Konvokesyen UniSZA 2011
adalah konvokesyen UniSZA kali ketiga. Alhamdulillah akhirnya aku berkonvo jugak dan maknanya aku dah habis study secara rasmi yehh. Konvo yang sudah lama aku impikan. Dulu datang konvo orang je, sekarang diri sendiri berkonvo.Perkara seronok semasa konvo
# Dapat jumpa rakan sekelas. Rindu mereka. Gelak2, buat comel, borak2, makan sama2 tapi tak puas lagi sebab masing2 busy sikit dengan keluarga, kawan2 lain dan dot dot dot :p
# Skrol disampaikan oleh Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA. Teruja dapat skrol dari Permaisuri, semua dah berlatih awal2 cara nak amik skrol, step2 nak amik skrol, one step bila nak amik skrol, pastu kena cakap menjujung kasih tuanku tapi last2 ada yang cakap terima kasih je dan jauh dari Permaisuri :p
# Dapat bunga banyakkk..ceh..takde la banyak sangat..dapat dari mak, abah, adik2, dan kawan..banyak la cos lebih dari satu kan *LOL*
# Kitorang duk dalam dewan masa konvo tu tak macam konvo. Borak sakan, amik gambar, bercerita, serius enjoy gila. Padahal aku duk baris kedua depan (since kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer adalah kos kedua yang amik skrol selepas student master)dan tepi sekali sebelah tempat duduk mak bapak. Kalu bercakap tu confirm la orang2 kehormat kat depan tu nampak tapi takpe kite enjoy!
# Kos kami kena puji dengan NC :D Sebab kebanyakan graduan dari Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer UniSZA telah mendapat pekerjaan setelah bergraduasi. Kejayaan yang amat membanggakan. Tahniah kepada classmate ku. Siapa kata jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer susah nak dapat peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan banyak sangat terutama di Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah..rezeki di bumi Allah ini luas
# Dapat makan makanan yang mengidam bila ke Terengganu. Sata dan Singgang ikan dan budu kat Warung Aziz Satar Kemaman. Sanggup tu makan nasi lagi pukul 4pm sebab tak puas makan lunch kat kedai seblumnya
# Dapat pergi hi tea kat Riyaz . Dapat makan puas2 sampai kenyang. Burppp
# Dapat jumpa si dia :p
Perkara kurang seronok tentang konvo
# Tak puas jalan2 , shopping2 kat pesta konvo. Tak shopping mana pun. Pergi pesta pun sekali je tu pun rush je sebab sok pagi da nak konvo
# Tak puas jumpa semua kawan2 kat UniSZA. Masa pergi pesta konvo, setiap orang yang aku kenal aku pergi tegur. Selamba je. Dapat borak kejap2 pun jadi la. Sebab lepas ni entah bile boleh jumpa kan
# Tak dapat amik gambar sekelas masa kat luar. Bila keluar dari dewan semua mencari family masing2 dan tinggal la berapa kerat yang dapat gambar bersama2 padahal dah janji. Nasib baik dah sempat bergambar sekelas masa dalam dewan.
# Menyesal tak bawa beg bawa pergi konvo. Kalau tak boleh isi macam2 seperti bedak, tisu, gula2, handphone
# Lepas keluar dari dewan, cuaca memang panas gila. Dengan pakai jubah konvonya, memang tak sabar nak buka dan hantar pulang jubah konvo. Lepas buka jubah memang baju basah jeruk bak kata orang ganu. Kaki pula telah cedera sebab melecet pakai kasut baru. Lepas da hantar jubah tu boleh pulak kitorang duk lepak depan DABS, amik gambar, rehat2 dan tengok orang2 besar keluar dewan. Dalam perjalanan pulang ke bilik, saya hanya berkaki ayam. Tak larat da pakai kasut T_T
# Gambar konvo saya kureng cantik sebab tudung tak jadi T_T
Tips untuk konvokesyen:
1) Makan breakfast pagi2 sebab anda akan kelaparan sampai tengahari. Gula2 yang diberi percuma di dalam dewan pun tak dapat menghilangkan rasa kebuluran anda
2) Bawa handbag diisi pelbagai keperluan yang penting seperti handphone, camera, gula2, makeup2. Air masak pun bawa je nanti kehausan pula macam saya T_T
Seperti biasa orang pandai dan bijak dapat la masuk paper dan tv. Saya hanya boleh tumpang bangga kawan saya Ong Yew Chuan kena interview dengan akhbar Kosmo, TV Al-Hijriah dan Utusan Melayu. Padahal jeles ni sebab bila tah dapat masuk paper. #impianyangtakpernahtercapai
Tapi seriously rindu study time, rindu nak duk asrama, rindu nak baca nota untuk menghadapi kuiz, test dan exam. Kadang2 rasa menyesal tak study betul2 pun ada bila tengok orang lain grad dengan result yang excellent. Tapi nasi dah jadi bubur. Bubur McD sedap (takde kaitan).
Last but not least, terima kasih banyak kepada mereka yang mengambil gambar konvoksyen UniSZA 2011 saya dan kawan2, Luqman Maat, Nazmiey, Megat dan lain2. Jasa baik anda dan kamera DeSeLeR anda amat kami hargai sebab semua gambar canti2k dan kami nampak cun. Itu yang penting :D Boleh hubungi mereka jika anda hendak mencari perkhidmatan menangkap gambar konvokesyen heheh
Tahniah buat semua graduan UniSZA!
Berita Lain Tentang
5 comments:
hehe... boleh borak2 walaupun duduk kat depan... erm, waktu saya konvo kat UTHM dulu.... bosan jek... duduk sunyi sepi kat bangku....
dah lah budak2 diploma majlisnya kat hujung-hujung pula...
pesta konvo ke-3 unisza kira boleh tahan la... :-)
boleh je..buat mcm knvo sndiri :p
owh, dah konvo
btw, tahniah
all the best in your future undertakings
p/s : tq singgah dan komen kat blog
tq :)
nak tanya kak, apa syarat konvo unisza erk?
Post a Comment