Friday, February 27, 2015

Tips Mudah Bersalin

Tips Mudah Bersalintips bersalin cepattips bersalin awaltips bersalin secara normaltips bersalin cepat dan lancar

Walaupun aku bersalin secara czer, tapi aku banyak buat research untuk bersalin lepas bersalin LOL. Lagipun proses bersalin aku disabotaj. Hmm malas nak ceghita, Patutnya carilah ilmu sebelum bersalin. Aku ingat aku da macam banyak dan faham cara nak bersalin tapi usaha dan ilmu aku tak cukup lagi rupanya. Nasihat aku, pergilah kelas bersalin gentle birthing or AMANI. Sesungguhnya kelas2 itu amat membantu proses kelahiran nanti. Insyallah.

1.       Aktifkan dirimu
Orang yang aktif masa mengandung dan hampir bersalin memang mudah bersalin. Selalunya orang akan nasihat, nak dekat bersalin nanti banyakkan rehat, lagipun memang tak larat pon di akhir mengandung tapi patutnya kena lagi aktifkan diri seperti buat kerja rumah, basuh toilet, kemas rumah. Macam basuh toilet boleh mencangkung sebab mencangkung sebenarnya untuk memudahkan bersalin. Kalau nak exercise, boleh squat dan berjalan banyak.

2.       VCO
Boleh makan VCO sebab ia melembutkan serviks kita. Ramai yang makan VCO dan kata mudahnya baby meluncur keluar. Masa mengandung dulu pon aku makan VCO Tanamera dan masa nak bersalin tu, doktor check dan katanya serviks dah lembut. Rasa VCO Tanamera ni macam gula2 kelapa. Kalau suka gula2 kelapa, memang sedap la makan. Kalau tak lalu boleh ambil yang kapsul punya kot.

3.       Kurma
Kurma juga amat bagus semasa proses melahirkan anak seperti dalam surah Maryam ayat 25.
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Kurma memberi tenaga untuk bersalin selain dapat merangsang hormon oxcytocyn untuk mudahkan bersalin.

4.       Exercise
Exercise yang bagus untuk ibu mengandung adalah squat dan berjalan dengan perlahan. Kalau hari2 dapat keliling tasik ke taman ke itu sudah cukup bagus sebenarnya

5.       Posisi semasa bersalin

Posisi semasa bersalin adalah sangat penting untuk memudahkan proses. Kebanyakan ibu2 terbaring je masa sakit contraction dan itu sebenarnya melambatkan lagi proses bersalin. Bayangkan kita mahu buang air besar secara baring, mesti tak selesa kan?  Hatta kalau nak kentut pun secara baring macam tak lancar je, kena mengiringkan sedikit badan baru selesa sikit nak kentut. Macam tu juga bersalin. Bila terbaring je, itu tak menurunkan bayi dengan mudah kerana graviti tak menarik baby turun dan keluar dengan mudah. So bila kat hospital nak bersalin nanti, kalau boleh minta la supaya dapat bergerak dan bertukar posisi tidak baring semata2

6.       Doa
Dan yang penting sekali adalah doa. Antara doa yang baik semasa nak bersalin adalah doa nabi yunus. Minta maaf juga kepada suami, ibu dan ibu mertua anda , minta mereka doakan supaya dipermudahkan proses bersalin.

Semoga dengan  tips menghadapi saat bersalin anda dipermudahkan bersalin dan dapat menikmati saat2 indah bergelar seorang ibu kelak. Insyallah amin.....




Google