Sebelum ke majlis
bertandang ku di Parit Buntar, kami pergi honeymoon dulu di Cameron Highland.
First time dan last time aku naik kereta dan jalan jauh bersama suami tapi aku
tak tidur. Haha . cerita pasal tu boleh baca kat blog suami sebab cerita dia
lengkap selengkap2nya.
Bahagian 1 - Ke Cameron Highland
Bahagian 2 - Hotel Century Pines Resort
Bahagian 3 - Glory 78 Restaurant
Bahagian 4 - Ladang Teh Bharat Cameron Valley
Bahagian 5 - Cameron Lavender
Bahagian 6 - YZ Agro Farm
Aku sampai di Parit Buntar 2 hari awal sebelum majlis. Dapat
la berkenalan dengan keluarga mertua dengan lagi dekat. Alhamdulillah, keluarga
mertua menyambutku dengan baik dan tak terasa kekok pun berbual dan bermesra
bersama mereka.
Tema baju kali ni adalah color sky blue. Pilih color ni
sebab family aku beli kain kononnya untuk dipakai semasa receptionku hari tu. Tapi
bila baju siap, mak dan adik2 tak mahu pakai sebab plain sangat katanya. Tapi aku
buat dress dekat Arked Seksyen 7 Shah Alam. Tempeh dengan satu tailor ni. Harga
dalam 300++ kot termasuk tampal lace.
Tudung pulak cari
last minit kat kedai2 Parit Buntar. Tudung bawal tapi dijadikan shawl. Makeup
pulak dari kawan kak Jima, Dayah namanya. Adik aku kata ni makeup paling cantik
la dalam ketiga2 majlis aku dan dia paling suka makeup yang ni. Thank you Dayah
sebab menjadikan kita cantik pada hari itu. Hehe
Ramai juga
saudara mara yang datang menghantar rombongan pengantin perempuan pada hari
itu. Kami dijamu lauk2 kampung dan saudara mara semua puasa makan makanan sedap
katanya. Siap bertambah lagi. Pengantin pula biasalah, malu2 nak makan :B
Terima kasih
kepada saudara mara dan semua yang datang menjayakan majlis ini.
Dan berakhirlah
sudah kisah majlis perkahwinan #auniezmaat dalam blog ini :D