Friday, August 30, 2019

Birth story of third baby, Muhammad

26 - 27 Januari 2019.

Berjalan sakan ya. Pergi IKEA, pergi company's dinner sebab dapat Long Service Award 5 years in Dell, petang ahad tu pergi jog round apartment, memang biasa je jog around dan hari tu jog sebab da lama tak jog.

28 januari 2019, Isnin
4am terjaga sebab nak kencing. Memang da biasa bangun 3-4am untuk ke toilet , kena sentiasa kosongkan pundi kencing supaya baby mudah turun dan *engage tips*

5am - rasa macam ada air nak keluar. Ingatkan keputihan, so sambung je tidur. Tapi macam tak selesa. Terus ke toilet. Dush. Alamak macam air ketuban je. Oh man..sejarah anak pertama berulang huhu. Pecah ketuban sebelum rasa contraction memang merisaukan. Tapi tunggu lagi, kot2 ni bukan air ketuban. Selepas beberapa kali air keluar, emmm betul la tu air ketuban. Mandi dan solat hajat, lepas tu solat subuh. Hari ni or esok pagi bersalin la kot. Huhu.

Lepas solat, bagitahu suami, air ketuban da pecah. Hari tu hari isnin. Mcm2 urusan nak kena settle dulu. Suami ada meeting, aku kena amik stok sutrina n postage. Since takde contraction lagi, aku suruh suami pergi je meeting dulu.  Irsyad pun tak pergi sekolah hari tu sebab rasa mcm malas nak tunggu n amik. Pagi tu pergi breakfast, tapi makanan kat situ sume da nak habis. Sedih rasa masa makan haha. Lepas tu budak2 ni pau ayam goreng mama pulak, da la tinggal seketul je. Lagi sedih 😭.

Then cod brg ikea, n terus ke kajang amik stok sutrina. On the way tu macam da rasa ada contraction, tapi boleh tahan lagi.Sampai rumah, order lunch delivery dari jcorner je.

Tunggu suami balik pulak, nak dekat asar baru dia sampai. Lepas solat asar, terus gerak pergi shah alam. Jalan memang da jem. Redha je la kena bebel dengan suami 😋.

On the way shah alam, da rasa mcm contraction 10min sekali. Tinggal budak2 dengan adikku. Malam ni 1st time Hud tidur tanpa mama la kan huhu.Lepas solat maghrib, kami pon gerak ke hospital. Eh sebelum tu kena la dinner dulu apa2 hal supaya ada tenaga, jangan biar perut kosong 8tips*. Order nasi goreng patayya kat restoran cili merah dan makan dadih susu. Tak habis pon tapi boleh la kenyang juga.

Habis makan, terus ke hospital. Otw ke hospital , baru aku berani sapu essential oil clary sage kat buku lali , dalam peha dan belakang badan. Check in kat PAC, isi apa yang patut, check CTG, nurse kata bacaan cantik. Lega je rasa. Lepas da settle, naik atas ke labour room. Tempat menunggu labour room tu amik masa lama juga sebab dorang nak isi borang semua.

Kat tempat menunggu labour room tu tak ramai pun, ada la dalam 3-4 orang. Tapi yang datang macam bukan nak beranak, macam ada masalah masa pregnant lepas tu dorang balik. Then time aku kena check VE masa tu da pukul 10pm tapi baru 3cm..aku macam hmm...ingatkan da 5-6 cm kan. Berapa lama lagi nak tunggu ni..aku da la tak suka duk hospital lama2 sebelum beranak kan. Since aku da pecah ketuban lebih 18jam, kena refer doktor lagi senior. Dia check semua, lepas tu tanya kenapa datang lambat ke hospital.


Then aku kena drip antibiotik 2 kali. Pukul 11 lebih baru dapat antibiotik. Sambil layan contraction, aku tengok chart bukaan baby kat noticeboard dan buat visualization da 10cm ya. Dan juga makin kerap sapu clary sage. Lepas habis drip, lepak dengan suami kat luar jap sebab kat dalam sejuk.

Nurse ada cakap, kalau nak rehat or mengantuk, boleh pergi kat satu bilik ni. So aku pergi la bilik tu, nampak ada kerusi macam boleh baring. Aku cuba rehat dan tidur tapi bila contraction datang memang sakit la. Bila contraction aku pun duduk mencangkung atau position merangkak dengan harapan bukaan lagi besar.

Lepas tu macam rasa tak tahan sangat dan rasa nak meneran. Bagitahu nurse, nurse suruh masuk bilik nak check. Then nurse check dia kata da 6cm, dia keluar kejap panggil doktor kot. Lepas tu ada duduk atas katil dalam position all four, tetiba rasa nak meneran dan keluar banyak air, tak tau la air ketuban ke air kencing tapi rasanya air ketuban la kot. Doktor pulak check kata da 8cm, terus tolak labour room.

Da masuk labour room, nurse bagi arahan cara nak beranak,  lepas tu entah kenapa apa yang nurse cakap, aku pergi ulang je arahan dorang kuat2. Mungkin supaya aku paham apa dorang cakap kot. Sebab tak boleh nak cakap dalam hati, aku cakap ikut mulut haha. Dorang suruh push tapi aku salah push sebab aku push kat mulut , dorang suruh push kat bawah. Rasa time tak de contraction suruh push, tu yang rasa susah sikit. Then baby macam susah keluar sebab bawah tu macam ketat. Aku bagitahu la sebab masa previous baby, aku ada hematoma, so kena jahit lebih sikit la kot. Then dorang apa lagi, zapppp, kena la episiotomi lagi ya. Redha je la sebab tak boleh nak keluar. Patut la doktor sebelum ni check pun dia rasa pelik dengan laluan aku. So i guess sebab previous jahitan jadi camtu.


Lepas beberapa kali cubaan push, alhamdulillah keluarlah seketul baby pada 2.14am yang pada mulanya tak menangis. Lepas ditepuk baru la menangis. Letak baby atas dada, dia rilek je baby itu ya. Then nurse minta nak bersihkan baby, terus baby itu menangis tinggalkan mama hehe.

Bila nurse da siap jahit semua, borak2 dengan husband. Aku jadi banyak borak. Selalunya kalau aku tetiba aku banyak borak or banyak benda nak cakap, sebab aku happy, ni mesti sebab oxytocin overload ni. Bersalin kali ni rasa lebih bertenaga walaupun tak de la natural sangat. Then terus rasa nak pegi toilet, tukar baju n apa yang patut. Takde la duduk melepet je.

Bila baby siap, aku pun susukan baby. Then nurse panggil untuk masuk wad pulak. Aku expect kali ni dapat la wad kelas ketiga. Last time kelas kedua, 4 org sebilik, ada aircond. Sebab yang kelas kedua biasanya untuk staff goverment kan. Tapi sebab dulu tak de kosong, so rezeki kelas kedua. Aku ok je kalau dapat kelas ketiga sebab takde aircond. Bila dalam pantang ni memang badan sejuk, bila beraircond lagi la menggigil.

Nurse tolak wheelchair dan terus bilik kelas kedua juga haha. Tapi actually aku bukan kelas kedua tapi di hujung2 kelas kedua. Kan patut 4 orang sebilik, tapi aku punya katil mcm terselit la takde yang special dan betul2 bawa aircond huahua. Da la takde bidai, almari semua cuma toilet la dekat senang,

Since aku PROM, doktor tahan 2 hari sebab da on antibiotik, nak tengok baby okay tak. Alhamdulillah baby ok je takde masalah pape. Tapi lepas tu, kena tahan lagi sebab baby jaundice pulak T_T tapi bacaan dia takde la tinggi..tak sampai 200 pun. Still kena duduk bawah lampu. Sedih uii baby tak boleh pakai baju sejuk2 duk bawah lampu. Memang dia takde la nak tidur sorang2 dalam cot tu..mesti nak celah mama juga tidur bila tak pakai baju.


Dengan rengatnya, tak boleh balik sebab baby jaundice, sedih sangat rasa. Tapi still fikir positif juga, semoga ada hikmah. Next day nya check alhamdulillah turun , tapi still kena follow up KK. Ok la kan. Lega syukur dapat balik. Tapi hari Jumaat, so lambat la checkout nya. Petang2 baru dapat balik. Total bill tak sampai RM50 ..husband terkejut bila bayar sebab murah angat wahahahahah


Hikmahnya, esok baby da clear jaundice. Syukur dapat la berpantang dengan tenang tak payah pergi KK da hehe


Google