gambar konvokesyen UniSZA 2011
# Gambar konvo saya kureng cantik sebab tudung tak jadi T_T

Tips untuk konvokesyen:
1) Makan breakfast pagi2 sebab anda akan kelaparan sampai tengahari. Gula2 yang diberi percuma di dalam dewan pun tak dapat menghilangkan rasa kebuluran anda

2) Bawa handbag diisi pelbagai keperluan yang penting seperti handphone, camera, gula2, makeup2. Air masak pun bawa je nanti kehausan pula macam saya T_T


Seperti biasa orang pandai dan bijak dapat la masuk paper dan tv. Saya hanya boleh tumpang bangga kawan saya Ong Yew Chuan kena interview dengan akhbar Kosmo, TV Al-Hijriah dan Utusan Melayu. Padahal jeles ni sebab bila tah dapat masuk paper. #impianyangtakpernahtercapai

Tapi seriously rindu study time, rindu nak duk asrama, rindu nak baca nota untuk menghadapi kuiz, test dan exam. Kadang2 rasa menyesal tak study betul2 pun ada bila tengok orang lain grad dengan result yang excellent. Tapi nasi dah jadi bubur. Bubur McD sedap (takde kaitan).

Tapi nak study untuk exam Google AdWords minggu ni macam tak rajin pulak -_-

Last but not least, terima kasih banyak kepada mereka yang mengambil gambar konvoksyen UniSZA 2011 saya dan kawan2, Luqman Maat, Nazmiey, Megat dan lain2. Jasa baik anda dan kamera DeSeLeR anda amat kami hargai sebab semua gambar canti2k dan kami nampak cun. Itu yang penting :D Boleh hubungi mereka jika anda hendak mencari perkhidmatan menangkap gambar konvokesyen heheh

Tahniah buat semua graduan UniSZA!

Berita Lain Tentang

Konvokesyen UniSZA 2011



Monday, September 19, 2011

Hari Raya 2011

Raya tahun ini adalah sangat meriah. Setiap minggu ada aktiviti sampai tiada kesempatan untuk berehat. Tapi yang paling penting adalah seronok

Dan untuk pertama kali, rumah saya penuh dengan tetamu sampai tiada tempat untuk duduk. Tapi rasa sangat seronok sebab saudara-mara sudi datang dan memuji soto mak saya hehe

Full house di hari raya!


Google